Namaku
Citra Alisya Farha . Aku berumur 14 tahun . Aku bersekolah di SMK Telupid Kini
telah masuk bulan Mei . Ada 8 bulan lagi untuk aku menjejakkan kaki ke
Tingkatan 3 . Jam tanganku telah menunjukkan pukul 12:35 tengahari . Nampaknya ,
aku harus ke dewan sekolah . Aku meletakkan beg sekolahku di pondok KTBM lalu
segera berlari memasuki dewan sekolah . Setelah 45 minit berlalu , akhirnya
perhimpunan telah pun selesai . Aku berjalanke pondok KTBM untuk mengambil beg
sekolahku . dan kelihatan kedua orang tuaku di sana . Aku membesarkan langkahku
. Setibanya sahaja aku di sana , aku terus bertanyakan apakah maksud kehadiran
mereka di sini ?
“Mak ,
ayah , ada apa ni?” aku memulakan bicara . Jantungku berdegup semakin laju .
“Hei , tak perlulah nak bermanis mulut lagi!” tengking ayah . Lalu aku pun
berkata , “Kenapa dengan ayah ni?” ibu pula berkata “Engkau tak payah nak
berselindung lagi! Engkau memang anak kurang ajar!” aku terkejut dengan
kata-kata ibu . “Apa salah saya mak , ayah?” jawabku . Ayah berkata “Engkau tak
payah nak buat BODOHlah!” buat pertama kali itu jugalah ayah mengucapkan
perkataan BODOH kepadaku . Aku pun berkata “Liesya tak fahamlah kenapa
tiba-tiba mak dan ayah datang sekolah Liesya lepas tu maki hamun Liesya ? Ibu
pun berkata “Kau tak payah nak tunjuk malaikat sangatlah ! Aku dah tahu
perangai kau yang sebenarnya . Apa lagi yang tak cukup kami beri kat kau hah ?”
aku hanya mendiamkan diriku . Suara mak semakin tinggi . “Woi , orang tanya tu
jawablah !” tengking ayah . PAPP ! Satu tamparan singgah di pipiku . Aku
terjatuh . Ibu berkata “Tak payahlah nak tunjuk sakit sangat ! Mulai sekarang
kau keluar dari rumah ! Jangan pernah menjejakkan kaki ke rumah ! Hina aku
dibuatnya!” Tanganku ditarik kasar . “Kau dengar sini baik-baik ! Aku takkan
anggap kau sebagai anak aku lagi !” kata ayah . “Kau ambil barang-barang kau ,
ini dokumen kau ! Kau keluar dari rumah !” kata ibu .
Tiba-tiba
tanganku ditarik “Citra , you stay here !” kata Cik Tien . Dengan lantangnya
Cik Tien berkata “Kalau korang tak nak jaga Citra , saya yang akan menjaganya
!” Aku terus memandang Cik Tien “Jom , Citra !” kata Cik Tien sambil menarik
tanganku lalu mengangkat begku . Aku tunduk kerana malu . Pertelingkahan kami
itu disaksikan oleh beberapa orang guru termasuk Cikgu Syasya , Cikgu Lea dan
Cikgu Mia . Cik Tien membawaku ke keretanya . “Masuk” arah Cik Tien . Lalu ,
aku pun masuk ke dalam kereta . Begitu juga dengan Cik Tien . Aku menangis
semahu-mahunya di dalam kereta . “Menangis je Citra , jangan pendamkan . Saya
tahu , awak tengah tertekan sekarang ini dengan apa yang terjadi sebentar tadi
.” Aku menangis dan terus menangis .
Tiba-tiba
, lagu tema animasi ‘Doraemon’ berbunyi . Kami terdiam . “Bunyi apa tu ?” tanya
Cik Tien . Aku pun berkata . “Eh , itu macam bunyi nada dering telefon saya .”
Cik Tien “Cuba cek beg awak .” Aku pun membuka begku dan terjumpa telefonku .
“Siapa call?” tanya Cik Tien . Aku melihat ke skrin telefon , “Kakak.” Jawabku
ringkas . “Eh , bukan awak tak ada kakak ke?” kata Cik Tien . “Kakak angkat
saya lah Cik Tien” jawabku . Cik Tien “jawablah” . Lalu , aku pun mengankat
panggilan itu
“Hello”
“Adik ke tu ?”
“Ya , saya”
“Eh , adik , kenapa suara macam baru lepas nangis je?”
“Eh , mana adalah , adik selsema”
“Oh , akak ada nak cakap sikit ni ,”
“Akak nak cakap apa ? Cakaplah .”
“Macam ni , akak dah bagitahu kat mak akak, kalau boleh akak
nak adik tinggal dengan akak sekali . Adik nak tak tinggal dengan akak ? Mak
akak benarkan”
“Tinggal dekat mana?”
“Perak lah , mana lagi?”
“Boleh , tapi adik nak kena urus pindah lah kalau macam tu ,
adik nak kena dapatkan memo dekat sekolah yang adik nak pindah lagi ,”
“Kalau bab tu , jangan risau akak akan uruskan , esok akak
datang ke sekolah adik dengan kak Luna , okay?”
“Okay , esok saya tunggu akak dak Kak Luna di sekolah.”
“Bye adik , see you tomorrow”
“Bye.”
Talian pun diputuskan .
Aku
berkata kepada Cik Tien “Cik Tien , boleh tak saya nak pinjam masa Bahasa
Inggeris Cik Tien nanti untuk urus pindah saya ?” Cik Tien “Pindah?” aku pun
berkata “Saya nak berpindah ke Perak , jadi , tak payahlah Cik Tien
bersusah-susah nak menjaga saya” Cik Tien berkata “Perak ? Jauhnya . Bila awak
nak bertolak ?” aku menjawab “Esok.” Cik Tien diam sebentar . “Baiklah kalau
macam tu , tapi awak perlu ada kawan untuk temankan awak urus pindah nanti.”
Aku hanya menganggukkan kepalaku . “Cik Tien , kalau macam tu saya ke kelas
dulu pergi cari kawan dan ambil alat tulis .” kataku kepada Cik Tien .Cik Tien
hanya menganggukkan kepala .
Lalu ,
aku pun keluar dari kereta dan terus berlari ke kelas . Setibanya sahaja di
kelas , aku teus memanggil nama Hana . “Hana , jom teman saya pergi urus
pindah.” Rakan-rakan sekelasku menunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar
ayatku .Tidak lama selepas itu , Edward pun berkata “Eleh , Liesya nak berlagak
je tu , tak payah nak percaya sangatlah.” Aku hanya tersenyum mendengar ayat
Edward . Aku masak benar dengan perangainya yang suka mencari gaduh . Lalu ,
aku dan Hana pun turun ke bawah . Kami pergi ke bilik guru dan terus ke meja
Cikgu Mia , iaitu guru kelasku . “Cikgu Mia.” Ucapku setibanya sahaja kami di
meja Cikgu Mia . “Ya , kenapa?” jawab Cikgu Mia tanpa memandang ke arah kami .
“Saya nak ambil surat pindah sekolah.” Jawabku dengan bersahaja . Cikgu Mia
berpusing melihat ke arahku , suasana bilik guru yang penuh dengan gelak ketawa
guru-guru menjadi sunyi . “Pindah ke mana ? Awak jangan main-main dengan saya ,
Liesya .” kata Cikgu Mia , aku menjawab “Perak , esok saya akan bertolak , jadi
saya nak selesaikan hari ini , esok kakak saya akan datang ke sini untuk
selesaikan pindah saya dan saya tak main-main , saya serius.” Kini semua mata
tertumpu ke arahku . Aku menjadi tumpuan guru-guru dan berasa sedikt janggal
ketika itu .
Lalu
aku dan Hana pun masuk ke dalam bilik guru untuk mencari guru mata pelajaran
bagi meminta tandatangan mereka untuk surat pindahku . Semua guru bertanyakan
aku soalan yang sama “Nak pindah ke mana ni , Liesya? Bila nak bertolak ?” dan
aku juga menjawab soalan itu dengan jawapan yang sama “Perak cikgu , petang
esok.” Setelah sejam berlalu , akhirnya selesai juga surat pindah itu aku
uruskan , hanya tinggal tunggu kak Liana menandatangani surat itu sahaja . Aku
ke meja Cikgu Mis untuk menyerahkan surat pindah itu “Cikgu Mia ini suratnya ,
saya dah selesai uruskan , boleh tak saya nak ambil fail-fail yang berkenaan ?”
Cikgu Mia pun berkata “Boleh tapi saya ada nak cakap sesuatu dengan awak . Aku
memandang ke arah Cikgu Mia . “Ada apa ni ,
cikgu ?” Cikgu Mia “Liesya , betul ke awak nak pindah ni? Saya macam tak
percaya.” Suara Cikgu Mia mula berubah . Cikgu Mia kelihatan sedikit sedih .
Hana pula telah mengalirkan air mata di sebelahku .
“Cikgu
, janganlah macam ni , PMR nanti saya datang balik sini . Cikgu jangan risau .”
jawabku , Cikgu Mia pun berkata “Nanti sunyilah bilik guru ni , tiada murid
yang guru-guru nak sakat , nanti saya
sunyi , tak adakawan nak bercerita .” Hatiku menjadi sedikit sayu mendengar
kata-kata Cikgu Mia . Tidak lama kemudian , Viona dan Vania pun datang ke meja
Cikgu Mia . “Ya, ada apa ?” tanya Cikgu Mia kepada mereka . Viona “Kitorang ada
nak tanya ni , tapai Liesya tak boleh dengar.” Aku pun beredar dari situ . Aku
ke luar bilik guru dan terserempak dengan guru Bahasa Melayuku , Cikgu Zarina .
Aku menyapa Cikgu Zarina dengan mengucapkan Selamat Petang kepadanya . Cikgu
Zarina pun berkata “Liesya , saya dengar awak nak pindah sekolah?” Aku hanya
mengangukkan kepalaku . Wah , cepat sungguh berita aku hendak bertukar sekolah ini
tersebar . Padahal baru beberapa jam yang lalu aku memohon suratpindah .
Aku pun
kembali ke kelas . Setibanya sahaja aku di kelas , Cik Tien bertanya kepadaku ,
“Liesya , macamana dengan surat pindah awak ? Dah selesai ?” Aku hanya
menganggukkan kepalaku . KRINGGG !! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat .
Aku ke kantin seorang diri dan di sepanjang perjalananku ke kantin , ramai yang
bertanyakan apakah sebabnya aku hendak bertukar sekolah . Aku hanya menjawab
“Saya mengikut kakak saya.” Detik demi detik berlalu , jam tanganku menunjukkan
pukul 5:45 petang , nampaknya loceng sekolah akan berbunyi sebentar lagi . Pada
minit terakhir sebelum pulang , seorang rakanku bertanya “Liesya , esok awak
akan ke sini sebelum bertolak?” Aku pun menjawab “Mungkin tak” Kawan-kawanku
terkejut , “Saya berguraulah , mestilah saya akan singgah di sekolah dahulu .”
Ucapku , KRINGGGG ! Loceng sekolah berbunyi menandakan hari persekolahan pada
hari ini telah pun tamat , aku ke bilik guru untuk menghantar buku ke meja guru
kelasku . Sebelum beredar dari bilik guru , aku bersalam-salaman dengan
guru-guru . Setibanya giliran Cikgu Mia , aku menjadi kelu mulutku bagai
dikunci ketat-ketat , aku melihat ada titisan jernih yang trun sedikit demi
sedikit melalui kulit halus pipi Cikgu Mia .
“Cikgu
, janganlah macam ni , tak mau sedih-sedih” ucapku sambil mengelap air mengelap
air mata Cikgu Mia yang bercucuran jatuh . Cikgu Mia terus mendakapku . Aku
terdiam dan terkedu , mulutku terkunci seribu bahasa , hatiku bergelora sejuta
rasa . Aku berada dalm dakapan Cikgu Mia sambil diiringi tangisannya . Hatiku
menjadi begitu terharu apabila melihat guru-guru lain juga ikut sebak akan
pemergianku dari sekolah ini . Air mataku juga jatuh tanpa disedari olehku .
Setelah
selesai , aku pun keluar dari bilik guru bersama Cik Tien . Keluar sahaja aku
dari bilik guru , aku terus ditarik dan didakap kuat-kuat oleh rakan-rakan
perempuan sekelasku . Mereka , menangis sambil mengucapkan selamat tinggal
kepadaku . Ada tangisan mereka yang menandakan mereka tidak merelakan aku
berpindah . Aku menangis kerana terharu mereka mengharagaiku juga dan sedih aku
akan meninggalkan mereka .
Aku
berkata kepada mereka “Janganlah sedih macam ni , saya bukannya nak meninggal
pun . Korang , tolong jagakan kawan-kawan yang lain . Jangan risau , nanti saya
akan ke mari juga untuk mengambil PMR . Saya bukannya nak pergi jauh .” Vania
“Tak pergi jauh awak kata? Liesya , perak tu jauh sangat , janji tau awak akan
kembali ke sini.” Katanya dengan suara yang tersekat-sekat . Aku menganggukkan
kepalaku . Aku berkata “Korang , saya nak jalah dah , Cik Tien tengah tunggu
saya di kereta .” Nia pula berkata “Eh , mengapa pula awak balik bersama Cik
Tien ?” Aku pun menjawab sambil menguntumkan senyuman “Suatu hari nanti , awak
akan tahu kisah yang sebenar” , rakan-rakanku kelihatan sedikit bingung . Aku
pun meninggalkan perkarangan bilik guru lalu masuk ke kereta Cik Tien .
“Maaf
cikgu , saya lambat.” Kataku sebaik sahaja memasuki kereta . “Tak apa Liesya .
Jom kita ke pekan . Saya nak beli barang dapur , dah habis.” Kata Cik Tien
sambil tersenyum ke arahku . Aku hanya mengangukkan kepalaku . Kereta itu
menuju ke arah pintu pagar sekolah . Akmelemparkan pandanganku ke luar tingkap
. Tiba-tiba , lagu AdaMu diputarkan di radio . Dengan tidak dirancang , mulutku
bernyanyi dengan sendirinya . Cik Tien melihat ke arahku , “Macam ni la Liesya
yang saya kenal , sentiasa tersenyum , tak bersedih lagi.” Kata Cik Tien . Aku
menguntumkan senyuman .
Kereta
itu meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah . Beberapa minit kemudian ,
kami pun tiba di pasaraya . “Jom turun.” Pelawa Cik Tien . Aku pun turun dari
kereta dan masuk ke pasaraya bersama Cik Tien . Kami membeli barang dapur
seperti ayam beku , bawang , sayur-sayuran dan sebagainya . Cik Tien berkata
kepadaku “Liesya , awak tak nak beli apa-apa untuk bekalan awak esok ?” Aku
menggelengkan kepalaku . “Belilah sesuatu Liesya .” aku berkata kepada Cik Tien
“Cik Tien , saya nak beli minuman untuk saya minum sekarang ini , boleh ?” Cik
Tien mengangukkan kepalanya . Aku pun mengambil air . Setelah selesai
membeli-belah , aku dan Cik Tien pun kembali ke kereta . Cik Tien menghidupkan
enjin kereta dan terus meninggalkan pekan . Cik Tien “ Liesya , malam ni saya
nak selesaikan kerja di bilik guru . Cikgu Syasya sekeluarga nak jumpa awak
malam ni , katanya.” Aku pun menjawab "Cikgu Syasya sekeluarga nak jumpa saya malam ni ? Tapi kenapa " . Cik Tien mengangkat bahu menunjukkan yang dia tak tahu . Aku hanya mengangukkan kepalaku .
Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan pekan . Bebrapa minit kemudian , kami pun tiba di kawasan rumah Cik Tien . Cik Tien pun mematikan enjin keretanya lalu berkata "Jom turun" . Aku menganggukkan kepalaku sambil tersenyum . Aku hanya mengikuti langkah Cik Tien dari belakangsambil membawa barang-barang yang dibeli tadi . Kami mendaki beberapa anak tangga untuk tiba di rumah Cik Tien . Akhirnya kami pun berhenti di hadapan sebuah pintu . "Jemputlah masuk ke dalam rumah saya yang tak seberapa ni" pelawa Cik Tien kepada . Akuhanya menguntumkan senyuman . Lalu , aku dan Cik Tien pun masuk ke dalam rumahnya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan