26/05/14

Fun Fair

Uwargghh ! Hye n Assalamualaikum guys ! Penatt lepas balik dari Fun Fair ! Apa-apa pun kitorg smua enjoy ! Dan sedikit pening sbb naik perahu terbang dan TAGADA ! Macam-macam ada di Fun Fair Telupid . Antaranya ialah .. Perahu terbang
 
Ada TAGADA .. Tagada ni dia berpusing2 laju lpas tu ada penari yg menari di tgah2 wktu Tagada ni berpusing , Ni dia gambar TAGADA
Ada Umbrella ...
 dan wheel paris
 dan banyak lagi permainan kat sini .. Masuk Tiket murah ja , RM1 seorang . And Finally , My Friend and I arrived !
 
 
 
 
Dan dalam keadaan yg x sedar , Ada Candid yg Saiko sgt ! Look it carefully , mcm mw bertumbuk sejaa ba style tu ..
 
 
 
First game yg kmi rancang mw naik ialah perahu .. So , kmi pun jalan ke kaunter tukaran token . Tapi sampai ja d kaunter Token .. Sy terkejut yg teramat sangat !
 
 
sebab warna dinding tempat tukar token tu sama dengan warna baju saya .. Tak percay , tgk bawah ni
 
betul kan ? Tapi rasa lawak pun ada ! Okay , Amik gambar time menahan ketawa . Take by Kyla !
 
 
 Lepas tukar Token pun kami dh bersedia untuk menaiki Perahu terbang !
 
 
Bila dah ada di atas perahu tu nervous ckit , jadi bagi mengelakkan rsa nervous yg bpnjangan , kitorg SELFIE !
 
 
 SELFIE once again !
 
 
 Ni muka yg masih lagi comel bila belum lagi terbang perahu tu .. Tapi bila sudah terbang , ni lah muka yg terjadi
 
 
muka-muka saiko kononnyalah . By the way , sempat lagi rakam , time atas perahu . tgk Video bawah ni . Mungkin kalau anda naik pun , anda akan lakukan perkara yang sama .
 
Lepas turun dari perahu terbang , semua pucat sebab diterbangkan dalam ketinggian yang tinggi dan agak laju
 
 
 
 Terutamanya saya ! Pucat tahap nak senyum pun x sanggup , pucat betul bibir waktu tu .. Lutut pun goyang . Hahahaha
 
 
Turun ja dari perahu , jumpa kawan yg sorang lagi !
 
 
Then , we manage to play Tagada . Ni naik Tagada untuk kali pertama ! SELFIE !
 
 
Lepas tu jalan-jalan kejap ..
 

 
 Time menunggu giliran untuk naik TAGADA kali kedua tu kan , Sy sempat rakam something . Seorang lelaki Pakistan yang nak menunjuk-nunjuk yg dia professional sangat pandai menari macam penari tu . Watch it ! you'll laugh on it ! Believe me !
 
ramai yg menyaksikan kejadian ne .. Tak percaya ? Tengok ni
 
Ramai kan ... Selepas beberapa minit , giliran kami naik Tagada ! Ulala , SELFIE dulu !
 

 
 
Dan , selepas 2 kali naik perahu terbang , dan 2 kali naik TAGADA , Gastrik memang naik ! Lapar ~ Lapar ~ so Fatin and I manage to buy some food !
 
and not Long after that , we're going back Home ! But before that , We saw something . A big snake and Tortoise maybe !
 

 
And I forgot something ! This is the time when we are on wheel Paris .. Paris la sangat .
 
 

 
 


23/05/14

Duka dalam Rindu


              Namaku Citra Alisya Farha . Aku berumur 14 tahun . Aku bersekolah di SMK Telupid Kini telah masuk bulan Mei . Ada 8 bulan lagi untuk aku menjejakkan kaki ke Tingkatan 3 . Jam tanganku telah menunjukkan pukul 12:35 tengahari . Nampaknya , aku harus ke dewan sekolah . Aku meletakkan beg sekolahku di pondok KTBM lalu segera berlari memasuki dewan sekolah . Setelah 45 minit berlalu , akhirnya perhimpunan telah pun selesai . Aku berjalanke pondok KTBM untuk mengambil beg sekolahku . dan kelihatan kedua orang tuaku di sana . Aku membesarkan langkahku . Setibanya sahaja aku di sana , aku terus bertanyakan apakah maksud kehadiran mereka di sini ?
                “Mak , ayah , ada apa ni?” aku memulakan bicara . Jantungku berdegup semakin laju . “Hei , tak perlulah nak bermanis mulut lagi!” tengking ayah . Lalu aku pun berkata , “Kenapa dengan ayah ni?” ibu pula berkata “Engkau tak payah nak berselindung lagi! Engkau memang anak kurang ajar!” aku terkejut dengan kata-kata ibu . “Apa salah saya mak , ayah?” jawabku . Ayah berkata “Engkau tak payah nak buat BODOHlah!” buat pertama kali itu jugalah ayah mengucapkan perkataan BODOH kepadaku . Aku pun berkata “Liesya tak fahamlah kenapa tiba-tiba mak dan ayah datang sekolah Liesya lepas tu maki hamun Liesya ? Ibu pun berkata “Kau tak payah nak tunjuk malaikat sangatlah ! Aku dah tahu perangai kau yang sebenarnya . Apa lagi yang tak cukup kami beri kat kau hah ?” aku hanya mendiamkan diriku . Suara mak semakin tinggi . “Woi , orang tanya tu jawablah !” tengking ayah . PAPP ! Satu tamparan singgah di pipiku . Aku terjatuh . Ibu berkata “Tak payahlah nak tunjuk sakit sangat ! Mulai sekarang kau keluar dari rumah ! Jangan pernah menjejakkan kaki ke rumah ! Hina aku dibuatnya!” Tanganku ditarik kasar . “Kau dengar sini baik-baik ! Aku takkan anggap kau sebagai anak aku lagi !” kata ayah . “Kau ambil barang-barang kau , ini dokumen kau ! Kau keluar dari rumah !” kata ibu .
                Tiba-tiba tanganku ditarik “Citra , you stay here !” kata Cik Tien . Dengan lantangnya Cik Tien berkata “Kalau korang tak nak jaga Citra , saya yang akan menjaganya !” Aku terus memandang Cik Tien “Jom , Citra !” kata Cik Tien sambil menarik tanganku lalu mengangkat begku . Aku tunduk kerana malu . Pertelingkahan kami itu disaksikan oleh beberapa orang guru termasuk Cikgu Syasya , Cikgu Lea dan Cikgu Mia . Cik Tien membawaku ke keretanya . “Masuk” arah Cik Tien . Lalu , aku pun masuk ke dalam kereta . Begitu juga dengan Cik Tien . Aku menangis semahu-mahunya di dalam kereta . “Menangis je Citra , jangan pendamkan . Saya tahu , awak tengah tertekan sekarang ini dengan apa yang terjadi sebentar tadi .” Aku menangis dan terus menangis .

                Tiba-tiba , lagu tema animasi ‘Doraemon’ berbunyi . Kami terdiam . “Bunyi apa tu ?” tanya Cik Tien . Aku pun berkata . “Eh , itu macam bunyi nada dering telefon saya .” Cik Tien “Cuba cek beg awak .” Aku pun membuka begku dan terjumpa telefonku . “Siapa call?” tanya Cik Tien . Aku melihat ke skrin telefon , “Kakak.” Jawabku ringkas . “Eh , bukan awak tak ada kakak ke?” kata Cik Tien . “Kakak angkat saya lah Cik Tien” jawabku . Cik Tien “jawablah” . Lalu , aku pun mengankat panggilan itu

“Hello”
“Adik ke tu ?”
“Ya , saya”
“Eh , adik , kenapa suara macam baru lepas nangis je?”
“Eh , mana adalah , adik selsema”
“Oh , akak ada nak cakap sikit ni ,”
“Akak nak cakap apa ? Cakaplah .”
“Macam ni , akak dah bagitahu kat mak akak, kalau boleh akak nak adik tinggal dengan akak sekali . Adik nak tak tinggal dengan akak ? Mak akak benarkan”
“Tinggal dekat mana?”
“Perak lah , mana lagi?”
“Boleh , tapi adik nak kena urus pindah lah kalau macam tu , adik nak kena dapatkan memo dekat sekolah yang adik nak pindah lagi ,”
“Kalau bab tu , jangan risau akak akan uruskan , esok akak datang ke sekolah adik dengan kak Luna , okay?”
“Okay , esok saya tunggu akak dak Kak Luna di sekolah.”
“Bye adik , see you tomorrow”
“Bye.”
Talian pun diputuskan .
                Aku berkata kepada Cik Tien “Cik Tien , boleh tak saya nak pinjam masa Bahasa Inggeris Cik Tien nanti untuk urus pindah saya ?” Cik Tien “Pindah?” aku pun berkata “Saya nak berpindah ke Perak , jadi , tak payahlah Cik Tien bersusah-susah nak menjaga saya” Cik Tien berkata “Perak ? Jauhnya . Bila awak nak bertolak ?” aku menjawab “Esok.” Cik Tien diam sebentar . “Baiklah kalau macam tu , tapi awak perlu ada kawan untuk temankan awak urus pindah nanti.” Aku hanya menganggukkan kepalaku . “Cik Tien , kalau macam tu saya ke kelas dulu pergi cari kawan dan ambil alat tulis .” kataku kepada Cik Tien .Cik Tien hanya menganggukkan kepala .

                Lalu , aku pun keluar dari kereta dan terus berlari ke kelas . Setibanya sahaja di kelas , aku teus memanggil nama Hana . “Hana , jom teman saya pergi urus pindah.” Rakan-rakan sekelasku menunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar ayatku .Tidak lama selepas itu , Edward pun berkata “Eleh , Liesya nak berlagak je tu , tak payah nak percaya sangatlah.” Aku hanya tersenyum mendengar ayat Edward . Aku masak benar dengan perangainya yang suka mencari gaduh . Lalu , aku dan Hana pun turun ke bawah . Kami pergi ke bilik guru dan terus ke meja Cikgu Mia , iaitu guru kelasku . “Cikgu Mia.” Ucapku setibanya sahaja kami di meja Cikgu Mia . “Ya , kenapa?” jawab Cikgu Mia tanpa memandang ke arah kami . “Saya nak ambil surat pindah sekolah.” Jawabku dengan bersahaja . Cikgu Mia berpusing melihat ke arahku , suasana bilik guru yang penuh dengan gelak ketawa guru-guru menjadi sunyi . “Pindah ke mana ? Awak jangan main-main dengan saya , Liesya .” kata Cikgu Mia , aku menjawab “Perak , esok saya akan bertolak , jadi saya nak selesaikan hari ini , esok kakak saya akan datang ke sini untuk selesaikan pindah saya dan saya tak main-main , saya serius.” Kini semua mata tertumpu ke arahku . Aku menjadi tumpuan guru-guru dan berasa sedikt janggal ketika itu .


                Lalu aku dan Hana pun masuk ke dalam bilik guru untuk mencari guru mata pelajaran bagi meminta tandatangan mereka untuk surat pindahku . Semua guru bertanyakan aku soalan yang sama “Nak pindah ke mana ni , Liesya? Bila nak bertolak ?” dan aku juga menjawab soalan itu dengan jawapan yang sama “Perak cikgu , petang esok.” Setelah sejam berlalu , akhirnya selesai juga surat pindah itu aku uruskan , hanya tinggal tunggu kak Liana menandatangani surat itu sahaja . Aku ke meja Cikgu Mis untuk menyerahkan surat pindah itu “Cikgu Mia ini suratnya , saya dah selesai uruskan , boleh tak saya nak ambil fail-fail yang berkenaan ?” Cikgu Mia pun berkata “Boleh tapi saya ada nak cakap sesuatu dengan awak . Aku memandang ke arah Cikgu Mia . “Ada apa ni ,  cikgu ?” Cikgu Mia “Liesya , betul ke awak nak pindah ni? Saya macam tak percaya.” Suara Cikgu Mia mula berubah . Cikgu Mia kelihatan sedikit sedih . Hana pula telah mengalirkan air mata di sebelahku .

 

                “Cikgu , janganlah macam ni , PMR nanti saya datang balik sini . Cikgu jangan risau .” jawabku , Cikgu Mia pun berkata “Nanti sunyilah bilik guru ni , tiada murid yang guru-guru nak sakat ,  nanti saya sunyi , tak adakawan nak bercerita .” Hatiku menjadi sedikit sayu mendengar kata-kata Cikgu Mia . Tidak lama kemudian , Viona dan Vania pun datang ke meja Cikgu Mia . “Ya, ada apa ?” tanya Cikgu Mia kepada mereka . Viona “Kitorang ada nak tanya ni , tapai Liesya tak boleh dengar.” Aku pun beredar dari situ . Aku ke luar bilik guru dan terserempak dengan guru Bahasa Melayuku , Cikgu Zarina . Aku menyapa Cikgu Zarina dengan mengucapkan Selamat Petang kepadanya . Cikgu Zarina pun berkata “Liesya , saya dengar awak nak pindah sekolah?” Aku hanya mengangukkan kepalaku . Wah , cepat sungguh berita aku hendak bertukar sekolah ini tersebar . Padahal baru beberapa jam yang lalu aku memohon suratpindah .

 

                Aku pun kembali ke kelas . Setibanya sahaja aku di kelas , Cik Tien bertanya kepadaku , “Liesya , macamana dengan surat pindah awak ? Dah selesai ?” Aku hanya menganggukkan kepalaku . KRINGGG !! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Aku ke kantin seorang diri dan di sepanjang perjalananku ke kantin , ramai yang bertanyakan apakah sebabnya aku hendak bertukar sekolah . Aku hanya menjawab “Saya mengikut kakak saya.” Detik demi detik berlalu , jam tanganku menunjukkan pukul 5:45 petang , nampaknya loceng sekolah akan berbunyi sebentar lagi . Pada minit terakhir sebelum pulang , seorang rakanku bertanya “Liesya , esok awak akan ke sini sebelum bertolak?” Aku pun menjawab “Mungkin tak” Kawan-kawanku terkejut , “Saya berguraulah , mestilah saya akan singgah di sekolah dahulu .” Ucapku , KRINGGGG ! Loceng sekolah berbunyi menandakan hari persekolahan pada hari ini telah pun tamat , aku ke bilik guru untuk menghantar buku ke meja guru kelasku . Sebelum beredar dari bilik guru , aku bersalam-salaman dengan guru-guru . Setibanya giliran Cikgu Mia , aku menjadi kelu mulutku bagai dikunci ketat-ketat , aku melihat ada titisan jernih yang trun sedikit demi sedikit melalui kulit halus pipi Cikgu Mia .

 

                                “Cikgu , janganlah macam ni , tak mau sedih-sedih” ucapku sambil mengelap air mengelap air mata Cikgu Mia yang bercucuran jatuh . Cikgu Mia terus mendakapku . Aku terdiam dan terkedu , mulutku terkunci seribu bahasa , hatiku bergelora sejuta rasa . Aku berada dalm dakapan Cikgu Mia sambil diiringi tangisannya . Hatiku menjadi begitu terharu apabila melihat guru-guru lain juga ikut sebak akan pemergianku dari sekolah ini . Air mataku juga jatuh tanpa disedari olehku .

 

                Setelah selesai , aku pun keluar dari bilik guru bersama Cik Tien . Keluar sahaja aku dari bilik guru , aku terus ditarik dan didakap kuat-kuat oleh rakan-rakan perempuan sekelasku . Mereka , menangis sambil mengucapkan selamat tinggal kepadaku . Ada tangisan mereka yang menandakan mereka tidak merelakan aku berpindah . Aku menangis kerana terharu mereka mengharagaiku juga dan sedih aku akan meninggalkan mereka .

 

                Aku berkata kepada mereka “Janganlah sedih macam ni , saya bukannya nak meninggal pun . Korang , tolong jagakan kawan-kawan yang lain . Jangan risau , nanti saya akan ke mari juga untuk mengambil PMR . Saya bukannya nak pergi jauh .” Vania “Tak pergi jauh awak kata? Liesya , perak tu jauh sangat , janji tau awak akan kembali ke sini.” Katanya dengan suara yang tersekat-sekat . Aku menganggukkan kepalaku . Aku berkata “Korang , saya nak jalah dah , Cik Tien tengah tunggu saya di kereta .” Nia pula berkata “Eh , mengapa pula awak balik bersama Cik Tien ?” Aku pun menjawab sambil menguntumkan senyuman “Suatu hari nanti , awak akan tahu kisah yang sebenar” , rakan-rakanku kelihatan sedikit bingung . Aku pun meninggalkan perkarangan bilik guru lalu masuk ke kereta Cik Tien .

 

                “Maaf cikgu , saya lambat.” Kataku sebaik sahaja memasuki kereta . “Tak apa Liesya . Jom kita ke pekan . Saya nak beli barang dapur , dah habis.” Kata Cik Tien sambil tersenyum ke arahku . Aku hanya mengangukkan kepalaku . Kereta itu menuju ke arah pintu pagar sekolah . Akmelemparkan pandanganku ke luar tingkap . Tiba-tiba , lagu AdaMu diputarkan di radio . Dengan tidak dirancang , mulutku bernyanyi dengan sendirinya . Cik Tien melihat ke arahku , “Macam ni la Liesya yang saya kenal , sentiasa tersenyum , tak bersedih lagi.” Kata Cik Tien . Aku menguntumkan senyuman .

 

                Kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah . Beberapa minit kemudian , kami pun tiba di pasaraya . “Jom turun.” Pelawa Cik Tien . Aku pun turun dari kereta dan masuk ke pasaraya bersama Cik Tien . Kami membeli barang dapur seperti ayam beku , bawang , sayur-sayuran dan sebagainya . Cik Tien berkata kepadaku “Liesya , awak tak nak beli apa-apa untuk bekalan awak esok ?” Aku menggelengkan kepalaku . “Belilah sesuatu Liesya .” aku berkata kepada Cik Tien “Cik Tien , saya nak beli minuman untuk saya minum sekarang ini , boleh ?” Cik Tien mengangukkan kepalanya . Aku pun mengambil air . Setelah selesai membeli-belah , aku dan Cik Tien pun kembali ke kereta . Cik Tien menghidupkan enjin kereta dan terus meninggalkan pekan . Cik Tien “ Liesya , malam ni saya nak selesaikan kerja di bilik guru . Cikgu Syasya sekeluarga nak jumpa awak malam ni , katanya.” Aku pun menjawab "Cikgu Syasya sekeluarga nak jumpa saya malam ni ? Tapi kenapa " . Cik Tien mengangkat bahu menunjukkan yang dia tak tahu . Aku hanya mengangukkan kepalaku .
               Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan pekan . Bebrapa minit kemudian , kami pun tiba di kawasan rumah Cik Tien . Cik  Tien pun mematikan enjin keretanya lalu berkata "Jom turun" . Aku menganggukkan kepalaku sambil tersenyum . Aku hanya mengikuti langkah Cik Tien dari belakangsambil membawa barang-barang yang dibeli tadi . Kami mendaki beberapa anak tangga untuk tiba di rumah Cik Tien . Akhirnya kami pun berhenti di hadapan sebuah pintu . "Jemputlah masuk ke dalam rumah saya yang tak seberapa ni" pelawa Cik Tien kepada . Akuhanya menguntumkan senyuman . Lalu , aku dan Cik Tien pun masuk ke dalam rumahnya .