Setelah hampir setahun Sam Nuhair 'senyap' dalam Industri Muzik Malaysia dengan meninggalkan lagu "Pertama Kali" , hasil karya beliau ketika berada dalam pusingan akhir AF 2014 , akhirnya Single terbaru beliau yang berjudul "Kau Menjauh" berjaya dikeluarkan dengan kerjasama JoePrcInternational Management .
Single "Kau Menjauh" ini juga merupakan hasil tulisan Sam Nuhair yg telah disiapkan melalui pengalaman beliau sendiri . Lebih mengejutkan , Sam Nuhair telah mencipta lagu ini pada Tahun 2010 ketika beliau berusia 17 tahun .
Pasti ada yang tertanya-tanya , bagaimana Sam Nuhair mampu menulis sebuah lagu yang begitu mendalam dan melibatkan kisah percintaan yang kompleks di dalam lagu ini seawal usianya 17 tahun ?
Menurut Sam Nuhair , penghasilan lagu Kau Menjauh ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri . Beliau turut menyatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk melakarkan perasaan yang dipendamnya selama ini dalam sebuah penulisan abstrak yang akhirnya menjadi sebuah lagu .
Tambahan pula beliau turut menegaskan bahawa beliau bukanlah seorang pelajar yang bercinta sewaktu dalam zaman persekolahannya kerana Nuhair bukanlah pelajar yang menjadi tumpuan dan kegilaaan pelajar lelaki atas sebab keterampilannya . Niatnya , lagu ini dihasilkan atas persona luahan individu yang mempunyai perasaan tetapi dipermainkan .
Siapa sangka , gadis yang dulunya dikategorikan sebagai "budak nerd" , kini menjadi pilihan JoePrcInternational untuk berkolaborasi dalam karier nyanyiannya .
"Selepas saya mengalami kesusahan yang amat teruk untuk menaikkan lagu saya , JoePrc adalah management baru saya yang akan membantu untuk ketengahkan setiap satu karier saya" ujar Sam Nuhair dengan lebih lanjut tentang kolaborasinya dengan JoePrc .
Pasti selama ini ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya Nuhair , bukan ? Nuhair tidak lah hilang . Beliau giat aktif dalam meluaskan empayarnya melalui laman-laman sosial beliau sehinggakan meraih kurang lebih 62 300 followers di instagram , 4000 lebih followers di Facebook dan 1800 lebih followers di Smule . Ayuh ikuti gadis berbakat besar di di laman sosial beliau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan