14/04/17

Syuhada Amin sudah lama dalam Industri Muzik Malaysia

"Syuhada Amin ? Siapa tu ? Artis ke? "

Syuhada Amin , yang kini hits dengan single keduanya , "Bukan Dia" menjadi pertanyaan dan bualan hangat dalam kalangan masyarakat setempat . 

Wan Syuhada Md Amin , ataupun suatu masa dahulu lebih popular dan dikenali dengan panggilan , Wada , tatkala rancangan realiti nyanyian kanak-kanak "Idola Kecil musim 1" , yg bersiaran di saluran 119 ataupun TV 9 hits sekitar tahun 2008/2009 .


Nama panggilan beliau , Wada ini digunakan lagi sehingga munculnya rancangan "Idola Kecil Ultra"  di mana rancangan inj menggandingkan juara-juara daripada Idola Kecil 1 sehingga 6 seperti Danial , Ratu Balqies Mentor 2017 , Haqiem Rusli , Afiq dan Azzam bagi merebut takhta juara pada rancangan IDOLA KECIL ULTRA ini. 



Tidak cukup lagi dengan pencapaian tersebut , Wada ataupun dalam era kini lebih senang dikenali sebagai SYUHADA AMIN , turut mengacarakan beberapa rancangan televisyen dan berlakon dengan nama-nama besar dalam Industri Lakonan Malausia seperti Ifa Raziah dan ramai lagi . Namanya juga turut dikenali pada ketika itu sebagai Wada setelah membuat persembahan di pentas AJL ke 23 bersama Jacklyn Victor . Suaranya ketika itu memukau beribu penonton.

Syuhada Amin berlakon dalam Qaseh Bunian bersama Ifa Raziah

Wada mengacarakan rancangan "Adik di 9" bersama Afiq 

Syuhada turut membuat persembahan di rancangan Ewah Ewah

Pada tahun 2014 , Wada telah menukar nama komersialnya sebagai Syuhada Amin di pentas Mentor Legend 2014 sebagai protege kepada legenda negara , Dato Zainal Abidin.  

Teaser pemilihan protege Dato Zainal Abidin,  mengejutkan rakyat Malaysia apabila alunan suara merdu Syuhada Amin menyanyikan lagu Hijau oleh Zainal Abidin dengan cara yg tersendiri . 

"Saya menangis sebab saya terharu . Tak pernah orang menyanyikan lagu saya lagi semerdu ini" - ujar Dato Zainal Abidin

Belum sempat disambar oleh pihak production lain,  rupanya Syuhada Amin telah pun disarungkan..  Disarungkan apa?  Bukan cincin yer.  Disarungkan utusan kontrak bersama syarikat rakaman yang gah di Malaysia yang memaparkan kualiti artis Asia seperti Dato Siti Nurhaliza,  Afgan , Dato Rossa,  Gamma Band,  Wani Kayrie dan termasuklah Syuhada Amin sendiri,  iaitu Suria Records Sendirian Berhad . Jelas terpampang kualiti suara Syuhada Amin.

Tambahan pula , Syuhada Amin menjadi pilihan hati Suria Records bagi mewakili SRC ke DAA di Indonesia . 


Habis sahaja Rancangan Realiti Televisyen Mentor Legend 2014 tersebut , Syuhada Amin melebarkan pula sayapnya ke negara jiran , Indonesia , di mana mewakili Malaysia dalam pertandingan A Academy Asia 1 bersama artis lain seperti Shiha Zikir , Mimy Fly One Nation Emcees,  Irwan dan Hazman.  

Pemilihan artis ke dalam D'Academy Asia 1 tidaklah seperti D'Academy kedua dan seterusnya yang mempunyai ujibakat . Namun penghantaran artis pada ketika itu adalah berdasarkan pemilihan setiap syarikat rakaman. 


Ketibaan 5 orang wakil Malaysia di D'Academy Asia 


Belum puas melebarkan sayapnya di Indonesia , Syuhada Amin bersama Dj Fuzz dan Suria Records telah mengeluarkan lagu BUKAN DIA yang memberikan VIRUS GOYANG BAHU kepada semua pendengar  

Tidak sah kalau tidak tergoyang bahu ketika mendengarkan lagu BUKAN DIA yg mencecah 1.6 juta tontonan di Youtube khususnya .

Baru-baru ini , beberapa gambar dimuat naik di laman IG Suria Records bahawa Syuhada Amin sedang merakamkan lagu baru bertajuk TAK KENA . 

tak kena memanah cinta saya ka?  Hahahaa . OMV ala ala Korea gitu 


Kita payung gambar sikit saja ya . Yang lain boleh tengok di laman-laman sosial milik Wada.  Oopps,  Syuhada Amin . Wada kini telah bertukar sebagai Syuhada Amin.  Yeah 



Akauan instagram Syuhada Amin dan Syuhada Fans Club 


Akaun Smule Syuhada Amin 

PERHATIAN ! Syuhada Amin turut tercalon dalam pencalonan awal - Top 20 ABPBH 3.0 tau!  Jangan lupa mengundi! 


17/11/16

CERPEN 1 - KERANA ASHIKIN


“ Kakak , kalau bukan kerana adik , kakak takkan mati . Kalau bukan kerana adik , mak dan abah takkan alami kemurungaan yang teruk macam ni. Kalau bukan kerana kakak  , adik takkan hidup hari ini . Kakak …” ratap Ashikin sambil berbaring di atas katilnya .

                Nurul Ashikin . Anak bongsu daripada 2 orang adik beradik , merupakan seorang remaja yang berusia 17 tahun . Orangnya dahulu periang ,  manis , lebih-lebih lagi dengan kulit putih melepak dan bola mata berwarna coklat badam . Tidak mampu menerima pemergian arwah kakaknya , tepat pada hari ini , dia meratapi kesunyian dan kehilangan yang menyelubunginya . Setitis demi setitis air matanya gugur membasahi cadar katilnya . Ratap , meratapi kehilangan satu-satunya kakak yang dia ada , satu-satunya sahabat baik dan peneman yang dia ada , oranng yan senantiasa memberikannya   kekuatan dan terus meratap hingga menutup matanya terlena kepenatan .

                Nurul Aqilah . Anak sulung daripada 2 orang adik-beradik , merangkap kakak tunggal kepada Asyikin . Orangnya juga tinggi lampai , berkulit putih susu , bola mata berwarna coklat cair dan kini bekerja sebagai seorang Akauntan serta periang orangnya . Sungguhpun begitu , siapa tahu , Aqilah menghidapi Kanser Rahim Tahap Keempat , di mana tiada peluang untuk sembuh , dan tiada seorang pun yang tahu , meskipun ahli keluarganya . Namun demikian , sedikit rasa sakit dan deritanya tidak dipamerkan pada orang ramai . Jauh Aqilah termenung memandang langit nan membiru , mengenangkan sisa hidupnya lagi berbaki beberapa hari .

                “Kakak !” sergah Ashikin dari belakang . Aqilah terhenjut kerana terkejut . Dengan senyuman yang termanis diberikan sambil menoleh ke belakang lalu berkata “ Ya Adik , ada apa-apa yang kakak boleh bantu ?” . Ashikin menguntumkan senyuman yang lebar lalu menganggukkan kepalanya tanda memerlukan bantuan . “Apa dia ?” tanya Aqilah sekali lagi . Ashikin mula membuka bicara “Boleh tolong hantarkan adik ke mall ? Adik nak lepak dengan kawan adik .” Aqilah berkata “ Kawan ke boyfriend ?” sakat Aqilah kepada Ashikin . Ashikin memuncungkan bibirnya tanda merajuk disakat oleh Aqilah .

                Ya Allah , sempatkah aku melihat lagi senyuman adikku ini ? Andai hari ini adalah hari terakhirku melihat senyumannya , terima kasih Ya Allah . Setidaknya , aku pernah membuatnya tersenyum . Jagalah adik kesayanganku ini seorang , monolog Aqilah . Tanpa disedarinya , air matanya mulai bergenang di birai mata . “Kakak ? Kakak , are you okay ? Kenapa mata kakak merah ni ?” tanya Ashikin tampak kerisauan di wajahnya . Aqilah mengesat matanya lalu berkata “Tadi ada agas masuk mata , pedih dik . Dah jom akak hantarkan .” Ashikin tampak keriangan lalu berlari ke tingkat atas rumahnya bagi mempersiapkan dirinya . Aqilah tersenyum melihat gelagat adiknya yang diselubungi keggembiraan  . Aqilah tersenyum  . Senyuman yang manis , namun tawar berbaur tanda kesedihan . Sedih untuk berpisah .

                “ Aqilah , apa kamu buat dekat daun pintu tu . Mari masuk , minum kejap air yang abah buatkan ni sebelum kamu hantarkan Ashikin .” ujar ayah Aqilah yang sedang sibuk membancuh sirap bandung di dapur . Aqilah mengangguk tanda faham akan pinta ayahnya itu lalu menuju ke tempat ayahnya . “Nah , satu untuk kamu , satu untuk ayah .” ujar ayah sambil tersenyum lebar . “Terima kasih , abah “ ujar Aqilah turut tersenyum lebar .  Senyuman ayahlah pengubat kesakitanku , tutur Aqilah di dalam hatinya . Aqilah merupakan anak kesayangan ayahnya , maklumlah , Aqilah sempat menjadi anak tunggal selama 10 tahun sebelum kelahiran Ashikin . Aqilah jugalah menjadi tempat pergantungan kedua ibu bapanya setelah bersara .

                “ Ohhhh , rupanya kat sini dua beranak ni . Gosip apa tu ? Tak ajak Umi sekali . Ni tak aci ni .” ujar ibu Aqilah yang datangnya daripada ruang tamu . “Buat apa nak ajak awak kalau kami tengah gosip tentang awak ?” usik Ayah Aqilah kepada Uminya . Aqilah hanya tertawa . “ Takpa Umi , nanti kita pula gosip pasal abah dan kakak yea .” sampuk Ashikin yang baru turun dari tingkat atas . Lalu , Umi menoleh ke belakang . “Ewah , anak Umi sorang ni nak ke mana ? Lawa semacam ja .” tanya Umi kepada Ashikin . “Ikin nak pergi mall Umi , nak lepak . Kakak yang  tolong hantarkan adik .” jelas Ikin yang merupakan panggilan manja kepada Ashikin . “Alaa , tak payah pergilah dik , Umi tak sedap hati ni nak lepaskan adik dengan kakak .”

                “ Umi tak payah lah risau . Kakak jaga adik , kakak janji . Kakak akan jaga adik sampai akhir hayat kakak . Kalau ada apa-apa jadi dekat kakak , Umi dengan Abah kena jaga diri elok-elok tau . Adik , adik kena jaga Umi dan Abah elok-elok . Jangan bagi dorang susah , jangan biar dorang nangis . Kakak sayang sangat-sangat dengan Umi , Abah dan adik . Umi , Abah , kakak pergi hantar adik ja . Kalau kakak panjang umur , kita jumpa nanti dekat rumah . Kalau kakak tak panjang umur , Umi , Abah , ngan adik , doakanlah kakak bahagia dekat sana ya . Kakak akan sentiasa tengok awak semua dari atas sana .” ujar Aqilah dengan suaranya yang sayup , sambil menahan sebak di dadanya .

                Umi , Abah dan Ikin terkaku sebentar . Tampak mutiara jernih mengalir di pipi kedua orang tuanya . “Kakak , kenapa kakak cakap macam tu ? Kakak tak sayang Umi ngan Abah ke kakak cakap macam tu ? Kakak akan okay la . Kakak ni .” kata Abah sambil kedengaran esakan . Aqilah hanya menguntumkan senyuman . Ikin mengesat air matanya yang gugur tanpa disedarinya . “Jomlah adik , kita jalan , nanti kawan adik tunggu pulak .” ucap Aqilah menukar suasana lalu menghulurkan salam kepada Umi dan Abahnya . Aqilah memeluk erat kedua orang tuanya sambil memohon segala makan dan minumnya dihalalkan . Setelah beberapa ketika , akhirnya Ashikin dan Aqilah masuk ke dalam kereta .

                Enjin kereta dihidupkan . Penghawa dingin kereta turut dipasang sehingga ke tahap maksimum bagi menyejukkan haba-haba yang ada di dalam kereta itu . Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Aqilah mengundurkan keretanya perlahan-lahan . Seandainya ini adalah perjalanan terakhirku dari rumah ini , Kau matikanlah aku dalam iman . Peliharalah kedua orang tuaku dari sebarang kecelakaan dan azab api neraka-Mu . Berikanlah kebahagian buat mereka hingga ke akhir hayat . Inshaallah , aku bersedia menerima ajalku . Tidak akan lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat . Tuhan itu Maha Adil . Aku berserah kepada-Mu , Ya Allah .

                Kelihatan Umi dan Abah mereka melambaikan tangan dari perkarangan rrumah tanda selamat tinggal . Ikin turut melambaikan tangan kepada Umi dan Abah , manakala , Aqilah hanya menguntumkan senyumannya yang begitu manis , ikhlas dan lebar . Pada masa yang sama juga , air matanya turur bergenang . Tapi , dibiarkannya sebagai kaca di birai mata , dan tidak digugurkan walau setitis . Takut-takut Ashikin nampak . Umi , Abah , inilah senyuman terakhir kakak . Kakak sayang umi dan abah sangat .

                Kereta berderum laju meninggalkan kawasan perumah tersebut  . Akhirnya , berjaya melepasi kereta yang begitu banyak dan kini berada di highway yang begitu sibuk . Radio masih belum dipasang , dan sunyi menyelubungi kereta itu . Aqilah masih fokus pada pemanduannya , Ikin pula memandang ke hadapan tanpa bersuara . “Kakak , kakak ada masalah ke ?” tanya Ikin kepada Aqilah . Kelihatan Aqilah mengerutkan dahinya . Serayanya dia berkata , “Kakak tak ada masalah apa-apa pun dik .” Ashikin masih belum berpuas hati lalu berkata “Kalau tiada , kenapa kakak cakap macam tu dekat Umi dan Abah ?” . Aqilah mendiamkan diri sebentar . Terkejut dan tersentak memikirkan jawapan untuk diberikan kepada Ashikin . Dalam kesesakan lalu lintas itu , Aqilah mengerling sekelilingnya mencari jawapan yang munasabah . Meskipun sudah 3 kali lampu isyarat bertukar kepada warna hijau , namun , kenderaan mereka masih terperangkap dalam kesesakkan tersebut .
                “Kakak kenapa kakak diam ?” tanya Ashikin lembut sekali lagi . “Tuhan dah takdirkan kakak untuk cakap macam tu  , apa boleh buat dik ?” jawab Aqilah spontan . Kali ini , Ashikin benar-benar terkedu mendengar jawapan kakaknya yang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya . Takdir Tuhan , siapa yang mampu lawan ? Ashikin diam seketika . Mereka masih lagi terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas itu . “Mungkin 3 kali lagi lampu hijau , baru kita lepas dik . Takpa kan ?”  tanya Aqilah mengubah suasana yang sedikit janggal itu . Ashikin hanya menganggukkan kepalanya . Ashikin mengambil satu sampul yang terletak di dashboard kereta itu yang tertera nama Aqilah di atasnya . Lantas , Ashikin membuka sampul surat tersebut .

                Aqilah begitu terkejut kerana Ashikin membuka sampul surat yang mengandungi segala jenis dokumen kesihatannya , dokumen kanser yang dialaminya . Segala keputusan makmal dan test serta result kemoterapi yang dilakukannya di dalam sampul surat tersebut . Belum sempt Aqilah mengambil sampul tersebut , Ashikin sudah membukanya dan membacanya terlebih dahulu . “ Nurul Aqilah – Chemotherapy Test Result for Servix Cancer – Stage 4 .” baca Ashikin dengan lantangnya . Pada ketika itu , Cuma 1 lagi lampu isyarat bertukar warna hijau , mereka akan terllepas dari kesesakkan lalu lintas tersebut . Aqilah memandang tepat ke arah adiknya . Adiknya senyap , tapi air mata berguguran dengan derasnya , sambil tangannya membelek satu demi satu kertas-kertas tersebut .
                Lampu isyarat kini bertukar hijau . Aqilah menurunkan handbreak lalu menekan minyak . Kereta itu meluncur ke hadapan . “Apa semua ni kakak ?! Apa semua ni ?!!” jerit Ashikin dalam tangisan dan sendunya yang teramat . Aqilah Cuma mengetap bibirnya dan meneruskan pemanduannya . Sungguhpun demikian , setitis demi setitis air mata yang dipendamnya selama ini akhirnya , gugur , tewas di medan pertanyaan Ashikin . “Tahap 4 , kak , Tahap 4 ! Kakak ingat benda ni main-main ?! Kenapa kakak tak beritahu Umi , Abah dan Ikin ?! Kenapa kakak ?! Kenapa !” Ashikin bertanya lagi dalam tangisan dan ratapan . Aqilah hanya berdiam diri dan meneruskan pemanduannya dalam tangisan itu .  Aqilah masuk ke lorong kiri dan memperlahankan keretanya , 80km/j sahaja .

                “Jawab Ikin , kenapa kakak buat kami macam ni ?!” Kali ini pertanyaan Ikin bernada ynag lebih keras dan Ikin menggoncang tangan Aqilah yang menggenggam sterring kereta itu ..ta sebab daya tubuh Aqilah yang kian lemah  , genggamannya pada sterring terlepas , tapi , dengan segala kekuatan yang dia ada ,  kakinya ditekankan kuat pada pedal brek . Kereta itu terhenti di tepi jalan , malangnya , Aqilah sudah tidak sedarkan diri . Darah yang berlumuran keluar dari mulut Aqilah membuatkan Ikin ketakutan . Ikin buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya setelah hampir kemalangan , tahu akan sakit Aqilah dan terkejut dengan keadaan Aqilah ketika itu .

                “Doktor Hani .” Ashikin terpandang nombor telefon Doktor Hani di sampul surat tersebut . Lantas dia menelefon Doktor Hani . Tut , Tut . Tut , Tut , menandakan bahawa panggilannya berjaya disambungkan . “ Hello Doctor Hani is speaking .” ujar Doktor Hani sebaik sahaja mengaangkat panggilan tersebut . “Hello Doctor Hani , I’m Ashikin , young sister to Aqilah , your patient if I not mistaken .”  kata Ashikin . “Ya , Aqilah pesakit saya , kenapa ya Ashikin ? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ?” tanya Doktor Hani kepada Ikin . “Doktor , kakak saya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran dengan darah . Kami berada di highway Chanteek Borneo Gallery . Macamana ni doctor ?” tanya Ashikin dengan nada yang begitu panik . “Saya akan datang segera ! Tunggu saya di sana . Kebetulan saya berada berdekatan ” ujar Dr. Hani . Sebaik sahaja mndengarkan arahan Doktor Hani , Ashikin memutuskan panggilan .

                Sementara menunggu Doktor Hani datang , Ikin mengemaskan semula dokumen tersebut dan meletakkan semula di dashboard kereta . Dia mula mengambil tisu sehelai demi sehelai , lalu , mengelap darah yang berlumuran pada kakaknya . Setitis demi setitis air mata juga keluar . Kakak , maafkan adik . Adik tak tahu yang selama ini kakak menderita . Adik langsung tak pernah faham perasaan kakak . Adik tak pernah menggembirakan kakak . Adik selaalu sangat lukakan hati kakak . Maafkan adik , kak  . Monolog Izwani dalam tangisannya . Dilihatnya wajah kakaknya . Wajah yang periang , kental , rupanya sedang bertarung nyawa untuk hidup . Betapa kuatnya kakak .

                Tidak lama selepas itu , tiba sebuah teksi berhenti di hadapan kereta mereka . Kelihatan seorang  wanita bertudung turu dari teksi tersebut dengan mempa beg hitam yang besar . Pintu cermin diketuk . Ashikin melihat pada tanda nama yang tersemat di tudung doctor itu . “Doktor Hani” . Ashikin menurunkan cermin kereta . “ Saya doctor Hani . Let me drive you to my Clinic .” Ashikin mengangguk dan membantu Dr. Hani untuk mengangkat kakaknya ke kerusi belakang . Setelah selesai , mereka bergegas ke klinik Doktor Hani .

                Setelah beberapa ketika , Doktor Hani keluar dari bilik pesakit dan bertemu Ashikin . “Ashikin , go and see her , for the last time .” ujar Dr. Hani dalam sebaknya . Dalam kelemahan diri yang dialami Ashikin , perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik itu lalu bertemu Aqilah .  Dengan kondisi yang begitu lemah , Aqilah masih tersenyum .  Ashikin turut menguntumkan senyuman . “Kakak” ujar Ashikin lembut sambil membelai tangan kakaknya .   “Ikin …”ujar kakaknya dengan begitu lemah lagi . “Jaga Umi , Jaga Abah , Jaga diri . Kakak sayang awak semua . Kerana Ashikin , kakak masih bertahan . Kerana Umi dan Abah , kakak merahsiakan .” sambung Aqilah lagi dalam keadaan yang sukar bernafas . “Kakak , kakak rehatlah . Kakak perlu kumpulkan tenaga untuk sembuh kak .” kata Ashikin dalam tangisannya  . “Nurul Ashikin .” panggil Aqilah lembut . Ashikin berkata “ Ya kak .” Aqilah tersenyum sambil berkata “ Pimpin kakak mengucap dua kalimah syahadah .” Allahu Akbar .

                Air mata Ashikin kian deras , membanjiri klinik tersebut .  Doktor Hani kelihatan turut sama menangis teresak-esak di birai pintu wad . “No kakak . You have to live ! No ! Kakak , you can’t leave me ! Macamana dengan Umi dan Abah ? ujar Ashikin berkeras . “Ashikin .. kakak kamu sudah lama terseksa , takkan kamu mahu seksa dia lagi . Saya juga kawan baik kakak kamu sejak dari sekolah lagi . Saya juga tak mampu nak lepaskan dia , tapi , janganlah kita seksa dia .” Kata Doktor Hani dari birai pintu dengan esakan yang menyelit tiap kali dia bertutur . Ashikin menarik dan menghela nafas yang begitu panjang . Akhirnya , Ikin memimpin kakaknya mengucap dua kalimah syahadah  . Hembusan nafasnya yang terakhir begitu panjang dan diselangi dengan senyuman . Allahu .

                Innalillahiwainnalillahirajiun . Maka kembalilah satu lagi khalifah Allah ke rahmatullah . Ratapan yang tidak bersuara terpapar di wajah Ashikin . Setitis demi setitis mutiaranya gugur . Sakit . Sakitnya bukan kepalangan merasai satu kehilangan . Kehilangan darah daging sendiri . Kehilangan satu-satunya kakak yang ada , sahabat baik yang ada . Tiada penggantinya . Perlahan-lahan tubuh kakak diselimuti dengan kain putih . “Ashikin , saya rasa awak kena call parents awak .” kata Doktor Hani sambill menepuk bahu Ashikin “ Sa .. Sa .. Saya tak kuat . To .. Tolong call  dorang doctor .” dalam nafas yang tersekat-sekat , Ashikin meminta bantuan .

                Kakak , kenapa kakak rahsiakan semua ini ? Ni kanser tahap 4 kak . Pasti akak dah lalui banyak kesukaran . Betapa kuatnya akak . Kalaulah saya jadi sekuat akak . Kakak , harimu begitu lelah untuk dilalui . Maafkan adik kerana meratapi pemergian ini . Bukan apa , kehilangan itu sakit . Sakit kerana kerinduan . Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada orang yang telah meninggal dunia . Tak mampu ke peluk . Jasadmu tertutup di bawah tanah . Hanya batu nisanmu mampu ku sentuh . Kakak , adik doakan akak bahagia di sana macam yang akak pinta . Adik tak kuat , tapi adik akan kuatkan diri . Ya Allah Ya Tuhanku , Engkau tempatkanlah arwah kakakku ini dalam kalangan orang-orang yang beriman , cucurilah dia dengn rahmat-Mu . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Aamiin .

                “Aqilahhhhhhh ! Anakku Ya Allah !” kedengaran tangisan dalam jeritan . Itu suara Umi dan Abah . Ashikin menoleh ke belakang . Kelihatan Umi sedang memimpin Abah yang longlai . Dalam longlai tetap meneruskan langkah menemui jasad arwah ayahnya . Mereka tiba dengan cepat sekali . Nasib baik Klinik Doktor Hani tidak jauh dari kawasan perumahan mereka . “Aqilahhhhhhhh” ratap Umi sebaik sahaja melihat jasad Aqilah . “ Abah .” peluk Ashikin pada abahnya . Keluarga itu menangis dalam pelukan erat . “Bawakkan bersabar . Kesian Aqilah tu .” ujar Doktor Hani menyabarkan ahli keluarga tersebut . 

                “Awak , lebih baik kita bawa balik jenazah Aqilah ni . Kita selesaikan apa yang patut .” Abah memberitahu kepada Umi  sambil mengesat air matanya yang gugur . Ibu bapa mana yang tidak sedih , kecewa , patah hati , bagaikan kaca yng terhempas ke baatu , apabilaa anak mereka , tempat pergantungan mereka pergi mengahadap Ilahi . Anak yang dikandungkan oleh Umi 9 bulan , dibesarkan selama 27 tahun , kini sudah tiada . Tiada di dunia . Bukan menolak Qada dan Qadr , tapi terkejut dengan pemergian . Baru 15 minit lepas , anak mereka itu tersenyum riang , anak yang dipeluk erat sebentar tadi , sudah tiada . Jasadnya ada tapi ruh-nya tiada ? Allahu  , hati ibu bapa mana yang tidak remuk ?

                Setelah beberapa ketika , akhirnya semua telah dipersiapkan . Doktor Hani mengiringi keluarga Ashikin ke rumah , memandangakan arwah juga sahabat baiknya . Berita tentang pemergian arwah diketahui jiran setaman dan kaum keluarga . Rumah mereka mula dibanjiri dengan kedatangan begitu ramai tetamu yang tampaknya turut menangisi pemergian arwah . “Assalammualaikum mak cik . Di mana Ashikin .” tanya seorang gadis ayu yang bernama Khaleda . Khaleda merupakan sahabat karib kepada Ashikin . Umi hanya menjuihkan bibirnya ke tingkat atas . Khaleda mengangguk tanda mengerti lalu beransur naik ke tingkat atas .

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                -Bersambung-

16/11/16

TIPS PERDAGANGAN SPM KERTAS 1 & 2

Kertas Perdagangan terbahagi kepada 2 iaitu :-

Kertas 1 ( 40 Soalan Objektif - 1 jam 15 minit )
Kertas 2 ( 5 Soalan Aneka Pilihan , 1 Soalan wajib - 2 Jam )

Kebiasaannya pelajar akan mempunyai masalah memperuntukkan masa ataupun tidak cukup masa . Bagaimana mengurus masa untuk KERTAS PERDAGANGAN 1 & 2 ?? Saya ada jawapannya !!

Maklumat penting dan Tips menjawab Kertas 1 :-

-Kertas 1 = 37 Soalan Fakta + 3 Soalan melibatkan Pengiraan

-Soalan yang melibatkan PENGIRAAN hanya mengandungi :-
            * Pengiraan Diskaun Niaga / Diskaun Tunai 
            * Pengiraan Bunga / Faedah yang diterima 

-1 soalan fakta , masa yang diperuntukkan adalah 30 saat sahaja :)

-1 soalan berbentuk pengiraan , masa yang diperuntukkan 90 saat @ 1 minit setengah 

-Kebiasaannya pelajar hanya akan dapat menjawab 18 / 40 soalan sahaja , dan lainnya TIDAK TAHU / LUPA ATAU KELIRU DENGAN FAKTA -_-

-Bagi menjawab soalan yg anda tidak ketahui , ada beberapa cara "menembak jawapan" (cara ini tidak digalakkan untuk diikuti melainkan terpaksa) :-
                  *pilih jawapan yang paling panjang
                  * jawapan yang dipilih pastikan berkaitan dengan soalan
                  *yakin dengan jawapan yang anda tembak

KESALAHAN YANG BIASANYA PELAJAR AKAN LAKUKAN :-

-Katakanlah pelajar mempunyai lebihan masa dalam 15 minit lagi , biasanya pelajar akan mula modified jawapan mereka !! JANGAN BUAT SEPERTI INI LAGI :-

            CONTOH : Pada asalnya pelajar memilih jawapan B pada awal dia menjawab , namun pada minit-minit terakhir dia menukarnya menjadi C . KEBIASSANNYA jawapan C itulah jawapan yang SALAH !

Mengapa ini terjadi ? Hal ini disebabkan oleh otak pelajar yang sudah penat . Maka , JANGAN NAK MEMANDAI PERGI TUKAR JAWAPAN ANDA !! 

TIPS PENTING MELIBATKAN SOALAN PENGIRAAN :-

FORMULA UNTUK MENGIRA FAEDAH :)

PKM                     Pokok x Kena Faedah x Masa
_______          =      ________________________

100                                           100

Contoh : Encik ABC menyimpan RM 10 000 di Bank DEF . Kadar faedah untuk 6 bulan adalah sebanyak 6% . Berapakah faedah yang Encik ABC dapat ?

Penyelesaiannya :

Pokok x Kena Faedah x Masa            RM 10 1000 x 10% x 6/12 (= 6 bulan dpd 12 bulan @ setahun)
________________________    =                                   
           
                  100                       =     RM500 #


FORMULA UNTUK MENGIRA DISKAUN NIAGA DAN TUNAI

Tarikh Pembelian : 20 April 2010 

Encik Mohid membeli 5 bua TV Plasma 40'' dengan harga RM 10 000 . Diskaun Niaga (10%) = Y manakala Harga Bersih pula adalah Z . 

Syarat :     Angkutan Dibayar
                 5%     7 Hari
                 2%    14 Hari

Hitungkan :
 i) Y
ii) Jumlah bayaran jika Encik Mohid membuat bayaran pada 2 Mei 2010

Penyelesaian :

i) Y =Diskaun Niaga x Harga barang yang dibeli 
       = 10% x 10 000 
       =RM1000 #

ii) 20 April 2010 - 2 Mei 2010 = 11 Hari ( 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 226 , 27 , 28 , 29 , 30 , 1 ) [2hb Mei TIDAK PERLU KIRA kerana pada tarikh itu hari Pembayaran dibuat )

         = 11 Hari = 2%    14 Hari 
         =2%  x ( Harga Asal - Diskaun Niaga  = Harga Bersih (Z) )
         = 2% x ( RM10 000 - RM1000 = RM9000)
         = RM180
         = RM9000-RM180
         =RM8920 #

Senang bukan ? Pasti anda boleh bawa balik A+ punyalahh !!!

Baiklah Jom beralih ke Kertas 2 pula :)

MAKLUMAT PENTING DAN TIPS MENJAWAB KERTAS 2 :-

BAHAGIAN A

- Pilih 3 soalan sahaja :)

-Masa diperuntukkan 1 soalan adalah 30 minit sahaja  (Jangan lebih dari 30 minit atau anda tidak akan sempat siap soalan yang lain . Paling parah lagi anda akan hilang 25 markah di Bahagian B ! So , set your time !)

TIPS MENJAWAB ESEI :-

-Tak perlu gunakan BAHASA MELAYU YANG BERKIAS -_- 

-CARA PENULISAN JAWAPAN bermula dari penyusunan dan pemerengganan jawapan :) 

                  Contoh :
  1) a) (Sila buka perenggan)    Faktor-faktor pengeluaran terbahagi kepada 4 iaitu Tanah (1/2 m) , Buruh (1/2m) , Modal (1/2m) dan Usahawan (1/2m) . [Perenggan 1]

                       Faktor pengeluaran tanah merujuk kepada .........

-Pemerengganan adalah amat penting bagi memudahkan pemeriksa memberikan anda markah 

-Jangan letakkan semua isi dalam 1 perenggan ! JANGAN ! 

-Sekiranya x cukup kertas sekalipun dan takut kehilangan masa kerana ingin mengambil helaian tambahan , gunakanlah tips ini >>>  tangan kiri / kanan anda menulis jawapan manakala tangan kiri/kanan anda mengangkat tangan sehinggalah pengawas peperiksaan datang kepada anda , dan beritahu anda perlukan kertas tambahan . KERTAS PERCUMA KOT , JANGAN SIA-SIAKAN BARANG YANG PERCUMA . HAHAHAHAHA .... 

PEMARKAHAN ESEI SEPERTI BERIKUT :-

-Definisi = 2 markah 
-1 contoh yang diberikan = tiada markah 
-3 contoh yang diberikan = 1 markah 
-1 Huraian yang tepat = 1 markah 

BAHAGIAN B :-

-Bahagian B adalah melibatkan kajian kes 

-Anda perlu membaca dengan berhati-hati , gariskan isi-isi penting seperti tarikh / kejadian / pasaran / pengangkutan digunakan / nama-nama insurans / situasi 

-Dapat sahaja kertas PERDAGANGAN kertas 2 , terus buat BAHAGIAN B ! 25 MARKAH TU , BANYAK ya bukannya SEDIKIT !

-Jawapan bagi setiap soalan , ada dalam teks kajian kes tadi . Make sure 23 marks dalam genggaman !

Anyway ...

Kepada semua calon SPM khususnya calon Perdagangan ( termasuk saya calom SPM 2016 juga ) , Semoga berjaya ;) Fighting !

"orang biasa bawa balik A+ bagi subjek Perdagangan , tapi kalau tak bawa balik A+ bagi subjek Perdagangan , itu LUAR BIASA " - Puan Mahani , Edunation Malaysia .

TIPS TERPENTING !! :-

-Sila buat latihan Perdagangan Soalan SPM tahun2 lepas . 

-Buat Latihan tanpa membaca buku , pastinya akan banyak salah bukan ?

-Kesalahan yang anda lakukan itu , baca , dan baca jawapan yang betul kemudian ingat ..

-If God Will it , semua jadi kacang punyalah . Inshaallah Wallahualam :)

Good Luck guys !!

By Hand ,
-Nisa Rina IV-

12/09/16

Nuha AF 2014 kembali sebagai Sam Nuhair dengan Kau Menjauh

NUHA ataupun nama penuh beliau SYAMILA NUHAIR BINTI ZAINORDI yang merupakan BEKAS Pelajar Rancangan Realiti Akademi Fantasia 2014 kembali menggegarkan Industri Muzik Malaysia dengan SINGLE Terbaru beliau yang berjudul " KAU MENJAUH"

Setelah hampir setahun Sam Nuhair 'senyap' dalam Industri Muzik Malaysia dengan meninggalkan lagu "Pertama Kali" , hasil karya beliau ketika berada dalam pusingan akhir AF 2014 , akhirnya Single terbaru beliau yang berjudul "Kau Menjauh" berjaya dikeluarkan dengan kerjasama JoePrcInternational Management . 

Single "Kau Menjauh" ini juga merupakan hasil tulisan Sam Nuhair yg telah disiapkan melalui pengalaman beliau sendiri . Lebih mengejutkan , Sam Nuhair telah mencipta lagu ini pada Tahun 2010 ketika beliau berusia 17 tahun .

Pasti ada yang tertanya-tanya , bagaimana Sam Nuhair mampu menulis sebuah lagu yang begitu mendalam dan melibatkan kisah percintaan yang kompleks di dalam lagu ini seawal usianya 17 tahun ?

Menurut Sam Nuhair , penghasilan lagu Kau Menjauh ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri . Beliau turut menyatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk melakarkan perasaan yang dipendamnya selama ini dalam sebuah penulisan abstrak yang akhirnya menjadi sebuah lagu . 

Tambahan pula  beliau turut menegaskan bahawa beliau bukanlah seorang pelajar yang bercinta sewaktu dalam zaman persekolahannya kerana Nuhair bukanlah pelajar yang menjadi tumpuan dan kegilaaan pelajar lelaki atas sebab keterampilannya . Niatnya , lagu ini dihasilkan atas persona luahan individu yang mempunyai perasaan tetapi dipermainkan . 

Siapa sangka , gadis yang dulunya dikategorikan sebagai "budak nerd" , kini menjadi pilihan JoePrcInternational untuk berkolaborasi dalam karier nyanyiannya . 



"Selepas saya mengalami kesusahan yang amat teruk untuk menaikkan lagu saya , JoePrc adalah management baru saya yang akan membantu untuk ketengahkan setiap satu karier saya" ujar Sam Nuhair dengan lebih lanjut tentang kolaborasinya dengan JoePrc .

Pasti selama ini ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya Nuhair , bukan ? Nuhair tidak lah hilang . Beliau giat aktif dalam meluaskan empayarnya melalui laman-laman sosial beliau sehinggakan meraih kurang lebih 62 300 followers di instagram , 4000 lebih followers di Facebook dan 1800 lebih followers di Smule . Ayuh ikuti gadis berbakat besar di di laman sosial beliau 

Instagram Sam Nuhair : -

Smule Sam Nuhair : -


Official Page Sam Nubair & Official Account Sam Nuhair : -


Tidak lupa juga , Sam Nuhair turut mencari Admin baharu untuk Fan club nya iaitu NUHARMY  !


31/08/16

Nyawa Rupa

Aku terus berusaha 
Agar terus bisa 
Melihat senyum dan tawamu


Tapi hingga satu masa
Aku mula tersedar 
Hatimu dikuasai orang lain

Tapi aku terus mencuba
Walaupun agak tipis
Peluang untukku memenangi hatimu

Hinggakan aku tersingkir
Atas sebab rupa

Oh aku ikhlas menyayangimu 
Tapi rupa dia lebih dari aku
Hinggakan memenangi hatimu
Semua kerana rupanya itu
Dan akhirnya aku ditolak 

"kadang kau ditolak atas dasar rupa , tapi percayalah , suatu hari nanti kau diterima atas dasar hati , bukan rupa ." - Nisa Rina 
x

27/04/16

ISTERIKU 1/4 , SUAMIKU CEO RM15


NOVEL : Isteriku ¼ , Suamiku CEO RM15

                     

PENULIS : ANIS ARINA AQILAH BINTI ROSLEE

 

BAB 1 : MAMAT PINK RM15

 

            Hujan . Hujan membasahi seluruh daerah Kota Kinabalu sekaligus membasahi bangunan konkrit sebesar alam ini . Sudah berjam-jam Fazura Izwani duduk termangu menunggu keputusan yang jelas di kerusi besi yang ada di dalam ruangan menunggu ini . Kebas sungguh kakinya kerana duduk sahaja . Sesekali ada juga dia mengerling jam tangannya .

            Lainlah seperti mereka yang acap kali lalu lalang di hadapan mata Fazura Izwani , sudah terang lagi bersuluh keputusannya . Ada yang menangis kegembiraan , ada yang menangis kesedihan dan ada yang melambaikan tangan diiringi dengan senyuman yang tawar tanda perpisahan juga ada yang berpelukkan keriangan sesama sahabat dan kaum kerabat tanda pertemuan dan melepaskan kerinduan .

            Fazura Izwani melihat di papan pemberitahuan elektronik tersebut . Masih tertera perkataaan “DELAY” . “Aduh , nampaknya lamalah aku kena duduk dan tunggu lagi kalau macam ni !”rungut Fazura Izwani perlahan . TING TONG ! Kedengaran satu bunyi loceng yang bergema di seluruh ruangan bangunan itu memecahkan suasana .

            Loceng itu kedengaran seperti loceng yang ingin membuat  pengumuman . Setiap individu yang berada di ruangan menunggu itu memberikan perhatian termasuk Izwani . Fazura Izwani memasang telinganya mengambil perhatian akan pengumuman yang bakal diumumkan sebentar lagi . Selang beberapa saat setelah itu , kedengaran suara pegawai bertugas menggeletek kesunyian .

            “Minta perhatian kepada para penumpang pesawat MH871 , penerbangan ke Johor Baru telah ditangguhkan sehingga esok tepat pukul 5:30 pagi atas sebab yang tertentu . Pihak Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan ini.Terima kasih .”

            Ujar pengumuman itu lalu diulang sekali lagi dalam Bahasa Inggeris . Usai sahaja terdengar pengumuman itu , lantas Fazura Izwani meninggalkan ruangan menunggu lalu terus menuju ke pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah . Misinya , untuk keluar dari bangunan konkrit tersebut .

            Dengan senyuman tertera di bibir dan langkah yang lemah longlai , Fazura Izwani menarik bagasinya dengan penuh kecewa . “Hmm , nampaknya aku kenalah balik ke rumah ! Alamak , aku tak bawak kereta pula ! Tadi Pak Hamid yang hantar aku . Apa harus aku buat ? Takkan nak call Pak Hamid pula ? Menyusahkan dia nanti . Kalau aku naik bas , kena tunggu bas penuh dengan penumpang pulak . Lambatlah sampai rumah nanti .  Hmm , hah ! Baik aku cari teksi ! Ya , aku mesti cari teksi !” monolog Fazura Izwani sendiri berikhtiar ataupun lebih selesa digelar sebagai Wani .

            Lantas Wani memperbesar langkahnya menuju ke ruangan parkir teksi yang  terletak betul-betul di hadapan pintu utama Lapangan Terbang tersebut . Dia mengerling ke kiri dan ke kanan mencari perut teksi yang belum berisi . Itu dia ! Fazura Izwani menjadikan teksi yang berwarna merah putih berjenama Alza itu sebagai sasarannya .

            Dia membuka langkahnya dengan besar lalu mengerling ke kiri dan ke kanan sekali lagi memerhatikan bahawa tiada siapa yang ingin menyasarkan teksi tersebut . Kelihatan seorang lelaki juga berlari keanak-anakkan ke arah teksi yang sama disasarkan Izwani . Lelaki itu seperti perasan akan tingkah laku Izwani yang menyasarkan teksi itu .

            Fazura Izwani berlari dengan sepenuh hati sambil mengheret bagasinya bagi memintas lelaki tersebut masuk ke dalam teksi yang telah disasarkannya . Lelaki itu juga melakukan perkara yang sama . “Aku sampai dulu !” ujar fazura Izwani dan lelaki itu serentak separuh menjerit . Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dalam keadaan yang tercungap-cungap mencari oksigen . Pemandu teksi itu terkejut dan kepalanya terhantuk di bumbung teksi manakala surat khabar yang dipegangnya  kemas tadi berselerak habis di dalam teksi .

            “Uncle , saya sampai dulu !” ujar lelaki itu . “Saya dulu sampai lah ! Uncle saya dulu kan ?” bidas Fazura Izwani mempertahankan haknya untuk menaiki teksi itu . Pemandu Teksi yang sudah berusia separuh abad itu menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal melihat perilaku Izwani dan lelaki itu yang sedikit kebudak-budakkan . “Cik pendek , saya yang sampai dululah !” ujar lelaki itu tidak mahu mengalah .

            “Amboi amboi amboi . Excuse me , hello ?! Oi Mamat pink ! Ikut suka hati kau ja nak panggil aku pendek ? Kau ingat kau tu jantan sangat ? Dah la pakai baju warna pink , seluar hawai , beg sandang , hahahahaha !” balas Izwani sambil tertawa dengan kuat setelah ‘bahankan’ lelaki tersebut . Merah padam muka lelaki itu lantas dia membuka pintu teksi lalu duduk di bahagian hadapan .

Dia berpeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya . Izwani juga melakukan perkara yang sama iaitu masuk ke dalam teksi tersebut . Pemandu teksi itu bingung kehairanan melihat gelagat mereka lalu berkata “Takpa , biar pak cik hantar kamu berdua ya.” Lantas si Mamat Pink bersuara “ Hantar saya dulu Uncle ! jangan dengar cakap minah Ketot ni !” . Telinga Fazura Izwani berdesing digelar Minah Ketot ! “Hoi , sotong kurita , kau cakap apa tadi ? Uncle hantar saya dulu !”balasnya dengan muka yang merah padam .

            “Sudah sudah sudah ! Pening kepala pak cik dibuatnya ! Kamu nak pergi mana ?” tanya pak cik itu kepada si Mamat Pink . “Sutera Harbour , uncle .” jawabnya ringkas . “ Kamu pula ?” tanya uncle teksi kepada Izwani . “Sierra Villa .” jawab Izwani .

            “Baiklah kalau macam tu . Uncle akan hantar si kumbang baru uncle hantar si bunga  .” Fazura Izwani mengeluh panjang . Kelihatan si Mamat pink tersenyum keriangan sambil membuat lagak kepuasan . Dia menoleh ke belakang lalu menjelirkan lidahnya kepada Fazura Izwani tanda mengejek .

            Fazura Izwani memberikan jelingan yang tajam kepada si Mamat pink . Lalu , si Mamat pink mengalihkan semula pandangannya ke hadapan . Izwani melemparkan pandangannya ke luar jendela . Geram sungguh Fazura Izwani dengan Mamat Pink itu . Tidak lama kemudian , berderum laju teksi itu meninggalkan perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah .

            Fikiran Izwani bermain dengan seribu persoalan . Lelaki spesies apakah itu ? Buat sakit hati ! Tapi , Siapa lelaki itu ? Kenapa dia minta hantar ke Sutera Harbour ?  Oh , pasti pelancong . Lagaknya bukan seperti orang setempat . Apa sajalah ! Yang jelas , dia menjengkelkan ! Dah lah pakai baju warna pink .  Sotong kurita a.k.a Squidward ! Ujar Izwani bermonolog sendirir sambil memuncungkan bibirnya .

            Lalu diamatinya satu demi satu pemaandangan indah bumi kelahirannya iaitu bumi Sabah di Bawah Bayu . Sebaik sahaja keluar dari perkarangan Lapangan Terbang Kota KInabalu , hamparan lautan yang membiru menyapa dengan senyuman . Air lautnya yang jernih , kebiruan turquoise dihiasi dengan cahaya ‘plankton’ dan protozoa .

            Landskap system pengankutan jalan raya yang diselang-selikan dengan tumbuhan pepokok berwarna-warni menarik minat Izwani meskipun sudah berkali-kali melalui jalan tersebut . Rintik demi rintik mutiara yang gugur dari genangan awan menyapa cermin teksi itu . Kesejukkan mula mengulit diri . Pelukan tubuh Izwani semakin diperkemaskan .

Tidak lama kemudian , teksi itu pun berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar dan tersergam indah menandakan mereka telah pun sampai di Sutera Harbour . Whoaa , besarnya tempat ni ! Teksi itu berhenti betul-betul di hadapan lobi Sutera Harbour . Pintu teksi itu dibuka oleh seorang lelaki yang berbaju seragam hitam . Kelihatan seperti bodyguard penampilan lelaki itu .

            “Berapa uncle ?” tanya si Kurita . “RM15 sahaja.” Jawab uncle teksi . Kelihatan lelaki itu menyeluk sakunya depan dan belakang . Lalu dia membuka zip begnya . Mukanya sedikit gelisah . Lelaki yang berperwatakan bodyguard itu menghampiri lelaki tersebut . “Kenapa tuan muda ?” tanya lelaki itu kepada si Kurita .

            “Tuan muda ? Hah ?” monolog Izwani kebingungan . “Wallet saya takda la .” ucap si Kurita . Lantas aku mengeluarkan dua not berwarna merah dan menyerahkan kepada uncle teksi . “Tulah , Encik Pink , lain kali jangan nak sombong . Takpa hari ni saya belanja.” Ujar Izwani sambil berlagak nakal . Puas juga hati Izwani dapat mengenakan lelaki tersebut .

            Muka si Mamat Pink merah padam . “Cik Muda mana Tuan muda ?” tanya bodyguard itu sekali lagi . “Flight dia malam baru sampai .” jawab si Mamat Pink . “Thanks Ketot , Thanks Uncle .” ujar Si Kurita sambil tunduk . Uncle teksi menaikkan semula cermin keretanya lalu bergerak semula . Izwani tersenyum puas . “Tadi kau kenakan aku kan ? Baru kau rasa !” ucap Wani perlahan . 

            Setelah selesai , teksi itu terus meluncur laju di jalan raya apabila hujan mulai reda . Fazura Izwani melemparkan pandangannya ke luar tingkap . “Maaf cik , boleh pak cik tanya ?” ujar uncle teksi membuka bicara . “Boleh , apa dia uncle ?” jawab Izwani . “Cik duduk dengan siapa di Sierra Villa ?” tanya pak cik itu sekali lagi ,

            “Saya duduk dengan adik kedua saya . Kenapa uncle ?” tanya Izwani semula . “Setahu pak cik , kerabat Dato’ dan Datin sahaja yang duduk  di kawasan tu . Maaflah kalau pak cik berkata begitu .” jawab Uncle teksi . Izwani berkata , “Eh , takpa pak cik . Ya , mak dengan ayah saya Dato dan Datin . Saya tinggal kat sana pun sebab nak cuba cari pengalaman . Saya tak nak kerja dekat syarikat ayah , saya nak kerja macam orang biasa . Kerja kat kedai dan banyak lagi lah . Saya tinggal kat sana pun sebab adik kedua saya paksa . Adik saya yang ketiga dengan yang bongsu pula tinggal serumah dekat Pavvy Hills .” jawab Izwani panjang lebar .

            Uncle teksi itu cuma menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan daripada Fazura Izwani sambil meneruskan pemanduannya . Tidak lama kemudian , mereka tiba di kawasan Sierra Villa . “Lot berapa Cik ?” tanya uncle teksi itu . “Lot 17 Uncle .” ujar Fazura Izwani . Perlahan-lahan teksi itu menyusuri lorong demi lorong ke Lot 17 . Sesampai sahaja di hadapan Lot 17 , teksi itu berhenti menandakan sudah sampai .

            “Berapa bayarannya uncle ?” tanya Izwani . “RM20” jawab uncle teksi ringkas . Izwani menyerahkan not bernilai RM50 . “Uncle takda duit kecil cik .” jawab Pak cik teksi . “Uncle simpanlah baki duit tu Uncle buat beli minyak teksi ni . Terima kasih uncle . Saya masuk dulu . Assalammualaikum .” jawab Izwani ringkas .

            “Tapi nak … “ belum sempat pun Uncle itu menghabiskan ayatnya . Fazura Izwani berlari meninggalkan teksi sambil mengheret bagasinya lalu mengucapkan “byee uncle !!!” . Mulut pemandu teksi itu terlopong melihat gelagat Izwani yang berlari sambil mengheret bagasinya  . Dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil .

            Pemandu teksi itu memerhatikan kawasan sekeliling rumah Izwani . Laman yang luas , 3 gelanggang permainan di setiap tepi rumah , Parking Lot kereta 2 tingkat ibarat di Mall , 2 buah kereta Porsche yang berwarna hitam dan Kelabu serta sebuah Mini Cooper dan Alphard parking di tempat parkir itu . “Bertuah ibu bapa kamu dapat anak macam kamu .” Ucap pakcik teksi itu lalu meinggalkan perkarangan rumah Izwani .

            Izwani meneruskan langkahnya hingga ke hadapan pintu utama . “Assalammualaikum .” Izwani memberi salam . “Waalaikummussalam.” Tidak lama kemudian , salam Fazura Izwani dijawab dan kedengaran bunyi kuakkan pintu . “Eh , Cik Izwani , bukannya Cik Izwani ada flight  ke JB ?” tanya Mak Mah yang merupakan penjaga Izwani di rumah itu .

            Flight delay la Mak Mah . Nanti saya nak call Tisya suruh batalkan tiket tu . Malas lah nak jalan . Haa , lagi satu . Mak Mah tak perlulah panggil saya “Cik Izwani , panggil Wani ja lah Mak Mah . Sekali lagi kalau Mak Mah panggil Wani ‘cik’ , Wani bawak Mak Mah naik rollercoaster nak ?”bebel Wani . “Eh tak nak , baiklah Cik Wani . eh , Wani .” ucap Mak Mah sambil menggelengkan kepalanya dan kelihatan sedikit panic apabila Izwani menyebut semula soal rollercoaster .

            Wani tersenyum melihat gelagat Mak Mah yang terus gelisah setelah mendengar perkataan rollercoaster .Masih segar di ingatan Fazura Izwani tatkala Wani mengajak Mak Mah naik rollercoaster di Genting Highland hari tu . Pucat sungguh muka Mak Mah , tak terkata dibuatnya . Bak kata Mak Mah “Jantung Mak Mah tertinggal kat atas . Sumpah Mak Mah tak nak naik lagi benda ni.” Sambil mengusap dadanya .

            “Oh ya , Wawa mana Mak Mah ?” tanya Izwani sebaik sahaja memerhati keadaan sekeliling yang tidak kelihatan Syazwa di sana . “Wawa pergi rumah Cik Syazwani dengan Cik Nafyssa . Dia pergi jemput adik-adiknya ke sini .” terang Mak Mah .

            Lantas Izwani mengangguk lalu berkata  “Baiklah kalau macam tu Mak Mah . Wani nak turun bawah dulu , Wani nak rehat .” Mak Mah menganggukkkan kepalnya tanda faham . Izwani menarik bagasiya menuju ke sebuah penjuru yang terletaknya lif di sana . Dia menekan beberapa buah punat lalu pintu lif itu terbuka dengan sendirinya .

            Izwani lenyap di dalam perut lif . Bayangnya tidak lagi kelihatan setelah lif itu turun ke ground floor . Maklumlah , rumah Wani terdapat 4 tingkat . Biliknya berada di tingkat bawah tanah . Tingkat bawah tanah itu merupakan mini house buat Izwani .

            Di tingkat bawah tanah itu merupakan ruangan khas Izwani , ada ruang tamu yang lengkap dengan perabotnya , walk-in-closet sepanjang 100m , mini cinema , mini pool dan bilik kerja serta bilk tidur Izwani dan juga terdapat mini kitchen untuk Izwani .

            Dia menarik bagasinya lalu meletakkan di sofa ruang tamunya itu lalu merebahkan badannya . Dicapainya tas tangannya lalu menekan punat-punat kecil pada telefon bimbitnya dan mencapai nombor telefon Tisya iaitu secretary nya . Lalu dia menekan butang call .

            Tutt Tutt ! Bunyi menandakan talian telah pun disambungkan . “Hello Cik Muda . Ada apa yang Tisya boleh bantu ?” ujar Tisya sebaik sahaja panggilan itu diangkat . “Selamat petang Tisya , maaf mengganggu . Boleh tolong batalkan tiket saya ke JB tu ?” tanya Izwani . “Sure can .” jawab Tisya . “Thanks.” Ujar Izwani .

            Tidak lama kemudian , talian pun diputuskan . Izwani memandang ke atas . Kepalanya sedikit berat . Matanya mula tertutup sedikit demi sedikit . Genggamannya pada telefon mulai lemah dan tiba-tiba dunia menjadi gelap apabila Izwani mulai lena dibuai mimpi .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Along biar betul ?! Papa tahu tak pasal ni ? Along ni , cubalah berfikiran rasional sikit !”ucap Syazwani kepada Izwani dengan mulutnya yang penuh dengan aiskrim . Izwani masih lagi diam . Syazwani dan Syazwa saling berpandangan . Nysa Nafyssa tidak bersama mereka kali ini kerana sibuk menguruskan Acoustic Show anak-anak muridnya .

            “Along jawablah !” ujar Mayza Syazwa yang merupakan anak kedua dalam adik beradik Fazura Izwani sambil menggoncangkan bahu Izwani yang masih kelu belum memberikan sebarang jawapan kepad adik-adiknya . Fazura Izwani menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan nafasnya perlahan-lahan . “Along pasti !” jawab Izwani ringkas dan mentuturkan sebutir demi sebutir jawapannya yang membuatkan semua adik-beradiknya terlopong .

            “What ?!” ujar adik-beradiknya serentak separuh menjerit mendenar jawapan Fazura Izwani sebentar tadi . “You know what girls , Along dah bosan nak kerja dekat syarikat ayah tu . Boring la . Along pun nak juga mencuba dari bawah.” Jawab Wani .

            “Mencuba tu tak salah , tapi yang salahnya , kenapa Along nak jadi secretary ?! Why Along Why ? Give me a reason !” kata Syazwa yang kelihatan seperti tidak percaya dengan keputusan kakak sulungnya itu yang ingin meninggalkan kerjaya sebagai CEO syarikat dan ingin mencuba pekerjaan yang di luar jangkaan adik-beradiknya iaitu setiausaha . “Sebab Along dah bosan berpangkat !” jawab Izwani dengan nada yang sedikit tinggi . Adik beradiknya yang lain semuanya senyap setelah mendengar jawapan Izwani yang ringkas tapi menusuk jantung . “Its depend on you  la Along.” Kata Syazwani mengalah bagi mengelakkan perbalahan di antara mereka . Kedengaran keluhan panjang dalam kalangan adik beradik Izwani .

            “Tapi Cik Izwani , macamana kalau Dato’ Sufian tahu pasal ni ?” tanya Tisya ringkas kepada Izwani . Mereka saling berpandangan memikirkan jawapan . “Don’t worry . I’ll tell papa about this .” jawab Fazura Izwani ringkas sambil menghulurkan senyuman manisnya kepada Tisya . Adik beradiknya kebingungan dengan keputusan muktamadnya . Izwani diam seribu bahasa , begitu juga dengan adik-adiknya yang masih lagi bingung dengan  keputusannya . Dia menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya .

            Keputusan yang diambil oleh Izwani untuk menjadi seorang setiausaha di sebuah syarikat yang digelar Farhan’s Holding . Bagi Wani , dia sudah bosan menjadi CEO di syarikat perkapalan ayahnya . Dia hendak bermula dari bawah , bermula sebagai seorang setiausaha .

 

BAB 2 : SECRETARY SI  KETAT

                        Kedengaran bunyi-bunyian yang indah dan merdu dari luar rumah . Bayu yang menuruni membasahi setiap hidupan dibumi mengulit manja pagi ini . Cip Cip Cip ! Bunyi kicauan burung yang memecahkan keheningan pagi menjadi mukaddimah hari ini .

            Kringg ! Kringg ! Deringan jam loceng Fazura Izwani berdering menjerit membangunkan Wani . Kaki Izwani sedikit terusik lalu tangannya mematikan jam loceng itu .  Usai sahaja jam loceng itu dimatikan olehnya , dia mengerdipkan matanya beberapa kali untuk melihat keadaan sekelilingnya dengan jelas .

            Tok ! Tok ! Tok ! Pintu bilik Fazura Izwani diketuk . “Masuk.” Ujar Izwani dengan sepenuh tenaga yang dia ada pada pagi itu . “Selamat pagi Cik Izwani , Cik perlu bersiap segera untuk ke Farhan Holdings .” ujar kelibat seseorang di muka pintu . Izwani mengangkat sedikit kepalanya lalu menggosok matanya . “oh , kamu Tisya . Alright . Tolong start engine kereta saya . Kejap lagi saya turun .” kata Izwani ringkas .

            Tisya mengangguk lalu beredar dari bilik Izwani . Lantas Wani duduk di atas katilnya sebentar lalu turun dari sana dan mencapai tuala mandinya yang disangkutnya di hadapan meja soleknya . Lantas dia menyegarkan dirinya .

            Sesudah sahaja dia menyegarkan dirinya dia mengenakan seluar sleck berwarna hitam dan kemeja putih panjang lengan serta mengenakan tudung bawal labuh menutup dada . Lalu , Izwani berjalan menuju ke walk-in-closet miliknya . Dia membuka pintu yang pertama .

            Kelihatan beratus kasut yang tersusun rapi mengikut jenis , jenama dan ton warna . Dia mencapai kasut gothic berwarna hitam tidak bertumit yang kebiasaannya digunakan untuk bekerja dalam pejabat lalu Izwani berjalan lagi ke dalam walk-in-closet miliknya dan membuka pintu kedua . Kelihatan berpuluh-puluh beg dan tas tangan yang disusun juga mengikut warna , saiz dan jenama . Lantas dia mencapai beg galas berwarna hitam putih yang bersaiz sederhana dan berjenama Lacoste dan digalasnya dibahunya .

            Izwani berjalan ke dalam lagi dan membuka pintu yang ketiga . Bilik ketiga pula terdapat barisan-barisan tergantung seperti rak buku tetapi disusun gadget seperti Iphone , Samsung , Sony , Blackberry , Nokia dan sebagainya dan Izwani menuju ke satu sudut dan mencapai telefon Nokia 3310 . Telefon yang dia rasa menepati ciri-ciri seseorang yang bermula dari bawah .

            Akhirnya , Izwani berpatah balik ke pintu keluar walk-in-closet miliknya itu . Fuh , itu baru walk-in-closet ,tapi sudah kelihatan macam butik dan kedai telefon ! maklumlah , anak orang kaya . Wani bergerak menuju ke satu dinding yang kelihatan seperti terowong dan dia menghidupkan lampu di jalan itu.

            Perlahan-lahan Wani menyusuri jalan itu dan di sebelah kiri dan kanan dalam terowong itu , tergantung gambar-gambar milik Izwani bersama adik beradiknya juga kedua ibu bapanya dan rakan-rakan sekolahnya pada suatu ketika dahulu . Senyuman terukir di bibir Wani tatkala dia melalui terowong tersebut . Terowong yang penuh dengan memori . Akhirnya dia tiba di tempat parkir kereta . Kelihatan Tisya sedang duduk di tempat penumpang di dalam kereta milik Fazura Izwani . Izwani segera membuka pintu kereta dan menyusur keluar dari perkarangan rumahnya .

            Tisya hanya mendiamkan diri sejak tadi . “Latisya , nanti kamu bawa balik kereta saya ke syarikat ya . Tengahari kamu jemput saya di Farhan Holdings , boleh ?”tanya Wani membuka bicara . “Baiklah Cik Wani .”jawab Latisya dan tersenyum ringkas  dan Izwani focus pada pemanduannya semula .

            Perjalanan itu sunyi tanpa sebarang bicara . Hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang bergema di dalam kereta itu . “Do I have any appointment today ?” tanya Izwani lagi bagi memecahkan kesunyian . Tisya menjawab “Yes you have . Dalam pukul 2 petang hingga 3 petang Cik Wani perlu ke Marrybrown Café , kena lunch dengan client untuk kontrak shipping . Pukul 4 hingga 6 , Cik Wani dan Cik Nafyssa ada project , as always both of you guys do every evening , pukul 8 malam hingga 10 malam , Cik Wani dan adik-adik ada majlis rasmi di Sutera Harbour , Majlis Perkapalan 1 Sabah .”

            Alright , only that right ? So means that , awak kena ambil saya dekat pejabat nanti tepat pada masanya , dan jangan lupa bawakan ‘blazer’ dan briefcase saya . Oh ya one more , nanti jangan lupa belikan saya aiskrim tau .” ujar Wani tersenyum manja . Latisya hanya menganggukkan kepalanya tanda faham .

            Sedar tidak sedar , mereka telah pun sampai di hadapan Farhan Holdings Sdn Bhd . “Drive safely.” Ucap Wani kepada Tisya sambil keluar dari kereta . Tisya pindah ke tempat duduk pemandu . Wani melambaikan tangan sambil berjalan ke arah pintu utama Farhan Holdings dan menarik nafas panjang . Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di bawah seorang tuan . Pengalaman pertama lah katakan .

            Kelihatan seorang perempuan yang rupanya seperti sebaya dengan Izwani melambai ke arah Wani sambil memegang fail berwarna biru di tangan kanannya dan beg bimbit di tangan kirinya . Izwani mendapatkan perempuan itu . “Fazura Izwani kan ?” ucap perempuan itu membuka bicara lalu menghulurkan tangan kepada Wani . Izwani menyambut tangan perempuan itu sambil berkata “Ya , saya .”

            “Saya Qisya , saya partner awak dalam jadi secretary ni , kita berdua syif pagi .” kata Qisya . Muka Izwani sedikit berkerut . Qisya tertawa melihat muka Izwani seperti digigit semut . “Jom saya terangkan sambil kita naik ke atas.” Ajak Qisya . Izwani mengangggukkan kepalanya lalu mengikut langkah Qisya dan kelihatan sedikit teruja tentang ‘syif pagi’ yang disebut oleh Qisya sebentar tadi .

            “Sebenarnya dekat Syarikat Farhan Holdings ni ada 4 orang secretary . Saya yang pertama mengawal bahagian contract , dan Aalia dan Neavi tu Syif petang , diorang kawal bahagian Client and Evening Reminder dan makan dan minum Encik Mikhail , awak pula bahagian Morning Reminder .” Jelas Qisya dengan teliti .

            “Encik Mikhail ?” tanya Wani pendek . “Oh lupa pula , Encik Mikhail ataupun Tengku Mikhail merupakan anak kepada Encik Farhan . Dia merupakan CEO syarikat ni . Dia tu orangnya baik tetapi tegas , cerewet dan suka menyakat pulak tu.” Tutur Qisya perlahan .

            “Ehem ! Apa dia Qisya ? Ulang sekali lagi ?” kedengaran suara garau yang berdehem di belakang mereka . Izwani dan Qisya menoleh ke belakang . “Eh , Tengu Mikhail ! Errr .. Takda apalah . Cik Mikhail se .. segak . Tu .. Tu ja ” kata Qisya sedikit gagap kerana gelabah apabila Tengku Mikhail betul-betul berada di belakangnya . Izwani sedikit tunduk . Dia langsung tidak memandang Tengku Mikhail “Awak kutuk saya eh ? Oh ya , mana secretary baru tu ?” ujar suara garau itu .

            “Ni dia !” kata Qisya sambil mencuit bahu Izwani . Izwani mengangkat mukanya lalu memandang ke arah suara garau itu . Mulut Izwani terlopong . Dahi Tengku Mikhail juga sedikit berkerut setelah melihat Izwani . “Ketot ! Mamat Pink !” ucap Tengku Mikhail dan Wani serentak sambil menuding jari sesama sendiri .

            Qisya yang tadinya berdiri di tengah terlopong . “Hoi ketot kau buat apa kat sini ?” ujar Tengku Mikhail separuh menjerit . “Err , Tengku , dialah new secretary yang Qisya maksudkan tu .” jawab Qisya terketar-ketar . “Excuse me , hello ! My name is Wani okay . I’m your new secretary . If you don’t want , nevermind , I can step out from this office by myself .” ujar Wani dengan beraninya .

            No and never ! I’ll never let you go before you start your work . Remember this one Wani alias Ketot , you started the game yesterday , and I’ll finish it !” ujar Tengku Mikhail sambil menunjukkan telunjuk kepada Izwani lalu dia berlalu pergi meninggalkan senyuman sinisnya kepada Wani . Izwani mengajuk semula reaksi muka dan ayat Tengku Mikhail sebentar tadi . Tengku Mikhail berlalu pergi meninggalkan Izwani dan Qisya .

            Qisya hanya tertawa . “Jom la naik !” ajak Izwani dengan mukanya yang kusut . “By the way , macamana Wani kenal Tengku Mikhail and why did he called you ‘Ketot’ ?” kata Qisya sedikit tertawa . “Nanti Wani cerita .” jawab Wani ringkas dan mukanya kelihatan ‘kusut’ . Mereka menaiki anak tangga itu satu persatu menuju ke tingkat 3 . Malas rasanya hendak naik lif . “Amalkan gaya hidup sihat , dapat jugak kurangkan kalori dalam badan ni . nanti tak pasal-pasal kena penyakit jantung .” monolog Izwani positif .

                                                            JJJJJJJJJJ

            Seriously ? Sutera Harbour tu milik Tengku Mikhail jugak ?” tanya Izwani kepada Qisya . Qisya mengangguk . Izwani tergelak besar . “Kenapa ni ?” tanya Qisya sedikit kehairanan . “Kesiannya . Ada Syarikat ni dan Sutera Harbour , besar pulak tu , tapi RM15 takda .” ucap Wani lalu menyambung semula ketawanya . Qisya juga turut tertawa setelah mengamati semula cerita Izwani berkenaan RM15 dan Tengku Mikhail .

            Tiba-tiba , bilik rehat khas untuk secretary itu terbuka . Kelihatan dua orang perempuan sedang masuk ke dalam bilik itu . Izwani menghulurkan tangan dan senyuman mesra tanda ingin berkenalan tetapi tidak disambut malahan dia diberikan jelingan . Qisya mengalih perhatian Wani . “Jom pulang Wani .” Wani mengangguk dan mengatur langkah menuruti jejak Qisya . Kecewa juga Izwani dilayan sebegitu pada hari pertama dia bekerja .

“Siapa dua orang tadi tu ?” tanya Wani . “Doranglah syif petang dan dorang tu tak disukai ramai . Tengoklah perangai dorang , berlagak diva .” jelas Qisya . Izwani hanya menganggukkan kepalanya .  “Qisya , awak free tak petang ni ? Kalau free bolehlah join saya jalan sekejap.” Tanya Wani . “Maaflah Wani , saya kena teman mak saya ke hospital petang ni .” jawab Qisya . Wani hanya melemparkan senyuman tanda mengerti .

Mereka meneruskan perjalanan dan menuju ke lif . Qisya menekan punat di tepi lif . Kring ! Kring ! Telefon Wani berdering . Dia memeriksa poket seluarnya . “Fuh , nasib baik telefon Nokia 3310 yang berdering . Mampus aku kalau gadget aku yang berdering . Terbongkarlah rahsia aku .” monolog Wani lalu dia mengangkat panggilan itu tanpa rasa ragu apabila melihat nama Latisya tertera di skrin .

“Cik Izwani , saya tunggu di hadapan Farhan Holidings ni .” jelas kedengaran suara Tisya membuka bicara . “On the way Tisya . Wait for me .” jawab Wani dan panggilan pun diputuskan . “Siapa Tisya ?” tanya Qisya . “Err , kawan Wani.”jawab Wani . Qisya hanya menganggukkan kepala . “Nama dia macam nama sepupu Qisya jugak . Err , Wani saya kena gerak dulu , abang saya dah tunggu tu.” Kata Qisya sambil menudingkan jari ke arah sebuah kereta sebaik sahaja mereka tiba di pintu utama syarikat itu .

            “Okay Qisya . Jumpa esok . Assalammualaikum .” kata Wani . Qisya menjawab salam Wani sambil berlari keanak-anakkan menuruni anak tangga . Wani juga menuruni anak tangga dan dia menoleh ke kiri dan ke kanan . Oh , tu dia ! monolog Wani sebaik sahaja terlihat keretanya lantas dia memperbesarkan langkahnya sambil memperkemaskan penampilannya lalu berjalan menuju ke arah keretanya .

            You drive.” Ucap Wani sebaik sahaja membuka pintu kereta . Tisya tersenyum lalu menyerahkan Aiskrim Cornetto kepada Izwani yang dipesannya pagi tadi . Izwani tersenyum keriangan . “So , how was the day as a secretary , Miss Fazura Izwani ?” tanya Tisya seperti mengusik .

            Not bad . New experience . You know what Tisya , Mamat pink yng Wani cerita kat Tisya yang kat airport tu rupanya CEO syarikat ni . Boleh pulak dia panggil Wani ‘Ketot’ tadi . Geram pulak hati Wani .” cerita Wani kepada Tisya sambil memuncungkan bibirnya . Tisya hanya tergelak melihat Fazura Izwani . “Aduhai , Cik Wani Cik Wani .” kata Tisya sambil tersenyum lalu menggelengkan kepalanya .

            “Latisya Arissa , how many times do I have to tell you? No need to call me ‘Cik Wani’ just call me Wani . I just feel so uncomfortable when you call me ‘Cik’” ujar wani sambil menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya . “Alright , Wa .. Wa.. Wani .” kata Tisya yang agak sedikit gagap memanggil Izwani tanpa memanggilnya ‘Cik’ . “Good girl.” Ucap Wani lalu menyuapkan lagi aiskrim ke dalam mulutnya .

            Kereta itu laju meluncur di atas jalan raya menuju ke sebuah Kompleks membeli-belah yang terkenal di seluruh Sabah , iaitu , 1 Borneo Grand Hypermall . Izwani menghabiskan aiskrimnya manakala Tisya pula focus kepada pemanduannya .

Handsome jugak si Mamat Pink berkot pagi tadi . Pakai necktie pulak tu ” Monolog Wani sendiri sambil tersipu-sipu . “Fazura Izwani ? Cik Wani , are you okay ?” tanya Tisya yang menyedari Izwani tersenyum dan tersipu-sipu sejak tadi . Wani kelihatan sedikit kebingungan dan gelisah kerana Tisya perasan akan kelakuannya .

“Malunya akuuuuuu !” jerit Izwani dalam hati . “Once again Latisya . Last warning , call me Wani .” kata Wani menuka topic . “Okay Cik Wani , eh eh Wani .” kata Tisya sedkit tergagap . Wani tersenyum kerana dapat mengenakan Tisya balik .

                                                JJJJJJJJJJ

“Baiklah Tuan , kalau macam tu , esok petang Tuan boleh datang ke pejabat saya untuk tandatangan kontrak.” Ujar Izwani sambil tersenyum dan berjalan beriringan dengan seorang client syarikat ayahnya daripada Johor . “Baiklah , esok saya jumpa kamu . Saya pergi dulu .” ujar Klien Izwani . Dia menganggukkan kepalanya . Tisya yang berada di sebelahnya memberi reminder kepada Wani “Pukul 4 hingga 6 petang Wani kena jumpa Cik Nafyssa di tingkat 3 , sekarang ni free , so , where should we go now ?”

KFC of Course ! Lets go Tisya . Hungry tahap gaban ! I’m coming cheesy wedges !” ujar Wani sambil berlari keanak-anakkan menuju ke arah KFC . Tisya hanya mengekori dari belakang . Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat sikap CEO nya itu yang bersifat peramah dan tidak mementingkan pangkatnya serta kebudak-budakkan .

Latisya menunggu Izwani di meja luar KFC . “Jom !” ujar Izwani . Mulut Latisya terlopong . Dia melihat semula ke dalam 2 plastik besar KFC itu . “Apa yang Wani beli ni ?” tanya Tisya . “4 Family Set , 16 kotak Cheesy wedges 8 Milo pink , 6 big set French Fries , 5 Big Set kentang putar . Tu ja.” Jawab Izwani selamba . “What ?!” respon Tisya separuh menjerit .

“Jom jalan pi tempat Nafyssa .” ujar Wani sambil mengorak langah menaiki eskelator ke tingkat 3 . Setibanya sahaja di hadapan studio milik Nafyssa dia terus masuk dan meletakkan semua makanan itu di atas meja lalu memanggil kedua-dua pekerja di studio Nafyssa . “Mana Nysa ?” tanya Wani kepada salah seorang pekerja Nafyssa . “Cik Nafyssa ada student dia kat dalam .” Wani hanya menganggukkan kepalanya .

“Setiap orang ambil 1 family set , 2 kotak cheesy wedges , 1 drinks , 1 big set French fries ,  1 big set kentang putar .”arah Izwani . “Whoa banyaknya Cik Wani . Thank you Cik Wani.” Ujar kedua-dua pekerja Nysa dan Tisya serentak . “Welcome . Baca doa sebelum makan tu .” balas Wani . Mereka hanya tersenyum .

Mereka pun makan bersama-sama dan tidak lama kemudian , Nysa Nafyssa keluar bersama pelajarnya dari dalam bilik khas . Dia juga turut menjamu selera . Nysa Nafyssa merupakan anak bongsu dalam adik-beradik Fazura Izwani . Dia merupakan seorang guru tadika di waktu pagi , guru Bahasa di sekolah menengah pada waktu petang , guru Muzik pada hujung minggu dan merupakan ‘artis’ yang busking di Mall bersama Izwani setiap petang .

Penat tidak penat , itulah minatnya . Jam telah pun mencecah angka 4 petang . Lalu Nafyssa dan Izwani pun memulakan rutin mereka iaitu busking bersama-sama di South Atrium sehinggalah pukul 6 petang . Seperti biasa , ramai yang akan berkumpul melihat persembahan mereka sehingga mereka sudah menjadi seperti artis , ada yang hendak bergambar dengan mereka malahan meminta autograph dari mereka .

Pukul 6 telah pun tiba , ada dua jam lagi untuk dua beradik ini mempersiapkan diri mereka sebelum majlis rasmi bermula . Sebentar lagi , pasti Pak Hamid , iaitu driver kepada ayah Fazura Izwani akan menjemput mereka sekeluarga untuk ke Majlis Rasmi di Sutera Harbour .

Tisya dan Izwani bertolak pulang ke rumah Izwani . Kali ini , Izwani yang memandu keretanya . Seperti kebiasaannya , meter kelajuan Izwani pasti tidak lepas dari 100km/j . Tisya menjeling ke arah meter kelajuan kereta itu , ianya telah mencecah 120km/j . “Wani , perlahan boleh ?” tanya Tisya yang sedikit menggigil .

Perlahan-lahan meternya turun ke 100km/j  . Tisya menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu menghembuskannya . Setelah beberapa puluh minit , mereka pun tiba di rumah Fazura Izwani . “Lets go !” ujar Wani lalu keluar dari keretanya dengan segera dan mengunci keretanya sebaik sahaja Tisya juga keluar dari keretanya.

Mereka masuk ke dalam bilik Izwani melalui terowong yang diikutinya pagi tadi . Terowong itu bersambung dengan lot parkir kereta di tingkat bawah tanah rumahnya . Izwani segera meletakkan beg galasnya dan briefcase miliknya di sofa ruang tamu di mini house nya . Lantas dia menyegarkan dirinya dan begitu juga dengan Tisya yang biliknya dibuat khas di sebelah bilik Izwani .

Malam itu , Izwani mengenakan dress labuh berwarna Hitam pada skirtnya dan putih pada bajunya . Jenis kain dress labuh nya itu kain satine , dan begitu jug dengan shawl satine hitam yang dikenakannya . Izwani masuk ke dalam walk-in-closet milliknya lalu mengambil gadget Iphone 6 dan Samsung Galaxy Mega miliknya dan dimasukkannya ke dalam tas tangan Prada miliknya yang berwarna hitam . Dia menuju ke walk-in-closet seterusnya untuk mengambil heels nya yang berwarna hitam putih .

Malam ini tema Izwani adalah black and white .Latisya keluar dari biliknya dan kelihatan sunngguh anggun dengan dress hitam yang dikenakannya . Izwani tersenyum lebar melihat Latisya . “Jom naik , kejap lagi papa  dengan mama mesti dah sampai .” ujar Izwani kepada Latisya . Latisya hanya menurut kata Izwani .

Mereka menaiki anak tangga untuk naik ke tingkat 3 rumah itu perlahan-lahan . Setibanya sahaja mereka di tingkat 3 , kelihatan Mak Mah sedang menatang minuman ke ruang tamu utama untuk Izwani dan Latisya minum sementara menunggu ketibaan Dato Sufian .

“Amboi , cantik sungguh anak gadis berdua ni , pergilah minum , Mak Mah dah sediakan di atas meja ruang tamu utama tu .” ujar Mak Mah sebaik sahaja terlihat Izwani dan Latisya . Usai sahaja mendengar kata mak Mah , Izwani dan Latisya menuju ke ruang tamu utama . Dengan cermat sekali , mereka menghirup jus oren yang fresh diperah oleh Mak Mah .

Pin ! Pin ! Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi hon kereta dari arah luar rumah . Mayza Syazwa turun dari tingkat atas membawa heels nya . “ Tu papa dah sampai , jom gerak !” kata Mayza Syazwa . Wani dan Tisya pun bergerak ke luar rumah . “Mak Mah , kitorang gerak dulu !” jerit Wani kepada Mak Mah yang berada di dapur kering . “Baiklah , hati-hati .” jerit Mak Mah membalas .

                                                JJJJJJJJJJ

“Adik cantiklah pakai dress macam ni , tak lah Nampak macam jantan sangat .” ujar Noraini Syazwani yang merupakaan kakak ketiga kepada Nafyssa . Nafyssa memberikan jelingan yang tajam kepada Syazwani laalu mereka semua menghirup miuman yang berada di tangan mereka .

“Sebenarnya ni event apa papa sampai beria-ia suruh kitorang semua datang malam ni ?” tanya Syazwani kepada ayahnya . Dato Sufian menjawab “Shipping partnership” . “Oohh” jawab mereka semua serentak sambil menganggukkan kepala . Izwani menoleh ke kiri dan ke kanan . Tiba-tiba , pandangannya terhenti dan tertumpu pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya .

“Kenapa ni ?” tanya Latisya . “Tengku Mikhail !” jawab Wani ringkas sambil menudingkan jarinya pada seorang lelaki . Wani pergi meninggalkan keluarganya dengan alasan hendak ke tandas . “Aku harus pergi , Tengku Mikhail tak boleh tahu ataupun nampak aku ada kat sini . Tapi kalau aku pergi lama sangat , mesti mama dengan papa syak sesuatu dekat aku ! Aduh apa patut aku lakukan ? Hah , aku ada satu idea !” ujar Wani bermonolog sendiri sambil berjalan mundar mandir di sekitar lobi Sutera Harbour .

“Fazura Izwani !” tegur satu suara yang memang amat dikenalinya . Izwani berpaling ke belakang . “Ah , sudah ! mampus aku macam ni !” gerutu Izwani di dalam hatinya . “ Ya , sa .. sa .. saya Tengku Mikhail . Ke .. Ke .. kenapa ?” jawab Izwani tergagap-gagap . “Kamu buat apa kat sini ?” tanya Tengku Mikhail dengan suara yang ganas .

“Saa .. Sa .. Saya …” ucap Wani terketar-ketar . “Izwani !” belum sempat pun IZwani menghabiskan ayatnya , satu suara kedengaran memanggil namanya sekaligus menyelamatkannya dari Tengku Mikhail . Mereka berdua memandang ke hadapan . Latisya berlari ke arah mereka berdua . “Fuh , selamat !” ucap Izwani dalam hati . “Maaf Encik , saya perlu bawa Izwani . Saya minta dia ambil saya dekat hotel ni untuk teman saya keluar , ada apa-apa ke Encik ?” kata Latisya kepada Tengku Mikhail .

Nope , takda apa . Awak boleh bawak Izwani keluar .” kata Tengku Mikhail sambil menggelengkan kepalanya .  Latisya membawa Izwani ke tempat parkir kereta . Tengku Mikhail melihat mereka berlalu pergi . Dalam perjalanan mereka ke tempat parkir kereta , Izwani berbisik kepada Latisya , bertanya , “Kita nak ke mana ?” Lalu Latisya menjawab “Pulang ke rumah , kat sini Wani tak selamat . Saya dah call teksi . Saya juga dah bagitahu dekat Dato Sufian dengan Datin Masnah yang Wani rasa tak sihat .”

Wani menganggukkan kepalanya tanda faham akan penerangan Latisya dan tidak lama kemudian , berhenti sebuah teksi di hadapan mereka . Lalu , mereka berdua pun menaiki teksi itu dan Latisya memberitahu lokasi yang hendak dituju . Izwani menyandar di kusyen teksi . Wajah Tengku Mikhail bermain-main di kepalanya .

            Mengapa dia ada di sana ? Tahulah dia anak kepada CEO Sutera Harbour tapi kenapa perlu dia ada dalam majlis Shipping Partnership ? Mampus aku kalau Tengku Mikhail tahu aku adalah salah seorang CEO muda yang menjalankan Syariikat perkapalan .

Tidak lama kemudian , teksi itu pun tiba ke destinasi yang hendak dituju , rumah Izwani . Latisya menguruskan pasal tambang teksi dan Izwani berlalu pergi memasuki rumahnya lalu menuju ke biliknya , dia merehatkan dirinya . Hari ini dirinya sudah cukup penat , penat melakukan banyak urusan dan aktiviti .

Perlahan-lahan dia membaringkan dirinya di atas katil lalu mencapai patung Spongebob miliknya dan memeluknya . Wajah Tengku Mikhail dan situasi di Sutera Harbour  menghantui fikirannya . Astaghfirullahalazim . Istighfar Wani panjang . Entah apa yang merasuknya malam ini . “Baik aku tidur , esok nak kerja .” ujar Izwani .

                                                JJJJJJJJJJ

“Izwani buatkan saya air !” jerit Tengku Mikhail dari dalam biliknya . Izwani yang tadinya menghadap buku catatan akur dan berdiri menuju ke dapur buat air . Dicapainya coffee dan gula dari bekas khas lalu memasukkannya ke dalam mug mengikut sukatan yang betul lalu membancuhnya . Seetelaah selesai , Izwani pun menuju ke bilik Tengku Mikhail . Tok ! Tok ! Tok ! Pintu bilik diketuk .

“Masuk .” ujar Tengku Mikhail . Izwani menatang minuman yang dibancuhnya tadi dengan berhati-hati lalu diletakkannya di atas meja Tengku Mikhail . Lalu , dia beredar berpusing ke beelakang sebaik sahaja minuman itu diletakkan . Tengku Mikhail mencapai mug yang Izwani letakkan sebentar tadi . Air itu diminumnya dengan rakusnya . “Sedap juga air si Ketot ni buat .” kata Tengku Mikhail dalam hati .

 Belum sempat Fazura Izwani memegang tombol pintu .. “Izwani !” namanya dipanggil semula . “Apa lagilah yang mamat ni nak ?” tanya Izwani dalam hati . “Ya Tengku Mikhail ada apa ?” tanya Izwani sambil memberikan senyuman paksa kepada Tengku Mikhail .

            “Awak ni reti buat air ke tidak ? Air awak ni manis sangat lah . Suruh Mak Jah buat air lain . Tak ingin saya minum air awak ni .” kata Tengku Mikhail . Izwani bergerak semula menuju ke meja Tengku Mikhail untuk mendapatkan mug semula . Dia berlaalu pergi . “Eleh , kata tak sedap tapi habis jugak air aku kau minum . Kau tunggu , siap kau lepas ni !” omel Izwani sambil menuju ke tempat buat air tadi .

            “Kau kata air aku manis ya . Ambik kau !” bebel Izwani lagi sambil memasukkan 3 sudu garam ke dalam mug dan dicampurnya dengan coffee lalu dibancuhnya . Izwani kembali semula ke bilik Tengku Mikhail lalu menyerahkan air itu dan dia terus berlari ke luar sebaik sahaja Tengku Mikhail mula menghirup air yang dibuatnya .

“Izwani !!!!” jerit Tengku Mikhail dengan kuat sehingga boleh didengari di seluruh bangunan . “Syif saya dah habis Tengku Mikhail . Bye !” ujar Fazura Izwani nakal lalu mencapai tas kerjanya dan berlari menuju ke arah lif . Izwani ketawa terbahak-bahak . “Padan muka ! Lain kali kau bebel lagi ya ” gerutu Izwani . Lalu berlari keluar meninggalkan Farhan Holding’s .

                                                           
JJJJJJJJJJ

“Fazura Izwani , sila masuk ke dalam bilik saya sekarang !” kata Tengku Mikhail separuh menjerit . “Ish ! ada-ada ja lah Mamat pink ni , itu tak kena ni tak kena  !”bebel Izwani sambil mengambil buku catatan dan pen . Qisya yang duduk di hadapannya ketawa melihat telatah Izwani . “yes Tengku Mikhail ?” ujar izwani sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat Tengku Mikhail .

“Saya nak awak ubah bilik saya ! After lunch saya nak tengok semua beres . Saya bosan dengan kedudukan bilik ni !” kata Tengku Mikhail membetulkan kotnya lalu beredar dari bilik itu . “Baik Tengku Mikhail.” Jawab Izwani dengan senyuman manisnya tanda idea baru muncul lagi . “Apahal dia senyum macam tu kat aku ?” gerutu Tengku Mikhail apabila terlihat senyuman Izwani yang menggugat jantungnya .

Tengku Mikhail berlalu pergi . Sebaik sahaja kelibat Tengku Mikhail tidak kelihatan , Izwani mengeluarkan gadget nya lalu menelefon Tisya . “Hello Miss Izwani ?” jawab Tisya . “Tisya , belikan sticker favourite saya then hantar ke sini . Cepat tau .” arah Izwani . “Kebetulan saya ada di depan Farhan Holdings and ada beli sticker khas Wani , kejap lagi saya naik.” Kata Tisya . “Okay .”kata Wani bersemangat lalu panggilan pun diputuskan .

Tidak lama kemudin , pintu bilik Tengku Mikhail diketuk dan kedengaran bunyi kuakkan pintu . “Cik Izwani , ni sticker tu.” Kata Tisya yang muncul di di daun pintu . “Shhhhh , janganlah cakap kuat sangat nanti orang dengar macamana ?” kata Izwani sambil menyambut bungkusan di tangan Tisya . “Sorry , gotta go Wani . Take care .” ujar Tisya sambil melambaikan tangannya pada Wani . “Mesti Cik Wani ada idea nakal . Ish ish ish .” fikir Tisya dalam hati .

Setelah beberapa jam Tengku Mikhail keluar , akhirnya , masa makan tengahari telah pun tamat dan menandakan syif Izwani dan Qisya telah pun tamat . Izwani dan Qisya masing-masing mengemas barang mereka . Kelihatan Tengku Mikhail berjalan menuju masuk ke dalam pejabatnya . Izwani dan Qisya saling berpandangan . Perlahan-lahaan mereka berjalan terhenjut-henjut meninggalkan meja kerja mereka .

“Fazura Izwani!!!” jerit Tengku Mikhail . Izwani dan Qisya lari menuju ke lif . Tengku Mikhail mengejar mereka tetapi Izwani dan Qisya berjaya meloloskan diri dalam perut lif . Izwani dan Qisya tercungap-cungap mencuri nafas . Mereka berdua ketawa berdeka-dekah dalam lif . “Apa yang kau buat kat bilik Tengku Mikhail sampai dia geram macam tu ?” tanya Qisya . “Aku tampat stickeer hello kitty kat dinding ngan meja dia . Hahahahaha .” ujar Izwani bersama gelak besarnya . Qisya juga tertawa sama .

 

BAB 3 : SEMUANYA PECAH !

 

            Minggu ini merupakan minggu terakhir Izwani bekerja dengan Farhan Holdings . Kontraknya bakal tamat hujung minggu ini . Sudah cukup penat Izwani ‘didera’ oleh majikannya , Tengku Mikhail . Disuruh buat air , manis lah , pahit lah , komen Tengku Mikhail pada Izwani .

            “Fazura Izwani , come in .” ujar Tengku Mikhail melalui intercom . Izwani mempersiapkan dirinya lalu membawa buku catatan sambil berjalan menuju masuk ke dalam bilik Tengku Mikhail . “Yes , sir ?” tanya Izwani sebaik sahaja berada di muka pintu .

            Tengku Mikhail membuat isyarat tangan yang menunjukkan bahawa menyuruh Izwani duduk di kerusi berhadapan dengannya . Izwani menelan liur . Mahu tidak mahu , kena juga dia turutkan perintah majikannya itu . Lalu dia berjalan selangkah demi selangkah . “Mesti nak bebel aku ni . Tapi apahal muka dia macam marah je ?” fikir Wani sejenak .

            “Cepatlah sikit jalan tu , terkepit-kepit , terkepit-kepit !” kata Tengku Mikhail separuh menjerit . Bahu Izwani sedikit terhenjut . Dia menundukkan kepalanya sambil membetulkan cermin matanya . Cermin mata yang hanya sebagai hiasan lalu membetulkan pakaiannya sebelum duduk berhadapaan dengan Tengku Mikhail .

            Pakaian seragamnya iaitu seluar sleck , berbaju kemeja putih lengan panjang dan bertudung hitam labuh sempurna . Kini , dia sudah duduk berhadapan dengan Tengku Mikhail . “Look at me .” ucap Tengku Mikhail . Perlahan-lahan Izwani mengangkat mukanya melihat kea rah Tengku Mikhail .

            You are fired !” jerkah Tengku Mikhail sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah muka Izwani . Fazura Izwani terlopong besar . “But , why ..” tanya Izwani penuh dengan persoalan . Apa salah aku ? Aku pecah amanah ke ? Memang taklah ! Aku buat apa ? Monolog Izwani sendirinya .

            “Kura-kura dalam perahu , tak tahu nak keluar sendiri , pura-pura tak tahu , masih tak sedar diri !” sergah Tengku Mikhail . Izwani menggaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal . Pantun jenis apa tu ? Nak kata pantun bukan jugak , pening aku mamat ni . “Explain it .” jawab Izwani dengan tenang .

            Explain  it kau kata ? Hei , perempuan ! Explain this !” marah Tengku Mikhail lalu menghempaskan kertas yang berlambak ke muka Izwani . Kelopak mata Izwani bergenang air mata . Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu rupa oleh sesiapa . Tengku Mikhail ialah orang pertama yang melakukannya . Nasib baik belum pecah lagi matanya yang berkaca itu . Dia mengejapkan akar tunjaang kekuatan dirinya . Perlahan-lahan dia mengambil sekeping kertas yang bertaburan di atas lantai itu lalu melihatnya . Belum pernah lagi ada orang yang menghempas kertas ke mukanya sehinggalah ke hari itu .

            Setelah pandangannya yang kabur itu dialihkan ke kertas yang dipungutnya tadi , Izwani terkejut . Terlopong besar mulutnya . Sebaik sahaja menyedari keadaan mulutnya , dia lantas menutup mulutnya yang terlopong itu . Setitis demi setitis , mutiara jernih miliknya basah menimpa bumi . “Explain me , what ?!” jerit Tengku Mikhail . Badan Izwani terhenjut-henjut menahan sendu . Dia mengelap air matanya lalu berdiri berhadapan dengan Tengku Mikhail , nafasnya dihela panjang lalu ditariknya lagi dan berkata dengan lantangnya “For your information Tengku Mikhail , its not me ! Look at the date and time below ! Don’t you remember that I’ve meeting with you at Langkawi ? 25th of May 2015 Tengku Mikhail ! Teliti , siasat , analisis , berfikir , baru bertindak ! Bukan bertindak seperti orang BODOH ! Think before you speak ! Senakal-nakal saya , saya masih ada maruah Tengku Mikhail bin Dato Farhan ! Saya masih ada harga diri ! Saya bukan perempuan murahan ! You hurted me ! Control your ego please !  Assalammualaikum ! ” ucap Izwani lalu berlalu pergi meninggalkan ruangan Tengku Mikhail .

            Dia kembali ke ruangannya semula dan mengemas peralatannya . SUdah dipecat , takkan nak tinggal lagi ? Dengan amarahnya yang membuak-buak , ditahan dengan beristiighfar panjang . Kelihatan , kedua-dua secretary syif petang itu terkekeh-kekeh ketawa melihat Izwani . Tidak lama selepas itu , dengan segala kekuatan yang ada pada diri Qisya , dia bertanyakan kepada Izwani mengapa dia menangis tetapi Izwani tidak menghiraukan pertanyaan Qisya lantas Izwani berlalu pergi meninggalkan pejabat Farhan Holdings .

            Qisya masuk ke pejabat Tengku Mikhail . Dia melihat akan Tengku Mikhail yang sedang mengusap mukanya sambil beristighfar panjang . Qisya mencapai sekeping kertas yang bertaburan di atas lantai itu . “Astaghfirullahalzim . Apa semua ni Encik Mikhail ? Dari mana Tengku Mikhail dapat semua ni ! Fikirlah dulu sebelum tuduh Izwani macam ni ! Bukankah Izwani ada dengan Encik Mikhail waktu ni ? Saya sendiri ada dalam pejabat  ni waktu ni , Wani mana ada kat sini time ni ! Nauzubillah Ya Allah . Siapalah yang buat kerja ni ?”

            Qisya hanya beristighfar panjang sebaik sahaja terlihat gambar Fazura Izwani yang berpelukan bersama staf lain di dalam pejabat . Sedangkan ketika itu , Fazura Izwani berada bersama Tengku  Mikhail di Langkawi . Qisya keluar dari bilik Tengku Mikhail dan cuba menghubungi izwani berkali-kali namun telefon bimbitnya dimatikan .

            Fazura Izwani mengalirkan air matanya sederas yang mungkin . Sudah boleh diperah sapu tangan Tisya . Izwani menangis semahu-mahunya sepanjang perjalanan itu . “Where should we go now ?” tanya Tisya . “1 Borneo .” jawab Izwani ringkas dengan nafas yang tersekat-sekat kerana tangisannya .

            Tisya mengikut sahaja kehendak bosnya itu . Pasti Cik Wani nak ke Cool Café . Fikir Tisya . Sudah menjadi kebiasaan buat Fazura Izwani , tiap kali ada masalah atau sedang bersedih , pasti dia akan ke Cool Café untuk memakan aiskrim sebanyak yang mungkin . Beberapa minit kemudian , mereka pun tiba di lot parkir bawah tanah 1 Borneo .

            Izwani segera membuka tali pinggang keledar lantas mencapai tas tangannya lalu keluar daripada kereta dan menuju ke pintu masuk . Tisya mengejar izwani yang langkahnya semakin besar , risau dibuatnya . Tidak pernah lagi Tisya melihat Fazura Izwani sebegini rupa . Lantas Tisya menghubungi adik beradik Izwani yang lain sambil mengejar Izwani .

            Seperti dijangkakan , Izwani menuju ke Cool Café . Tisya menghampiri Wani lalu Wani memesan aiskrim kepada pekerja Café itu , “Vanilla Choco Chip” bagi big cup 6 ya .” pesan Wani sambil cuba menguntumkan senyuman . Tisya memandang Wani . “Seriously ?” tanya Tisya meminta kepastian . “Don’t ask me , stressed eating !” jawab Izwani ringkas . Tisya hanya mendiamkan dirinya . Tidak lama kemudian , pesanannya pun siap dan Izwani membayarnya .

            Izwani membuka semula langkahnya . Tisya hanya menurut di belakang . “What ? Gym ?!” ucap Tisya separuh menjerit dan terlopong . Izwani berpusing ke belakang merenung Tisya dengan tajam . Tisya menutup mulutnya dengan menggunakan tangannya . Wani mengorak semula langkahnya .

            “Apahal Cik Izwani ni pergi Gym pulak . Kan dekat rumah dia dah ada gym . Jangan dia buat benda tak elok sudah .” rungut Tisya . Dia mengorak semula langkahnya mengekori Izwani . Kelihatan Izwani sedang menuju ke bahagian kaunter tempahan . Tisya menurutnya di belakang .

            Rupa-rupanya Izwani minta bilik private . Dia menuju ke bilik private yang terletak di hujung sana . Setibanya sahaja di hadapan pintu bilik itu , Izwani swipe kadnya untuk membuka pintu bilik itu . Pintu bilik itu terbuka dan kelihatan satu beg tinju tergantung di tengah-tengah bilik itu . Pintu bilik tertutup semula .

            “Takkanlah Cik Izwani nak ..” belum sempat pun Tisya menghabiskan ayatnya , Izwani sudah berlari meluru ke arah beg tinju itu lalu menumbuknya sekuat hati dan melepaskan segala kemarahannya dan yang terbuku di hatinya . “Tak guna punya Tengku Mikhail ! You hurted me ! Aku benci kau ! Mamat Pink ! Sotong ! ” Dushhh ! Tumbukan dan jeritan yang serentak kedengaran bergema di seluruh bilik itu dan selepas itu tiada lagi bunyi tumbukan dan tendangan .

            Sudah hampir 10 minit Izwani menumbuk beg tinju itu dan geramnya kini sudah terlepas lantas dia duduk di sebelah Tisya dan memakan aiskrim yang dibelinya tadi . Aiskrim miliknya yang berlumlah RM42 . “Ambillah satu.” Arah Izwani kepada Tisya . Tisya hanya menurut kata Izwani . Dalam sekelip mata sahaja , sudah 3 Big cup habis diratah Izwani . Sedangkan aiskrim Tisya , separuh pun tak habis lagi . Bak kata Izwani “stressed  eating !” .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Qisya , Izwani ada call awak tak ?” tanya Tengku Mikhail kepad Qisya . Qisya menggelengkan kepalanya tanda tiada . Sejak kebelakangan ini , Tengku Mikhail dan Qisya cuba menghubungi Fzura Izwani tetapi tidak dapat . Kalau dapat pun , panggilan mereka itu tidak dijawab malahan dimatikan atau dibiarkan .

            Tengku Mikhail berasa bersalah akan sikapnya yang sudah keterlaluan terhadap Fazura Izwani kerana melemparkan kertas ke muka Izwani dan menudhnya macam-macam tanpa menyiasat semuanya dahulu . Setelah kejadian itu ,Izwani tidak pernah lagi kelihatan . Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu dan berhubung dengan Izwani .

            Tengku Mikhail juga tidak berapa terurus sejak kebelakangan ini . Wajah Izwani yang mengalirkan air mata sering sahaja bermain-main di mandala fikirannya . Rasa bersalah dan keji sering sahaja menghantui dirinya selama sebulan itu . Entah hantu mana yang merasuknya pada hari itu dan menjadikannya lelaki dayus yang berani pada perempuan .

            “Tengku Mikhail , meeting akan bermula dalam masa setengah jam lagi .” ujar Qisya memberi peringatan kepada Tengku Mikhail . Kini , Qisya yang menggantikan kerja Izwani sebagai morning reminder . Tengku Mikhail hanya menganggukkan kepalanya tanda faham akan maksud Qisya . Dia mengusap mukanya beberapa kali dan mengeluh panjang . Lantas dia mempersiapkan dirinya untuk bermesyuarat .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Wani dah siap ? Dalam 5 minit lagi , kita perlu bertolak ke pejabat . dalam setengah jam lagi meeting akan bermula .” ujar Tisya mengingatkkan Izwani yang sedang berada di dalam walk-in-closet  . “Dah siap ! Jom gerak , Tisya you drive .” jawab Izwani lalu keluar dari dalam walk-in-closet dan menuju ke pintu utama . Briefcase miliknya sudah tersedia di tangan .

            Sebaik sahaja Tisya menghidupkan enjin kereta , kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya . Izwani menyuapkan sandwich sardine ke dalam mulutnya . Tisya melihat Izwani . “Apa ?” tanya Izwani selamba . “Nervous eating !” kata Izwani dengan mulutnya yang penuh dengan makanan . “Cik Wani ni ada-ada ja lah . Stressed eating . Nervous eating . hahaha “ ujar Tisya sambil tergelak .

            Perjalanan itu sunyi . Manakan tidak , Izwani sibuk dengan sandwich nya . 15 minit kemudian mereka pun telah tiba di Syarikat Perkapalan Izwani . “Selamat pagi Cik Wani . Semua client dah ada dalam bilik mesyuarat .” ujar secretary kedua Izwani . Dia membawa Izwani dan Tisya ke dalam bilik mesyuarat .

            Secretary kedua Izwani masuk dahulu dan berkata kepada para tetamu , “Represent to you , Miss Fazura Izwani binti Dato Sufian , CEO Of Sufian’s Shipping Holdings Sdn Bhd .” dan mempersilakan Izwani serta Tisya masuk ke dalam bilik mesyuarat . Dengan langkah kanan dan Bismillah Izwani pun masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan senyuman dan cuba berlagak tenang di dalam sebuah bilik yang penuh dengan klien ayahnya , Dato Sufian . 

            Dia mempersilakan semua client nya duduk lalu dia pun duduk dan pandangannya terhenti pada satu wajah . Wajah yang membuat tangannya berbalut kerana menumbuk beg tinju . Tengku Mikhail . Izwani melarikan pandangannya .Tengku Mikhail juga kelihatan terkejut melihat Izwani . Izwani yang dulunya menjadi secretary di Syarikatnya dan kini duduk pula di kerusi CEO besar Syarikat Perkapalan seluruh Sabah .

            Izwani cuba berlagak seperti biasa . Presentation hari itu Izwani cuba jalankan tanpa ada sebarang gangguan . Dia cuma takut jika fokusnya hilang kerana Tengku Mikhail . Hendak dikatakan perasaan cinta bukan juga . Entah perasaan apakah itu ? Setelah beberapa jam berlalu , akhirnya mesyuarat itu telah pun tamat .

            Izwani segera keluar dari bilik mesyuarat sambil menarik tangan Tisya  dan menuju ke tempat parkir kereta . “Let me drive .” ucap Izwani sambil menghulurkan tangannya meminta kunci kereta . “Err , Wani , sebenarnya saya nak ke tempat lain boleh ?” tanya Tisya . “Ke mana ?” tanya Wani samil menghidupkan enjin kereta .

            Izwani mengerling ke kanannya untuk mengenakan tali pinggang keledar dan tidak sengaja dia terlihat Tengku Mikhail yang berlari ke arah  keretanya lantas Izwani menderum keluar laju dari tempat parkir kereta . Tengku Mikhail hanya sempat mengetuk cermin kereta Izwani lalu kereta Izwani berlalu pergi . “Where is the place ?!” tanya Izwani kepada Tisya sedikit keras .

            Perdana Park .” jawab Tisya ringkas . Izwani mendengus lalu menghentak tangannya pada sterring kereta . Bahu Tisya sedikit terhenjut . Tidak pernah walaupun sekali Izwani berperangai sebegitu . Nafasnya naik turun begitu cepat sekali , dadanya berombak menahan marah . “Sorry.” Tutur Wani ikhlas kepada Tisya sebaik sahaja perasaannya mulai reda . Tisya hanya menguntumkan senyuman tanda faham bahawa Wani tertekan kerana Tengku Mikhail muncul di hadapannya semula .

            Kereta itu menderum laju menuju ke taman Perdana . Mata Tisya sesekali menjeling ke arah spedometer . 160km/j . Tisya beristighfar panjang . Izwani seperti perasan akan kelakuan Tisya yang dari tadinya hanya menggenggam tali pinggang dengan kuat sekali mula menurunkan kelajuan keretanya . “Sorry again .” ujar Wani sekali lagi .

            Tidak lama kemudian , mereka pun tiba di  Taman Perdana . Masing-masing turun dari kereta dan masuk ke dalam Taman Perdana . Tisya sedang menjawab panggilan telefon . Mungkin itu panggilan dari sepupunya , agak Izwani . Izwani berjalan-jalan di sepanjang tasik itu .

            Taman Perdana merupakan sebuah tasik yang mempunyai air pancut yang kelihatan seperti menari-nari mengikut irama . Tenang sungguh hati Izwani melihat keadaan di Taman Perdana . Kring ! Kring ! Kring ! Telinga Izwani tertumpu pada satu bunyi .

            Loceng aiskrim ! Monolog Wani dalam hati . Dia menoleh ke belakang . Kelihatan seorang pak cik yang sudah berusia sedang menolak troli aiskrim sambil membunyikan locengnya . Izwani berjalan menuju ke tempat pak cik itu lalu dia memesan 3 aiskrim Cornetto . Seperti kebiasaannya , pasti Izwani akan makan aiskrim . Maklumlah , hantu aiskrim .

            Izwani berjalan memerhatikan sekeliling . Kelihatan kanak-kanak berlari-lari di sekitar sana sambil bermain layang-layang . Ada yang meniup buih sabun dan ada yang duduk menunggu air pancut menari-nari . Izwani berjalan dan terus berjalan . Kring ! Kring ! Kring ! Kring ! bunyi loceng aiskrim berdering lagi . Izwani hanya membiarkan kerana ada 2 lagi aiskrim dalam genggamannya .

Kring ! Kring ! bunyi loceng aiskrim itu seperti mengekorinya . dia membiarkan lagi . Kring ! pantas izwani berpusing ke belakang . Mulutnya terlopong , aiskrim yang digenggamnya tadi terlepas dari genggamannya . Dia menggosok-gosok matanya . Betul ataupun tidak ? Mimpi atau realiti ?

Lelaki yang berdiri di hadapannya itu bukan lagi pak cik penjual aiskrim yang menolak troli aiskrim sejak tadi tetapi Tengku Mikhail . Izwani berpusing ke hadapan semulaa lalu meneruskan langkahnya . “Wani , Wani ! Wait !” kata Tengku Mikhail separuh menjerit yang kini sudah berada di hadapan Izwani mendepakan tangannya menghalangn Izwani dari terus berjalan . Izwani tunduk sedikit dan lalu di bawah depaan tangan Tengku Mikhai dan tidak menghiraukan Tengku Mikhail lalu meneruskan perjalanannya . Maklumlah , Wani lagi rendah dari Tengku Mikhail .

Please , give me one chance .Give me 5 minutes to say sorry .” sayup suara Tengku Mikhail meminta peluang lagi sekali pada Izwani . Izwani menarik nafas panjang lalu menghentikan langkahnya . “5 minit dari sekarang .” tegas Izwani .

“Look , Fazura Izwani , I’m so sorry . I dunno what happen to me on that day . Please forgive me , Izwani . Siang malam , rasa bersalah menghantui diri saya . Saya tahu saya biadap , slap me Wani , slap me !” PANGGG ! Satu tamparan kuat singgah di pipi Tengku Mikhail . Semua orang yang berada di sekeliling sana terdiam sebentar . “Apahal kau tampar aku ?” tanya Tengku Mikhail sambil memegang pipi kanannya yang terasa pedih itu . “Dah kau yang beria-ia suruh “Slap me Wani ! Slap Me.” Ujar Izwani mengajuk lagak muka dan suara Tengku Mikhai . “Itu sebab kau baling muka aku dengan kertas hari tu !” tambah Wani . PANGG ! Satu lagi tamparan hinggap di pipi kanan Tengku Mikhail . “Itu sebab jatuhkan aiskrim saya !” kata Wani  .

“Kalau aku belikan aiskrim baru untuk kau , kau maafkan aku tak ?” tanya Tengku Mikhail . Wani mendongak memandang tengku Mikhail yang tinggi darinya . “Mestilah tapi dengan satu syarat .” ujar Wani dengan senyuman nakal . “Apa dia ?” tanya Tengku Mikhail teruja . “Aiskrim tu mesti Cornetto . Tak mau yang lain .” kata Wani sambil menyilangkan tangannya dan memuncungkan bibirnya . “Wait.” kata Tengku Mikhail beria lalu pergi mendapatkan aiskrim untuk memujuk hati Izwani .

Kelihatan seorang lelaki sedang membawa ular peliharaannya bersiar-siar bersamanya di sekelilng taman itu . Izwani yang begitu obses dengan ular mendekati lelaki itu lalu meminta izinnya untuk meletakkan ular tersebut di tangannya . Dia menggantung ular itu di leher Izwani . Izwani seronok bermain dengan ular tersebut .

Tidak lama kemudian , Tengku Mikhail berlari semula mendapatkan Izwani bersama aiskrim Cornetto . “Izwani .” panggi Tengku Mikhail yang berada di belakang Wani . Fazura Izwani berputar menghadap tengku Mikhail bersama ular sawa batik di lehernya .

Tengku Mikhail menjerit terperanjat dan ketakutan lalu terjatuh terjelupuk . Izwani mendekati Tengku Mikhail . Tengku Mikhail cuba melarikan dirinya dengan aksi bertiarap . “Why ?” tanya Izwani kehairanan . “Bring it away from me ! Now !” tegas Tengku Mikhail . “Oh , takut ular eh ? Nah ular , nah ular !” usik Wani sambil mendekatkan kepala ular ke pipi Tengku Mikhail .

Tengku Mikhail menutup matanya dan rupanya berkerut sungguh . Izwani mengambi peluang itu untuk mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar muka cuak Tengku Mikhail . Izwani mengembalikan semula ular sawa batik itu kepada tuannya dan berterima kasih . “Tengku Mikhail oi , sudahlah , ular tu dah takda .” ucap Izwani sambil tertawa .

Tengku Mikhail berdiri semula lalu membersihkan seluarnya dan membetulkan tali lehernya . “Awak ni kan !” ucap Tengku Mikhail sambil meletakkan jari telunjuknya di hadapan muka Izwani . Izwani ketawa berdekah-dekah . Tengku Mikhail menjuihkan bibirnya menahan rasa malu .

Kring ! Kring ! Telefon Izwani berdering . Dia melihat pada skrin telefonnya . Tertera nama Tisya . “Ya Tisya , kenapa ?” tanya Izwani sebaik sahaja mengangkat panggilan daripada Tisya . “Wani , boleh tak kalau sepupu saya tinggal dengan saya buat sementara waktu ni sebab mak dengan ayah dia ke oversea , lagipun dia perempuan ?” tanya Tisya . “Ya sure , jumpa pukul 9 di pintu masuk .” ucap Wani sebelum meletakkan panggilan .

“Siapa tu ?” tanya Mikhail . “Yang awak nak tahu kenapa ?” kata Wani . Tengku Mikhail mengangkat bahunya . Izwani membuka sedikit demi sedikit pembungkus aiskrim Cornetto yang dibeli oleh Tengku Mikhail sebentar tadi . Mereka bersiar-siar di sekeliling Taman Perdana .        

By the way , may I ask you something ?” tanya Tengku Mikhail kepada Izwani . Izwani mengangkat keningnya tanda mengiziknkan sambil menyuapkan aiskrim ke dalaam mulutnya . “Straight to the point , are you CEO?” ringkas soalan Tengku Mikhail . Izwani tersedak aiskrim . Izwani hanya mendiamkan diri . Tengku Mikhail mengangkat bahunya dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri . Kalau diteruskan pertanyaan itu , pasti akan berlaku lagi perbalahan .
            Mereka berjalan dan terus berjalan tanpa sebarang bicara . Izwani menyuapkan aiskrimnya sehingga habis . “Izwani ?” panggil Mikhai lembut . Izwani berpusing ke belakang menghadap Mikhail yang dari tadinya berjalan di belakang Izwani . Fazura Izwani mengangkat keningnya lagak bertanya . “Boleh kita berkawan ?” tanya Mikhail . Mulut Izwani terlopong . Dia terdiam seribu bahasa .

Hello , excuse me !” ujar Mikhail yand sedar akan reaksi Izwani dari tadinya terlopong dn mengelamun sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Izwani . “Hahh ? Apa dia ?” ucap Izwani terkejut sekaligus tersedar dari lamunannya . “Friend ?” tanya Mikhail sambil menguntumkan senyuman . “Ya , sure , friend .” ujar Izwani janggal .

Izwani berjalan sedikit laju dari Tengku Mikhail kerana terasa sedikit janggal . Tengku Mikhail melompat keriangan kerana Izwani ingin berkawan dengannya sambil terjerit kecil “Yahuu!” . Izwani berputar ke belakang sebaik sahaja terdengar jeritan kecil Tengku Mikhail . Lantas Tengku Mikhail berlagak macho di hadapan Izwani . Izwani berputar semula ke hadapan sambil tertawa kecil . “Dia ingat aku tak tahu ?” ucap Izwani kecil .


                                                           
JJJJJJJJJJ

“Cik Wani !” jerit satu suara . Fazura Izwani memandang sekeliling lantas dia terlihat kelibat seorang perempuan yang melambainya . Dia mengamati rupa perempuan itu . “Oh Tisya .” ucap Izwani . “Siapa tu ?” tanya Tengku Mikhail . “My secretary.” Jawab Izwani ringkas . Tengku Mikhail kebingungan . “Jom jalan . saya akan terangkan lebih lanjut . Kalau awak nak dengar , esok jumpa saya di One Borneo pukul 4 petang . Time tu ja saya free . Sekarang , saya nak balik .” Kata Izwani .  

Izwani meninggalkan Tengku Mikhail lalu menuju ke arah Tisya . “Wani ?” ujar satu suara . Izwani berpaling ke kiri Tisya . “Qisya ?!” ujar Izwani kebingungan . “Eh Cik Wani dah saling kenal dengan Qisya ?” tanya Tisya kebingungan .

            “Cik Wani ? tanya Qisya . “I’ll explain it later .” kata Wani . Tengku Mikhail datang dari belakang . “Tengku Mikhail ?” kata Qisya . Tengku Mikhail menguntumkan senyuman . “Okaylah Mamat pink . Aku nak balik dulu . Thank you ganti aiskrim aku . Bye !” ujar Wani tersenyum sambil melambaikan tangan kepada Tengku Mikhail . Tengku Mikhail turut tersenyum melihat gelagat Wani lalu membalas lambaian tangan Wani .


BAB 4 : INI MIMPI NGERI !

            “Aduhai , mana pulak si ketot ni ! Kemarin suruh aku jumpa dia kat One Borneo , tapi dia tak sebut pula Atrium mana .” bebel Tengku Mikhail sendiri yang dari tadinya kelihatan gelisah . “Pergi South Atrium lah .” kata Tengku Mikhail lalu mebuka langkahnya ke tempat yang hendak ditujuinya .

            “Wani ! Nisa ! Wani ! Nisa !” Kedengaran suara sorakan orang ramai menyebut dua nama itu . Tengku Mikhail tertarik dengan sorakan itu . “Wani ? Maybe Fazura Izwani . I should go for it .” ujar Tengku Mikhail sambil menuju ke arah orang ramai yang sedang berkumpul . “Excuse me.” Ujar Tengku Mikhail sambil meminta laluan untuk bergerak ke hadapan .

            Seperti yang dijangkakan , memang Fazura Izwani . “Alright , today , we gonna sing a song entitled Pertama Kali by Nuha . So , I hope you guys enjoy it .” ujar Fazura Izwani yang berada di atas pentas mini itu dengan adiknya Nysa Nafyssa yang duduk setiaa di belakangnyaa bersam gitar elektriknya . “Wuuuuuu !!” kedengaran sorakan dan tepukan daripada para penonton yang berada di sana .

            Excuse me . Wani ni siapa sebenarnya ?” tanya Tengku Mikhail kepada seorang pemuda yang berada di sebelahnya . “ La , takkan tak tahu kot ? Ni Wani dan Nisa lah , popular kot . Part time performer . I’m their big fans . Go Wani , Go Nisa .ujar lelaki itu sambil melambaikan tangannya . Tengku Mikhail melonggarkan tali lehernya . Tengku Mikhail berlalu pergi . Bunyi petikan gitar kedengaran . Selangkah demi selangkah Tengku Mikhail pergi . “Pertama kali ku melihatmu ..” sebaik sahaja Izwani melontarkan suaranya , Tengku Mikhail berpusing ke belakang .

            Dia tergamam . “What ?!” kata Tengku Mikhail terkejut . Dia menggelengkan kepaalanya lalu duduk di Kenny’s Roger Roaster Restaurant yang terletak tidak jauh dari pentas tempat Izwani bernyanyi . Dia menikmati Nasi Ayam yang memang tip top di Malaysia . Sesekali , Tengku Mikhail menghirup Honey Dew yang berada di hadapannya .

            Akhirnya , setelah hampir 2 jam Tengku Mikhail duduk di Restoran itu , Izwani datnag ke tempatnya . “Aku ingat kau dah balik ?” tanya Izwani membuka bicara . “Kau ni kan ketot , punyalah lama aku tunggu kau , dah berjanggut aku kat sini kau tahu tak ?” kata Tengku Mikhail . “Eh , sotong pun pandai berjanggut ?” ujar Izwani . Tengku Mikhail mengetap bibirnya lalu beredar dari situ . “Merajuk la tu .” agak Izwani .

            “Eh mana Si Ketot , dia tak nak pujuk aku ke ?” kata Tengku Mikhaail dalam hati sebaik sahaja dia berlalu pergi dari restoran itu . Dia hendak berpusing ke belakang , tapi , takut dikatakan perasan pula . “Arhhh , aku pusing je lah !” kata Tengku Mikhail yang tidak berpuas hati . Fazura Izwani tidak kelihatan di tempat duduknya tadi . “Dah agak dah , dia tak pujuk aku punyalah . Baik aku balik !” lalu Tengku Mikhail berpusing semula ke hadapan . ZAP ! Dengan sekelip mata Fazura Izwani berada di hadapannya . “Eh , mak datuk !” latah si Tengku Mikhail terkejut .

            “Oh melatah . Hehehe ..” ujar Izwani dengan gelak nakal . “Kau ni kan ketot , muncul macam langsuir , tup tup dah ada depan mata ! Jatuh jantung aku tau , kau ingat ada jual kat Seven Eleven jantung aku ni ?” omel Tengku Mikhail kepada Fazura Izwani yang dari tadi khusyuk mendengar omelannya . Fazura Izwani mengelipkan matanya berkali-kali sambil merenung Tengku Mikhail . “Apahal kau pandang aku macam tu ?” tanya Tengku Mikhail kepada Fazura Izwani . “Kau merajuk eh ?” tanya Wani ringkas .

            “Mana ada , aku tak merajuk lah !” Tengku Mikhail membidas pernyataan Izwani . “Habis tu kenapa kau pusing ? Kau nak aku pujuk ke ?” tanya Wani lagi . “Errr , 20 sen aku tertinggal kat atas meja tu tadi .” kata Tengku Mikhail gelisah sambil otaknya ligat mencari jawapan bernas , tapi jawapan soal 20 sen itu jugalah yang keluar . Dia mengetap bibirnya . “Eh , apahal kau suruh aku datang sini ha ?” tanya Tengku Mikhail menukar topik . “Dah , jom ikut aku naik atas !” kata Izwani lalu berjalan menuju ke eskelator . Tengku Mikhail hanya menurut Izwani dari belakang .

            Setelah menaiki beberapa buah eskelator , akhirnya mereka telah tiba di tingkat 3 , di hadapan kedai dan kelas muzik milik adik bongsunya , Nysa Nafyssa . “Jom masuk !” pelawa Izwani . “Selamat petang Cik Wani .” ujar kedua-dua pekerja Nysa sebaik sahaja Wani dan Tengku Mikhail melangkah masuk ke dalam kedai muzik Nysa Nafyssa . Izwani menganggukkan kepalanya . Tengku Mikhai kelihatan sedikit bingung .

            “Duduk .” arah Fazura Izwani kepada Tengku Mikhail untuk duduk di sofa yang berhadapan dengannya sambil mempersilakannya . Tengku Mikhail hanya menuruti kata Fazura Izwani . Tengku Mikhail memrhati keadaan sekeliling . Banyak jenis dan jenama gitar serta ukulele yang tergantung di dinding kelas muzik itu . Drum , keyboard dan alat muzik lain juga turut berada dalam almari kaca .

            “Jadi , awak nak tahu siapa saya kan ?” tanya Fazura Izwani kepada Tengku Mikhail . “Explain it .” jawab Tengku Mikhail ringkas . Izwani mengangkat bahunya lalu memulakan bicaranya yang berjela-jela . Dia menceritakan kepada Tengku Mikhail bahawa dia hanya seorang ‘performer’ iaitu orang yang selalu membuat persembahan busking dan acoustic . Tengku Mikhail mendengar dengan teliti sambil bermain-main dengan kaca mata hitamnya . Akhirnya , Fazura Izwani diam tanda sudah habis ceritanya itu .

            Well , that’s all . Nice to meet you !” ujar Tengku Mikhail sambil memakai semula kaca mata hitamnya lalu mengeluarkan kunci keretanya dan berlalu pergi . Fazura Izwani hanya memerhati . “Ish , berlagaknya !” ujar Fazura Izwani geram . “Siapa tu kak ?” tanya Nysa Nafyssa lalu menyerahkan secawan Milo kepada Izwani . “Itulah sotong darat . Geram akak dibuatnya !” kata Fazura Izwani lalu meneguk air dari cawan yang dipegangnya itu .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Izwani , Syazwa , Syazwani , Nysa , malam ni , papa nak kamu semua berkumpul dekat rumah papa . Ada sesuatu yang papa nak bagitahu.” Ujar Dato Sufian kepada anak-anak perempuannya ketika mereka makan bersama-sama di rumah Dato Sufian . Anak-anak perempuan Dato sufian mengangguk  tanda faham . Mereka meneruskan lagi suapan juadah ke dalam mulut mereka . Setelah selesai , masing-masing bergerak menuju ke tempat kerja masing-masing . Fazura Izwani kembali semula ke pejabatnya .

            TING ! Satu bunyi yang menandakan notifycation Whatsapp berbunyi sekaligus menandakan ada mesej baru masuk . Dia menekan punat-punat kecil di telefonnya untuk membuka Whatsapp sambil memandu . Dia membuka group Whatsapp Dato Sufian’s daughter . “Apahal ni kak ?” ujar Syazwani dalam perbualan itu . “Entahlah . Macam ada sesuatu yang istimewa lah malam ni . Tapi apa ?” tanya Syazwa pula . “Kak Wani nak dikahwinkan kot . hahahaha” jawab Nysa . Muka Izwani  berkerut . “What ?! Aku nak dikahwinkan ? Please la .” kata Wani sendiri lalu meneruskan pemanduannya dan meletakkan telefon bimbitnya semula .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Akak cepatlah ! Nanti kita lambat !” jerit Syazwa dari tingkat 3 rumah  kepada Izwani yang berada di tingkat bawah tanah . “Aku dah siap ni , nak gerak ke parking lot , cepatlah gerak dik !” jerit Izwani semula . Kedengaran bunyi derapan kaki yang begitu laju . Kelihatan Syazwa berlari dari tingkat 3 dengan tas tangannya juga kasut tingginya di tangan .  Izwani sudah pun berjaya menembusi terowong untuk ke parking lot . Dia menuju kea rah mini cooper milik Syazwa yang berwarna hitam putih itu .

            KLIK ! Kedengaran bunyi penggera kereta yang menandakan kereta telah dibuka . Izwani duduk di tempat penumpang lantas Syazwa masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin . Tidak lama kemudian , kereta itu menderum laju keluar dari perkarangan rumah mereka . Perjalanan itu sepi tanpa sebarang bicara . Syazwa menumpukan pada pemanduannya . Setelah beberapa puluh minit pemanduan , akhirnya mereka tiba di rumah ayah mereka , Dato Sufian .

            Kereta Mayza Syazwa diambil alih oleh bodyguard ayahnya untuk diletak di tempat parkir kereta Dato Sufian . Izwani dan Syazwa bergerak ke hadapan pintu rumah ayah mereka . Kelihatan Syazwani dan Nysa Nafyssa sudah tercegat di sana . “Jom masuk .” ajak Nafyssa sebaik sahaja Izwani dan Syazwa berada dengan mereka . Ting Tong ! Syazwani menekan loceng rumah dan pintu dibuka oleh orang gaji ayahnya . “Dato Sufian dan tetamu lain sedang menunggu di pantai belakang .” ujar salah seorang pembantu rumah itu .

            Empat adik beradik itu mengangguk lalu menuju ke tempat yang dimaklumkan . “Tetamu lain ? Siapa agaknya ? Papa tak bagitahu pun ada tetamu lain ?” tanya Syazwani . Nysa Nafyssa mengangkat bahu . “Mungkin rombongan meminang nak pinang kak Wani kot ?” usik Syazwa . Muka Izwani semakin kusut . Mulutnya dimuncungkan . Hatinya semakin gelisah . Apa semua ini ? Tetamu mana ? Kenapa papa tak bagitahu yang malam ni ada tetamu ? Banyak pertanyaan yang bermain di mandala fikiran Wani . Tidak lama kemudian mereka pun tiba di pantai belakang rumah . Maklumlah , ayahnya tinggal di perumahan Sutera Harbour .

            “Assalammualaikum , ma , pa .” ujar Wani dan adik-adiknya serentak sambil bersalaman dengan ayah dan ibu mereka . “Duduklah .” ujar Dato’ Sufian menjemput anak-anak perempuannya duduk . “Wani , Syazwa , Syazwani , Nysa , ni papa nak kenalkan besftfriend papa dan mama , Dato Farhan dan Datin Aalia .” kata Dato Sufian sambil memperkenalkan kawannya yang berada di hadapan mereka kepada anak-anaknya . “Apa khabar Dato , Datin ?” ujar mereka berempat sambil menguntumkan senyuman .

            “Baik . Tak payahlah panggil Dato , Datin . Panggil Auntie dengan uncle ja . Malam ni kami tak datang berdua , tapi bertiga , entah pergi mana pula si Kimi ni pergi .” kata Datin Aalia sambil memandang sekeliling . “Kimi tu anak perempuan eh ?” tanya Nafyssa selamba . Dato Farhan dan isterinya tergelak besar . “Anak lelaki , namanya Hakimi .” jawab Dato Farhan ringkas . Mereka sambung ketawa lagi . Wani menghirup air yang berada di hadapannya .

            Tidak lama kemudian , kelihatan kelibat seorang lelaki yang sedang tunduk berjalan ke arah meja yang mereka duduki itu . “Kimi ke tandas tadi .” ujar lelaki itu ringkas . Tumpuan Izwani masih pada air yang dihirupnya , dia tidak melihat sama sekali kelibat yang berada di hadapannya . Sebaik sahaja dia meletakkan cawannya semula , lantas dia memandang ke hadapannya . “Mamat Pink !” ujar Wani separuh menjerit lalu berdiri . “Ketot ?!” ujar Tengku Mikhail yang menunjukkan reaksi yang sama .

            “Ma , dia ni lah yang saya selalu cerita dekat mama .” ujar Izwani dan Tengku Mikhail serentak mengadu pada ibu mereka . “What ? Kau cerita pasal aku ?” lagi sekali ayat dan tutur kata mereka serentak . “Hey , come on la .” ujar Tengku Mikhail . Izwani menggenggam buku limanya . Ehem ! Kedengaran suara berdehem lalu Wani dan Mikhail memandang sekeliling . Mereka duduk semula sambil menyilangkan tangan . Wani memuncungkan bibirnya , Mikhail pula menaikkan kakinya kanannya ke lutut kiri  . Semua ahli keluarga  Wani dan Mikhail saling berpandangan .

            Setelah keadaan sedikit tenang , Dato Sufian pun bersuara , “Mikhail , Wani , sebenarnya papa dan Dato Sufian ada hajat nak di beritahu , itulah sebab papa minta kamu semua berkumpul hari ini .” Izwani memalingkan kepalanya mengambil perhatian , Mikhail juga sama . “Apa dia papa ?” tanya Syazwa . “Papa nak kakak kamu dengan Mikhail bersatu .” ujar Dato Sufian . “Bersatu dalam apa ?” Tanya Mikhail . “Dalam syarikat dan juga hidup kamu .” terang Dato Farhan . “ What ?!” ujar Wani dan Mikhail serentak . “No way !” ujar Wani dan Mikhail serentak . “No matter how , both of you kena kahwin !” kata Datin Aalia . “Why ?!” tanya Mikhail . “Sebab ni janji arwah atok dan nenek kamu dulu !” ujar Dato sufian dengan nada yang sedikit tinggi . “I need a time . Huh !” kata Wani lalu pergi dari situ . Mikhail juga sama .

            Kedua buah keluarga itu saling berpandangan . Wani menuju ke jalan raya besar sambil berleter sendirian . “Kenapa harus aku ?!” kata Wani sendiri . Dia melintasi jalan raya besar tanpa melihat ke kiri dan kanan . “Aku tak nak kahwin dengan dia !” kata Wani lagi lalu meneruskan perjalanannya menyeberangi jalan tanpa melihat ke hadapan . Dengan muka yang begitu kusut , Wani berjalan dengan tunduk tanpa melihat sekeliling . PIN PINNNN ! Satu hon panjang kedengaran , Wani menoleh ke kirinya , ZAPPP ! Awan , jalan raya , awan dan jalan raya . Dirinya terguling-guling di jalan raya . Jantungnya berdegup kencang . BUPP ! Dahinya terhantuk kuat pada bahu jalan . Matanya mula kabur , tubuhnya terasa lemah dan semuanya menjadi hitam .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Cik bangun ! Cik bangun cik .”kedengaran suara yang menyuruh Wani bangun . Matanya terkebil-kebil . “Dia dah sedar misi , boleh panggil lelaki yang ada di luar tu masuk .” ujar suara garau itu . Wani melihat sekeliling , “Saya di mana ?” tanya Wani . “Kamu ada di hospital , tadi kamu mengalami kemalangan , hampir dilanggar lori , dan lelaki yang ada di luar tu yang menyelamatkan kamu , nasib baik dia sempat menolak kamu ke bahu jalan .” ujar seorang lelaki yang berkot putih . “Doktor , ni dia lelaki tu .” ujar misi yang memakai baju berwarna serba biru . “Jangan buat dia tertekan , dia perlukan rehat yang secukupnya .” ujar doktor itu lalu menepuk bahu seorang lelaki . Wani memfokuskan penglihatannya yang masih kabur.

            “Ketot , kau ni kan ! Lain kali hati-hati lah jalan tu , kan dah luka !” ujar lelaki itu . Wani melihat lagi . Tengku Mikhail ! Monolog Wani . “Kau risau ?” tanya Wani . “Ehh , mana ada !” Tengku Mikhail menafikan . “Habis tu , kenapa kau marah aku sebab aku tak hati-hati ?” tanya Wani lagi . “Sebab .. sebab .. Haa , sebab kau dah calarkan kasut aku . Kau tahu tak penat aku tolak belakang kau tadi ! Aku nak tarik kau , tapi kau berat , sebab tu aku tolak kau , kau kan berat jadi senanglah nak bergolek macam ayam golek . Hahahahaha” ujar Tengku Mikhail tertawa selepas menghabiskan ayatnya . Izwani mengetap bibirnya . “Kau tunggu balasan dari aku nanti .” monolog Wani . “Anyway , thanks for saving my life .”ujar Wani  ringkas . Tengku Mikhail mengangkat bahunya .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Tengku Mikhail , ada bungkusan !” ujar pekerja Tengku Mikhail sambil membawa sebuah bungkusan ke meja Tengku Mikhail . “Letak kat sana .” ujar Tengku Mikhail . Setelah meletakkan bungkusan itu di atas meja Tengku Mikhail , lantas dia berlalu pergi dari bilik Tengku Mikhail . Tengku Mikhail mengambil kad di atas bungkusan itu . “Terima kasih sebab selamatkan saya semalam ,  Wanie J” ujar nota yang tertulis dalam kad itu . Tengku Mikhail tersenyum lantas dia membuka pembalut hadiah itu . “Arghhhhhhh !!” jerit Tengku Mikhail yang ketakutan lalu jatuh terjelupuk ke atas lantai dari kerusinya . Mana tidaknya dia terkejut . Sebaik sahaja dia membuka kotak hadiah , kelihatan ular mainan di dalamnya . Lebih-lebih lagi , Tengku Mikhail takut dengan ular . “Hahahahahahaha !” kedengaran gelak besar dari suara seorang perempuan lalu Mikhail berdiri dari jatuhnya dan membetulkan tali lehernya . Kelihatan Fazura Izwani yang tergelak sehingga terduduk di atas lantai sambil memegang telefonnya . Rupanya , Izwani merakam muka cuak Mikhail . Muka Mikhail merah padam . 

            “Apa kau buat kat sini ?” tanya Mikhail menahan malu . “Ayah kau suruh kita ke butik ni .” kata Wani sambil menyerahkan sekeping kad kepada Mikhail sambil menahan ketawanya . “Stop it Wani !” tegas tengku Mikhail . Wani menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya . Matanya membulat menahan gelak .  Tengku Mikhail meneliti kad yang diberikan oleh Izwani lalu dia berlalu pergi . “Oi kau nak ke mana tu ?” kata Wani separuh menjerit . “Butik ! Lambat aku tinggal !” jerit Tengku Mikhail sambil berlari menuju ke lif . “Tunggu !!” jerit Wani lalu berlari pergi meendapatkan Tengku Mikhail . Sesampai sahaja Wani di hadapan lif , pintu lif hampir tertutup . “Kejap !” ujar Wani yang menahan pintu lif daripada tertutup yang kemudiannya terbuka semula lalu Izwani menerobosi perut lif .

            Dia menyilangkan tangannya lalu memuncungkan bibirnya . “Kau dah kenapa ?” tanya Tengku Mikhail . “Apahal aku kena kahwin dengan kau ? Dah la tinggalkan aku sesuka hati lari macam tu saja , kau ingat aku Usain Bolt verrsi wanita yang boleh lari pecut nak kejar lif ? Kalau aku ultraman tak apalah , boleh jugak aku terbang ke butik terus , tinggalkan kau ja kat sini , biar ular tu gigit kau !” bebel Wani dengan mukanya yang masam mencuka . Tengku Mikhail tertawa . “Amboi Cik Adik , jangan nak berangan sangatlah jadi ultraman bagai , kau tak padan jadi ultraman .” kata Tengku Mikhail . Ting ! Satu bunyi yang menandakan mereka telah sampai ke tingkat bawah .

            Mikhail dan Izwani melangkah keluar dari lif . Wani melontarkan pertanyaannya , “Habis tu aku sesuai jadi apa ?” tanya Wani kebudak-budakkan . Tengku Mikhail tersenyum lalu menjawab “ Kalau kau , aku tengok sesuai jadi cicak kubing je la . Hahaha .” terhambur ketawa Tengku Mikhail . Izwani memuncungkan bibirnya lalu mendiamkan dirinya dan menurut sahaja Tengku Mikhail . Mereka menaiki kereta Dato Farhan . Dato Farhan yang menghantar pemandunya untuk memastikan bahawa Izwani dan Mikhail pergi ke butik yang diarahkannya itu . Sepanjang perjalanan ke butik yang hendak dituju , sepi tanpa sebarang bicara , manakan tidak , Izwani sibuk dengan merajuknya , Mikhail pula hanya membiarkan saja . “Dah sampai tuan .” ujar pemandu Dato Sufian memberitahu .

            Tengku Mikhail keluar dari kereta . Izwani dibiarkannya lalu Wani menurunkan cermin kereta . “Bukalah pintu , bakal suami apa macam tu ?” kata Wani dari dalam keretaa . “Kau ingat kau Cinderella ? Tolong sikit .” kata Mikhail tersengih lalu masuk ke dalam butik . Wani mendengus lalu keluar dengan sendirinya dari kereta . Sebaik sahaja dia memasuki butik lantas dia berdiri di sebelah Tengku Mikhail yang berada di hadapan kaunter . “Yes sir , Can I help you ?” tanya pekerja yang berada di kaunter utama . “Ni bakal isteri saya , kami berdua nak ambil tempahan atas nama Dato Farhan .” kata Mikhail ringkas . Wani menoleh ke arah Mikhail sebaik sahaaja dia menyebut perkataan ‘isteri’. Pekerja itu membawa Wani dan Tengku Mikhail ke tingkat atas butik . Di sana , Mikhail dan Izwani diambil ukuran badan . Rupa-rupanya Dato Farahan mengarahkan mereka ke sana butik itulah yang dipertanggungjawabkan atas pakaian pada hari perkahwinan mereka berdua nanti .

            Setelah selesai urusan mereka di butik , lalu mereka pun masuk ke dalam kereta semula . “Kita nak ke mana tuan ?” tanya pemandu Dato Sufian . “Kita pergi makanlah , saya lapar .” kata tengku Mikhail memberi arahan . “Marrybrown !” sampuk Wani dari belakang . “No ! Kenny Roger Roaster !” kata Tengku Mikhail . “ Marrybrown !” kata Izwani menegaskan . “Kau ni kan , macam-macamlah . Baik makan kat kedai mamak kalau macam ni !” ujar Tengku Mikhail . “Alright set ! Kedai mamak !” kata Wani sambil tersenyum . “Whatt ?! Urghhh ! No way” geram Tengku Mikhail dibuatnya lantas Tengku Mikhail menyilangkan tangannya . “Kau tak nak makan kau punya hal , pak cik kita ke warung mamak berdekatan .” arah Wani . Mikhail berdiam diri sahaja .

                                                            JJJJJJJJJJ

            “Kau tak nak makan ?” tanya Wani  berlagak manja . Tengku Mikhail melarikan pandangannya . “Sedap tau .” kata Wani sambil menyuapkan mee goreng mamak ke dalam mulutnya  . KROIHH ! Perut Tengku Mikhail berbunyi menandakan dia lapar . “Tak , aku kenyang .”ujar Mikhail lalu melarikan pandangannya . “Nyummmm !” Izwani bersuara lagi untuk membuat Tengku Mikhail cemburu . “Sedap sangatkah mee tu ?” tanya Mikhail tertarik . “Kau nak rasa ?” tanya Wani . Tengku Mikhail menganggukkan kepalanya . Izwani menghulurkan tangannya ingin menyuap mee tersebut ke dalam mulut Tengku Mikhail . Tengku Mikhail terlopong .