BAB 1 : SEBUAH
PERMULAAN
Saidina Umar .
Saidina Umar merupakan nama seorang khalifah pada zaman dahulu . Namun , pada
kali ini , Saidina Umar merupakan nama kelas kami . Satu-satunya kelas yang
bernamakan khalifah dan bukan bernamakan bunga . Satu-satunya kelas aliran
agama di SMK Telupid dan satu-satunya kelas yang mengambil subjek Bahasa Arab
sebagai bahasa asing tambahan .
Sungguh cepat masa berlalu . Rasanya
macam baru semalam aku berada di Tingkatan 1 . Masih lengkap berbaju biru,
bertudung biru dan berskirt biru tua . Rasanya macam baru semalam aku
dikaunseling oleh kaunselor di sekolahku dan rasanya macam baru semalam aku dan
rakan-rakanku melihat senyuman lebar dan titisan jernih yang mengalir kerana
kegembiraan di raut wajah dua orang guru .
KRING !! Loceng sekolah pun berbunyi
menandakan sudah tiba masanya untuk Majlis Perhimpunan berlangsung . Hari ini
adalah hari Isnin , hari pertama aku dan rakan-rakanku kembali bersekolah di
SMK Telupid pada tahun 2014 , hari pertama aku dan rakan rakanku bergelar
sebagai pelajar Tingkatan 3 ataupun senior untuk sesi petang .
Rasa tidak percaya itu masih
berlari-lari di kotak fikiranku . Rasanya macam baru semalam aku dan
rakan-rakanku bersekongkol membuat kejutan kepada dua orang guru bertuah itu .
Masih segar lagi di mandala fikiranku . Aku mengarahkan 2 orang pelajar lelaki
dari kelas kami iaitu Victor dan Rizqie untuk mengiringi Miss Lenny dari bilik
guru dan beberapa orang pelajar perempuan berdiri di beranda luar kelas menjadi
pengintip .
Semua rakan sekelasku berganding
bahu untuk menutup semua langsir dan duduk diam-diam di dalam kelas tanpa bunyi
. Semua pelajar berasa berdebar . Dup Dap Dup Dap ! Jantungku berdegup semakin
kencang . “Cikgu dah datang ! Senyap ! Senyap !” ujar salah seorang rakanku
yang menjadi pengintip . Kami semua mengambil posisi di tempat duduk
masing-masing . Kek sudah berada di posisinya .
Bunyi derapan tapak kaki semakin
jelas kedengaran . Pintu kelas dibuka . Rizqie masuk ke dalam kelas sambil
membawa buku latihan dan membuat isyarat bahawa Miss Lenny berada di
belakangnya . Tidak lama kemudian , Miss Lenny pun melangkah masuk ke dalam
kelas dan … “Happy birthday to you ,
Happy birthday to you , Happy birthday to Miss Lenny , Happy Birthday to you !”
nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan .
Kelihatan senyuman lebar terukir di
wajah Miss Lenny . Dia melihat ke arah kami sambil tersenyum lalu berjalan ke
arah kek tersebut yang diletakkan di atas meja . “Thank you guys . Happy birthday Miz Len , Ira and Ila .” ucapnya
sambil membaca tulisan yang tertera di atas kek hari jadi tersebut . Dayang dan
Safirah menyembunyikan diri mereka sebaik sahaja mendengar Miss Lenny membaca
tulisan di atas kek tersebut . Tarikh lahir mereka bertiga jatuh pada tarikh
yang sama .
JJJJJJJJJJJ
“Cikgu
Waheda di Tingkat 2 ! Cepat ambil posisi !” ucap Alaina . Aku menyelak sedikit
langsir dan kelihatan Cikgu Waheda sedang menaiki anak tangga dengan muka yang
serius . Jantung pelajar mana yang tidak berdegup kencang apabila membuat perancangan
untuk melihat reaksi seorang guru yang selalu serius di dalam kelas apabila
dikejutkan dengan ‘surprise’ ala
kadar .
Sebaik
sahaja pintu kelas ditolak dan kelihatan Cikgu Waheda sedang menjejakkan
kakinya ke dalam kelas 2 Saidina Umar 2013 dan melihat ke arah kami , kami pun
menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuknya . “Selamat Hari Jadi , Selamat Hari
Jadi , Selamat Hari Jadi Cikgu Waheda , Selamat Hari Jadi .”Kelihatan Cikgu
Waheda berdiri di hadapan kek hari jadi yang ditempah khas untuknya .
Dia
tersenyum lebar dan ada mutiara jernih yang gugur dari birai matanya . “Terima
Kasih sebab sudi celebrate birthday saya
. Tak pernah lagi birthday saya kena celebrate macam ni.” Ucap Cikgu Waheda
sambil tersenyum . “Happy Birthday Lily ,
Happy Birthday Lily , Happy Birhtday Happy
Birthday , Happy Birhday Lily.” Ucap Rizqie sambil bertepuk tangan .
“Birthday Lily ke hari ni ?” tanya
Cikgu Waheda . “Tidaklah Cikgu , 11 Mei hari tu “ ujar Dayang . “Haa , Lily meh sini saya suap kek ni kat awak.”
Ucap Cikgu Waheda . “Peweeettt!”
kedengaran bunyi siulan nakal daripada pelajar lelaki tatkala melihat Lily dan
Cikgu Waheda saling suap menyuap . Awwww
, so sweet !
JJJJJJJJJJ
Aduh
! Kakiku dilanggar . “Sorry , sorry” ujar seorang budak perempuan . Aku
mengutumkan senyuman . Aku terjaga dari lamunanku . Tahun 2014 ! Ya , 2014 ! Aku memerhatikan
sekeliling . Kelihatan beratus-ratus pelajar berpusu-pusu masuk ke dewan
sekolah . Terserlah kekemasan para pelajar dengan memakai pakaian serba baru .
Pelajar lelaki kelihatan segak bergaya mengenakan seluar panjang hijau tua dan
berkemeja lengkap putih serta memakai tali leher berwarna biru berlambangkan
lencana SMK Telupid dan songkok yang dipakai oleh pelajar lelaki Muslim .
Keayuan
para pelajar perempuan terserlah apabila berbaju kurung lengkap serba baharu
dengan jalannya yang teratur dan beretika . Ada pelajar yang tersenyum lebar
kerana kegembiraan tatkala berjumpa dengan sahabat mereka setelah 2 bulan tidak
berjumpa .
Aku
berhenti seketika . Sungguh ramai para pelajar sesi petang SMK Telupid . Aku
memandang diriku sendiri di cermin yang disediakan pada lorong menuju ke dewan
sekolah . Aku menghela nafas panjang . Ya , kau bukan lagi Penolong Ketua
Pengawas , kau adalah pelajar biasa , monologku sendiri . Aku meletakkan
jawatanku sebagai Penolong Ketua Pengawas pada tahun lalu atas sebab-sebab
tertentu . Itu pun aku merayu kepada guru Pengawas agar melepaskan aku daripada
menjadi Pengawas tetapi dia tidak ingin . Aku hanya mengembalikan watikah
perlantikan kepadanya .
Yang
berlalu biarlah berlalu , kita kena teruskan hidup . Bak kata orang putih life must go on . Aku tunduk membetulkan
tali kasutku yang terurai dari ikatannya , lalu aku menyimpulnya dengan rapi .
Aku mengorak langkahku kembali menuju ke dewan sekolah kembali setelah selesai
membuat ikatan pada tali kasutku . Lorong-lorong yang menuju ke dewan sekolah
sesak dengan ratusan pelajar sesi petang SMK Telupid .
Aku
ibarat seekor semut kecil di antara semut-semut yang lainnya . Lorong-lorong itu
dipenuhi dengan 700 lebih orang pelajar sesi petang SMK Telupid yang merangkumi
Tingkatan 1 , 2 dan 3 .
“Anis
!” jerit satu suara yang amat aku kenali . Aku mencari dari mana arah datangnya
suara itu . Aku menoleh ke belakang mencari arah suara itu . Kelihatan Shandra
sedang melambaikan tangan ke arahku . Aku melontarkan senyuman kepadanya lalu
dia membuat isyarat tangan agar aku menunggunya di tempat aku berdiri ketika
itu .
Dia
datang ke arahku lalu berkata “Anis jom pi
dewan” sambil terseyum . “Jom!” ucapku membalas ajakannya . “Tumpang lalu,”
ujar suara itu . Baru saja aku dan Shandra hendak melangkah , kami terhenti
mendengar suara yang meminta laluan itu . Lalu , kami menoleh ke belakang .
Kelihatan
Cikgu Ridzwan berjalan di tepi kami dan diikuti oleh seorang perempuan yang
bertudung dan tingginya lebih kurang sama dengan Cikgu Ridzwan . Aku dan
Shandra mengamati rupa perempuan itu . Biar betul !
Kami
saling berpandangan . “Miss Dewi ?!” ucap kami berdua serentak . Miss Dewi
bertudung ? Aku dan Shandra terkejut melihat penampilan baru Miss Dewi . Wow !
Dia kelihatan sunggu cantik dan ayu apabila berudung dan mengenakan jubah .
Setelah memberi laluan kepada mereka , kami berdua pun meneruskan perjalanan
dan akhirnya terlepas daripada kesesakkan tersebut dan masuk ke dalam dewan
sekolah .
Kami
mendapatkan barisan kelas kami iaitu kelas 3 Saidina Umar yang terletak di barisan
kedua dari hujung pada sebelah kanan dewan . Kelihatan ramai rakan sekelasku
yang sudah beratur mengambil kedudukan masing-masing .
Kami
berdua pun berjalan ke hadapan untuk mengambil kedudukan dalam barisan .
Rakan-rakanku hangat memperkatakan tentang Miss Dewi yang kini berhijab . Aku
dan Shandra berpandangan sambil tersenyum . “Alhamdulillah.” Hanya itu saja
yang mampu aku ucapkan apabila mendapat tahu bahawa Miss Dewi kini sudah
berhijab dan menutup aurat .
Tiba-tiba
, satu tepukan yang begitu gemuruh bergema di seluruh ruang dewan sekolah .
Kelihatan seorang perempuan tinggi lampai sedang berjalan menuju ke kerusi khas
yang disediakan khas untuk para guru di atas pentas sekolah . Oh, Cikgu Dewi
rupanya , monologku . Tidak lama kemudian Majlis Perhimpunan untuk hari pertama
sesi persekolahan pun bermula .
Seperti
kebiasaannya dan seperti yang dijangkakan , pasti perhimpunan ini akan mengambi
masa yang sangat lama . Perhimpunan pada hari pertama persekelohan ini
mengambil masa hampir 2 jam . Lenguh sungguh kakiku berdiri bagai hendak
tercabut . Namun aku mengejapkan juga akarnya agar ia tidak tumbang . Akhirnya , perhimpunan sekolah pun berakhir dengan
nyanyian lagu negeri iaitu lagu Sabah Tanah Airku .
Dengan
berakhirnya nyanyian lagu negeri itu , maka berpusu-pusulah pelajar SMK Telupid
kkeluar meninggalkan dewan dengan barisan mengikut kelas masing-masing . Keluar
sahaja aku dari dewan sekolah , aku menghela nafas panjang . Sesak nafasku yang
tidak terhingga di dalam dewan . Tambahan lagi dengan panasnya dan bilangan
pelajar SMK Telupid . Tidak terkata sesak nafas itu .
Aku
menoleh ke belakang . Melihat rakan-rakan sekelasku yang berjalan beriringan
untuk naik ke kelas . Pada tahun ini , kelas kami iaitu kelas 3 Saidina Umar
dipindahkan ke Blok A iaitu Blok Pentadbiran . Aduh ! Naik ke tingkat 3 lagi !
“Anis , ko tida p bilik guru?” ujar
satu suara yang memanggil namaku . Aku menoleh sekelilingku . Kelihatan Shandra
tersenyum manis ke arahku . “Ya , saya lupa” ucapku . Setelah mendengar
pertanyaan daripada Shandra . Aku pun mengorak langkahku ke bilik guru .
Masuk
sahaja aku di daun pintu bilik guru , aku mengatur langkahku menuju ke meja
guru kelasku , Cik Nurul Ain Aripin . Guru yang telah menjadi Guru kelas kami
untuk 3 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2012 hingga ke tahun 2014 . Guru
yang sabar menghadapi kerenah para pelajar 3 Saidina Umar , seorang guru yang
memahami akan perangai 32 orang pelajar dan seorang guru yang amat disenangi
ramai .
Aku
mengambil beberapa barang khas di atas meja Uztazah Ain seperti buku kedatangan
guru dan pemadam papan tulis . Sungguh sibuk keadaan di bilik guru sehinggakan
aku terperangkap dalam kesesakkan di bilik guru . Setelah beberapa ketika , aku
pun terlepas dari kesesakkan itu lalu mengatur langkahku untuk keluar dari
bilik guru dan menuju ke kelas .
Setibanya
sahaja aku di tangga tingkat 2 bangunan , kedengaran bunyi riuh-rendah . Aku
mengamati suara-suara yang riuh-rendah itu . Suara itu arah datangnya dari
kelasku , 3 Saidina Umar . Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala . Sudahku
agak , pasti suara rakan-rakan sekelasku . Aku membuka langkahku lebih besar
lagi . Rindu aku hendak mendengarkan gelak tawa dan gaduh-gaduh mereka setelah
2 bulan sunyi tanpa keriuhan daripada mereka .
Sebaik
sahaja aku melangkah masuk ke kelas , aku melihat mereka sedang duduk secara
berkumpulan dan masing-masing menceritakan pengalaman dan perkara yang ,ereka
lakukan ketika cuti . Pasti tidak cukup sehari ini untuk menceritakan semua ,
tapi jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan tatkala bertemu semula . Aku
tersenyum . Sungguh bertuah aku ditempatkan sekelas dengan mereka .
Bermacam-macam telatah yang dapat aku lihat .
BAB 2 : IANYA KAMI
Sidney Allister . Satu-satunya pengawas lelaki
di 3 Saidina Umar. Orangnya tinggi , sentiasa kemas dan mematuhi peraturan .
Bak kata orang putih , strict .
Rambutnya sentiasa disikat ke sebelah kiri . Dia selalu memegang fail berwarna
kelabu . Baik dan bijak . Rakan sekelasnya memanggilnya Sid ataupun Ather .
Ryan Lee . Sangat
dikenali oleh guru-guru SMK Telupid . Seorang beatboxer yang terkenal di SMK Telupid sejak dia membuat
persembahan beatbox di dewan sekolah
hari tu . Dia juga memakai cermin mata , dan rakan sekelasnya memanggilnya Ryan
, begitu juga dengan guru-guru .
Fatin Mahfuzah .
Satu-satunya pelajjar perempuan yang kira lasak juga di dalam kelas 3 Saidina
Umar . Apabila dia ketawa , pasti susah hendak berhenti . Kadang-kadang dia
ketawa sampai menangis-nangis . Sungguh comel orangnya dan pro dalam subjek Mathematics dan Sains . Rakan sekelas memanggilnya
Fatin ataupun Puja .
Salah seorang pelajar
perempuan yang dkategorikan dalam kumpulan ‘kecil’ di kelas 3 Saidina Umar .
Hebat dalam Yoga . Shandra S Kennedy
. Dialah orangnya . Rakan sekelas memanggilnya Shand ataupun Shandra .
Hebat dalam permainan
bola baling dan apa-apa jenis sukan sekalipun juga petah berkata-kata dalam
memberikan hujah ataupun pandangan . Kejjy Igan . Seorang pelajar perempuan
yang berambut panjang dan rakan sekelas memanggilnya Kejjy atau E’jy .
Hebat dalam permainan
catur dan pernah mewakili SMK Telupid sehingga peringkat negeri . Dari segi
fizikal , dia bersifat pendiam namun dia juga petah dalam berkata-kata
memberikan pendapatnya . Dialah yang dikenali sebagai Wennary dan ada juga yang
memanggilnya Qethiy .
Seorang Pembimbing Rakan
Sebaya SMK Telupid . Orangnya tinggi lampai . Selalu memakai minyak wangi yang
teramat wangi . Mengenakan jam tangandi sebelah tangan kanannya dan selalu
membawa fail bersama-samanya ke mana-mana . Bellson Livingson ataupun digelar
Boy . Dialah orangnya .
Seorang yang agak beisi
tetapi comel . Pandai membuat lawak , suka menyakat , tidak pernnah membuat
guru-guru dan para pelajar kering gusi . Ada saja telatahnya yang mampu mencuit
hati . Mohammad Rizqie . Dialah orangnya , penyeri kelas 3 Saidina Umar .
Seorang pelajar yang
amat disenangi . Bijak dalam subjek Matematik . Sentiasa memberikan kerjasama
dalam apa jua tugasan dan memberikan komitmen yang baik . Nor Allia . Dialah
orangnya . Kami menggelarnya Elly .
Seorang pelajar
perempuan dan satu-satunya Pembimbin Rakan Sebaya perempuan di kelas 3 Saidina
Umar . Hebat dalam subjek Matematik . Elvylisa namanya dan ada yang
menggelarnya Oyo .
Seorang pelajar yang
memberikan komitmen yang baik . Dikenali ramai dan amat disenangi . Bersahabat
baik dengan Fatin . Rakan sekelas menggelarnya Kilao , Kilut , Qie . Namun ,
nama sebenarnya ialah Syakila .
Seorang pelajar yang
kelihatan manja pada luarannya kerana dia merupakan seorang anak bongsu namun
kuat dan tabah pada dalamannya . Hebat dalam Bahasa Melayu . Rakan sekelas
menggelarnya Lily ataupun nama sebenarnya Lidiawati .
Seorang pelajar
perempuan yang agak pendiam namun agak hebat dalam pembelajaran . Apabila dia
tersenyum jelas terpancar keayuan dan kemanisan dalam senyumannya . Tidak malu
untuk bertanya dalam apa jua . Dia ialah Evelyn ataupun V_lyn .
Berkaca mata , tinggi
lampai dan berlesung pipit . Juga hebat dalam mata pelajaran Matematik .
Sentiasa menyuarakan pendapatnya dan tidak pernah mengalah dalam melakukan apa
jua benda . Dayang Noorfazilla ataupun ila . Dialah orangnya .
Seorang yang pandai
membuat lawak , tidak pernah membuat kami kering gusi , namun dia juga
merupakan seorang yang agak pemalu apabila berjumpa dengan orang baru . Rapat
dengan Elly dan Dayag . Nur Farahayien , ataupun lebih dikenali sebagai Ain .
Mereka bertiga sekepala
dalam apa-apa jua . Kuat ketawa dan aktif dalam persatuan mereka iaitu Pengakap
. Ada yang menggelar mereka Konoi , Jeerut , Chichie . Namun nama sebenar
mereka ialah , Jean Corane , Azera dan Joezelyn . Mereka bertiga merupakan
kawan rapat .
Seorang yang bersifat
ceria . Mula-mula senyap tapi lama-lama hyper
. Seorang yang kuat ketawa dan susah utuk berhenti ketawa apabila sudah
ketawa . Bersifat penyayang sebagai seorang kakak dan kadang-kadang membuat
kami ketawa dengan telatahnya yang pandai terbingung . Sarmina nama penuhnya
dan kami menggelarnya Sar .
Bersifat matang ,
sekepala dengan Sarmina . Hebat dalam pelajaran . Senang tertawa dan bersifat ceria . Mempunyai
kaitan keluarga dengan Fatin . Nama penuhnya Safirah dan kami menggelarnya Saf
.
Pandai melukis , Hebat
dalam pelajaran , Seorang yang petah berkata-kata . Hanya dia satu-satunya
pelajar perempuan yang berbakat besar dalam bidang lukisan di 3 Saidina Umar .
Kami sering terpegun dengan lukisannya yang seakan-akan hidup . Figura-figura
yang dilukisnya sama seperti yang asal . Norhayati namanya dan kami
menggelarnya Nor .
Seorang pelajar perempuan . Hebat dalam subjek Matematik dan
Bahasa Arab . dari segi luarannya kelihatan agak pendiam . Namun , dia juga
petah berkata-kata dalam menyuarakan pendapatnya yang terbuku di hati . Kami
menggelarnya Izzat .
Alaina Dissyanie .
Orangnya tinggi , berkulit putih dan ceria . Dia bersahabat baik denga Hayati ,
Izzat dan Fadhilah . Senang tergelak .Rakan sekelas menggelarnya Alaina . Kadang-kadang
, mereka sering bergaduh-gaduh ‘manja’ di dalam kelas .
Tidak kira dalam
keadaaan marah ataupun sedih , dia sentiasa tersenyum . Senyuman manisnya mampu
mencairkan hati semua . Hebat dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan merupakan
seorang Usahawan muda yang berjaya . Dalam diam dia mengusahakan berbagai jenis
perniagaan seperti perniagaan online , Kerongsang dan Baju . Kami menggelarnya
Dhyla dan nama penuhnya Noor Fadhilah .
Satu-satunya pelajar
perempuan yang berbangsa Cina di dalam kelas 3 Saidina Umar . Yang dulunya
bersifat pendiam dan pemalu . Kini dia lebih berani menyuarakan pendapatnya dan
mampu melawan apabila dibuli . Ivonnie Ching Ming Fei namanya dan kami
menggelarnya Ivon .
Victor Jr . Merupakan
antara pelajar lelaki yang kecil di dalam kelas 3 Saidina Umar . Hebat dalam
bidang muzik dan bermain Violin . Rakan sekelas memanggilnya Victor .
Pelajar lelaki yang
paling tinggi di kelas 3 Saidina Umar . Sering bergaduh dengan Elly . Sentiasa
membuat rakan sekelas ‘panas’ dengan telatahnya yang suka menyakat . Azrizal
namanya .
Mereka berdua bersifat
agak pendiam dan kadang-kadang pemalu . Seorang digelar Kidip dan seorang
digelar Nold . Itulah mereka Jackerson dan Arnold .
Ketawanya mampu membuat
pelajar 3 Saidina Umar juga tertawa sama apabila mendengar dia tertawa .
Orangnya kecil dan comel . Ada yang memanggilnya ‘Ban’ namun nama betulnya
ialah Evan Masliu .
Seorang pelajar lelaki
yang bersifat suka menyakat namun ada sahaja telatahnya di kelas yang mampu
mebuat kami ketawa . Hebat dalam bermain gitar . Dialah Jeveriell .
Penulis novel ini
merupakan seorang pelajar perempuan yang terkecil di 3 Saidina Umar . Hanya
berketinggian 152cm . Merupakan Ketua Kelas kepada 3 Saidina Umar .. Guru-guru
memanggilnya Anis , dan rakan-rakan yang mengenalinya memanggilnya Qilah .
32 orang pelajar 3
Saidina Umar . 10 Lelaki dan 22 orang
Perempuan . 32 individu , 32 kerenah , 32 perangai dan 1001 kenangan selama 3
tahun berada di dalam kelas 3 Saidina Umar .
JJJJJJJJJJ
BAB
3 : BERTUKAR LAGI ?
Seperti yang diketahui
pada hujung tahun lalu , guru-guru mata pelajaran kami pada tahun ini semuanya
dikenali . Bahasa Melayu ; Cikgu Nusrin , Bahasa Inggeris ; Madam Nilly,
Matematik ; Cikgu Waheda , Sains ; Cikgu Randy , Sejarah ; Cikgu Eva , Geografi
; Cikgu Vitus , Pendidikan Sivik ; Cikgu Emma , Pendidikan Jasmani ; Cikgu
Saffera , Bahasa Arab dan agama Islam ; Uztazah Nurul Ain , Moral ; Cikgu
Gamalil , Muzik ; Cikgu Balthon .
“Cikgu datang ! Cikgu
datang !” ucap Alaina yang berlari dari beranda luar kelas . Kami semua duduk
di tempat masing-masing . duduk berpura-pura membaca buku teks Bahasa Inggeris
. Aku menoleh ke pintu . Bayang-bayang cikgu kelihatan di hadapan pintu . “Class stand up ! Good Afternoon Madam Nilly
.” ucapku memberi arahan kepada para pelajar 3 Saidina Umar untuk memberi
ucapan selamat tengahari kepada guru Bahasa Inggeris kami . “Good afternoon , Madam Nilly .”ucap
rakan-rakan sekelasku . “ Yes , Good
Afternoon class . You may sit down .”
ucap guru Bahasa Inggeris kami .
Hari ini merupakan sesi
perkenalan kami di kelas sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris . Namun
demikian , ketika sesi perkenalan kami itu , terdapat beberapa pelajar yang
tidak memberikan perhatian dan berbuat bising . Keadaan ini berterusan selama 3
hari berturut-turut Madam Nilly masuk ke kelas kami . Maklumlah , kelas kami
terkenal dengan sifat nakal dan sering buat kerja sendiri apabila guru mengajar
mahupun memberi penerangan .
JJJJJJJJJJ
“Anis , ko kena panggil di bilik guru oleh uztazah”
ucap Corane . Aku menganggukkan kepalaku menandakan faham lalu mengatur
langkahku untuk turun ke bilik guru berjumpa dengan Uztazah Ain . Langkah demi
langkah aku menuruni anak tangga . “Hai anis .. Anis Hai … Aniiiisss”
bermacam-macam jenis ucapan mereka menegurku tatkala aku melimpasi mereka . Aku
hanya menguntumkan senyumanku .
Lalu , aku pun masuk ke
dalam bilik guru terus ke meja Uztazah Ain . “Uztazah?” ucapku sebaik sahaja
sampai di meja Uztazah Ain . “Haa , Anis . Ni
dia , jadual baru untuk kelas awak.” Ucap Uztazah Ain . Jadual baru ? Apa
yang berubah ? Aku mengamati jadual itu . Satu demi satu aku perhatikan
nama-nama guru pada setiap mata pelajaran . Bahasa Melayu , Matematik , Sains ,
Bahasa Inggeris …..
What ?! Guru Bahasa Inggeris
bertukar lagi ?! LC ? Kod nama guru itu ialah “LC” lalu aku mencari nama penuh
guru itu di jadual kecil yang terletak di bawah sekali . Lenny Lo . Miss Lenny guru baru Bahasa Inggeris
kami . Tapi …. Arhh , tiadalah .
Masih berlegar-legar
lagi di ingatanku tatkala Miss Lenny berkata pada tahun lalu sewaktu kami masih
lagi di Tingkatan 2 “Saya suda tulis
surat sama Puan Sarini yang next year saya tida mau ambil kelas kamu tahun
depan.” Tapi , yang menjadi persoalannya sekarang , mengapa Miss Lenny
mengajar semula di kelas kami ? Dan mengapa pula Madam Nilly tidak mengajar
kami ?
“Ye , jangan lupa bagitahu kawan-kawan awak , k ?” ucap Uztazah Ain
sehingga menghentikan lamunanku . Aku hanya menganggukkan kepalaku . “Okaylah uztazah , saya pi kelas dulu.” Ucapku
sambil membuka langkah untuk naik ke kelas .
Aku membesarkan
langkahku dan tidak lama kemudian aku pun sampai di kelas . “Perhatian . Kita
ada jadual baru . Dan yang bertukar di sini hanya guru mata pelajaran bagi
subjek Bahasa Inggeris . Cikgu BI baru kita ialah Miss Lenny” ucapku
memberitahu mereka . “Apa?!” ucap mereka serentak sambil menunjukkan reaksi
terkejut di muka mereka . Kelas menjadi riuh-rendah dengan suara mereka yang
hangat memperkatakan tentang pertukaran guru itu .
“Sokay la . Biar la Miss jadi guru English kita . Kan ni tahun kita ada
exam besar . Lagipun Miss tu guru Bahasa Inggeris yang Cemerlang . Manalah tahu
kita terploksot A nanti?” ujar satu suara . Aku memerhati sekeliling namun
bayang suara tersebut tidak kelihatan . Setelah mendengar nasihat dari suara
itu , para pelajar 3 Saidina Umar memberikan reaksi yang positif . Aku hanya
tersenyum . “Tapi , kamu ada nampak Miss
Lenny ka ? Since buka sekolah ?” tanya Alaina .
Kami semua menggelengkan
kepala . “Anis , bila Miss start ganti
Madam Nilly ?” tanya Sidney ke arahku . “Macam esok .”jawabku pendek . Aku
duduk ke tempat dudukku kembali . Seperti kebiasaan , kelas kami 3 Saidina Umar
pasti riuh-rendah . Ditegur macamana sekalipun , mereka tidak akan diam . Paling kurang pun , diam
dalam masa 5 saat , selepas itu bising semula . Tiba-tiba , pelajar 3 Saidina
Umar yang ‘duduk lepak’ di beranda bertempiaran lari masuk ke dalam 3 Saidina
Umar . “Kenapa?” tanya Elly . “Cikgu Waheda juu
!” ucap Jeveriell .
Semua kelam kabut
mengeluarkan segala buku dan benda yang berkaitan dengan Matematik . “Semua
murid berdiri . Selamat petang Cikgu Waheda” ucapku sebaik sahaja melihat cikgu
Waheda masuk ke dalam kelas . Aku berlari ke arah meja guru untuk mengambil
kerusi guru dan meletakkannya di tengah . “Selamat petang Cikgu Waheda.” Ucap
rakan-rakan sekelasku . “Selamat petang , sila duduk .” ucap Cikgu Waheda . aku
dan rakan-rakanku pun duduk setelah Cikgu Waheda duduk di kerusi guru . Kami
tersenyum melihat Cikgu Waheda . Meski sudah 8 bulan berbadan dua , dia sanggup
naik ke tingkat 3 dan masuk ke kelas untuk mengajar kami . Jasamu akan tetap ku
kenang wahai Cikgu J
“Baiklah , saya nak cakap sikit ni . Start bulan Februari , saya tak
ngajar awak lagi dah .” ucap Cikgu Waheda . “Hah ?! Kenapa Cikgu ?!” ucap kami sekelas
serentak . Masing-masing menunjukkan reaksi terkejut . “Ye lah , korang kan tak suke kat saye.” Ucap Cikgu Waheda dengan
nada suara yang sayu sekali . “ Eeeeee !
Manada Cikgu . Best ba Cikgu mengajar .” ucap rakan-rakan sekelasku . Cikgu
Waheda hanya tersenyum . Setelah senyap beberapa ketika , kami pun meneruskan
sesi pembelajaran pada hari ini . Sepanjang sesi pembelajaran berlangsung ,
tiada yang membuat bising mahupun lawak . Semuanya senyap . Pasti sedang
memikirkan mengapa Cikgu Waheda tidak mengajar kami lagi .
Tok ! Tok ! Tok !
Tumpuan kami terganggu apabila mendengar ketukan dari pintu . Semua mengalihkan
pandangan ke pintu kelas . “Selamat petang Cikgu , Maaf mengganggu , boleh saya
panggil Anis ?” ucap pengawas tersebut Aku pun melihat ke arah Cikgu Waheda .
Dia menganggukkan kepalanya . Aku keluar dari kelas untuk berjumpa dengan
Pengawas itu . “Esok pagi , datang sekolah . Ada perkara yang mahu
dibincangkan.” Ucap pengawas itu . Aku bertanya “Siapa yang suruh datang pagi
?” . “Cikgu Elviera” ucapnya . Aku menganggukkan kepalaku tanda faham .
Setelah selesai
berbicara dengan pengawas itu , aku pun masuk ke dalam kelas semula . Sebaik
sahaja aku duduk di kerusiku , Elly pun bertanya kepadaku “ Kenapa Qilah ?” aku
tersenyum kepadanya sambil berkata “Ooohh , pasal debate hari tu mungkin .” Elly menganggukkan kepalanya menandakan
faham . Kami pun meneruskan sesi pembelajaran pada hari ini .
JJJJJJJJJJ
KRINGG !! Tepat pukul
6:45 pagi menandakan masuk waktu sekolah untuk sesi pagi SMK Telupid . Uwarghh
! Masih mengantuk aku di awal pagi begini . Hendak sahaja aku menyambung
tidurku namun apakan daya , aku ada ‘date’
dengan Cikgu Elviera . Aku mengatur langkahku yang longlai ke arah bilik
guru . Setibanya sahaja aku di hadapan bilik guru , aku menuju ke arah meja
Cikgu Elviera . “Yes Anis ! Come here”
ucap Cikgu Elviera apabila melihat aku .
“Saya mo pindah skolah , so , this is your certificate . Masih tempat
saya ba pula . Saya lupa bagi So ,
thanks for joining Debate J
Gonna miss you guys.” ucap Cikgu Elviera kepadaku
sambil menyerahkan sijil debat . Masih segar lagi diingatanku peristiwa itu
.Baru sahaja sebulan aku menjejakkan kaki di Tingkatan 1 , sudah aku dipilih
untuk mewakili SMK Telupid dalam perbahasan ala parlimen . Kalau Bahasa Melayu
tu , aku boleh terima lagi , ini Bahasa Inggeris ! Hampir terbelit lidah aku
dibuatnya .
Madam Noy yang
mencadangkan aku kepada pihak sekolah . Mahu sahaja aku berlari ke hujung dunia
tatkala aku diberitahu berita itu . Namun , apakan daya . Hendak menyuarakan
bahawa tak mahu , takut tak diberkati . Aduh ! Terima sajalah . Lagipun aku
junior dalam pasukan debat itu . Akhirnya , mampu juga aku dan
sahabat-sahabatku mewakili SMK Telupid ke Sandakan . Dapat juga aku menimba
pengalaman sebagai Debaters dan
berjuang dalam English Debate
Parliamentary Style bersama rakan sekelasku Ryan Lee , dan beberapa orang
Tingkatan 5 iaitu Chelsea Anne anak kepada Cikgu Raymond Kipas , Jesselyne
Roxane anak Pengetua SMK Telupid dan McKendree Jison .
Walaupun tidak berjaya
ke peringkat negeri , sekurang-kurangnya ada pengalaman mengikuti aktiviti
bahasa yang formal seperti itu . Lebih-lebih lagi kami bersaing dengan
sekolah-sekolah yang hebat-hebat belaka seperti SM Sung Siew , ST. Cecilia ,
ST. Michael dan ST. Mary . Tambahan lagi , nama kami juga direkodkan di majalah
sekolah dan bahasa juga merupakan minatku . J
JJJJJJJJJJJ
“Anis ?! Dengar saya tak
?” ucap suara itu . Aku menoleh ke kiri dan ke kanan .Tapi , tiada siapa yang
berada di sekeliling . Perasaan saya mungkin . Aku melihat jam tanganu . Jam sekarang
menunjukkan pukul 12:45 tengahari . Aduh ! Sungguh lama aku termenung . Baik
aku naik ke kelas .
JJJJJ
“Baiklah . Hari ni hari terakhir saya masuk ke dalam kelas awak . So ,
lepas ni korang belajarlah sendiri ye ?” ucap Cikgu Waheda sebaik sahaja
memasuki kelas kami . “Eeee , Cikgu ,
jangalah ganti guru lain . Tida siukk ba.” Ucap rakan sekelasku . Cikgu
Waheda tersenyum . “Korang ni . Saya nak
cuti bersalin pun tak boleh ke ? Kang saya terberanak kat sini kang . Sapa yang
susah ?” ucap Cikgu Waheda . “Rizqie juga yang susah.” Ucap Rizqie
menyambung ayat Cikgu Waheda . Kami sekelas tergelak . Begitu juga dengan Cikgu
Waheda .
Pada hari itu kelas kami
penuh dengan gelak ketawa . Pasti kami
akan merindui Cikgu Waheda selama ketiadaannya tiada di Sabah . Terutama sekali
di SMK Telupid . Pasti takkan ada lagi dengar suara guru yang lantang ketika
mengajar dan prihatin terhadap masalah pelajarnya .
“Cikgu , kalau Cikgu
cuti bersalin nanti siapa guru Matematik kami ?” tanya aku kepada cikgu . “Adalah guru ganti tu . Apa-apa pun korang
jangan pulak nak buli-buli ke ape nanti
guru ganti tu . Kesian pulak kat dia kang nangis kena buli dengan korang
. Nasib baik saya kuat . ” ucap Cikgu Waheda . “Uuuuuuuuuuuuuuuuuu” ucap
pelajar 3 Saidina mengusik Cikgu Waheda .
KRINGG !! Loceng sekolah
pun berbunyi menandakan masa sekolah telah pun tamat . “Cepatnya masa berlalu
?!” ucap Lily . “Ya , macam kejap pula kan Ly .” ucap Joezelyn kepada Lily .
BAB
4 : Oops ! Saidina Umar
“Okay class . Positif , Positif ?” ucap Cikgu
Waheda . “Negatif!” jawab 3 Saidina Umar . “Wuuuuuuu” Kedengaran bunyi tepukan
yang gemuruh berserta suara-suara nakal 3 Saidina Umar . Tiap kali tiba masa
untuk mata pelajaran Matematik , pasti akan ada sahaja perkara yang hendak
diriuhkan . Waktu sesi mata pelajaran Matematik sahajalah yang penuh dengan
gelak ketawa . Apabila cikgu menanyakan kami soalan tentang Integer , pasti
kami akan menjawabnya dengan nada yang Cikgu Waheda gunakan untuk bertanya kami
. Maklumlah , kelas yang suka mengajuk .
JJJJJ
“Korang berdua ni . Tiap kali kelas saya , asyik muka korang berdua je
berdiri tak bawak kertas . Korang tak serik-serik ke ? Pergi berdiri kat luar
.” ucap Cikgu Waheda menyuruh aku dan Rizqie ke luar kelas . Kami bukannya
malas membawa kertas matematik , tapi terlupa . Maka , kami berdua pun pergilah berdiri di luar beranda
kelas . Aku dan Rizqie pun bercerita sambil berdiri di beranda .
Tidak lama kemudian ,
Rizqie pun berganjak dari tempat dia berdiri . “Rizqie , ko mo p mana ?” tanyaku kepada dia apabila melihat dia berganjak
dari situ . “Kelas sebelah .” ucap Rizqie sambil menuding jarinya ke kelas
sebelah . Aku mengikuti langkah Rizqie dari belakang . Rizqie mengacau bongkah
kon yang berada di sebelah .
“Hoi , korang berdua . Nak pergi mana tu . Berdiri kat sini . Buat apa
kat sebelah tu ? Jangan buat benda tak senonoh sudah .” ucap Cikgu Waheda
kepada aku dan Rizqie sebik sahaja menyedari ketiadaan kami di posisi yang
sepatutnya .
Aku dan Rizqie pun lekas
kembali ke posisi masing-masing . Kami berdua tersenyum kambing di hadapan
pintu kelas apabila mendengar Cikgu Waheda memarahi kami . “Dah kena denda tu , buatlah cara kena denda . Ni duk main pulak . Dah
masuk !” ucap Cikgu Waheda . Aku tergelak sendiri . Dapat juga aku masuk ke
kelas balik . Hihihi J
JJJJJ
“Eh Rizqie , Norhayati , tak bawak kertas ? Korang ni suami isteri eh
berjanji tak nak bawak kertas , hah ?” ucap Cikgu Waheda kepada mereka
berdua . Rakan-rakan sekelas yang lain ketawa . “ Aik , baru cikgu tahu ?” ucap
Rizqie selamba menjawab soalan Cikgu Waheda . Pecah ketawa para pelajar 3
Saidina Umar mengocak suasana . Cikgu Waheda juga turut tertawa sama . Kelihatan
Norhayati sedang menunjukkan penumbuk ke arah Rizqie . Rizqie tergelak .
“Cikgu , ketawa 2 rakaat
saja.” Ucap Rizqie . Kami masih lagi ketawa terbahak-bahak . “Apa ?!! 2 rakaat
, Rizqie ? 2 harakat la .” ucap Cikgu Waheda sambil ketawa . Kami sekelas
ketawa lagi sehingga ada yang ketawa ‘vibrate’ . Ketawa yang teramat sangat
sehingga bergegar seluruh badan tanpa bunyi . Cikgu Waheda tertawa sehingga
mengalirkan air mata .
“Lepas ni , bila saya
nak solat subuh pasti saya ingat kat awak Rizqie .” ucap Cikgu Waheda sambil
tertawa . Kami sekelas ketawa tanpa henti hampir 10 minit melihat telatah
Rizqie dan Cikgu Waheda .
JJJJJ
“Jean , Jean , tak
habis-habis dengan bedak . Asyik pakai bedak je . Eiiii , geram saya tengok .
Jangok . Awak tahu tak apa tu Jangok ?” ucap Cikgu Waheda kepada Jean . Kami
semua tertawa lagi apabila mendengar perkataan baru seperti ‘Jangok’ . “Apa tu
Jangok , Cikgu ?” Tanya Jean kepada Cikgu Waheda . Cikgu Waheda berkata “Jangok
tu awaklah .” . Jean kelihatan agak kebingungan . “Bahasa mencarut ka ?” tanya
Jean lagi . “Awak carilah sendiri.” Ucap Cikgu Waheda sambil menggelengkan
kepalanya . Kami tertawa lagi .
JJJJJ
Aku merenung ke kertasku
. Ketika itu , Cikgu Waheda sedang berjalan di sekeliling kelas melihat hasil
kerja para pelajar 3 Saidina Umar . Cikgu Waheda memukul kecil tangannya dengan
kertas . Aku terkejut lalu terloncat kecil di tempat dudukku . Aku melihat ke arah
Cikgu Waheda . Dia tersenyum . Aku tunduk malu .
“Okay !” ucap Cikgu
Waheda dengan suara yang lantang . Aku terkejut lagi dan terloncat kecil .
“Cikgu ni sengaja atau apa ? Sudahla saya ni cepat terkejut.” Monologku sendiri
. Apabila aku terkejut pasti aku akan terloncat .”Engkau Anis , sikit-sikit
terkejut .” Ucap Cikgu Waheda lalu mengetuk mejaku dengan Whiteboard Marker . Kelihatan dia sedang
menghampiri mejaku . “Ni lah ..” ucapnya lalu mengetuk mejaku . Aku terloncat .
“.. Masalah budak yang mandi dari atas ..” dia mengetuk lagi , aku terloncat .
“Hah , Anis ? Asyik terkejut je .” aku terloncat lagi . Rakan-rakan sekelasku
tertawa .
Aku memejamkan mataku .
Hampir tercabut jantungku dibuatnya . Perkara yang aku takut apabila aku
tiba-tiba sesak nafas kerana terlalu terkejut . “Tu lah ..” Cikgu Waheda
mengetuk lagi mejaku . Aku terloncat lagi . “Lain kali , bila mandi tu , jirus
dari bawah bukan dari atas.” Ucap Cikgu Waheda . Aku menarik nafas panjang .
Akhirnya , aku terlepas juga dari ‘kejutan’ daripada Cikgu Waheda .
JJJJJ
“Rizqie , tolong cikgu
pasang charger laptop cikgu ni .”
Ucap Cikgu Emma kepada Rizqie . Rizqie pun memasang pengecas komputer cikgu .
“Hidupkan suis tu.” Arah Cikgu Emma kepada Rizqie . Rizqie bermain dengan suis
itu . Dia membuat lakonan bagaikan orang terkena renjatan elektrik . Kami
tergelak kecil melihat telatahnya . Cikgu Emma menyedari akan lakonannya itu .
“Eee , jangan kau main-main Rizqie .
Kalau kau tekaren , tekurus kau tu.” Ucap Cikgu Emma selamba . Kami
tergelak besar . Begitu juga dengan Rizqie .
“Nah , pasang kabel ni
lagi di LCD tu.” Ucap Cikgu Emma kepada Rizqie sambil menyerahkan kabel
kepadanya . Kami semua diam , kali ini Rizqie kelihatan serius . Wennary
berkata kepada Rizqie “ Naa , jangan kau main-main Rizqie , nanti kau bekurus .
Nanti tida comel.” . Kami semua tergelak lagi apabila mendengar Wennary
mengusik Rizqie .
JJJJJ
“Okay , minggu depan
saya nak buat Umrah . Korang tulislah apa permintaan korang . Kalau sempat saya
akan letakkan surat-surat korang tu di Jabal Rahmah .” ucap Uztazah Nurul Ain
kepada kami sekelas .
Setelah mendengar arahan
daripada Uztazah Ain , masing-masing tekun dengan menulis permintaan di atas
sehelai kertas lalu memberikannya kepada Uztazah Ain .
*************
Setelah 2 minggu tidak
berjumpa dengannya , akhirnya Uztazah Ain pun kembali ke sekolah . Dia
kelihatan agak penat dan dia juga telah memberitahu kami bahawa surat-surat
kami telah diletakkan di Jabal Rahmah . Semoga permintaan kami itu
diperkenankan , Amiin .
JJJJJ
“Apa kamu buat di sini ?
Janganlah kacau kami , Kami mau makan .” ucap Elly kepada pelajar lelaki
3 Saidina Umar . Elly memarahi mereka kerana mereka membaling batu-batu yang
bersaiz besar ke dalam kolam di hadapan kami tempat kami makan .
DUSHHH ! Satu percikan
besar air mengena pada kami . Habis basah baju dan kain sekolah kami . Kami
menoleh ke belakang , namun tiada sesiapa . “Si Rizqie tu yang baling !” ucap
Fazlina . “Rizqie !!!” jerit kami beramai-ramai serentak .
Hilang selera kami untuk
makan . Kelihatan Fatin dan Dayang berlari sambil membawa batu mengejar pelajar
lelaki 3 Saidina Umar . Mereka membaling pelajar lelaki itu dengan batu yang
terdapat di dalam genggaman mereka . Kami pun turut sama mengejar mereka .
Salah satu daripada batu tersebut terkena di badan Riaqie . Kami ketawa
terbahak-bahak . Sungguh nakal kami ketika itu .
Fazlina . Fazlina
merupakan seorang kawan kami yang sudah pindah sekolah . Dia merupakan seorang
pelajar yang aktif dalam bidang sukan seperti Bola Baling dan Badminton . Dia
juga bersahabat baik dengan Syakila .
JJJJJ
“Assalamualaikum
Uztazah.” Ucapku memberi salam kepada Uztazah Farihah iaitu guru KKQ kami .
“Waalaikumusalam.” Jawab Uztazah Farihah . “Uztazah , mana Uztazah Ain ? Lama
sudah tidak Nampak dia.” Tanyaku risau. “Dia amik MC 3 hari. Dia sakit kaki .”
ucap Uztazah Farihah . Aku terkejut mendengar berita itu . Syafakallah . Semoga Uztazah Ain cepat sembuh .
3 hari selepas itu , aku
mencari-cari Uztazah Ain tapi tidak berjumpa . Aku pun ke surau sekolah bersama
Diana . Ketika itu , aku sedang membantunya menyelesaikan tugasan sekolahnya .
“Assalamualaikum.” Ujar satu suara member salam . “Waalaikumusalam” jawabku
lalu melihat ke arah pintu surau . Uztazah Ain !
Dia berjalan
terhinjut-hinjut . Aku melihat ke arah kakinya . Ya Allah , besar sungguh
lukanya . Aku menjadi lemah . Bab beginilah aku tidak berapa kuat apabila melihat darah ataupun
kecederaan yang teruk .
Aku mengalihkan
pandanganku . Tanpa ku sedari ada titisan jernih yang gugur . Entah mengapa dan
bagaimana ianya berlaku , tapi aku merasa sesuatu yang lain . “Anis , kau kenapa nangis ?” tanya Diana . Aku
menggelengkan kepalaku . Semoga Uztazah Cepat sembuh L L
JJJJJ
Ketika itu hujan lebat
membasahi Telupid . Aku dan rakan-rakanku menggigil kesejukkan . Macamana nak
rehat kalau hujan lebat macam ni . KRING ! Bunyi loceng menandakan tibanya
waktu rehat . Ramai pelajar SMK Telupid yang berpusu-pusu keluar untuk ke
kantin , begitu juga dengan kelasku .
Ramai pelajar yang
beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan bagi santapan mereka di waktu
rehat ini . Kami juga terpaksa turut beratur untuk mendapatkan makanan .
Setelah berapa puluh minit kami beratur , baru kami memperoleh peluang untuk
membeli makanan . Baru sahaja rakan-rakanku hendak mengunyah makanan mereka ,
loceng sekolah berbunyi lagi menandakan waktu rehat telah pun tamat . Mereka
mengeluh panjang . Lalu , mereka pun membawa makanan mereka ke dalam kelas .
Waktu itu waktu
Matematik , namun Cikgu Matematik kami sewaktu Tingkatan 1 , iaitu Cikgu
Salinah belum masuk ke kelas meskipun 15 minit selepas masuk kelas telah
berlalu . Mereka pun mengambil keputusan untuk makan di dalam kelas . Aku
sedang menyusun atur meja dan kerusi ketika itu .
Baru saja mereka hendak
menyuap makanan ke dalam mulut mereka , Cikgu Salinah pun berada di daun pintu
kelas kami . Dia merenung tajam kepada sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul
dan ada makanan di tengah-tengah bulatan mereka . Lalu , dia pun turun semula
ke bawah tanpa berkata apa-apa . Muka Cikgu ketika itu agak menggerunkan . Dia
kelihatan seperti sedang menahan kemarahannya .
Tidak lama kemudian ,
Fatin naik ke kelas dengan mata yang merah . “Fatin , kenapa ko nangis ?” tanya
Dayang . Fatin berkata “Siapa yang makan tadi , Cikgu Salinah panggil ke bawah
. Dia mau bagi surat amaran .” ucapnya sambil teresak-esak menahan tangisannya
.
Rakan-rakanku saling
berpandangan . Aku terkejut mendengar tindakan yang dikenakan kepada mereka .
Sungguh berat tindakan yang mereka dikenakan . Mengapa Cikgu Salinah mengambil
tindakan yang berat sekali ? Padahal guru-guru sekadar menegeur mereka ataupun
memberikan peluang kepada mereka untuk menghabiskan makanan . Cikgu pun seharusnya
memahami keadaan mereka . Sudahlah mereka dikeluarkan agak lewat dari kelas ,
tambahan lagi cuaca ketika itu hujan . Takkanlah mereka hendak makan di
tengah-tegah hujan ? Mereka kelihatan agak takut . Setelah beberapa ketika ,
mereka pun turun ke bawah sambil berpegangan tangan kerana takut . Apakah
tindakan selanjutnya yang akan dilakukan ? Ya Tuhan , janganlah mereka
dikenakan hukuman yang berat .
Setelah hampir 30 minit
mereka berada di bilik guru , aku pun keluar dari kelas untuk melihat keadaan
yang sebetulnya . Ketika aku berdiri di birai pintu , aku terdengar bunyi
esakkan yang agak kuat . Aku memerhati sekeliling . Kelihatan semua
rakan-rakanku yang dipanggil ke bawah sedang menangis di tangga bawah bangunan
itu sambil berpelukkan antara satu sama lain . Aku sedih melihat keadaan mereka
, namun apakan daya .
JJJJJ
BAB
4 : UZTAZ ARABIC & CIKGU MELAKA
Pejam Celik pejam celik
, kini sudah hampir ke penghujung bulan Mac dan kelas kami masih tiada lagi
guru pengganti untuk mata pelajaran Matematik .
“Assalam Cikgu Waheda .
Saya nak tanya bagi pihak kelas , guru ganti siapa yang prepare ? Cikgu atau
pihak PPD ? Lagipun , sudah sebulan setengah kami tiada guru Matematik. Kami
ketinggalan jauh .” ucapku dalam pesanan ringkas yang aku hantarkan kepada
cikgu Waheda . Tidak lama kemudian , Cikgu Waheda membalas pesanan ringkasku
itu “ Pihak PPD yang sediakan . Adalah tu nanti guru ganti yang masuk.” Ucap
Cikgu Waheda .
“Oh , Okay . Cikgu ,
dorang tanya baby girl or baby boy ?” tanyaku kepadanya . “Baby girl .” balas
Cikgu Waheda . “Okay , Tq Cikgu dan Tahniah .” ucapku kepada Cikgu Waheda .
Kami sekelas agak risau kerana kami ketinggalan jauh di belakang dalam mata
pelajaran Matematik . Sudah banyak kali kami mengadu kepada guru kelas kami
namun masih belum lagi ada guru ganti .
JJJJJ
Aku berjalan keluar dari
bilik guru . Ketika itu hujan lebat sedang turun . Aku menoleh ke kiri ,
kelihatan Cikgu Jelson sedang bercerita dengan beberapa orang yang tidak aku
kenali . “Kamu dari mana ?”ucap Cikgu Jelson bertanyakan kepada pemuda dan
pemudi itu . “Saya Norihan dari Kelantan.” Ucap pemudi itu .
Sungguh comel suaranya .
Takkanlah ini adalah guru-guru baru di SMK Telupid ? Kalau begitu , syukurlah .
Semoga ada guru ganti untuk kelas kami , monologku sendiri . Aku pun mengatur
langkahku untuk nai ke kelas semula .
JJJJJ
“Semua murid berdiri .
Selamat petang , Cikgu.” Arahku kepada rakan sekelasku . “Selamat petang
cikgu.” Turut mereka . Ehh , siapakah gerangan pemudi ini ? Mengapa dia masuk
ke kelas kami ? Mengapa dia memegang buku Rekod pengajaran Cikgu Waheda ?
Siapakah Dia ? Adakah dia guru ganti sementara itu ?
“Selamat petang , boleh
duduk .” ucap pemudi itu . “Okay . Mesti
korang tertanya-tanya kan , siapa saya ?” tanya dia kepada kami . “Ya .”
jawab kami serentak . Pemudi itu menguntumkan senyuman manisnya . “Baiklah , saya adalah guru sementara yang
menggantikan Cikgu Waheda .So , nama saya Cikgu Noor Aziati berasal daripada
Melaka , boleh panggil saya Cikgu Aziati ataupun apa-apa gelaran yang kamu
selesa.” Terang Cikgu Aziati kepada kami .
“Wuuuu.” Kami menyakat
Cikgu Aziati . Dia Cuma tersenyum . Sepanjang waktu pembelajaran Matematik ,
kami mengadakan sesi perkenalan dengan Cikgu Aziati . Masing-masing memperkenalkan
diri .
******
Sedar tidak sedar ,
sudah seminggu lebih Cikgu Aziati mengajar kami . “Perhimpunan , perhimpunan !”
ucap pengawas yang bertugas memberikan arahan agar semua pelajar turun ke dewan
bagi menghadiri Majlis Perhimpunan . Aku mengeluh panjang . Perhimpunan lagi !
Aku bergegas masuk ke dewan besar dan mengambil posisi .
Aku memerhatikan setiap
guru yang naik ke atas pentas . Lihat punya lihat , ada seorang lelaki yang
naik ke pentas yang tidak aku kenali . Rakan-rakan sekelasku bertanyakan ke
arahku , siapakah gerangan lelaki yang berkaca mata itu ? Aku hanya menjawab
“Mungkin guru baru .” Mereka Cuma menganggukkan kepala . Tunggu punya tunggu ,
akhirnya tibalah giliran Penolong kanan petang iaitu , Puan Noor Sarini
Sulaiman berucap .
Seperti kebiasaannya ,
apabila ada guru baru yang masuk ke SMK Telupid pasti dia akan memperkenalkan
mereka dalam ucapannya . Pada kali ini , aku dan rakan-rakan sekelasku
memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika Puan Noor Sarini berucap . Seperti
yang dijangkakan , dia memperkenalkan guru-guru baru termasuklah Cikgu Aziati
dan Cikgu Norihan serta beberapa orang guru baru yang lain lagi .
Apabila tiba giliran
Puan Sarini memperkenalkan pemuda tersebut , seluruh dewan itu senyap . Puan
Sarini berkata , “Seterusnya , Uztaz Muhammad Razif Bin Ramli . Berkelulusan
Universiti Al-Azhar Arab Saudi dan kos yang dia ajar , Bahasa Arab .” Tepukan
gemuruh daripada pelajar SMK Telupid memenuhi ruang dewan itu . “Ehh , tak
habis lagi cakap . Uztaz Razif ni bujang kan Uztaz ?” celah Puan Sarini dalam
tepukan kami .
Aku melihat ke arah
Uztaz baru itu . Dia mengangukkan kepalanya . “Wuuuuuuuuuuuuu” bunyi teriakan
suara para pelajar sambil memberikan tepukan gemuruh sekali lagi . Aku ketawa
sendiri . Aku menoleh ke belakang dan kelihatan rakan-rakanku sedang menapak
tangan mereka antara satu sama lain . Aku terdengar suara dari kalangan
rakan-rakanku “Comelnya Uztaz razif . Bujang lagi , ada can ni ! Hahahahaha”
ucap suara itu sambil tergelak besar . rakan-rakanku yang lain juga gelak sama
. Mereka bergurau sesama sendiri . Aku sangkakan ianya gurauan semata-mata ,
ternyata salah seorang dari rakanku minat akan Uztaz Razif . Alhamdulillah ,
SMK Telupid kini menerima 6 orang guru baru di sesi petang .
JJJJJ
BAB
5 : RUMAH PEMANTAPAN
Baru sahaja aku dan
rakan-rakanku hendak fokus kepada peperiksaan yang ‘tiada format’ lagi , kami
dikejutkan lagi dengan berita tentang Peperiksaan Besar KKQ Seluruh
Malaysia . Aduh ! Kalau begini , pasti
kepalaku botak memikirkan tentang pelajaran . Di mana lagi hendak fikir tentang
peperiksaan besar kami yang belum ada format ? Exam KKQ lagi ? Hampir botak
dibuatnya .
Dalam pada itu , beban
kami itu dikurangkan dengan adanya Kem Pemantapan Kelas Kemahiran Quran (KKQ)
dan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang dilangsungkan selam 3 hari iaitu pada
hari Jumaat , Sabtu dan Ahad pada bulan April yang lepas . Nasib baik aku dan rakan-rakan
sekelasku yang beragama Islam terpilih semuanya .
Hari yang
ditunggu-tunggu iaitu pada hari Jumaat telah pun tiba . Pada hari ini , kami
ada sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan pada pukul 3 petang hingga 5
petang . Setelah mendaftar di tempat pendaftaran , kami diberikan fail yang
oenuh dengan nota-nota KKQ dan bahasa Arab .
Sewaktu sesi pembahagian
kumpulan , kami berasa sangat gementar dan takut terpisah anatara satu sama
lain . Satu kumpulan ada 13 orang . Alhamdulillah , ahli kumpulanku semua yang
amat aku kenali dan Fasilitator kami ialah Uztaz Razif ! Alhamdulillah !
KRINGG !! Loceng sekolah
berbunyi tepat pada pukul 5:45 petang menandakan tamatnya waktu sekolah untuk
hari ini . Setelah semua pelajar sesi petang pulang , kami para peserta Kem
Pemantapan KKQ dan BAK dibawakan ke kawasan penginapan dan bilik pelajar
perempuan terletak di dewan kuliah Pra-U .
Setibanya kami di bilik
penginapan , semua pelajar berebut-rebut mencari tempat tidur . Aku hanya
menunggu tempat kosong . Akhirnya aku mendapat tempat tidur juga iaitu di
sebelah sepupuku yang bernama Syakila Lamuddin . Kami diberi arahan untuk
menyegarkan diri dan kena berada di Surau sebelum solat Maghrib . Setelah
selesai menyediakan kelengkapan diri , kami pun berjalan bersama-sama ke surau
sekolah .
Kami menunaikan solat
Maghrib dan Solat Isya’ bersama-sama . Aktiviti pertama kami pada malam itu
ialah ‘Ice breaking’ . Pada sesi ‘ice breaking’ kami dikehendaki untuk membuat
tanda nama dan hendaklah digantung di leher . Aktiviti kami itu dilangsungkan
di dewan . Ketika aktiviti itu berlangsung , fasilitator kami iaitu Uztaz Razif
belum tiba lagi .
Sebagai seorang ketua
kumpulan , aku mengarahkan kumpulanku untuk duduk dalam bulatan memotong kad
manila yang diberikan oleh para Uztazah untuk dibahagikan kepada 13 bahagian
kerana setiap kumpulan mempunyai 13 orang ahli . Begitu juga dengan kumpulan
kami .
Kami pun menghias tanda
nama kami dengan berbagai-bagai corak . Ada yang menghiasnya dengan gambar
kartun , hiasan tumbuh-tumbuhan seperti rumpai , dan aku pula menghias tanda
namaku dengan latar daun yang gugur . Setelah lebih kurang setengah jam
aktiviti kami berlangsung , baru kelihatan fasilitator kami iaitu Uztaz Razif
di dewan . Dia datang ke arah kami lalu menolong kami menyiapkan tanda nama
seperti menulis nama kami dalam tulisan jawi pada kad manila itu .
Sedang seronok dan
cermat kami membuat tanda nama , tiba-tiba Uztaz Razif bersuara “Ehh , korang , buatlah bunga-bunga ke sikit
dekat tanda nama tu . Barulah Nampak macam pompuan .” ucap Uztaz Razif .
Rakan-rakanku yang lain menganggukkan kepala mereka tanda setuju . Aku tergelak
kecil .
Dan akhirnya tanda nama
kami pun siap tepat pada masanya . Apabila tiba masa untuk kami keluar dari
dewan dan menjamu selera sebelum tidur ataupun ‘supper’ , kami sekumpulan berjalan beriringan bersama Uztaz Razif
dan kumpulan yang berjalan di sebelah kumpulan kami ialah kumpulan Uztazah Ain
. Uztaz Razif pun berkata kepada Uztazah Ain “ Kak Ain , Kak Ain , tengok tanda
nama kumpulan saya , siap ada bunga-bunga lagi , comel dok ?” . Aku tergelak
apabila mendengar Uztaz Razif bertanyakan begitu kepada Uztazah Ain . “Ye la .”
ucap Uztazah Ain kepada Uztaz Razif secara ringkasnya . “Cemburu le tu.” Kata
Uztaz Razif perlahan . Aku gelak lagi .
**********************
Allahu Akbar Allahu
Akbar ! Uwarghhhh , dah Subuh ! Aku melihat sekeliling , kawan-kawan
sepenginapanku yang lain masih lagi tidur . Aku duduk termenung . Lebih baik
aku pergi bersiap untuk solat Subuh , ucapku sendiri . Aku pun mengeluarkan
alatan mandi seperti berus gigi dan sabun muka lalu membawanya turun ke tandas
.
Aku membasuh mukaku lalu
memberus gigiku . Aku berasa sedikit takut kerana ketika itu aku seorang sahaja
yang berada di dalam tandas . Namun , aku beranikan diriku juga . Tidak lama
kemudian , kedengaran bunyi derapan kaki dan suara seperti orang sedang
bercerita . Hatiku berdegup kencang . Benda yang hatiku katakana ketika itu
amat melucukan . “Tolonglah manusia , bukannya hantu.” Ucap suara kecil hatiku
. Entah bagaimana hati kecilku boleh terfikir akan hantu . Apabila aku
mengamati suara itu betul-betul , ianya seperti suara budak Tingkatan 2 .
Aku menoleh ke luar
tandas . Kelihatan 2 orang pelajar perempuan sedang menuju masuk ke tandas . Fuhh
, nasib baik manusia ucapku menghela nafas lega . Setelah itu berduyun-duyun
peserta perempuan datang ke tandas sambil membawa kelengkapan yang sama seperti
aku . Setelah selesai , aku pun naik semula ke bilik penginapan untuk menyimpan
semua alat kelengkapan yang aku bawa sekaligus mengambil telekung untuk
menunaikan solat Subuh berjemaah .
Akhirnya , kami pun
selesai menunaikan solat Subuh secara berjemaah . Sementara menunggu matahari
terbit , kami sempat mendengarkan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Uztaz
Razif . Apabila matahari telah menampakkan dirinya , kami diarahkan untuk
bersenam . Pada pagi itu , dalam aktiviti bersenam kami bermain bola beracun .
Sungguh seronok aku bermain permainan itu . Hampir pengsan juga dibuatnya
berlari ke sana ke mari .
Berliter-liter peluh
Berjaya dikeluarkan dari tubuh . Setelah selesai melakukan aktiviti senaman ,
kami bersarapan bersama-sama dan hanya diberikan masa selama sejam sahaja untuk
menguruskan diri . Setelah selesai menguruskan diri dan bersarapan , kami ada
program yang bertajuk “Mutiara Arabi dekat di hati” yang dikendalikan oleh
Uztaz Razif .
Dalam aktiviti ini ,
Uztaz Razif ada memainkan sebuah lagu Hindustan . Kami ingatkan dia hendak
suruh kami berjoget Hindi , rupa-rupanya llirik lagu itu ditukarkan dalam
bahasa Arab dan Lirik itu menceritakan tentang nama-nama makanan dan minuman di
dalam Bahsa Arab . Sungguh seronok
menyanyikan lagu Arab dalam melodi lagu Hindustan . Teknik yang digunakan oleh
Uztaz Razif amat berkesan . Sehingga ke hari ini , kami para peserta Bahas Arab
masih mengingati lagu itu . Para peserta lelaki yang nakal-nakal pula menari di
barisan hadapan . Tarian mereka membuatkan kami tergelak . Aktiviti ini kami
julung kalinya diadakan di Bilik Gerakan SMK Telupid .
Setelah selesai Aktiviti
Bahasa Arab , kami ada LDK iaitu Latihan Dalam Kumpulan 2 yang bertemakan
‘idola’ saya . Dalam aktiviti ini , kami dikehendaki untuk melukis gamabr
ataupun rupa idola kami dan menerangkan tentangnya di hadapan fasilitator kami
. Aduh , perkara macam ni lah yang buat aku fed
up . Melukis ? Aku tiada bakat dalam melukis ! Aku sendiri pun tergelak
melihat lukisan aku . Entah apa yang aku lukis ! Finally , aku lukis muka MR. Bean . Itu pun macam tangki rupanya
aku lakar . Sakit perutku tertawa melihat lukisanku . Sungguh tiada sentuhan
seni .
Sungguh banyak perkara
yang tidak dapat aku lupakan dalam Kem Pemantapan ini . Masih segar diingatanku
apabila aku , Dayang , Lily dan Safirah makan di belakang kerana terlalu lapar
. Kebetulan waktu itu pada waktu malam dan kami terasa amat lapar , tanpa
menghiraukan keadaan sekeliling kami bereempat makan di belakang . Tanpa
disedari , guru-guru yang duduk di belakang kami menyedari akan perbuatan kami
yang sedang makan . Mereka tersenyum melihat telatah kami yang lapar . Apatah
lagi ketika kami curi-curi tidur kerana terlalu penat.
Tidak juga dilupakan
apabila kami berentap sesama sendiri di dalam Explore Race Bahasa Arab demi
mendapatkan sebuah gelaran iaitu Sang Juara . Meskipun kami tidak mendapat
tempat pertama , kami berasa gembira kerana bukan Cuma aktiviti seperti Explore
Race yang dapat kami lakukan , namun , kami juga dapat menimba banyak
pengalaman dan ilmu di dalam kem pemantapan ini . Terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada para guru yang bertungkus lumus mengelolakan majlis
ini .
*************
“Baiklah , confirm eh yang korang bertiga wakil ke peringkat
Negeri Sabah ?” tanya Uztazah Farihah kepada Aku , Fatin dan Izzat . Kami
menganggukkan kepala tanda setuju . Tidak disangka-sangka kami bertiga dipilih
untuk mewakili Zon Sandakan ke peringkat Negeri Sabah .
Siapa yang tidak mahu
mewakili ke peringkat negeri ? Lebih-lebih lagi tempat yang kami bertanding itu
di sekolah atas bukit , SEMEKAR Ranau . Banyak kenangan manis yang tercipta
sewaktu pertandingan itu berlangsung slama 3 hari 2 malam .
Sungguh sejuk bagaikan
di Negara orang putih tempat kami ditempatkan itu . Berkabus tebal , boleh melihat
Gunung Kinabalu dengan jelasnya dan udaranya sungguh nyaman tidak kira di waktu
pagi , petang mahupun di malam hari . Sekolahnya juga besar sehinggakan kami
berlari menuruni lebih 100 anak tangga dari atas sekolah itu sehingga ke tangga
bawah yang menuju ke 7 buah gelanggang permainan . Terpegun aku melihat keindahan
alam di sana . Kalau berpeluang , aku ingin melanjutkan pelajaran ke sana J Ke sekolah Agama J
JJJJJ
BAB
7 : SAIDINA UMAR CONTROL
Setiap tahun di SMK Telupid , pasti Panitia Bahasa akan
mengadakan Minggu Akademik iaitu minggu yang penuh dengan permainan ataupun
Explore Race yang berkaitan dengan setiap mata pelajaran di sekolah . Pada
tahun ini , tahun 2014 , semua aktiviti di control oleh kelas 3 Saidina Umar
2014 .
Memang kami merancang
untuk ‘menyapu’ semua aktiviti demi menaikkan nama 3 Saidina Umar yang selama
ini dianggap remeh . Buktinya dalam Pertandingan berbalas pantun , Tempat
pertama dan Kedua disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar iaitu Kumpulan Bellson
dan Kumpulan Anis , dalam Pertandingan
Teknologi pula , Tempat pertama hingga kelima juga disandang oleh pelajar 3
Saidina Umar .
Selain itu , dalam
pertandingan Memasak , tempat pertama hingga ke tempat ketiga juga disandang
oleh kelas 3 Saidina Umar iaitu Kumpulan Joezelyn , Kumpulan Allia dan Kumpulan
Anis . Manakala dalam Pertandingan Melukis poster Sains dan Sejarah , tempat
pertama juga disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar . Pertandingan Syarahan
agama di tempat kedua juga disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar iaitu Anis dan
begitu juga dengan pertandingan PAFA yang dimenangi oleh Allia dan Syakila .
Secara Keseluruhannya ,
Kelas 3 Saidina Umar 2014 control semua
aktiviti yang dianjurkan . Dalam minggu Sukan Outdoor juga dikawal oleh 3 Saidina Umar . Buktinya perempuan 3
Saidina Umar mendapat tempat pertama dalam bertandingan Bola Baling dan Bola
Tampar .
Sehinggakan pada suatu
hari itu , tiada seorang pun duduk tinggal di kelas kerana masing-masing keluar
bertanding untuk menaikkan lagi nama 3 Saidina Umar . Namun demikian , dalam
kegembiraan kami melalui aktiviti-aktiviti itu , kami digemparkan dengan
tiadanya Cikgu Flora di SMK Telupid kerana menjalani pembedahan atas
penyakitnya . semoga dia cepat sembuh J
BAB
8 : SHAH RUKH KHAN DATANG !
Sebelum ini , SMK
Telupid digemparkan dengan keadaan Cikgu Flora , namun kali ini SMK Telupid
digemparkan dengan Shah Rukh Khan ! Seorang guru lelaki yang bernama Cikgu
Azmir Amirul yang berasal dari Kedah . Orang Utara !
Kedatangan dia ke SMK
Telupid membuatkan ramai pelajar sesi petang yang tergila-gilakan dia .
Orangnya tinggi lampai , matanya berwarna coklat terang , wajahnya ada iras
hero Hindustan , suaranya macho ! Pendek kata , Lelaki idaman Malaya !
Tiba sahaja dia di SMK
Telupid , rakan sekelasku bernama Dayang yang pertama sekali terlihat akan dia
. Huru hara jadinya apabila berdiri di
sebelahnya ketika Cikgu Amirul lalu . Pasti akan digoncangnya sesiapa yang
berada di sebelahnya . Sungguh galau pelajar perempuan SMK Telupid apabila
melihat Cikgu Amirul dari jarak dekat apatah lagi melihat terus ke dalam
matanya . Tak pasal-pasal mereka berubah seperti “pepejal menjadi cecair” , melting gitu .
Di kelas 3 Saidina Umar
, terdapat beberapa pelajar yang minat akan Cikgu Amirul iaitu Dayang , Fatin ,
Alaina dan Fadhilah . Masing-masing mempunyai kerenah yang berbeza apabila
melihat atau terlihat Cikgu Amirul .
Warning ! Sekiranya anada berada di sebelah mereka berempat ketika
Cikgu Amirul lalu , anda kena persiapkan diri anda tidak kira dari segi fizikal
ataupun mental . Pastikan akan menjadi sedikit huru hara .
Apabila berada di
sebelah Dayang , kena pastikan kaki sentiasa stabil kerana apabila dia
ternampak Cikgu Amirul pasti dia akan menggoncang orang yang berada di
sebelahnya sekuat mungkin . Ish ish ish -_-
Alaina . Apabila anda
berada di sebelahnya , kena pastikan tangan anda kalis pukulan . Tidak sah
kalau dia tidak memukul tangan anda apabila ternampak Cikgu Amirul . Dia juga
pasti akan menuruti Cikgu Amirul dari belakang ke mana saja dia pergi sehingga
ke tempat yang tidak sepatutnya dia turuti baru dia berhenti .
Fatin . Sekiranya anda
sedang berjalan bersama dia ataupun tengah duduk diam-diam , anda kenalah
bersiap sedia untuk berhenti secara mengejut dan bersiap sedia untuk digoncangkan
. Kadang-kadang , Fatin berputar sehingga 360 darjah untuk melihat Cikgu Amirul
sehingga hilang dari pandangannya . -_-
Fadhilah . Sama seperti
alaina Cuma dia akan mencubit bukan memukul . Kadang-kadang Norhayati yang
menjadi mangsa kepada cubitan dan pukulan Alaina apabila ternampak Cikgu Amirul
. Mereka juga sering bertekak dengan Dayang .
Telatah mereka berempat
mampu membuatkan kami tertawa . Bukan dorang sahaja yang minat akan Cikgu
Amirul . Ramai lagi pelajar perempuan yang minat akan dia . Sungguh pelik di
zaman millennia ini , murid meminati guru ? Ish ish ish , hanya mampu
menggelengkan kepalaku saja .
Pelajar mana yang tidak
terhenti apabila melihat akan ketampanan Cikgu Amirul . Ketampanannya mampu
membuat orang yang marah menjadi tenang , ketampanannya mampu membuatkan
pelajar perempuan terigau-igau . Tapi , bukan saya .
JJJJJ
Apabila para pelajar 3
Saidina Umar ternampak akan Ciikgu Amirul , pasti ada di antara mereka berempat
dipanggil untuk menunjukkan Ckgu Amiruul kepada mereka . Sungguh mencuit hai
apabila melihat telatah mereka .
Alaina dan Fadhilah .
Kedua-dua mereka ini malas dan jarang ke bilik guru kecualii ada hal-hal
penting , namun , semenjak datangnya Cikgu Amirul ke SMK Telupid , mereka
berdua menjadi rajin , sehingga sanggup mengikutiku ke bilik guru untuk
melaksanakan tugas dan sanggup menolongku mengangkat barang-barang guru untuk
dibawa ke kelas semata-mata hanya ingin melihat Cikgu Amirul setiap hari .
Ain . Dia pula minat
akan dua orang guru yang berbeza iaitu Uztaz Razif dan Cikgu Randy . Tiap kali
terlihat akan mereka , dia pasti akan menepuk tangannya lalu ketawa dengan
kuatnya . Kadang-kadang Cikgu Randy ada juga perasan apabila Ain melihatnya .
Ain terkejut apabila Cikgu Randy melihatnya , lalu dia tertunduk malu .
Pernah ada satu hari tu
ketika kami sekelas turun dari kelas hendak pulang , kelihatan Cikgu Randy
berada di tingkat 2 dan ketika itu Ain berdiri di sebelahku . Apabila kami
berdua lalu di sebelah Cikgu Randy , dia memanggil nama Ain , “Ain.” Katanya .
Aku tersenyum . Ain menahan gelaknya dan menguntumkan senyuman kepada Cikgu
Randy .
“Oh My God Ain ! Cikgu
Randy panggil namamu.” Ucapku kepada Ain . “Hehaiiiiiii !” teriak kecil Ain
lalu menepuk tangannya . Kami semua tergelak besar melihat telatah Ain yang
mencuit hati itu . Hahaha JJ
JJJJJ
BAB
9 : TIADA LAGI
“Cikgu bila kami dapat
format PT3 ?” ucapku bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah kami iaitu
Cikgu Eva . Rakan-rakan sekelasku mengiyakan pertanyaanku .
“Buat masa sekarang ni ,
format kamu untuk Sejarah ialah kamu buat kajian kes .” jawab Cikgu Eva . “Apa
?” ucap kami sekelas terkejut . Peajar mana yang tidak terkejut apabila format
bertukar sepenuhnya , 100% . Masing-masing menggaru kepala tanda kebingungan .
“Cikgu , macamana tu
kajian kes ?” tanya Sarmina kepada Cikgu Eva . “Okay , kajian kes ni , kamu
buat kajian berdasarkan soalan yang diberi . So , soalan kamu untuk tahun ni
tentang perpaduan kaum . Kali ni , kamu mesti buat betul-betul .” kata Cikgu
Eva menjawab pertanyaan Sarmina . “Susah ka Cikgu ?” tanya Bellson pula .
“ Dia punya format macam
university style . Kira susah juga la . So , start hari ni , kamu ‘puasa’ la
dulu tu Facebook , WeChat , Line ,
Whatsapp , Twitter semua tu . Balik rumah cari semua yang berkaitan dengan
perpaduan kaum , okay ? Next week , bawa semua bahan ke sekolah , kita buat
berabis . Jangan kamu stress sangat . Relax .” jawab Cikgu Eva sambil tersenyum
kepada kami . Hampir seluruh rakan sekelasku mengeluh panjang .
JJJJJ
“Cikgu macamana mau buat
?” ucap Sarmina . “Cikgu , apa yang mau dibuat ?” tanya Bellson . “Cikgu , saya
tida tau mau buat apa ?” kata Shandra . “Anis macamana mau buat ?”tanya Evelyn
kepadaku . Aku menggelengkan kepalaku . Cikgu Eva kelihatan sedikit bingung
mendengar persoalan dari pelajar 3 Saidina Umar ,
“Okay ! Senyap !
Sekarang ni , kamu tengok di kertas soalan . Kamu buat dulu proses awal , and
then langkah yang lain …. “ dan Cikgu Eva menyambung taklimatnya . Setelah
beberapa minit Cikgu Eva member taklimat , barulah kami faham dan menghela
nafas panjang .
Namun , masih ada juga
yang terkial-kial , kerana terlihat akan keadaan itu , Cikgu Eva pun membimbing
satu er satu yang tidak terdaya hendak melakukan tugasan itu . Namun demikan ,
masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi .
JJJJJ
“Mana yang lain ? Kenapa
tinggal 6 orang je dalam kelas ni ? Mana perginya 26 orang lagi?” tanya Cikgu
Waheda sebaik sahaja dia memasuki kelas kami . Kami semua diam . “Dorang p
bawah Cikgu .” ucap Elly . “Dorang buat pe kat bawah ?” tanya Cikgu Waheda .
“Dorang siapkan PT3 Sejarah .” jawabku .
JJJJJ
KRING ! Loceng sekolah
pun berbunyi . “tolong saya angkat beg dorang ke bawah . Nak kena dorang ni !
Kalau dibiarkan makin menjadi-jadilah jawabnya .” ucap Cikgu Waheda mengarahkan
kami mengangkat beg mereka . Kami hanya menuruti arahan daripada Cikgu Waheda .
Apabila kami masuk ke
dalam bilik guru , kelihatan bilik guru itu dipenuhi dengan pelajar 3 Saidina
Umar . Aku berjalan ke meja Uztazah Ain untuk menghantar buku kedatangan guru .
“Tu lah , orang dah suruh naik , tak nak naik , kan tak pasal-pasal kena surat
amaran .” ucap Uztazah Ain . Aku hanya mendiamkan diri .
Seandainya format PT3
kami ini tiba sebulan awal atau 2 minggu awal , pasti perkara ini tidak akan
terjadi . Format PT3 ini pula dikeluarkan 5 hari sebelum tarikh perlaksanaan .
Mana tidak gila dibuatnya pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang terbingung
keseluruhannya dengan format yang seratu peratus diubah . Namun apakan daya ,
perkara ini sudah tertulis sejak azali lagi .
JJJJJ
BAB
10 : PT3 MENYERANG !
“Cikgu , macamana ni ?
Takkanlah format baru kami ni macam ni ?” tanya Shandra kepada guru Bahasa
Melayu kami . “Memang macam ni . Tiada objektif , semua subjektif . Kami pun
terkejut bila dapat formatnya .” ucap Cikgu Nusrin . Shandra menepuk dahinya .
“Macam senang pula
format baru ni kan Qilah ?” tanya Elly kepadaku . “Ya , senang lagi . Walaupun
semuanya subjektif , hope dapat score kan ?” jawabku lalu bertanya kepada Elly
. Elly menganggukkan kepalanya lalu tersenyum ke arahku .
“Adoiiiiii ! Kenapa ?
Kenapa begini ?!” ucap Dayang sambil menepuk Model sampel ini di mukanya .
Cikgu Nusrin tergelak di depan . Tatkala melihat telatah Dayang , Evan tergelak
besar . Kami juga turut tergelak apabila mendengar Evan tergelak . Gelaknya
sungguh comel dan lucu sehingga membuatkan kami semua tergelak sama termasuk
Cikgu Nusrin .
“ Cikgu !” jerit Alaina
dari belakang . “Ya , kenapa Alaina ?” jawab Cikgu Nusrin dari hadapan kelas .
“Binatang apakah ini ? Sunngguh no bulat-bulat ! Maigaddd !” ucap Alaina sambil
memegang kepalanya . Kami tertawa lagi . Cikgu Nusrin juga sama .
“Ini semua poyo !” ucap
Fatin sambil memegang Model sampel itu . Kami tergelak lagi ! Banyak kerenah
dan teletah yang ditunjukkan oleh pelajar 3 Saidina Umar .
JJJJJ
“Okay class . Format for
English Language ada sudah.” Ucap Miss Lenny sebaik sahaja dia duduk di kerusi
guru . “Alaaaa.” Ucap kami serentak . Miss Lenny menunjukkan reaksi terkejut .
“Ya , it’s a bit hard right ?” tanya Miss Lenny . “Ya .” ucap kami serentak .
Aku menoleh ke belakang
. Kelihatan beberapa orang rakan sekelasku sedang menggaru-garu kepala . Miss
Lenny mengarahkan Sidney untuk mengagihkan kertas kepada kami semua .
“So , tengok-tengok la
dulu paper tu . And that is your new format .” ucapnya sambil tersenyum kea rah
kami . “Aduiyaii ! Binatang apa lagi ni ?” ucap Dayang kebingungan . Jean
tergelak besar apabila mendengar Dayang berkata begitu .
“Semua subjektif .
Matilah . Noooooooooooo !” ucap Alaina di belakang . Kami tertawa lagi . Miss
Lenny hanya tersenyum melihat gelagat kami yang kebingungan dan tidak selesa
itu . “So , start from next week , kita drill habis-habisan . Don’t forget to
bring you Trial paper k ?” ucap Miss . Kami hanya menganggukkan kepala .
JJJJJ
“Format untuk kertas
Matematik pulak , semua subjektif , tiada objektif .” kata Cikgu Waheda .
“Adoiiiiiii !” ucap kami semua tanda mengeluh kepenatan kerana asyik mendengar
tentang format baru saja . “Tapi ..” ucap Cikgu Waheda . Kami memberikan
perhatian kembali .
“Kamu dibenarkan
menggunakan kalkulator saintifik .” ucap Cikgu Waheda . “Yeayyyy !” jerit kami
kegembiraan . Cikgu Waheda juga turut tersenyum melihat kegembiraan kami
apabila mendapat tahu bahawa beban kami kurang sedikit .
JJJJJ
“Kali ni , kamu mesti
bekerja keras ! Sebab format kamu untuk KHB ni lain daripada yang lain tau .
Kamu ada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B .” Ucap Ciku Raine kepada kami .
Kami hanya menganggukkan kepala kami .
Rasanya bagai hendak tercabut sahaja kepala
ini apabila mendengarkan hampir semua subjek kami bertukar format sehinggakan
pernah kami menjadi tajuk besar di Harian Metro , “Pelajar Tingkatan 3 2014
menjadi tikus makmal .” Tajuk ini keluar apabila kami menjadi bahan ujikaji .
Dari PBS bertukar ke PPPM . Dari Pmr bertukar ke PBSMR lalu bertukar ke PT3 .
JJJJJ
Hari yang
ditunggu-tunggu telah pun tiba . 13 Oktober 2014 , bermulanya Pentaksiran
Tingkatan 3 Bertulis untuk semua pelajar Tingkatan 3 . Ketika kami masuk ke
dalam kawasan sekolah , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Telupid iaitu Puan
Rose Michael mengucapkan Good Luck kepada kami sambil bersalam-salaman bersama
kami dan pelajar lain .
Namun demikian , kami
bukan duduk sekelas , kami terpisah dari kelas dan 8 orang dari kelas 3 Saidina
Umar terpaksa bergabung dengan kelas 3 Dahlia . Walau apapun , semua kertas
berjaya dijawab degan jayanya . Pada 15 Oktober , tepat pukul 9:45 pagi ,
rakan-rakan sekelasku yang bukan beragama Muslim berteriak kecil akan
perkataaan “MERDEKA !”
Nampaknya , mereka sudah
terlepas daripada bebanan . Namun , kami pelajar Muslim belum habis lagi kerana
masih ada kertas Pendidikan Agama Islam di waktu petang lagi .
JJJJJ
“Pelajar Muslim ,
bolehlah masuk ke dalam dewan.” Ucap Cikgu Nusrin memberi arahan . Maka , kami
pun meletakkan buku dan beg kami di tepi dewan dan mengatur langkah untuk masuk
ke dalam dewan . Sebelum kami melangkah kaki ke dalam dewn , kami berkumpul
bersama-sama dengan guru mata pelajaran kami di hadapan pintu dewan .
“Bila masuk dewan ,
korang jangan gementar . Baca doa dulu .” ucap Uztazah Ain memberikan tips .
Setelah selesai berdoa bersama Uztazah Ain , kami pun perlahan-lahan mengatur
langkah ke dalam dewan . posisiku adalah di antara Fatin dan Syakila . Syakila
duduk di hadapanku , manakala Fatin pula duduk di belakangku .
Aku menoleh ke belakang
lalu terlihat kelibat Cikgu Amirul memasuki ruang dewan sekolah . Aku memanggil
Fatin , “Fatin , Cikgu Amirul di belakang .” ucapku . Dengan segeranya Fatin
menoleh ke belakang . Cikgu Amirul berjalan ke hadapan .
Aku memerhatikan gelagat
Fatin , Alaina , Fadhilah dan Dayang . Mata Fatin , Dayang , Fadhilah dan
Alaina tidak lekang melihat Cikgu Amirul yang berjaln dengan segaknya . Seperti yang ku jangkakan , Fatin pasti akan
berputar 360 darjah . Aku tersenyum sendiri melihat gelagatnya .
Setelah itu , aku
kembali berpusing menghadap ke hadapan sebaik sahaja mendengar suara Cukgu
Nusrin yang ingin memberikan taklimat ringkas sebelum sesi menjawab soalan
bermula . Setelah beberapa minit dia berkata member taklimat , akhirnya kami
pun dibenarkan untuk mula menjawab soalan .
Satu per satu aku buka
soalan itu . Sungguh senang semuanya . Jawab punya jawab , akhirnya masa telah
pun tamat . Rakan-rakan Muslim ku yang lain juga turut melakukan perkara yang
sama , iaitu melaungkan perkataan “MERDEKA!” setelah keluar dari dewan .
Aku tidak mampu
mengucapkan perkataan itu kerana esok aku masih ada kertas Bahasa Arab . Aku
menepuk dahiku . Bahasa Arab lagi ! Fighting ! Aku mesti berusaha demi Uztazah
!
JJJJJ
Aku menoleh ke kiri .
Kelihatan Uztazah Ain sedang melambaikan tangan ke arahku . “Jom , Lily , Sar ,
Uztazah panggil.” Ucapku mempelawa mereka untuk turut bersama . Mereka berdua
menganggukkan kepala tanda setuju .
Kami pun berjalan menuju
ke arah Uztazah dan seterusnya ke KTBM . Di sana Uztazah memberi banyak tips
menjawab soalan dan refresh balik benda yang telah kami pelajari . Sehinggakan
, kedudukan Uztazah berubah , dari duduk di atas kerusi sehingga turut kami
duduk di lantai .
Kami begitu risau pada
bahagian karangan . Sehinggakan aku berdoa di KTBM “Ya Allah Ya Tuhanku ,
bantulah aku , keluarkanlah soalan Kepentingan Bahasa Arab dalam bahagian
karangan nanti . Amin.” Ucapku . Rakan-rakan seperjuanganku dalam Bahasa Arab
juga turut mengaminkan doaku .
Tidak lama selepas kami
berdoa , Cikgu Nusrin lalu sambil berkata “Okay , boleh masuk ke dewan sudah.”
. Ketika itu , keadaan kami menjadi huru hara kerana agak gementar . Apa soalan
yang akan timbul ? Tolonglah ! “Semoga Berjaya !” ucap Uztazah kepada kami
sambil tersenyum .
Kami memasuki dewan dengan keadaan yang
menggigil-gigil . Sedangkan kerusi pun aku tidak tertarik kerana terlalu
menggigil . Guru-guru yang mengawasi kami tersenyum dan tertawa melihat telatah
kami calon Bahasa Arab yang menggeletar sungguh . Jantungku bagaikan
berlari-lari di dalam tubuhku . Tidak terkira dan tidak terbayang perasaanku
ketika itu . Dalam 4 hari kami menjawab soalan , inilah kali pertama aku
menggigil seperti orang yang tinggal di kawasan bersalji .
Seperti kebiasaannya ,
kami akan diberi taklimat . Setelah selesai , cikgu pun berkata “Boleh mula
menjawab sekarang.” Aku terus membuka di bahagian Karangan Bahasa Arab , aku
memerhatikan soalannya dan .. Ahamiyyah
al-lughotul Arobiyyah , ujarku membaca tulisan yang bertulis dalam Bahasa
Arab itu .
Kepentingan Bahasa Arab
! Ya Allah , doaku di awal pagi termakbul ! Alhamdulillah ya Allah J Aku memerhatikan soalan-soalan yang
lain . “Eh , semuanya yang pernah kami pelajari.” Monologku . Ianya menjadi
senang padaku kerana baru sahaja pagi tadi kami refresh semula semuanya . Aku tersenyum lebar , sehinggakan Cikgu
Nusrin datang kepadaku , “Anis , kamu kenapa tersenyum dari tadi ?” tanyanya
kepadaku . Aku menggelengkan kepalaku sambil tersenyum lalu berkata , “Tiada
apa-apa cikgu.”
JJJJJJ
“Macamana soalan tadi ?”
tanya Uztazah Ain kepada kami . “Senang
, Uztazah.” Ucap kami berenam serentak . Uztazah Ain tersenyum melihat senyuman
yang terukir di wajah kami . “Okay , korang amik hadiah ni untuk korang berlima
yang birthday bulan 5 , 6 dan 7 .” ucap Uztazah Ain kepada Fatin , Lily ,
Sarmina , Izzat dan Fadhilah .
Aku mengalihkan
pandanganku ke tempat lain tatkala mereka berlima memilih hadiah daripada
Uztazah Ain . Entah mengapa hatiku rasa sebak . Biarlah , benda itu. Orang yang
rapat dengan aku saja yang tahu apa kisahku dengan ‘birthday’ . Apa-apa pun ,
hari ini , pada 16 Oktober 2014 , AKU MERDEKA !!! MERDEKAAAAAAAA !! Jeritku
dalam hati .
JJJJJ
BAB
11 : PENYENGAT TANGISAN
17 Oktober 2014 . Hari
yang pernah tidak dijangkakan L
Hari yang penuh dengan gelak tawa dan tangisan . “Jom pergi tempat Uztazah
bincang pasal jamuan .” ucap rakan sekelasku memberi cadangan untuk ke bilik
guru . Ketika itu sesi pembelajaran Bahasa Melayu dan cikgu member kami
kebebasan untuk kami keluar .
Setelah mendapat
kebenaran , Aku , Alaina , Dayang , Ain , Safirah , Sarmina dan Lily pun turun
ke bawah untuk berbincang dengan Uztazah Ain mengenai Jamuan Perpisahan
Tingkatan 3 . “Uztazah!” ucap kami sebaik sahaja terlihat kelibat Uztazah Ain
duduk di mejanya .
“Ada apa ramai-ramai kat
sini ni ?” ucap Uztazah Ain sebaik sahaja terlihat kami bertujuh . “Mau bincang
pasal jamuan” ucap salah seorang rakanku , Uztazah Ain senyap seketika .
“Saya tak dapat datang
jamuan awak .” Ucap Uztazah Ain dengan nada yang sayu . “Hah , Kenapa ?” tanya
Ain , Sariman , Dayang dan Alaina . Aku dan Safirah tidak berkata apa-apa keran
akmi berdua sudah tahu jawapannya .
“Saya ada urusan lain .
Ni ha ,” Jawab Uztazah Ain sambil menunjukkan surat yang dipegangnya itu kepada
kami . Mereka meneliti surat itu . “Uztazah
, jangan la pigi ba , hari terakhir kita jumpa bah tu .” kata Ain . “ Tak
boleh , saya kena pergi jugak .” kata Uztazah Ain . “ Minta ganti la dengan
orang lain .” kata Lily . “Nak mintak ganti dengan sapa ?” tanya Uztazah .
“Dengan Uztaz la.” Jawab Ain .
Kepalaku terasa sedikit
pening apabila asyik menoleh ke kiri dan ke kanan melihat Uztazah dan rakanku
yang sedang bercakap . “Uztaz apa ?” jawab Uztazah Ain . “Uztaz Sharipuddin ka
? Dia kan tiada mengajar di Tingkatan 3
. Uztazah kan guru kelas kami , takkanlah kami tidak jumpa uztazah untuk hari terakhir
?” jawab Ain . “Ya , hari terakhir bah tu .” kata kami mengiyakan jawapan Ain
. “Saya tak boleh . Saya tak boleh ..’
jawab Uztazah Ain , suaranya semakin sayu dan dia tunduk ke bawah . “Saya tak
boleh.” Sambung Uztazah lagi , kini suaranya semakin sayu dan ada bunyi-bunyi
tangisan .
Ketika itu , aku sedang
bercerita dengan Uztazah Farihah . Apabila aku menoleh ke kiri , aku melihat
Lily menitiskan air mata . Aku melihat pula kea rah Safirah dan Sarmina ,
kelopak mata mereka juga bergenang dengan air mata , Aku melihat kea rah Dayang
, dia sedang memeluk Ain yang matanya sedang merah menitiskan air mata .
Disebabkan aku terlalu
pendek dan hanya berketinggian 152cm , aku menjengketkan kakiku untuk melihat
ke arah Uztazah Ain . Dia juga turut menitiskan air mata . Aku menoleh ke kanan
ku , Alaina juga turut menittiskan air mata . Dengan automatiknya , hatiku
sebak , air mata memenuhi birai mataku namun aku menahan air mataku daripada
gugur . Aku menahan nafasku agar air mataku tidak gugur .
“korang pergilah .” ucap
Uztazah Ain sambil menitiskan air mata . Perlahan-lahan aku melangkah keluar
dari meja Uztazah Ain , begitu juga dengan mereka . Aku berpaling ke belakang
mencari Lily , deras mengalir air matanya . Aku tidak dapat menahan , sesekali
aku mengesat air mataku yang jatuh mengalir . Entah mengapa , tapi aku tidak
mahu orang melihat aku menangis .
Mungkin hatiku sudah
menjadi keras , kerana itulah aku tidak mahu menangis dan menahan tangisanku . Tiap
kali aku hendak menangis , pasti akan aku tahan tangisanku . Begitu juga dengan
kali ini , aku menahan tangisanku . Uztazah
tak dapat datang pun sebab buat benda baik monologkku menyedapkan hatiku
agar aku tidak menangis .
Kami pun keluar dari
bilik guru . Rakan-rakanku duduk di bangku di luar bilik guru menyambung
tangisan mereka . Aku mengalhkan pandanganku ke jalan raya . Aku terlihat
sebuah kereta putih terbalik . bagitu juga dengan Alaina . “Itu kereta
terbalik.” Ucap Alaina yang sedang menangis sambil tertawa . Aku juga turut
tersenyum .
Setelah beberapa ketika
kami berada di luar bilik guru , kami pun mengambil keputusan untuk naik ke
kelas . Masuk sahaja kami ke kelas , Elvylisa memanggilku lalu menyerahkan
nota-nota khas yang aku suruh mereka buat untuk Uztazah Ain sebagai kenangan
akhir . Aku pun mengambil nota itu dari dia .
Seperti kebiasaannya ,
orang lain mengabdikan kenangan di dalam gambar . Tapi pada kali ini , aku
mendapat idea untuk menulis sebuah novel yang di dalamnya berkenaan kelas 3
Saidina Umar dan kami menulis nota-nota kecil yang berisikan ucapan kami kepada
Uztazah Ain . Cukuplah hari ini sahaja kami melihat Uztazah Ain menangis .
Selama 3 tahun aku bekerja di bawahnya , tidak pernah aku melihat Uztazah Ain
menangis .
JJJJJ
“Anis , Cikgu Waheda
masuk kelas ?” tanya Azrizal . Aku menggelengkan kepalaku menandakan tidak .
Mereka menganggukkan kepala tanda faham . Semasa ketiadaan Cikgu Waheda ,
banyak kejadian-kejadian yang lucu terjadi .
“Elly , bagi saya Elly
!” Jerit Jean dari hujung beranda . “Corane ! Ambil Corane !” Jerit Elly kepada
Jean . “Halang si Elly , halang dia !” jerit Dayang . Aku , Fatin dan Azera
menoleh . “Astaga , apa kamu main ni ?”
ucap Azera .
Aku melihat Elly berlari
terhinjut-hinjut . Apahal dengan Elly ni ? Aku melihat ke arah tapak kakinya .
Ya Tuhan ! Rupanya mereka bermain bola sepak dengan menggunakan penutup botol .
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa!”
kedengaran bunyi jeritan dari kelas sebelah . Fatin berlari ke arah kami , lalu
dia berkata “Si Veron pakai Pinafore !” kami semua berlari ke kelas sebelah ,
aku melihat sekeliling . Aku terlihat Veron sedang duduk bersembunyi . Aku
tergelak besar . Astaghfirullah ketawaku
pecah kali ini .
Aku tergelak sampai
terduduk di lantai kelas . Fatin juga sama , dia tergelak sambil menunjukku , “
Hahaha , c Qilah ketawa punya main kuat .” ucapnya kepadaku . Sejujurnya , aku
tidak dapat menahan ketawaku , sebab itu ketawaku memecah suasana .
“Sudahlah . Jangan
terlampau ketawa . Nanti menangis lagi .” ucap Dayang menasihati kami untuk tidak
tertawa lagi . Masing-masing cuba untuk mengawal ketawa . Dayang , Ain ,
Safirah , Sarmina , dan Corane bermain di pintu kelas .
Tidak lama kemudian ,
Sarmina diam dari permainan itu . Aku memerhatikan gerak gerinya . Dia
mengambil polisterine hijau yang diletak di daun tingkap . Dia mengambil
polisterine itu lalu menghempuknya di kepala Dayang .
“Sarmina !!” jerit
Dayang sambil mengejar Sarmina . Safirah , Ain dan Lily juga bermain perkara
yang sama . Aku hanya tertawa mellihat gelagat mereka . KRING ! Loceng berbunyi
menandakan sudah tamat waktu sekolah . Kami pun menuruni anak tangga
bersama-sama . Sedang seronok aku berjalan , PRAK ! Kepalaku dihempuk dengan polisterine
. Aku berpusing ke belakang . Kelihatan Sarmina sedang tertawa . “Saaaar .”
ucapku . Dia tertawa . tak pasal-pasal aku pun kena hempuk . Ish ish ish .. -_-
JJJJJ
“Dayang pukul Dayang
pukul !” ucap Lily . “Lily , lari ! Jangan di sana !” Lily melarikan diri dari
sana . Kelihatan Fatin dan Safirah berada di luar kelas . Ain pula sedang
berlari mengelilingi kelas manakala Sarmina dan Elly berada di hadapan kelas .
Aku sedang menikmati Kek Coklatku dan kek Cheese ku di meja Dayang .
PRANG ! PANG ! PANG !
Riuh kelas jadinya . Aku ketawa sampai terpukul meja . Lawak sungguh melihat
gelagat mereka . Hampir tertelan sudu kepunyaan Dayang dibuatnya .
“Elly , di sebelahmu !
Tunduk !” ucap Dayang memberi arahan . Elly pun tunduk dengan segeranya . PANG
! Pukulan yang kuat mengena tepat pada sasarannya . Lalu jatuh buku Dayang di lantai
kelas . Setelah lebih 5 minit mereka bergelut dengan keadaan itu , akhirnya
Dayang dengan ketinggian 167cm menjadi heroin bagi kami pada hari ini . “Mana
penyangat tu Qilah ?” tanya Dayang kepadaku . Aku berkata “Sudah lari.” Sungguh
lucu melihat mereka berlari bagai nak berperang apabila melihat penyangat yang
terbang di sekeliling mereka . Mereka sedang bergelut , aku pula seronok makan
. Tak patut Anis , tak patut !
JJJJJ
BAB
12 : TIADA LAGI !
Hari ini merupakan hari
terakhir kami bersama Uztazah Ain dan hari terakhir juga sekelas bersama . 2012
hingga 2014 , 3 tahun yang agak singkat bagiku . Rasanya macam baru semalam aku
di Tingkatan 1 .
Tahun depan belum tahu
lagi jika kami sekelas . Banyak kenangan yang tercipta bersama sepanjangan 3
tahun berlalu . Kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan .
Tahun depan , tiada lagi
Uztazah Ain . Pasti kami akan merindui gelagatnya yang saiko dan comel itu ,
pasti tiada lagi juadah dari Kelantan tiap kali hari raya , Pasti tiada lagi
hadiah hari jadi untuk mereka semua kecuali aku dan Elly . Mengapa tiada untuk
kami ? Kerana birthday Elly ketika cuti sekolah iaitu 30.11 dan begitu juga
dengan aku 31.12 .
Pasti aku akan merindui
suasana kelas seperti kelas kami . Kami semua sudah menjadi seperti
adik-beradik . Seandainya seorang ada masalah , pasti yang lain akan berusaha
membantu .
Seperti pada hari itu ,
Elly hendak menyimpan duit belanjanya , lalu dia pun menagih 10 sen daripada
setiap seorang . Mereka semua menghulurkan 10 sen kepada Elly , dan ada juga
yang menghulurkan lebih .
Satu hal membuatkan kami
tidak kering gusi apabila tiba waktu rehat , tiap kali Ain dan Dayang serta
rakan-rakan lain ke kantin , mereka pasti akan memanggil nama satu sama lain
dengan berteriak . Sungguh akan aku rindui saat-saat manis bersama mereka .
Kami adalah keluarga ! 32 orang adik beradik dan seorang ‘kakak’ iaitu Uztazah
Ain .
JJWe
Love You Until Jannah UztazahJJ
Hasil
Karya :
Anis
Arina Aqilah Binti Roslee