18/10/14

3 Saidina Umar .. Unaa


BAB 1 : SEBUAH PERMULAAN

Saidina Umar . Saidina Umar merupakan nama seorang khalifah pada zaman dahulu . Namun , pada kali ini , Saidina Umar merupakan nama kelas kami . Satu-satunya kelas yang bernamakan khalifah dan bukan bernamakan bunga . Satu-satunya kelas aliran agama di SMK Telupid dan satu-satunya kelas yang mengambil subjek Bahasa Arab sebagai bahasa asing tambahan .

            Sungguh cepat masa berlalu . Rasanya macam baru semalam aku berada di Tingkatan 1 . Masih lengkap berbaju biru, bertudung biru dan berskirt biru tua . Rasanya macam baru semalam aku dikaunseling oleh kaunselor di sekolahku dan rasanya macam baru semalam aku dan rakan-rakanku melihat senyuman lebar dan titisan jernih yang mengalir kerana kegembiraan di raut wajah dua orang guru .

            KRING !! Loceng sekolah pun berbunyi menandakan sudah tiba masanya untuk Majlis Perhimpunan berlangsung . Hari ini adalah hari Isnin , hari pertama aku dan rakan-rakanku kembali bersekolah di SMK Telupid pada tahun 2014 , hari pertama aku dan rakan rakanku bergelar sebagai pelajar Tingkatan 3 ataupun senior untuk sesi petang .

            Rasa tidak percaya itu masih berlari-lari di kotak fikiranku . Rasanya macam baru semalam aku dan rakan-rakanku bersekongkol membuat kejutan kepada dua orang guru bertuah itu . Masih segar lagi di mandala fikiranku . Aku mengarahkan 2 orang pelajar lelaki dari kelas kami iaitu Victor dan Rizqie untuk mengiringi Miss Lenny dari bilik guru dan beberapa orang pelajar perempuan berdiri di beranda luar kelas menjadi pengintip .

            Semua rakan sekelasku berganding bahu untuk menutup semua langsir dan duduk diam-diam di dalam kelas tanpa bunyi . Semua pelajar berasa berdebar . Dup Dap Dup Dap ! Jantungku berdegup semakin kencang . “Cikgu dah datang ! Senyap ! Senyap !” ujar salah seorang rakanku yang menjadi pengintip . Kami semua mengambil posisi di tempat duduk masing-masing . Kek sudah berada di posisinya .

            Bunyi derapan tapak kaki semakin jelas kedengaran . Pintu kelas dibuka . Rizqie masuk ke dalam kelas sambil membawa buku latihan dan membuat isyarat bahawa Miss Lenny berada di belakangnya . Tidak lama kemudian , Miss Lenny pun melangkah masuk ke dalam kelas dan … “Happy birthday to you , Happy birthday to you , Happy birthday to Miss Lenny , Happy Birthday to you !” nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan .

            Kelihatan senyuman lebar terukir di wajah Miss Lenny . Dia melihat ke arah kami sambil tersenyum lalu berjalan ke arah kek tersebut yang diletakkan di atas meja . “Thank you guys . Happy birthday Miz Len , Ira and Ila .” ucapnya sambil membaca tulisan yang tertera di atas kek hari jadi tersebut . Dayang dan Safirah menyembunyikan diri mereka sebaik sahaja mendengar Miss Lenny membaca tulisan di atas kek tersebut . Tarikh lahir mereka bertiga jatuh pada tarikh yang sama .

                  JJJJJJJJJJJ

                        “Cikgu Waheda di Tingkat 2 ! Cepat ambil posisi !” ucap Alaina . Aku menyelak sedikit langsir dan kelihatan Cikgu Waheda sedang menaiki anak tangga dengan muka yang serius . Jantung pelajar mana yang tidak berdegup kencang apabila membuat perancangan untuk melihat reaksi seorang guru yang selalu serius di dalam kelas apabila dikejutkan dengan ‘surprise’ ala kadar .

                        Sebaik sahaja pintu kelas ditolak dan kelihatan Cikgu Waheda sedang menjejakkan kakinya ke dalam kelas 2 Saidina Umar 2013 dan melihat ke arah kami , kami pun menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuknya . “Selamat Hari Jadi , Selamat Hari Jadi , Selamat Hari Jadi Cikgu Waheda , Selamat Hari Jadi .”Kelihatan Cikgu Waheda berdiri di hadapan kek hari jadi yang ditempah khas untuknya .

                        Dia tersenyum lebar dan ada mutiara jernih yang gugur dari birai matanya . “Terima Kasih sebab sudi celebrate birthday saya . Tak pernah lagi birthday saya kena celebrate macam ni.” Ucap Cikgu Waheda sambil tersenyum . “Happy Birthday Lily , Happy Birthday Lily , Happy Birhtday Happy  Birthday , Happy Birhday Lily.” Ucap Rizqie sambil bertepuk tangan . “Birthday Lily ke hari ni ?” tanya Cikgu Waheda . “Tidaklah Cikgu , 11 Mei hari tu “ ujar Dayang . “Haa , Lily meh sini saya suap kek ni kat awak.” Ucap Cikgu Waheda . “Peweeettt!” kedengaran bunyi siulan nakal daripada pelajar lelaki tatkala melihat Lily dan Cikgu Waheda saling suap menyuap . Awwww , so sweet !

                                                            JJJJJJJJJJ

 

                        Aduh ! Kakiku dilanggar . “Sorry , sorry” ujar seorang budak perempuan . Aku mengutumkan senyuman . Aku terjaga dari lamunanku .  Tahun 2014 ! Ya , 2014 ! Aku memerhatikan sekeliling . Kelihatan beratus-ratus pelajar berpusu-pusu masuk ke dewan sekolah . Terserlah kekemasan para pelajar dengan memakai pakaian serba baru . Pelajar lelaki kelihatan segak bergaya mengenakan seluar panjang hijau tua dan berkemeja lengkap putih serta memakai tali leher berwarna biru berlambangkan lencana SMK Telupid dan songkok yang dipakai oleh pelajar lelaki Muslim .

                        Keayuan para pelajar perempuan terserlah apabila berbaju kurung lengkap serba baharu dengan jalannya yang teratur dan beretika . Ada pelajar yang tersenyum lebar kerana kegembiraan tatkala berjumpa dengan sahabat mereka setelah 2 bulan tidak berjumpa .

                        Aku berhenti seketika . Sungguh ramai para pelajar sesi petang SMK Telupid . Aku memandang diriku sendiri di cermin yang disediakan pada lorong menuju ke dewan sekolah . Aku menghela nafas panjang . Ya , kau bukan lagi Penolong Ketua Pengawas , kau adalah pelajar biasa , monologku sendiri . Aku meletakkan jawatanku sebagai Penolong Ketua Pengawas pada tahun lalu atas sebab-sebab tertentu . Itu pun aku merayu kepada guru Pengawas agar melepaskan aku daripada menjadi Pengawas tetapi dia tidak ingin . Aku hanya mengembalikan watikah perlantikan kepadanya .

                        Yang berlalu biarlah berlalu , kita kena teruskan hidup . Bak kata orang putih life must go on . Aku tunduk membetulkan tali kasutku yang terurai dari ikatannya , lalu aku menyimpulnya dengan rapi . Aku mengorak langkahku kembali menuju ke dewan sekolah kembali setelah selesai membuat ikatan pada tali kasutku . Lorong-lorong yang menuju ke dewan sekolah sesak dengan ratusan pelajar sesi petang SMK Telupid .

                        Aku ibarat seekor semut kecil di antara semut-semut yang lainnya . Lorong-lorong itu dipenuhi dengan 700 lebih orang pelajar sesi petang SMK Telupid yang merangkumi Tingkatan 1 , 2 dan 3 .

                        “Anis !” jerit satu suara yang amat aku kenali . Aku mencari dari mana arah datangnya suara itu . Aku menoleh ke belakang mencari arah suara itu . Kelihatan Shandra sedang melambaikan tangan ke arahku . Aku melontarkan senyuman kepadanya lalu dia membuat isyarat tangan agar aku menunggunya di tempat aku berdiri ketika itu .

                        Dia datang ke arahku lalu berkata “Anis jom pi dewan” sambil terseyum . “Jom!” ucapku membalas ajakannya . “Tumpang lalu,” ujar suara itu . Baru saja aku dan Shandra hendak melangkah , kami terhenti mendengar suara yang meminta laluan itu . Lalu , kami menoleh ke belakang .

                        Kelihatan Cikgu Ridzwan berjalan di tepi kami dan diikuti oleh seorang perempuan yang bertudung dan tingginya lebih kurang sama dengan Cikgu Ridzwan . Aku dan Shandra mengamati rupa perempuan itu . Biar betul !

                        Kami saling berpandangan . “Miss Dewi ?!” ucap kami berdua serentak . Miss Dewi bertudung ? Aku dan Shandra terkejut melihat penampilan baru Miss Dewi . Wow ! Dia kelihatan sunggu cantik dan ayu apabila berudung dan mengenakan jubah . Setelah memberi laluan kepada mereka , kami berdua pun meneruskan perjalanan dan akhirnya terlepas daripada kesesakkan tersebut dan masuk ke dalam dewan sekolah .

                        Kami mendapatkan barisan kelas kami iaitu kelas 3 Saidina Umar yang terletak di barisan kedua dari hujung pada sebelah kanan dewan . Kelihatan ramai rakan sekelasku yang sudah beratur mengambil kedudukan masing-masing .

                        Kami berdua pun berjalan ke hadapan untuk mengambil kedudukan dalam barisan . Rakan-rakanku hangat memperkatakan tentang Miss Dewi yang kini berhijab . Aku dan Shandra berpandangan sambil tersenyum . “Alhamdulillah.” Hanya itu saja yang mampu aku ucapkan apabila mendapat tahu bahawa Miss Dewi kini sudah berhijab dan menutup aurat .

                        Tiba-tiba , satu tepukan yang begitu gemuruh bergema di seluruh ruang dewan sekolah . Kelihatan seorang perempuan tinggi lampai sedang berjalan menuju ke kerusi khas yang disediakan khas untuk para guru di atas pentas sekolah . Oh, Cikgu Dewi rupanya , monologku . Tidak lama kemudian Majlis Perhimpunan untuk hari pertama sesi persekolahan pun bermula .

                        Seperti kebiasaannya dan seperti yang dijangkakan , pasti perhimpunan ini akan mengambi masa yang sangat lama . Perhimpunan pada hari pertama persekelohan ini mengambil masa hampir 2 jam . Lenguh sungguh kakiku berdiri bagai hendak tercabut . Namun aku mengejapkan juga akarnya agar  ia tidak tumbang . Akhirnya ,  perhimpunan sekolah pun berakhir dengan nyanyian lagu negeri iaitu lagu Sabah Tanah Airku .

                        Dengan berakhirnya nyanyian lagu negeri itu , maka berpusu-pusulah pelajar SMK Telupid kkeluar meninggalkan dewan dengan barisan mengikut kelas masing-masing . Keluar sahaja aku dari dewan sekolah , aku menghela nafas panjang . Sesak nafasku yang tidak terhingga di dalam dewan . Tambahan lagi dengan panasnya dan bilangan pelajar SMK Telupid . Tidak terkata sesak nafas itu .

                        Aku menoleh ke belakang . Melihat rakan-rakan sekelasku yang berjalan beriringan untuk naik ke kelas . Pada tahun ini , kelas kami iaitu kelas 3 Saidina Umar dipindahkan ke Blok A iaitu Blok Pentadbiran . Aduh ! Naik ke tingkat 3 lagi ! “Anis , ko tida p bilik guru?” ujar satu suara yang memanggil namaku . Aku menoleh sekelilingku . Kelihatan Shandra tersenyum manis ke arahku . “Ya , saya lupa” ucapku . Setelah mendengar pertanyaan daripada Shandra . Aku pun mengorak langkahku ke bilik guru .

                        Masuk sahaja aku di daun pintu bilik guru , aku mengatur langkahku menuju ke meja guru kelasku , Cik Nurul Ain Aripin . Guru yang telah menjadi Guru kelas kami untuk 3 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2012 hingga ke tahun 2014 . Guru yang sabar menghadapi kerenah para pelajar 3 Saidina Umar , seorang guru yang memahami akan perangai 32 orang pelajar dan seorang guru yang amat disenangi ramai .

                        Aku mengambil beberapa barang khas di atas meja Uztazah Ain seperti buku kedatangan guru dan pemadam papan tulis . Sungguh sibuk keadaan di bilik guru sehinggakan aku terperangkap dalam kesesakkan di bilik guru . Setelah beberapa ketika , aku pun terlepas dari kesesakkan itu lalu mengatur langkahku untuk keluar dari bilik guru dan menuju ke kelas .

                        Setibanya sahaja aku di tangga tingkat 2 bangunan , kedengaran bunyi riuh-rendah . Aku mengamati suara-suara yang riuh-rendah itu . Suara itu arah datangnya dari kelasku , 3 Saidina Umar . Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala . Sudahku agak , pasti suara rakan-rakan sekelasku . Aku membuka langkahku lebih besar lagi . Rindu aku hendak mendengarkan gelak tawa dan gaduh-gaduh mereka setelah 2 bulan sunyi tanpa keriuhan daripada mereka .

                        Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kelas , aku melihat mereka sedang duduk secara berkumpulan dan masing-masing menceritakan pengalaman dan perkara yang ,ereka lakukan ketika cuti . Pasti tidak cukup sehari ini untuk menceritakan semua , tapi jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan tatkala bertemu semula . Aku tersenyum . Sungguh bertuah aku ditempatkan sekelas dengan mereka . Bermacam-macam telatah yang dapat aku lihat .

                       

 

 

 

BAB 2 : IANYA KAMI

Sidney Allister . Satu-satunya pengawas lelaki di 3 Saidina Umar. Orangnya tinggi , sentiasa kemas dan mematuhi peraturan . Bak kata orang putih , strict . Rambutnya sentiasa disikat ke sebelah kiri . Dia selalu memegang fail berwarna kelabu . Baik dan bijak . Rakan sekelasnya memanggilnya Sid ataupun Ather .

                        Ryan Lee . Sangat dikenali oleh guru-guru SMK Telupid . Seorang beatboxer yang terkenal di SMK Telupid sejak dia membuat persembahan beatbox di dewan sekolah hari tu . Dia juga memakai cermin mata , dan rakan sekelasnya memanggilnya Ryan , begitu juga dengan guru-guru .

                        Fatin Mahfuzah . Satu-satunya pelajjar perempuan yang kira lasak juga di dalam kelas 3 Saidina Umar . Apabila dia ketawa , pasti susah hendak berhenti . Kadang-kadang dia ketawa sampai menangis-nangis . Sungguh comel orangnya dan pro dalam subjek Mathematics dan Sains . Rakan sekelas memanggilnya Fatin ataupun Puja .

                        Salah seorang pelajar perempuan yang dkategorikan dalam kumpulan ‘kecil’ di kelas 3 Saidina Umar . Hebat dalam Yoga . Shandra S Kennedy . Dialah orangnya . Rakan sekelas memanggilnya Shand ataupun Shandra .

                        Hebat dalam permainan bola baling dan apa-apa jenis sukan sekalipun juga petah berkata-kata dalam memberikan hujah ataupun pandangan . Kejjy Igan . Seorang pelajar perempuan yang berambut panjang dan rakan sekelas memanggilnya Kejjy atau E’jy .

                        Hebat dalam permainan catur dan pernah mewakili SMK Telupid sehingga peringkat negeri . Dari segi fizikal , dia bersifat pendiam namun dia juga petah dalam berkata-kata memberikan pendapatnya . Dialah yang dikenali sebagai Wennary dan ada juga yang memanggilnya Qethiy .

                        Seorang Pembimbing Rakan Sebaya SMK Telupid . Orangnya tinggi lampai . Selalu memakai minyak wangi yang teramat wangi . Mengenakan jam tangandi sebelah tangan kanannya dan selalu membawa fail bersama-samanya ke mana-mana . Bellson Livingson ataupun digelar Boy . Dialah orangnya .

 

                       

                        Seorang yang agak beisi tetapi comel . Pandai membuat lawak , suka menyakat , tidak pernnah membuat guru-guru dan para pelajar kering gusi . Ada saja telatahnya yang mampu mencuit hati . Mohammad Rizqie . Dialah orangnya , penyeri kelas 3 Saidina Umar .

                        Seorang pelajar yang amat disenangi . Bijak dalam subjek Matematik . Sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua tugasan dan memberikan komitmen yang baik . Nor Allia . Dialah orangnya . Kami menggelarnya Elly .

                        Seorang pelajar perempuan dan satu-satunya Pembimbin Rakan Sebaya perempuan di kelas 3 Saidina Umar . Hebat dalam subjek Matematik . Elvylisa namanya dan ada yang menggelarnya Oyo .

                        Seorang pelajar yang memberikan komitmen yang baik . Dikenali ramai dan amat disenangi . Bersahabat baik dengan Fatin . Rakan sekelas menggelarnya Kilao , Kilut , Qie . Namun , nama sebenarnya ialah Syakila .

                        Seorang pelajar yang kelihatan manja pada luarannya kerana dia merupakan seorang anak bongsu namun kuat dan tabah pada dalamannya . Hebat dalam Bahasa Melayu . Rakan sekelas menggelarnya Lily ataupun nama sebenarnya Lidiawati .

                        Seorang pelajar perempuan yang agak pendiam namun agak hebat dalam pembelajaran . Apabila dia tersenyum jelas terpancar keayuan dan kemanisan dalam senyumannya . Tidak malu untuk bertanya dalam apa jua . Dia ialah Evelyn ataupun V_lyn .

                        Berkaca mata , tinggi lampai dan berlesung pipit . Juga hebat dalam mata pelajaran Matematik . Sentiasa menyuarakan pendapatnya dan tidak pernah mengalah dalam melakukan apa jua benda . Dayang Noorfazilla ataupun ila . Dialah orangnya .

                        Seorang yang pandai membuat lawak , tidak pernah membuat kami kering gusi , namun dia juga merupakan seorang yang agak pemalu apabila berjumpa dengan orang baru . Rapat dengan Elly dan Dayag . Nur Farahayien , ataupun lebih dikenali sebagai Ain .

                        Mereka bertiga sekepala dalam apa-apa jua . Kuat ketawa dan aktif dalam persatuan mereka iaitu Pengakap . Ada yang menggelar mereka Konoi , Jeerut , Chichie . Namun nama sebenar mereka ialah , Jean Corane , Azera dan Joezelyn . Mereka bertiga merupakan kawan rapat .

                        Seorang yang bersifat ceria . Mula-mula senyap tapi lama-lama hyper . Seorang yang kuat ketawa dan susah utuk berhenti ketawa apabila sudah ketawa . Bersifat penyayang sebagai seorang kakak dan kadang-kadang membuat kami ketawa dengan telatahnya yang pandai terbingung . Sarmina nama penuhnya dan kami menggelarnya Sar .

                        Bersifat matang , sekepala dengan Sarmina . Hebat dalam pelajaran .  Senang tertawa dan bersifat ceria . Mempunyai kaitan keluarga dengan Fatin . Nama penuhnya Safirah dan kami menggelarnya Saf .

                        Pandai melukis , Hebat dalam pelajaran , Seorang yang petah berkata-kata . Hanya dia satu-satunya pelajar perempuan yang berbakat besar dalam bidang lukisan di 3 Saidina Umar . Kami sering terpegun dengan lukisannya yang seakan-akan hidup . Figura-figura yang dilukisnya sama seperti yang asal . Norhayati namanya dan kami menggelarnya Nor .

                        Seorang pelajar  perempuan . Hebat dalam subjek Matematik dan Bahasa Arab . dari segi luarannya kelihatan agak pendiam . Namun , dia juga petah berkata-kata dalam menyuarakan pendapatnya yang terbuku di hati . Kami menggelarnya Izzat .

                        Alaina Dissyanie . Orangnya tinggi , berkulit putih dan ceria . Dia bersahabat baik denga Hayati , Izzat dan Fadhilah . Senang tergelak .Rakan sekelas menggelarnya Alaina . Kadang-kadang , mereka sering bergaduh-gaduh ‘manja’ di dalam kelas .

                        Tidak kira dalam keadaaan marah ataupun sedih , dia sentiasa tersenyum . Senyuman manisnya mampu mencairkan hati semua . Hebat dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan merupakan seorang Usahawan muda yang berjaya . Dalam diam dia mengusahakan berbagai jenis perniagaan seperti perniagaan online , Kerongsang dan Baju . Kami menggelarnya Dhyla dan nama penuhnya Noor Fadhilah .

                        Satu-satunya pelajar perempuan yang berbangsa Cina di dalam kelas 3 Saidina Umar . Yang dulunya bersifat pendiam dan pemalu . Kini dia lebih berani menyuarakan pendapatnya dan mampu melawan apabila dibuli . Ivonnie Ching Ming Fei namanya dan kami menggelarnya Ivon .

                        Victor Jr . Merupakan antara pelajar lelaki yang kecil di dalam kelas 3 Saidina Umar . Hebat dalam bidang muzik dan bermain Violin . Rakan sekelas memanggilnya Victor .

                        Pelajar lelaki yang paling tinggi di kelas 3 Saidina Umar . Sering bergaduh dengan Elly . Sentiasa membuat rakan sekelas ‘panas’ dengan telatahnya yang suka menyakat . Azrizal namanya .

                        Mereka berdua bersifat agak pendiam dan kadang-kadang pemalu . Seorang digelar Kidip dan seorang digelar Nold . Itulah mereka Jackerson dan Arnold .

                        Ketawanya mampu membuat pelajar 3 Saidina Umar juga tertawa sama apabila mendengar dia tertawa . Orangnya kecil dan comel . Ada yang memanggilnya ‘Ban’ namun nama betulnya ialah Evan Masliu .

                        Seorang pelajar lelaki yang bersifat suka menyakat namun ada sahaja telatahnya di kelas yang mampu mebuat kami ketawa . Hebat dalam bermain gitar . Dialah Jeveriell .

                        Penulis novel ini merupakan seorang pelajar perempuan yang terkecil di 3 Saidina Umar . Hanya berketinggian 152cm . Merupakan Ketua Kelas kepada 3 Saidina Umar .. Guru-guru memanggilnya Anis , dan rakan-rakan yang mengenalinya memanggilnya Qilah .

                        32 orang pelajar 3 Saidina Umar  . 10 Lelaki dan 22 orang Perempuan . 32 individu , 32 kerenah , 32 perangai dan 1001 kenangan selama 3 tahun berada di dalam kelas 3 Saidina Umar .

 

JJJJJJJJJJ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3 : BERTUKAR LAGI ?

 

                        Seperti yang diketahui pada hujung tahun lalu , guru-guru mata pelajaran kami pada tahun ini semuanya dikenali . Bahasa Melayu ; Cikgu Nusrin , Bahasa Inggeris ; Madam Nilly, Matematik ; Cikgu Waheda , Sains ; Cikgu Randy , Sejarah ; Cikgu Eva , Geografi ; Cikgu Vitus , Pendidikan Sivik ; Cikgu Emma , Pendidikan Jasmani ; Cikgu Saffera , Bahasa Arab dan agama Islam ; Uztazah Nurul Ain , Moral ; Cikgu Gamalil , Muzik ; Cikgu Balthon .

                        “Cikgu datang ! Cikgu datang !” ucap Alaina yang berlari dari beranda luar kelas . Kami semua duduk di tempat masing-masing . duduk berpura-pura membaca buku teks Bahasa Inggeris . Aku menoleh ke pintu . Bayang-bayang cikgu kelihatan di hadapan pintu . “Class stand up ! Good Afternoon Madam Nilly .” ucapku memberi arahan kepada para pelajar 3 Saidina Umar untuk memberi ucapan selamat tengahari kepada guru Bahasa Inggeris kami . “Good afternoon , Madam Nilly .”ucap rakan-rakan sekelasku . “ Yes , Good Afternoon class . You may sit down .”  ucap guru Bahasa Inggeris kami .

                        Hari ini merupakan sesi perkenalan kami di kelas sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris . Namun demikian , ketika sesi perkenalan kami itu , terdapat beberapa pelajar yang tidak memberikan perhatian dan berbuat bising . Keadaan ini berterusan selama 3 hari berturut-turut Madam Nilly masuk ke kelas kami . Maklumlah , kelas kami terkenal dengan sifat nakal dan sering buat kerja sendiri apabila guru mengajar mahupun memberi penerangan .

                                                            JJJJJJJJJJ

                        “Anis , ko kena panggil di bilik guru oleh uztazah” ucap Corane . Aku menganggukkan kepalaku menandakan faham lalu mengatur langkahku untuk turun ke bilik guru berjumpa dengan Uztazah Ain . Langkah demi langkah aku menuruni anak tangga . “Hai anis .. Anis Hai … Aniiiisss” bermacam-macam jenis ucapan mereka menegurku tatkala aku melimpasi mereka . Aku hanya menguntumkan senyumanku .

                        Lalu , aku pun masuk ke dalam bilik guru terus ke meja Uztazah Ain . “Uztazah?” ucapku sebaik sahaja sampai di meja Uztazah Ain . “Haa , Anis . Ni dia , jadual baru untuk kelas awak.” Ucap Uztazah Ain . Jadual baru ? Apa yang berubah ? Aku mengamati jadual itu . Satu demi satu aku perhatikan nama-nama guru pada setiap mata pelajaran . Bahasa Melayu , Matematik , Sains , Bahasa Inggeris …..

                        What ?!  Guru Bahasa Inggeris bertukar lagi ?! LC ? Kod nama guru itu ialah “LC” lalu aku mencari nama penuh guru itu di jadual kecil yang terletak di bawah sekali . Lenny Lo . Miss Lenny guru baru Bahasa Inggeris kami . Tapi …. Arhh , tiadalah .

                        Masih berlegar-legar lagi di ingatanku tatkala Miss Lenny berkata pada tahun lalu sewaktu kami masih lagi di Tingkatan 2 “Saya suda tulis surat sama Puan Sarini yang next year saya tida mau ambil kelas kamu tahun depan.” Tapi , yang menjadi persoalannya sekarang , mengapa Miss Lenny mengajar semula di kelas kami ? Dan mengapa pula Madam Nilly tidak mengajar kami ?

                        Ye , jangan lupa bagitahu kawan-kawan awak , k ?” ucap Uztazah Ain sehingga menghentikan lamunanku . Aku hanya menganggukkan kepalaku . “Okaylah uztazah , saya pi kelas dulu.” Ucapku sambil membuka langkah untuk naik ke kelas .

                        Aku membesarkan langkahku dan tidak lama kemudian aku pun sampai di kelas . “Perhatian . Kita ada jadual baru . Dan yang bertukar di sini hanya guru mata pelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris . Cikgu BI baru kita ialah Miss Lenny” ucapku memberitahu mereka . “Apa?!” ucap mereka serentak sambil menunjukkan reaksi terkejut di muka mereka . Kelas menjadi riuh-rendah dengan suara mereka yang hangat memperkatakan tentang pertukaran guru itu .

                        Sokay la . Biar la Miss jadi guru English kita . Kan ni tahun kita ada exam besar . Lagipun Miss tu guru Bahasa Inggeris yang Cemerlang . Manalah tahu kita terploksot A nanti?” ujar satu suara . Aku memerhati sekeliling namun bayang suara tersebut tidak kelihatan . Setelah mendengar nasihat dari suara itu , para pelajar 3 Saidina Umar memberikan reaksi yang positif . Aku hanya tersenyum . “Tapi , kamu ada nampak Miss Lenny ka ? Since buka sekolah ?” tanya Alaina .

                        Kami semua menggelengkan kepala . “Anis , bila Miss start ganti Madam Nilly ?” tanya Sidney ke arahku . “Macam esok .”jawabku pendek . Aku duduk ke tempat dudukku kembali . Seperti kebiasaan , kelas kami 3 Saidina Umar pasti riuh-rendah . Ditegur macamana sekalipun , mereka  tidak akan diam . Paling kurang pun , diam dalam masa 5 saat , selepas itu bising semula . Tiba-tiba , pelajar 3 Saidina Umar yang ‘duduk lepak’ di beranda bertempiaran lari masuk ke dalam 3 Saidina Umar . “Kenapa?” tanya Elly . “Cikgu Waheda juu !” ucap Jeveriell .

                        Semua kelam kabut mengeluarkan segala buku dan benda yang berkaitan dengan Matematik . “Semua murid berdiri . Selamat petang Cikgu Waheda” ucapku sebaik sahaja melihat cikgu Waheda masuk ke dalam kelas . Aku berlari ke arah meja guru untuk mengambil kerusi guru dan meletakkannya di tengah . “Selamat petang Cikgu Waheda.” Ucap rakan-rakan sekelasku . “Selamat petang , sila duduk .” ucap Cikgu Waheda . aku dan rakan-rakanku pun duduk setelah Cikgu Waheda duduk di kerusi guru . Kami tersenyum melihat Cikgu Waheda . Meski sudah 8 bulan berbadan dua , dia sanggup naik ke tingkat 3 dan masuk ke kelas untuk mengajar kami . Jasamu akan tetap ku kenang wahai Cikgu J

                        Baiklah , saya nak cakap sikit ni . Start bulan Februari , saya tak ngajar awak lagi dah .” ucap Cikgu Waheda .  “Hah ?! Kenapa Cikgu ?!” ucap kami sekelas serentak . Masing-masing menunjukkan reaksi terkejut . “Ye lah , korang kan tak suke kat saye.” Ucap Cikgu Waheda dengan nada suara yang sayu sekali . “ Eeeeee ! Manada Cikgu . Best ba Cikgu mengajar .” ucap rakan-rakan sekelasku . Cikgu Waheda hanya tersenyum . Setelah senyap beberapa ketika , kami pun meneruskan sesi pembelajaran pada hari ini . Sepanjang sesi pembelajaran berlangsung , tiada yang membuat bising mahupun lawak . Semuanya senyap . Pasti sedang memikirkan mengapa Cikgu Waheda tidak mengajar kami lagi .

                        Tok ! Tok ! Tok ! Tumpuan kami terganggu apabila mendengar ketukan dari pintu . Semua mengalihkan pandangan ke pintu kelas . “Selamat petang Cikgu , Maaf mengganggu , boleh saya panggil Anis ?” ucap pengawas tersebut Aku pun melihat ke arah Cikgu Waheda . Dia menganggukkan kepalanya . Aku keluar dari kelas untuk berjumpa dengan Pengawas itu . “Esok pagi , datang sekolah . Ada perkara yang mahu dibincangkan.” Ucap pengawas itu . Aku bertanya “Siapa yang suruh datang pagi ?” . “Cikgu Elviera” ucapnya . Aku menganggukkan kepalaku tanda faham .

                        Setelah selesai berbicara dengan pengawas itu , aku pun masuk ke dalam kelas semula . Sebaik sahaja aku duduk di kerusiku , Elly pun bertanya kepadaku “ Kenapa Qilah ?” aku tersenyum kepadanya sambil berkata “Ooohh , pasal debate hari tu mungkin .” Elly menganggukkan kepalanya menandakan faham . Kami pun meneruskan sesi pembelajaran pada hari ini .

                                                JJJJJJJJJJ

                        KRINGG !! Tepat pukul 6:45 pagi menandakan masuk waktu sekolah untuk sesi pagi SMK Telupid . Uwarghh ! Masih mengantuk aku di awal pagi begini . Hendak sahaja aku menyambung tidurku namun apakan daya , aku ada ‘date’ dengan Cikgu Elviera . Aku mengatur langkahku yang longlai ke arah bilik guru . Setibanya sahaja aku di hadapan bilik guru , aku menuju ke arah meja Cikgu Elviera . “Yes Anis ! Come here” ucap Cikgu Elviera apabila melihat aku .

                        Saya mo pindah skolah , so , this is your certificate . Masih tempat saya ba pula . Saya lupa bagi  So , thanks for joining Debate J Gonna miss you guys.” ucap Cikgu Elviera kepadaku sambil menyerahkan sijil debat . Masih segar lagi diingatanku peristiwa itu .Baru sahaja sebulan aku menjejakkan kaki di Tingkatan 1 , sudah aku dipilih untuk mewakili SMK Telupid dalam perbahasan ala parlimen . Kalau Bahasa Melayu tu , aku boleh terima lagi , ini Bahasa Inggeris ! Hampir terbelit lidah aku dibuatnya .

                        Madam Noy yang mencadangkan aku kepada pihak sekolah . Mahu sahaja aku berlari ke hujung dunia tatkala aku diberitahu berita itu . Namun , apakan daya . Hendak menyuarakan bahawa tak mahu , takut tak diberkati . Aduh ! Terima sajalah . Lagipun aku junior dalam pasukan debat itu . Akhirnya , mampu juga aku dan sahabat-sahabatku mewakili SMK Telupid ke Sandakan . Dapat juga aku menimba pengalaman sebagai Debaters dan berjuang dalam English Debate Parliamentary Style bersama rakan sekelasku Ryan Lee , dan beberapa orang Tingkatan 5 iaitu Chelsea Anne anak kepada Cikgu Raymond Kipas , Jesselyne Roxane anak Pengetua SMK Telupid dan McKendree Jison .

                        Walaupun tidak berjaya ke peringkat negeri , sekurang-kurangnya ada pengalaman mengikuti aktiviti bahasa yang formal seperti itu . Lebih-lebih lagi kami bersaing dengan sekolah-sekolah yang hebat-hebat belaka seperti SM Sung Siew , ST. Cecilia , ST. Michael dan ST. Mary . Tambahan lagi , nama kami juga direkodkan di majalah sekolah dan bahasa juga merupakan minatku . J

                                                  JJJJJJJJJJJ

                        “Anis ?! Dengar saya tak ?” ucap suara itu . Aku menoleh ke kiri dan ke kanan .Tapi , tiada siapa yang berada di sekeliling . Perasaan saya mungkin . Aku  melihat jam tanganu . Jam sekarang menunjukkan pukul 12:45 tengahari . Aduh ! Sungguh lama aku termenung . Baik aku naik ke kelas .

                                                            JJJJJ

                        “Baiklah . Hari ni hari terakhir saya masuk ke dalam kelas awak . So , lepas ni korang belajarlah sendiri ye ?” ucap Cikgu Waheda sebaik sahaja memasuki kelas kami . “Eeee , Cikgu , jangalah ganti guru lain . Tida siukk ba.” Ucap rakan sekelasku . Cikgu Waheda tersenyum . “Korang ni . Saya nak cuti bersalin pun tak boleh ke ? Kang saya terberanak kat sini kang . Sapa yang susah ?” ucap Cikgu Waheda . “Rizqie juga yang susah.” Ucap Rizqie menyambung ayat Cikgu Waheda . Kami sekelas tergelak . Begitu juga dengan Cikgu Waheda .

                        Pada hari itu kelas kami penuh dengan gelak ketawa .  Pasti kami akan merindui Cikgu Waheda selama ketiadaannya tiada di Sabah . Terutama sekali di SMK Telupid . Pasti takkan ada lagi dengar suara guru yang lantang ketika mengajar dan prihatin terhadap masalah pelajarnya .

                        “Cikgu , kalau Cikgu cuti bersalin nanti siapa guru Matematik kami ?” tanya aku kepada cikgu . “Adalah guru ganti tu . Apa-apa pun korang jangan pulak nak buli-buli ke ape nanti  guru ganti tu . Kesian pulak kat dia kang nangis kena buli dengan korang . Nasib baik saya kuat . ” ucap Cikgu Waheda . “Uuuuuuuuuuuuuuuuuu” ucap pelajar 3 Saidina mengusik Cikgu Waheda .

                        KRINGG !! Loceng sekolah pun berbunyi menandakan masa sekolah telah pun tamat . “Cepatnya masa berlalu ?!” ucap Lily . “Ya , macam kejap pula kan Ly .” ucap Joezelyn kepada Lily .

 

BAB 4 : Oops ! Saidina Umar

                        “Okay class . Positif , Positif ?” ucap Cikgu Waheda . “Negatif!” jawab 3 Saidina Umar . “Wuuuuuuu” Kedengaran bunyi tepukan yang gemuruh berserta suara-suara nakal 3 Saidina Umar . Tiap kali tiba masa untuk mata pelajaran Matematik , pasti akan ada sahaja perkara yang hendak diriuhkan . Waktu sesi mata pelajaran Matematik sahajalah yang penuh dengan gelak ketawa . Apabila cikgu menanyakan kami soalan tentang Integer , pasti kami akan menjawabnya dengan nada yang Cikgu Waheda gunakan untuk bertanya kami . Maklumlah , kelas yang suka mengajuk .

                                                            JJJJJ

                        Korang berdua ni . Tiap kali kelas saya , asyik muka korang berdua je berdiri tak bawak kertas . Korang tak serik-serik ke ? Pergi berdiri kat luar .” ucap Cikgu Waheda menyuruh aku dan Rizqie ke luar kelas . Kami bukannya malas membawa kertas matematik , tapi terlupa . Maka , kami  berdua pun pergilah berdiri di luar beranda kelas . Aku dan Rizqie pun bercerita sambil berdiri di beranda .

                        Tidak lama kemudian , Rizqie pun berganjak dari tempat dia berdiri . “Rizqie , ko mo p mana ?” tanyaku kepada dia apabila melihat dia berganjak dari situ . “Kelas sebelah .” ucap Rizqie sambil menuding jarinya ke kelas sebelah . Aku mengikuti langkah Rizqie dari belakang . Rizqie mengacau bongkah kon yang berada di sebelah .

                        Hoi , korang berdua . Nak pergi mana tu . Berdiri kat sini . Buat apa kat sebelah tu ? Jangan buat benda tak senonoh sudah .” ucap Cikgu Waheda kepada aku dan Rizqie sebik sahaja menyedari ketiadaan kami di posisi yang sepatutnya .

                        Aku dan Rizqie pun lekas kembali ke posisi masing-masing . Kami berdua tersenyum kambing di hadapan pintu kelas apabila mendengar Cikgu Waheda memarahi kami . “Dah kena denda tu , buatlah cara kena denda . Ni duk main pulak . Dah masuk !” ucap Cikgu Waheda . Aku tergelak sendiri . Dapat juga aku masuk ke kelas balik . Hihihi J

                                                            JJJJJ

                        Eh Rizqie , Norhayati , tak bawak kertas ? Korang ni suami isteri eh berjanji tak nak bawak kertas , hah ?” ucap Cikgu Waheda kepada mereka berdua . Rakan-rakan sekelas yang lain ketawa . “ Aik , baru cikgu tahu ?” ucap Rizqie selamba menjawab soalan Cikgu Waheda . Pecah ketawa para pelajar 3 Saidina Umar mengocak suasana . Cikgu Waheda juga turut tertawa sama . Kelihatan Norhayati sedang menunjukkan penumbuk ke arah Rizqie . Rizqie tergelak .

                        “Cikgu , ketawa 2 rakaat saja.” Ucap Rizqie . Kami masih lagi ketawa terbahak-bahak . “Apa ?!! 2 rakaat , Rizqie ? 2 harakat la .” ucap Cikgu Waheda sambil ketawa . Kami sekelas ketawa lagi sehingga ada yang ketawa ‘vibrate’ . Ketawa yang teramat sangat sehingga bergegar seluruh badan tanpa bunyi . Cikgu Waheda tertawa sehingga mengalirkan air mata .

                        “Lepas ni , bila saya nak solat subuh pasti saya ingat kat awak Rizqie .” ucap Cikgu Waheda sambil tertawa . Kami sekelas ketawa tanpa henti hampir 10 minit melihat telatah Rizqie dan Cikgu Waheda .

                                                            JJJJJ

                        “Jean , Jean , tak habis-habis dengan bedak . Asyik pakai bedak je . Eiiii , geram saya tengok . Jangok . Awak tahu tak apa tu Jangok ?” ucap Cikgu Waheda kepada Jean . Kami semua tertawa lagi apabila mendengar perkataan baru seperti ‘Jangok’ . “Apa tu Jangok , Cikgu ?” Tanya Jean kepada Cikgu Waheda . Cikgu Waheda berkata “Jangok tu awaklah .” . Jean kelihatan agak kebingungan . “Bahasa mencarut ka ?” tanya Jean lagi . “Awak carilah sendiri.” Ucap Cikgu Waheda sambil menggelengkan kepalanya . Kami tertawa lagi .

                                                            JJJJJ

                        Aku merenung ke kertasku . Ketika itu , Cikgu Waheda sedang berjalan di sekeliling kelas melihat hasil kerja para pelajar 3 Saidina Umar . Cikgu Waheda memukul kecil tangannya dengan kertas . Aku terkejut lalu terloncat kecil di tempat dudukku . Aku melihat ke arah Cikgu Waheda . Dia tersenyum . Aku tunduk malu .

                        “Okay !” ucap Cikgu Waheda dengan suara yang lantang . Aku terkejut lagi dan terloncat kecil . “Cikgu ni sengaja atau apa ? Sudahla saya ni cepat terkejut.” Monologku sendiri . Apabila aku terkejut pasti aku akan terloncat .”Engkau Anis , sikit-sikit terkejut .” Ucap Cikgu Waheda lalu mengetuk mejaku dengan Whiteboard Marker . Kelihatan dia sedang menghampiri mejaku . “Ni lah ..” ucapnya lalu mengetuk mejaku . Aku terloncat . “.. Masalah budak yang mandi dari atas ..” dia mengetuk lagi , aku terloncat . “Hah , Anis ? Asyik terkejut je .” aku terloncat lagi . Rakan-rakan sekelasku tertawa .

                        Aku memejamkan mataku . Hampir tercabut jantungku dibuatnya . Perkara yang aku takut apabila aku tiba-tiba sesak nafas kerana terlalu terkejut . “Tu lah ..” Cikgu Waheda mengetuk lagi mejaku . Aku terloncat lagi . “Lain kali , bila mandi tu , jirus dari bawah bukan dari atas.” Ucap Cikgu Waheda . Aku menarik nafas panjang . Akhirnya , aku terlepas juga dari ‘kejutan’ daripada Cikgu Waheda .

                                                                  JJJJJ

                        “Rizqie , tolong cikgu pasang charger laptop cikgu ni .” Ucap Cikgu Emma kepada Rizqie . Rizqie pun memasang pengecas komputer cikgu . “Hidupkan suis tu.” Arah Cikgu Emma kepada Rizqie . Rizqie bermain dengan suis itu . Dia membuat lakonan bagaikan orang terkena renjatan elektrik . Kami tergelak kecil melihat telatahnya . Cikgu Emma menyedari akan lakonannya itu . “Eee , jangan kau main-main Rizqie . Kalau kau tekaren , tekurus kau tu.” Ucap Cikgu Emma selamba . Kami tergelak besar . Begitu juga dengan Rizqie .

                        “Nah , pasang kabel ni lagi di LCD tu.” Ucap Cikgu Emma kepada Rizqie sambil menyerahkan kabel kepadanya . Kami semua diam , kali ini Rizqie kelihatan serius . Wennary berkata kepada Rizqie “ Naa , jangan kau main-main Rizqie , nanti kau bekurus . Nanti tida comel.” . Kami semua tergelak lagi apabila mendengar Wennary mengusik Rizqie .

                                                            JJJJJ

                        “Okay , minggu depan saya nak buat Umrah . Korang tulislah apa permintaan korang . Kalau sempat saya akan letakkan surat-surat korang tu di Jabal Rahmah .” ucap Uztazah Nurul Ain kepada kami sekelas .

                        Setelah mendengar arahan daripada Uztazah Ain , masing-masing tekun dengan menulis permintaan di atas sehelai kertas lalu memberikannya kepada Uztazah Ain .

                                                         *************

                        Setelah 2 minggu tidak berjumpa dengannya , akhirnya Uztazah Ain pun kembali ke sekolah . Dia kelihatan agak penat dan dia juga telah memberitahu kami bahawa surat-surat kami telah diletakkan di Jabal Rahmah . Semoga permintaan kami itu diperkenankan , Amiin .

                                                                JJJJJ

                        “Apa kamu buat di sini ? Janganlah kacau kami , Kami mau makan .” ucap Elly kepada pelajar lelaki 3 Saidina Umar . Elly memarahi mereka kerana mereka membaling batu-batu yang bersaiz besar ke dalam kolam di hadapan kami tempat kami makan .

                        DUSHHH ! Satu percikan besar air mengena pada kami . Habis basah baju dan kain sekolah kami . Kami menoleh ke belakang , namun tiada sesiapa . “Si Rizqie tu yang baling !” ucap Fazlina . “Rizqie !!!” jerit kami beramai-ramai serentak .

                        Hilang selera kami untuk makan . Kelihatan Fatin dan Dayang berlari sambil membawa batu mengejar pelajar lelaki 3 Saidina Umar . Mereka membaling pelajar lelaki itu dengan batu yang terdapat di dalam genggaman mereka . Kami pun turut sama mengejar mereka . Salah satu daripada batu tersebut terkena di badan Riaqie . Kami ketawa terbahak-bahak . Sungguh nakal kami ketika itu .

                        Fazlina . Fazlina merupakan seorang kawan kami yang sudah pindah sekolah . Dia merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan seperti Bola Baling dan Badminton . Dia juga bersahabat baik dengan Syakila .

                                                            JJJJJ

                        “Assalamualaikum Uztazah.” Ucapku memberi salam kepada Uztazah Farihah iaitu guru KKQ kami . “Waalaikumusalam.” Jawab Uztazah Farihah . “Uztazah , mana Uztazah Ain ? Lama sudah tidak Nampak dia.” Tanyaku risau. “Dia amik MC 3 hari. Dia sakit kaki .” ucap Uztazah Farihah . Aku terkejut mendengar berita itu . Syafakallah . Semoga Uztazah Ain cepat sembuh .

                        3 hari selepas itu , aku mencari-cari Uztazah Ain tapi tidak berjumpa . Aku pun ke surau sekolah bersama Diana . Ketika itu , aku sedang membantunya menyelesaikan tugasan sekolahnya . “Assalamualaikum.” Ujar satu suara member salam . “Waalaikumusalam” jawabku lalu melihat ke arah pintu surau . Uztazah Ain !

                        Dia berjalan terhinjut-hinjut . Aku melihat ke arah kakinya . Ya Allah , besar sungguh lukanya . Aku menjadi lemah . Bab beginilah aku tidak  berapa kuat apabila melihat darah ataupun kecederaan yang teruk .

                        Aku mengalihkan pandanganku . Tanpa ku sedari ada titisan jernih yang gugur . Entah mengapa dan bagaimana ianya berlaku , tapi aku merasa sesuatu yang lain . “Anis , kau kenapa nangis ?” tanya Diana . Aku menggelengkan kepalaku . Semoga Uztazah Cepat sembuh L L

                                                            JJJJJ

                        Ketika itu hujan lebat membasahi Telupid . Aku dan rakan-rakanku menggigil kesejukkan . Macamana nak rehat kalau hujan lebat macam ni . KRING ! Bunyi loceng menandakan tibanya waktu rehat . Ramai pelajar SMK Telupid yang berpusu-pusu keluar untuk ke kantin , begitu juga dengan kelasku .

                        Ramai pelajar yang beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan bagi santapan mereka di waktu rehat ini . Kami juga terpaksa turut beratur untuk mendapatkan makanan . Setelah berapa puluh minit kami beratur , baru kami memperoleh peluang untuk membeli makanan . Baru sahaja rakan-rakanku hendak mengunyah makanan mereka , loceng sekolah berbunyi lagi menandakan waktu rehat telah pun tamat . Mereka mengeluh panjang . Lalu , mereka pun membawa makanan mereka ke dalam kelas .

                        Waktu itu waktu Matematik , namun Cikgu Matematik kami sewaktu Tingkatan 1 , iaitu Cikgu Salinah belum masuk ke kelas meskipun 15 minit selepas masuk kelas telah berlalu . Mereka pun mengambil keputusan untuk makan di dalam kelas . Aku sedang menyusun atur meja dan kerusi ketika itu .

                        Baru saja mereka hendak menyuap makanan ke dalam mulut mereka , Cikgu Salinah pun berada di daun pintu kelas kami . Dia merenung tajam kepada sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul dan ada makanan di tengah-tengah bulatan mereka . Lalu , dia pun turun semula ke bawah tanpa berkata apa-apa . Muka Cikgu ketika itu agak menggerunkan . Dia kelihatan seperti sedang menahan kemarahannya .

                        Tidak lama kemudian , Fatin naik ke kelas dengan mata yang merah . “Fatin , kenapa ko nangis ?” tanya Dayang . Fatin berkata “Siapa yang makan tadi , Cikgu Salinah panggil ke bawah . Dia mau bagi surat amaran .” ucapnya sambil teresak-esak menahan tangisannya .

                        Rakan-rakanku saling berpandangan . Aku terkejut mendengar tindakan yang dikenakan kepada mereka . Sungguh berat tindakan yang mereka dikenakan . Mengapa Cikgu Salinah mengambil tindakan yang berat sekali ? Padahal guru-guru sekadar menegeur mereka ataupun memberikan peluang kepada mereka untuk menghabiskan makanan . Cikgu pun seharusnya memahami keadaan mereka . Sudahlah mereka dikeluarkan agak lewat dari kelas , tambahan lagi cuaca ketika itu hujan . Takkanlah mereka hendak makan di tengah-tegah hujan ? Mereka kelihatan agak takut . Setelah beberapa ketika , mereka pun turun ke bawah sambil berpegangan tangan kerana takut . Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan ? Ya Tuhan , janganlah mereka dikenakan hukuman yang berat .

                        Setelah hampir 30 minit mereka berada di bilik guru , aku pun keluar dari kelas untuk melihat keadaan yang sebetulnya . Ketika aku berdiri di birai pintu , aku terdengar bunyi esakkan yang agak kuat . Aku memerhati sekeliling . Kelihatan semua rakan-rakanku yang dipanggil ke bawah sedang menangis di tangga bawah bangunan itu sambil berpelukkan antara satu sama lain . Aku sedih melihat keadaan mereka , namun apakan daya .

                                                               JJJJJ

 

 

BAB 4 : UZTAZ ARABIC & CIKGU MELAKA    

                        Pejam Celik pejam celik , kini sudah hampir ke penghujung bulan Mac dan kelas kami masih tiada lagi guru pengganti untuk mata pelajaran Matematik .

                        “Assalam Cikgu Waheda . Saya nak tanya bagi pihak kelas , guru ganti siapa yang prepare ? Cikgu atau pihak PPD ? Lagipun , sudah sebulan setengah kami tiada guru Matematik. Kami ketinggalan jauh .” ucapku dalam pesanan ringkas yang aku hantarkan kepada cikgu Waheda . Tidak lama kemudian , Cikgu Waheda membalas pesanan ringkasku itu “ Pihak PPD yang sediakan . Adalah tu nanti guru ganti yang masuk.” Ucap Cikgu Waheda .

                        “Oh , Okay . Cikgu , dorang tanya baby girl or baby boy ?” tanyaku kepadanya . “Baby girl .” balas Cikgu Waheda . “Okay , Tq Cikgu dan Tahniah .” ucapku kepada Cikgu Waheda . Kami sekelas agak risau kerana kami ketinggalan jauh di belakang dalam mata pelajaran Matematik . Sudah banyak kali kami mengadu kepada guru kelas kami namun masih belum lagi ada guru ganti .

                                                            JJJJJ

                        Aku berjalan keluar dari bilik guru . Ketika itu hujan lebat sedang turun . Aku menoleh ke kiri , kelihatan Cikgu Jelson sedang bercerita dengan beberapa orang yang tidak aku kenali . “Kamu dari mana ?”ucap Cikgu Jelson bertanyakan kepada pemuda dan pemudi itu . “Saya Norihan dari Kelantan.” Ucap pemudi itu .

                        Sungguh comel suaranya . Takkanlah ini adalah guru-guru baru di SMK Telupid ? Kalau begitu , syukurlah . Semoga ada guru ganti untuk kelas kami , monologku sendiri . Aku pun mengatur langkahku untuk nai ke kelas semula .

                                                            JJJJJ

                        “Semua murid berdiri . Selamat petang , Cikgu.” Arahku kepada rakan sekelasku . “Selamat petang cikgu.” Turut mereka . Ehh , siapakah gerangan pemudi ini ? Mengapa dia masuk ke kelas kami ? Mengapa dia memegang buku Rekod pengajaran Cikgu Waheda ? Siapakah Dia ? Adakah dia guru ganti sementara itu ?

                        “Selamat petang , boleh duduk .” ucap pemudi itu . “Okay . Mesti korang tertanya-tanya kan , siapa saya ?” tanya dia kepada kami . “Ya .” jawab kami serentak . Pemudi itu menguntumkan senyuman manisnya . “Baiklah , saya adalah guru sementara yang menggantikan Cikgu Waheda .So , nama saya Cikgu Noor Aziati berasal daripada Melaka , boleh panggil saya Cikgu Aziati ataupun apa-apa gelaran yang kamu selesa.” Terang Cikgu Aziati kepada kami .

                        “Wuuuu.” Kami menyakat Cikgu Aziati . Dia Cuma tersenyum . Sepanjang waktu pembelajaran Matematik , kami mengadakan sesi perkenalan dengan Cikgu Aziati . Masing-masing memperkenalkan diri .

                                                            ******

                        Sedar tidak sedar , sudah seminggu lebih Cikgu Aziati mengajar kami . “Perhimpunan , perhimpunan !” ucap pengawas yang bertugas memberikan arahan agar semua pelajar turun ke dewan bagi menghadiri Majlis Perhimpunan . Aku mengeluh panjang . Perhimpunan lagi ! Aku bergegas masuk ke dewan besar dan mengambil posisi .

                        Aku memerhatikan setiap guru yang naik ke atas pentas . Lihat punya lihat , ada seorang lelaki yang naik ke pentas yang tidak aku kenali . Rakan-rakan sekelasku bertanyakan ke arahku , siapakah gerangan lelaki yang berkaca mata itu ? Aku hanya menjawab “Mungkin guru baru .” Mereka Cuma menganggukkan kepala . Tunggu punya tunggu , akhirnya tibalah giliran Penolong kanan petang iaitu , Puan Noor Sarini Sulaiman berucap .

                        Seperti kebiasaannya , apabila ada guru baru yang masuk ke SMK Telupid pasti dia akan memperkenalkan mereka dalam ucapannya . Pada kali ini , aku dan rakan-rakan sekelasku memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika Puan Noor Sarini berucap . Seperti yang dijangkakan , dia memperkenalkan guru-guru baru termasuklah Cikgu Aziati dan Cikgu Norihan serta beberapa orang guru baru yang lain lagi .

                        Apabila tiba giliran Puan Sarini memperkenalkan pemuda tersebut , seluruh dewan itu senyap . Puan Sarini berkata , “Seterusnya , Uztaz Muhammad Razif Bin Ramli . Berkelulusan Universiti Al-Azhar Arab Saudi dan kos yang dia ajar , Bahasa Arab .” Tepukan gemuruh daripada pelajar SMK Telupid memenuhi ruang dewan itu . “Ehh , tak habis lagi cakap . Uztaz Razif ni bujang kan Uztaz ?” celah Puan Sarini dalam tepukan kami .

                        Aku melihat ke arah Uztaz baru itu . Dia mengangukkan kepalanya . “Wuuuuuuuuuuuuu” bunyi teriakan suara para pelajar sambil memberikan tepukan gemuruh sekali lagi . Aku ketawa sendiri . Aku menoleh ke belakang dan kelihatan rakan-rakanku sedang menapak tangan mereka antara satu sama lain . Aku terdengar suara dari kalangan rakan-rakanku “Comelnya Uztaz razif . Bujang lagi , ada can ni ! Hahahahaha” ucap suara itu sambil tergelak besar . rakan-rakanku yang lain juga gelak sama . Mereka bergurau sesama sendiri . Aku sangkakan ianya gurauan semata-mata , ternyata salah seorang dari rakanku minat akan Uztaz Razif . Alhamdulillah , SMK Telupid kini menerima 6 orang guru baru di sesi petang .

                                                            JJJJJ

              

BAB 5 : RUMAH PEMANTAPAN

                        Baru sahaja aku dan rakan-rakanku hendak fokus kepada peperiksaan yang ‘tiada format’ lagi , kami dikejutkan lagi dengan berita tentang Peperiksaan Besar KKQ Seluruh Malaysia  . Aduh ! Kalau begini , pasti kepalaku botak memikirkan tentang pelajaran . Di mana lagi hendak fikir tentang peperiksaan besar kami yang belum ada format ? Exam KKQ lagi ? Hampir botak dibuatnya .

                        Dalam pada itu , beban kami itu dikurangkan dengan adanya Kem Pemantapan Kelas Kemahiran Quran (KKQ) dan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang dilangsungkan selam 3 hari iaitu pada hari Jumaat , Sabtu dan Ahad pada bulan April yang lepas . Nasib baik aku dan rakan-rakan sekelasku yang beragama Islam terpilih semuanya .

                        Hari yang ditunggu-tunggu iaitu pada hari Jumaat telah pun tiba . Pada hari ini , kami ada sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan pada pukul 3 petang hingga 5 petang . Setelah mendaftar di tempat pendaftaran , kami diberikan fail yang oenuh dengan nota-nota KKQ dan bahasa Arab .

                        Sewaktu sesi pembahagian kumpulan , kami berasa sangat gementar dan takut terpisah anatara satu sama lain . Satu kumpulan ada 13 orang . Alhamdulillah , ahli kumpulanku semua yang amat aku kenali dan Fasilitator kami ialah Uztaz Razif ! Alhamdulillah !

                        KRINGG !! Loceng sekolah berbunyi tepat pada pukul 5:45 petang menandakan tamatnya waktu sekolah untuk hari ini . Setelah semua pelajar sesi petang pulang , kami para peserta Kem Pemantapan KKQ dan BAK dibawakan ke kawasan penginapan dan bilik pelajar perempuan terletak di dewan kuliah Pra-U .

                        Setibanya kami di bilik penginapan , semua pelajar berebut-rebut mencari tempat tidur . Aku hanya menunggu tempat kosong . Akhirnya aku mendapat tempat tidur juga iaitu di sebelah sepupuku yang bernama Syakila Lamuddin . Kami diberi arahan untuk menyegarkan diri dan kena berada di Surau sebelum solat Maghrib . Setelah selesai menyediakan kelengkapan diri , kami pun berjalan bersama-sama ke surau sekolah .

                        Kami menunaikan solat Maghrib dan Solat Isya’ bersama-sama . Aktiviti pertama kami pada malam itu ialah ‘Ice breaking’ . Pada sesi ‘ice breaking’ kami dikehendaki untuk membuat tanda nama dan hendaklah digantung di leher . Aktiviti kami itu dilangsungkan di dewan . Ketika aktiviti itu berlangsung , fasilitator kami iaitu Uztaz Razif belum tiba lagi .

                        Sebagai seorang ketua kumpulan , aku mengarahkan kumpulanku untuk duduk dalam bulatan memotong kad manila yang diberikan oleh para Uztazah untuk dibahagikan kepada 13 bahagian kerana setiap kumpulan mempunyai 13 orang ahli . Begitu juga dengan kumpulan kami .

                        Kami pun menghias tanda nama kami dengan berbagai-bagai corak . Ada yang menghiasnya dengan gambar kartun , hiasan tumbuh-tumbuhan seperti rumpai , dan aku pula menghias tanda namaku dengan latar daun yang gugur . Setelah lebih kurang setengah jam aktiviti kami berlangsung , baru kelihatan fasilitator kami iaitu Uztaz Razif di dewan . Dia datang ke arah kami lalu menolong kami menyiapkan tanda nama seperti menulis nama kami dalam tulisan jawi pada kad manila itu .

                        Sedang seronok dan cermat kami membuat tanda nama , tiba-tiba Uztaz Razif bersuara “Ehh , korang , buatlah bunga-bunga ke sikit dekat tanda nama tu . Barulah Nampak macam pompuan .” ucap Uztaz Razif . Rakan-rakanku yang lain menganggukkan kepala mereka tanda setuju . Aku tergelak kecil .

                        Dan akhirnya tanda nama kami pun siap tepat pada masanya . Apabila tiba masa untuk kami keluar dari dewan dan menjamu selera sebelum tidur ataupun ‘supper’ , kami sekumpulan berjalan beriringan bersama Uztaz Razif dan kumpulan yang berjalan di sebelah kumpulan kami ialah kumpulan Uztazah Ain . Uztaz Razif pun berkata kepada Uztazah Ain “ Kak Ain , Kak Ain , tengok tanda nama kumpulan saya , siap ada bunga-bunga lagi , comel dok ?” . Aku tergelak apabila mendengar Uztaz Razif bertanyakan begitu kepada Uztazah Ain . “Ye la .” ucap Uztazah Ain kepada Uztaz Razif secara ringkasnya . “Cemburu le tu.” Kata Uztaz Razif perlahan . Aku gelak lagi .

                                                            **********************

                        Allahu Akbar Allahu Akbar ! Uwarghhhh , dah Subuh ! Aku melihat sekeliling , kawan-kawan sepenginapanku yang lain masih lagi tidur . Aku duduk termenung . Lebih baik aku pergi bersiap untuk solat Subuh , ucapku sendiri . Aku pun mengeluarkan alatan mandi seperti berus gigi dan sabun muka lalu membawanya turun ke tandas .

                        Aku membasuh mukaku lalu memberus gigiku . Aku berasa sedikit takut kerana ketika itu aku seorang sahaja yang berada di dalam tandas . Namun , aku beranikan diriku juga . Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi derapan kaki dan suara seperti orang sedang bercerita . Hatiku berdegup kencang . Benda yang hatiku katakana ketika itu amat melucukan . “Tolonglah manusia , bukannya hantu.” Ucap suara kecil hatiku . Entah bagaimana hati kecilku boleh terfikir akan hantu . Apabila aku mengamati suara itu betul-betul , ianya seperti suara budak Tingkatan 2 .

                        Aku menoleh ke luar tandas . Kelihatan 2 orang pelajar perempuan sedang menuju masuk ke tandas . Fuhh , nasib baik manusia ucapku menghela nafas lega . Setelah itu berduyun-duyun peserta perempuan datang ke tandas sambil membawa kelengkapan yang sama seperti aku . Setelah selesai , aku pun naik semula ke bilik penginapan untuk menyimpan semua alat kelengkapan yang aku bawa sekaligus mengambil telekung untuk menunaikan solat Subuh berjemaah .

                        Akhirnya , kami pun selesai menunaikan solat Subuh secara berjemaah . Sementara menunggu matahari terbit , kami sempat mendengarkan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Uztaz Razif . Apabila matahari telah menampakkan dirinya , kami diarahkan untuk bersenam . Pada pagi itu , dalam aktiviti bersenam kami bermain bola beracun . Sungguh seronok aku bermain permainan itu . Hampir pengsan juga dibuatnya berlari ke sana ke mari .

                        Berliter-liter peluh Berjaya dikeluarkan dari tubuh . Setelah selesai melakukan aktiviti senaman , kami bersarapan bersama-sama dan hanya  diberikan masa selama sejam sahaja untuk menguruskan diri . Setelah selesai menguruskan diri dan bersarapan , kami ada program yang bertajuk “Mutiara Arabi dekat di hati” yang dikendalikan oleh Uztaz Razif .

                        Dalam aktiviti ini , Uztaz Razif ada memainkan sebuah lagu Hindustan . Kami ingatkan dia hendak suruh kami berjoget Hindi , rupa-rupanya llirik lagu itu ditukarkan dalam bahasa Arab dan Lirik itu menceritakan tentang nama-nama makanan dan minuman di dalam Bahsa Arab  . Sungguh seronok menyanyikan lagu Arab dalam melodi lagu Hindustan . Teknik yang digunakan oleh Uztaz Razif amat berkesan . Sehingga ke hari ini , kami para peserta Bahas Arab masih mengingati lagu itu . Para peserta lelaki yang nakal-nakal pula menari di barisan hadapan . Tarian mereka membuatkan kami tergelak . Aktiviti ini kami julung kalinya diadakan di Bilik Gerakan SMK Telupid .

                        Setelah selesai Aktiviti Bahasa Arab , kami ada LDK iaitu Latihan Dalam Kumpulan 2 yang bertemakan ‘idola’ saya . Dalam aktiviti ini , kami dikehendaki untuk melukis gamabr ataupun rupa idola kami dan menerangkan tentangnya di hadapan fasilitator kami . Aduh , perkara macam ni lah yang buat aku fed up . Melukis ? Aku tiada bakat dalam melukis ! Aku sendiri pun tergelak melihat lukisan aku . Entah apa yang aku lukis ! Finally , aku lukis muka MR. Bean . Itu pun macam tangki rupanya aku lakar . Sakit perutku tertawa melihat lukisanku . Sungguh tiada sentuhan seni .

                        Sungguh banyak perkara yang tidak dapat aku lupakan dalam Kem Pemantapan ini . Masih segar diingatanku apabila aku , Dayang , Lily dan Safirah makan di belakang kerana terlalu lapar . Kebetulan waktu itu pada waktu malam dan kami terasa amat lapar , tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kami bereempat makan di belakang . Tanpa disedari , guru-guru yang duduk di belakang kami menyedari akan perbuatan kami yang sedang makan . Mereka tersenyum melihat telatah kami yang lapar . Apatah lagi ketika kami curi-curi tidur kerana terlalu penat.

                        Tidak juga dilupakan apabila kami berentap sesama sendiri di dalam Explore Race Bahasa Arab demi mendapatkan sebuah gelaran iaitu Sang Juara . Meskipun kami tidak mendapat tempat pertama , kami berasa gembira kerana bukan Cuma aktiviti seperti Explore Race yang dapat kami lakukan , namun , kami juga dapat menimba banyak pengalaman dan ilmu di dalam kem pemantapan ini . Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para guru yang bertungkus lumus mengelolakan majlis ini .

                                                                 *************

                        “Baiklah , confirm eh yang korang bertiga wakil ke peringkat Negeri Sabah ?” tanya Uztazah Farihah kepada Aku , Fatin dan Izzat . Kami menganggukkan kepala tanda setuju . Tidak disangka-sangka kami bertiga dipilih untuk mewakili Zon Sandakan ke peringkat Negeri Sabah .

                        Siapa yang tidak mahu mewakili ke peringkat negeri ? Lebih-lebih lagi tempat yang kami bertanding itu di sekolah atas bukit , SEMEKAR Ranau . Banyak kenangan manis yang tercipta sewaktu pertandingan itu berlangsung slama 3 hari 2 malam .

                        Sungguh sejuk bagaikan di Negara orang putih tempat kami ditempatkan itu . Berkabus tebal , boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jelasnya dan udaranya sungguh nyaman tidak kira di waktu pagi , petang mahupun di malam hari . Sekolahnya juga besar sehinggakan kami berlari menuruni lebih 100 anak tangga dari atas sekolah itu sehingga ke tangga bawah yang menuju ke 7 buah gelanggang permainan . Terpegun aku melihat keindahan alam di sana . Kalau berpeluang , aku ingin melanjutkan pelajaran ke sana J Ke sekolah Agama J

                                                                        JJJJJ

 

BAB 7 : SAIDINA UMAR CONTROL

                        Setiap tahun  di SMK Telupid , pasti Panitia Bahasa akan mengadakan Minggu Akademik iaitu minggu yang penuh dengan permainan ataupun Explore Race yang berkaitan dengan setiap mata pelajaran di sekolah . Pada tahun ini , tahun 2014 , semua aktiviti di control oleh kelas 3 Saidina Umar 2014 .

                        Memang kami merancang untuk ‘menyapu’ semua aktiviti demi menaikkan nama 3 Saidina Umar yang selama ini dianggap remeh . Buktinya dalam Pertandingan berbalas pantun , Tempat pertama dan Kedua disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar iaitu Kumpulan Bellson dan Kumpulan Anis ,  dalam Pertandingan Teknologi pula , Tempat pertama hingga kelima juga disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar .

                        Selain itu , dalam pertandingan Memasak , tempat pertama hingga ke tempat ketiga juga disandang oleh kelas 3 Saidina Umar iaitu Kumpulan Joezelyn , Kumpulan Allia dan Kumpulan Anis . Manakala dalam Pertandingan Melukis poster Sains dan Sejarah , tempat pertama juga disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar . Pertandingan Syarahan agama di tempat kedua juga disandang oleh pelajar 3 Saidina Umar iaitu Anis dan begitu juga dengan pertandingan PAFA yang dimenangi oleh Allia dan Syakila .

                        Secara Keseluruhannya , Kelas 3 Saidina Umar 2014 control semua aktiviti yang dianjurkan . Dalam minggu Sukan Outdoor juga dikawal oleh 3 Saidina Umar . Buktinya perempuan 3 Saidina Umar mendapat tempat pertama dalam bertandingan Bola Baling dan Bola Tampar .

                        Sehinggakan pada suatu hari itu , tiada seorang pun duduk tinggal di kelas kerana masing-masing keluar bertanding untuk menaikkan lagi nama 3 Saidina Umar . Namun demikian , dalam kegembiraan kami melalui aktiviti-aktiviti itu , kami digemparkan dengan tiadanya Cikgu Flora di SMK Telupid kerana menjalani pembedahan atas penyakitnya . semoga dia cepat sembuh J

BAB 8 : SHAH RUKH KHAN DATANG !

                        Sebelum ini , SMK Telupid digemparkan dengan keadaan Cikgu Flora , namun kali ini SMK Telupid digemparkan dengan Shah Rukh Khan ! Seorang guru lelaki yang bernama Cikgu Azmir Amirul yang berasal dari Kedah . Orang Utara !

                        Kedatangan dia ke SMK Telupid membuatkan ramai pelajar sesi petang yang tergila-gilakan dia . Orangnya tinggi lampai , matanya berwarna coklat terang , wajahnya ada iras hero Hindustan , suaranya macho ! Pendek kata , Lelaki idaman Malaya !

                        Tiba sahaja dia di SMK Telupid , rakan sekelasku bernama Dayang yang pertama sekali terlihat akan dia . Huru hara   jadinya apabila berdiri di sebelahnya ketika Cikgu Amirul lalu . Pasti akan digoncangnya sesiapa yang berada di sebelahnya . Sungguh galau pelajar perempuan SMK Telupid apabila melihat Cikgu Amirul dari jarak dekat apatah lagi melihat terus ke dalam matanya . Tak pasal-pasal mereka berubah seperti “pepejal menjadi cecair” , melting gitu .

                        Di kelas 3 Saidina Umar , terdapat beberapa pelajar yang minat akan Cikgu Amirul iaitu Dayang , Fatin , Alaina dan Fadhilah . Masing-masing mempunyai kerenah yang berbeza apabila melihat atau terlihat Cikgu Amirul .

                        Warning ! Sekiranya anada berada di sebelah mereka berempat ketika Cikgu Amirul lalu , anda kena persiapkan diri anda tidak kira dari segi fizikal ataupun mental . Pastikan akan menjadi sedikit huru hara .

                        Apabila berada di sebelah Dayang , kena pastikan kaki sentiasa stabil kerana apabila dia ternampak Cikgu Amirul pasti dia akan menggoncang orang yang berada di sebelahnya sekuat mungkin . Ish ish ish -_-

                        Alaina . Apabila anda berada di sebelahnya , kena pastikan tangan anda kalis pukulan . Tidak sah kalau dia tidak memukul tangan anda apabila ternampak Cikgu Amirul . Dia juga pasti akan menuruti Cikgu Amirul dari belakang ke mana saja dia pergi sehingga ke tempat yang tidak sepatutnya dia turuti baru dia berhenti .

                        Fatin . Sekiranya anda sedang berjalan bersama dia ataupun tengah duduk diam-diam , anda kenalah bersiap sedia untuk berhenti secara mengejut dan bersiap sedia untuk digoncangkan . Kadang-kadang , Fatin berputar sehingga 360 darjah untuk melihat Cikgu Amirul sehingga hilang dari pandangannya . -_-

                        Fadhilah . Sama seperti alaina Cuma dia akan mencubit bukan memukul . Kadang-kadang Norhayati yang menjadi mangsa kepada cubitan dan pukulan Alaina apabila ternampak Cikgu Amirul . Mereka juga sering bertekak dengan Dayang .

                        Telatah mereka berempat mampu membuatkan kami tertawa . Bukan dorang sahaja yang minat akan Cikgu Amirul . Ramai lagi pelajar perempuan yang minat akan dia . Sungguh pelik di zaman millennia ini , murid meminati guru ? Ish ish ish , hanya mampu menggelengkan kepalaku saja .           

                        Pelajar mana yang tidak terhenti apabila melihat akan ketampanan Cikgu Amirul . Ketampanannya mampu membuat orang yang marah menjadi tenang , ketampanannya mampu membuatkan pelajar perempuan terigau-igau . Tapi , bukan saya .

                                                                        JJJJJ

                        Apabila para pelajar 3 Saidina Umar ternampak akan Ciikgu Amirul , pasti ada di antara mereka berempat dipanggil untuk menunjukkan Ckgu Amiruul kepada mereka . Sungguh mencuit hai apabila melihat telatah mereka .

                        Alaina dan Fadhilah . Kedua-dua mereka ini malas dan jarang ke bilik guru kecualii ada hal-hal penting , namun , semenjak datangnya Cikgu Amirul ke SMK Telupid , mereka berdua menjadi rajin , sehingga sanggup mengikutiku ke bilik guru untuk melaksanakan tugas dan sanggup menolongku mengangkat barang-barang guru untuk dibawa ke kelas semata-mata hanya ingin melihat Cikgu Amirul setiap hari .

                        Ain . Dia pula minat akan dua orang guru yang berbeza iaitu Uztaz Razif dan Cikgu Randy . Tiap kali terlihat akan mereka , dia pasti akan menepuk tangannya lalu ketawa dengan kuatnya . Kadang-kadang Cikgu Randy ada juga perasan apabila Ain melihatnya . Ain terkejut apabila Cikgu Randy melihatnya , lalu dia tertunduk malu .

                        Pernah ada satu hari tu ketika kami sekelas turun dari kelas hendak pulang , kelihatan Cikgu Randy berada di tingkat 2 dan ketika itu Ain berdiri di sebelahku . Apabila kami berdua lalu di sebelah Cikgu Randy , dia memanggil nama Ain , “Ain.” Katanya . Aku tersenyum . Ain menahan gelaknya dan menguntumkan senyuman kepada Cikgu Randy .

                        “Oh My God Ain ! Cikgu Randy panggil namamu.” Ucapku kepada Ain . “Hehaiiiiiii !” teriak kecil Ain lalu menepuk tangannya . Kami semua tergelak besar melihat telatah Ain yang mencuit hati itu . Hahaha JJ

 

                                                                        JJJJJ

BAB 9 : TIADA LAGI

                        “Cikgu bila kami dapat format PT3 ?” ucapku bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah kami iaitu Cikgu Eva . Rakan-rakan sekelasku mengiyakan pertanyaanku .

                        “Buat masa sekarang ni , format kamu untuk Sejarah ialah kamu buat kajian kes .” jawab Cikgu Eva . “Apa ?” ucap kami sekelas terkejut . Peajar mana yang tidak terkejut apabila format bertukar sepenuhnya , 100% . Masing-masing menggaru kepala tanda kebingungan .

                        “Cikgu , macamana tu kajian kes ?” tanya Sarmina kepada Cikgu Eva . “Okay , kajian kes ni , kamu buat kajian berdasarkan soalan yang diberi . So , soalan kamu untuk tahun ni tentang perpaduan kaum . Kali ni , kamu mesti buat betul-betul .” kata Cikgu Eva menjawab pertanyaan Sarmina . “Susah ka Cikgu ?” tanya Bellson pula .

                        “ Dia punya format macam university style . Kira susah juga la . So , start hari ni , kamu ‘puasa’ la dulu tu Facebook , WeChat , Line , Whatsapp , Twitter semua tu . Balik rumah cari semua yang berkaitan dengan perpaduan kaum , okay ? Next week , bawa semua bahan ke sekolah , kita buat berabis . Jangan kamu stress sangat . Relax .” jawab Cikgu Eva sambil tersenyum kepada kami . Hampir seluruh rakan sekelasku mengeluh panjang .

 

                                                            JJJJJ

                        “Cikgu macamana mau buat ?” ucap Sarmina . “Cikgu , apa yang mau dibuat ?” tanya Bellson . “Cikgu , saya tida tau mau buat apa ?” kata Shandra . “Anis macamana mau buat ?”tanya Evelyn kepadaku . Aku menggelengkan kepalaku . Cikgu Eva kelihatan sedikit bingung mendengar persoalan dari pelajar 3 Saidina Umar ,

                        “Okay ! Senyap ! Sekarang ni , kamu tengok di kertas soalan . Kamu buat dulu proses awal , and then langkah yang lain …. “ dan Cikgu Eva menyambung taklimatnya . Setelah beberapa minit Cikgu Eva member taklimat , barulah kami faham dan menghela nafas panjang .

                        Namun , masih ada juga yang terkial-kial , kerana terlihat akan keadaan itu , Cikgu Eva pun membimbing satu er satu yang tidak terdaya hendak melakukan tugasan itu . Namun demikan , masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi .

                                                                        JJJJJ

                        “Mana yang lain ? Kenapa tinggal 6 orang je dalam kelas ni ? Mana perginya 26 orang lagi?” tanya Cikgu Waheda sebaik sahaja dia memasuki kelas kami . Kami semua diam . “Dorang p bawah Cikgu .” ucap Elly . “Dorang buat pe kat bawah ?” tanya Cikgu Waheda . “Dorang siapkan PT3 Sejarah .” jawabku .

                                                                        JJJJJ

                        KRING ! Loceng sekolah pun berbunyi . “tolong saya angkat beg dorang ke bawah . Nak kena dorang ni ! Kalau dibiarkan makin menjadi-jadilah jawabnya .” ucap Cikgu Waheda mengarahkan kami mengangkat beg mereka . Kami hanya menuruti arahan daripada Cikgu Waheda .

                        Apabila kami masuk ke dalam bilik guru , kelihatan bilik guru itu dipenuhi dengan pelajar 3 Saidina Umar . Aku berjalan ke meja Uztazah Ain untuk menghantar buku kedatangan guru . “Tu lah , orang dah suruh naik , tak nak naik , kan tak pasal-pasal kena surat amaran .” ucap Uztazah Ain . Aku hanya mendiamkan diri .

                        Seandainya format PT3 kami ini tiba sebulan awal atau 2 minggu awal , pasti perkara ini tidak akan terjadi . Format PT3 ini pula dikeluarkan 5 hari sebelum tarikh perlaksanaan . Mana tidak gila dibuatnya pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang terbingung keseluruhannya dengan format yang seratu peratus diubah . Namun apakan daya , perkara ini sudah tertulis sejak azali lagi .

                                                            JJJJJ

BAB 10 : PT3 MENYERANG !

                        “Cikgu , macamana ni ? Takkanlah format baru kami ni macam ni ?” tanya Shandra kepada guru Bahasa Melayu kami . “Memang macam ni . Tiada objektif , semua subjektif . Kami pun terkejut bila dapat formatnya .” ucap Cikgu Nusrin . Shandra menepuk dahinya .

                        “Macam senang pula format baru ni kan Qilah ?” tanya Elly kepadaku . “Ya , senang lagi . Walaupun semuanya subjektif , hope dapat score kan ?” jawabku lalu bertanya kepada Elly . Elly menganggukkan kepalanya lalu tersenyum ke arahku .

                        “Adoiiiiii ! Kenapa ? Kenapa begini ?!” ucap Dayang sambil menepuk Model sampel ini di mukanya . Cikgu Nusrin tergelak di depan . Tatkala melihat telatah Dayang , Evan tergelak besar . Kami juga turut tergelak apabila mendengar Evan tergelak . Gelaknya sungguh comel dan lucu sehingga membuatkan kami semua tergelak sama termasuk Cikgu Nusrin .

                        “ Cikgu !” jerit Alaina dari belakang . “Ya , kenapa Alaina ?” jawab Cikgu Nusrin dari hadapan kelas . “Binatang apakah ini ? Sunngguh no bulat-bulat ! Maigaddd !” ucap Alaina sambil memegang kepalanya . Kami tertawa lagi . Cikgu Nusrin juga sama .

                        “Ini semua poyo !” ucap Fatin sambil memegang Model sampel itu . Kami tergelak lagi ! Banyak kerenah dan teletah yang ditunjukkan oleh pelajar 3 Saidina Umar .

                       

                                                            JJJJJ

                        “Okay class . Format for English Language ada sudah.” Ucap Miss Lenny sebaik sahaja dia duduk di kerusi guru . “Alaaaa.” Ucap kami serentak . Miss Lenny menunjukkan reaksi terkejut . “Ya , it’s a bit hard right ?” tanya Miss Lenny . “Ya .” ucap kami serentak .

                        Aku menoleh ke belakang . Kelihatan beberapa orang rakan sekelasku sedang menggaru-garu kepala . Miss Lenny mengarahkan Sidney untuk mengagihkan kertas kepada kami semua .

                        “So , tengok-tengok la dulu paper tu . And that is your new format .” ucapnya sambil tersenyum kea rah kami . “Aduiyaii ! Binatang apa lagi ni ?” ucap Dayang kebingungan . Jean tergelak besar apabila mendengar Dayang berkata begitu .

                        “Semua subjektif . Matilah . Noooooooooooo !” ucap Alaina di belakang . Kami tertawa lagi . Miss Lenny hanya tersenyum melihat gelagat kami yang kebingungan dan tidak selesa itu . “So , start from next week , kita drill habis-habisan . Don’t forget to bring you Trial paper k ?” ucap Miss . Kami hanya menganggukkan kepala .

                                                                        JJJJJ

                        “Format untuk kertas Matematik pulak , semua subjektif , tiada objektif .” kata Cikgu Waheda . “Adoiiiiiii !” ucap kami semua tanda mengeluh kepenatan kerana asyik mendengar tentang format baru saja . “Tapi ..” ucap Cikgu Waheda . Kami memberikan perhatian kembali .

                        “Kamu dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik .” ucap Cikgu Waheda . “Yeayyyy !” jerit kami kegembiraan . Cikgu Waheda juga turut tersenyum melihat kegembiraan kami apabila mendapat tahu bahawa beban kami kurang sedikit .

                                                                        JJJJJ

                        “Kali ni , kamu mesti bekerja keras ! Sebab format kamu untuk KHB ni lain daripada yang lain tau . Kamu ada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B .” Ucap Ciku Raine kepada kami . Kami hanya menganggukkan kepala kami .

                         Rasanya bagai hendak tercabut sahaja kepala ini apabila mendengarkan hampir semua subjek kami bertukar format sehinggakan pernah kami menjadi tajuk besar di Harian Metro , “Pelajar Tingkatan 3 2014 menjadi tikus makmal .” Tajuk ini keluar apabila kami menjadi bahan ujikaji . Dari PBS bertukar ke PPPM . Dari Pmr bertukar ke PBSMR lalu bertukar ke PT3 .

                                                                        JJJJJ

                        Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba . 13 Oktober 2014 , bermulanya Pentaksiran Tingkatan 3 Bertulis untuk semua pelajar Tingkatan 3 . Ketika kami masuk ke dalam kawasan sekolah , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Telupid iaitu Puan Rose Michael mengucapkan Good Luck kepada kami sambil bersalam-salaman bersama kami dan pelajar lain .

                        Namun demikian , kami bukan duduk sekelas , kami terpisah dari kelas dan 8 orang dari kelas 3 Saidina Umar terpaksa bergabung dengan kelas 3 Dahlia . Walau apapun , semua kertas berjaya dijawab degan jayanya . Pada 15 Oktober , tepat pukul 9:45 pagi , rakan-rakan sekelasku yang bukan beragama Muslim berteriak kecil akan perkataaan “MERDEKA !”

                        Nampaknya , mereka sudah terlepas daripada bebanan . Namun , kami pelajar Muslim belum habis lagi kerana masih ada kertas Pendidikan Agama Islam di waktu petang lagi .

                                                                        JJJJJ

                        “Pelajar Muslim , bolehlah masuk ke dalam dewan.” Ucap Cikgu Nusrin memberi arahan . Maka , kami pun meletakkan buku dan beg kami di tepi dewan dan mengatur langkah untuk masuk ke dalam dewan . Sebelum kami melangkah kaki ke dalam dewn , kami berkumpul bersama-sama dengan guru mata pelajaran kami di hadapan pintu dewan .

                        “Bila masuk dewan , korang jangan gementar . Baca doa dulu .” ucap Uztazah Ain memberikan tips . Setelah selesai berdoa bersama Uztazah Ain , kami pun perlahan-lahan mengatur langkah ke dalam dewan . posisiku adalah di antara Fatin dan Syakila . Syakila duduk di hadapanku , manakala Fatin pula duduk di belakangku .

                        Aku menoleh ke belakang lalu terlihat kelibat Cikgu Amirul memasuki ruang dewan sekolah . Aku memanggil Fatin , “Fatin , Cikgu Amirul di belakang .” ucapku . Dengan segeranya Fatin menoleh ke belakang . Cikgu Amirul berjalan ke hadapan .

                        Aku memerhatikan gelagat Fatin , Alaina , Fadhilah dan Dayang . Mata Fatin , Dayang , Fadhilah dan Alaina tidak lekang melihat Cikgu Amirul yang berjaln dengan segaknya .  Seperti yang ku jangkakan , Fatin pasti akan berputar 360 darjah . Aku tersenyum sendiri melihat gelagatnya .

                        Setelah itu , aku kembali berpusing menghadap ke hadapan sebaik sahaja mendengar suara Cukgu Nusrin yang ingin memberikan taklimat ringkas sebelum sesi menjawab soalan bermula . Setelah beberapa minit dia berkata member taklimat , akhirnya kami pun dibenarkan untuk mula menjawab soalan .

                        Satu per satu aku buka soalan itu . Sungguh senang semuanya . Jawab punya jawab , akhirnya masa telah pun tamat . Rakan-rakan Muslim ku yang lain juga turut melakukan perkara yang sama , iaitu melaungkan perkataan “MERDEKA!” setelah keluar dari dewan .  

                        Aku tidak mampu mengucapkan perkataan itu kerana esok aku masih ada kertas Bahasa Arab . Aku menepuk dahiku . Bahasa Arab lagi ! Fighting ! Aku mesti berusaha demi Uztazah !

                                                                        JJJJJ

                        Aku menoleh ke kiri . Kelihatan Uztazah Ain sedang melambaikan tangan ke arahku . “Jom , Lily , Sar , Uztazah panggil.” Ucapku mempelawa mereka untuk turut bersama . Mereka berdua menganggukkan kepala tanda setuju .

                        Kami pun berjalan menuju ke arah Uztazah dan seterusnya ke KTBM . Di sana Uztazah memberi banyak tips menjawab soalan dan refresh balik benda yang telah kami pelajari . Sehinggakan , kedudukan Uztazah berubah , dari duduk di atas kerusi sehingga turut kami duduk di lantai .

                        Kami begitu risau pada bahagian karangan . Sehinggakan aku berdoa di KTBM “Ya Allah Ya Tuhanku , bantulah aku , keluarkanlah soalan Kepentingan Bahasa Arab dalam bahagian karangan nanti . Amin.” Ucapku . Rakan-rakan seperjuanganku dalam Bahasa Arab juga turut mengaminkan doaku .

                        Tidak lama selepas kami berdoa , Cikgu Nusrin lalu sambil berkata “Okay , boleh masuk ke dewan sudah.” . Ketika itu , keadaan kami menjadi huru hara kerana agak gementar . Apa soalan yang akan timbul ? Tolonglah ! “Semoga Berjaya !” ucap Uztazah kepada kami sambil tersenyum .

                         Kami memasuki dewan dengan keadaan yang menggigil-gigil . Sedangkan kerusi pun aku tidak tertarik kerana terlalu menggigil . Guru-guru yang mengawasi kami tersenyum dan tertawa melihat telatah kami calon Bahasa Arab yang menggeletar sungguh . Jantungku bagaikan berlari-lari di dalam tubuhku . Tidak terkira dan tidak terbayang perasaanku ketika itu . Dalam 4 hari kami menjawab soalan , inilah kali pertama aku menggigil seperti orang yang tinggal di kawasan bersalji .

                        Seperti kebiasaannya , kami akan diberi taklimat . Setelah selesai , cikgu pun berkata “Boleh mula menjawab sekarang.” Aku terus membuka di bahagian Karangan Bahasa Arab , aku memerhatikan soalannya dan .. Ahamiyyah al-lughotul Arobiyyah , ujarku membaca tulisan yang bertulis dalam Bahasa Arab itu .

                        Kepentingan Bahasa Arab ! Ya Allah , doaku di awal pagi termakbul ! Alhamdulillah ya Allah J Aku memerhatikan soalan-soalan yang lain . “Eh , semuanya yang pernah kami pelajari.” Monologku . Ianya menjadi senang padaku kerana baru sahaja pagi tadi kami refresh semula semuanya . Aku tersenyum lebar , sehinggakan Cikgu Nusrin datang kepadaku , “Anis , kamu kenapa tersenyum dari tadi ?” tanyanya kepadaku . Aku menggelengkan kepalaku sambil tersenyum lalu berkata , “Tiada apa-apa cikgu.”

                                                                        JJJJJJ

                        “Macamana soalan tadi ?” tanya   Uztazah Ain kepada kami . “Senang , Uztazah.” Ucap kami berenam serentak . Uztazah Ain tersenyum melihat senyuman yang terukir di wajah kami . “Okay , korang amik hadiah ni untuk korang berlima yang birthday bulan 5 , 6 dan 7 .” ucap Uztazah Ain kepada Fatin , Lily , Sarmina , Izzat dan Fadhilah .

                        Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain tatkala mereka berlima memilih hadiah daripada Uztazah Ain . Entah mengapa hatiku rasa sebak . Biarlah , benda itu. Orang yang rapat dengan aku saja yang tahu apa kisahku dengan ‘birthday’ . Apa-apa pun , hari ini , pada 16 Oktober 2014 , AKU MERDEKA !!! MERDEKAAAAAAAA !! Jeritku dalam hati .

 

                                                                        JJJJJ

BAB 11 : PENYENGAT TANGISAN

 

                        17 Oktober 2014 . Hari yang pernah tidak dijangkakan L Hari yang penuh dengan gelak tawa dan tangisan . “Jom pergi tempat Uztazah bincang pasal jamuan .” ucap rakan sekelasku memberi cadangan untuk ke bilik guru . Ketika itu sesi pembelajaran Bahasa Melayu dan cikgu member kami kebebasan untuk kami keluar .

                        Setelah mendapat kebenaran , Aku , Alaina , Dayang , Ain , Safirah , Sarmina dan Lily pun turun ke bawah untuk berbincang dengan Uztazah Ain mengenai Jamuan Perpisahan Tingkatan 3 . “Uztazah!” ucap kami sebaik sahaja terlihat kelibat Uztazah Ain duduk di mejanya .

                        “Ada apa ramai-ramai kat sini ni ?” ucap Uztazah Ain sebaik sahaja terlihat kami bertujuh . “Mau bincang pasal jamuan” ucap salah seorang rakanku , Uztazah Ain senyap seketika .

                        “Saya tak dapat datang jamuan awak .” Ucap Uztazah Ain dengan nada yang sayu . “Hah , Kenapa ?” tanya Ain , Sariman , Dayang dan Alaina . Aku dan Safirah tidak berkata apa-apa keran akmi berdua sudah tahu jawapannya .

                        “Saya ada urusan lain . Ni ha ,” Jawab Uztazah Ain sambil menunjukkan surat yang dipegangnya itu kepada kami . Mereka meneliti surat itu . “Uztazah , jangan la pigi ba , hari terakhir kita jumpa bah tu .” kata Ain . “ Tak boleh , saya kena pergi jugak .” kata Uztazah Ain . “ Minta ganti la dengan orang lain .” kata Lily . “Nak mintak ganti dengan sapa ?” tanya Uztazah . “Dengan Uztaz la.” Jawab Ain .

                        Kepalaku terasa sedikit pening apabila asyik menoleh ke kiri dan ke kanan melihat Uztazah dan rakanku yang sedang bercakap . “Uztaz apa ?” jawab Uztazah Ain . “Uztaz Sharipuddin ka ?  Dia kan tiada mengajar di Tingkatan 3 . Uztazah kan guru kelas kami , takkanlah kami tidak jumpa uztazah untuk hari terakhir ?” jawab Ain . “Ya , hari terakhir bah tu .” kata kami mengiyakan jawapan Ain .  “Saya tak boleh . Saya tak boleh ..’ jawab Uztazah Ain , suaranya semakin sayu dan dia tunduk ke bawah . “Saya tak boleh.” Sambung Uztazah lagi , kini suaranya semakin sayu dan ada bunyi-bunyi tangisan .

                        Ketika itu , aku sedang bercerita dengan Uztazah Farihah . Apabila aku menoleh ke kiri , aku melihat Lily menitiskan air mata . Aku melihat pula kea rah Safirah dan Sarmina , kelopak mata mereka juga bergenang dengan air mata , Aku melihat kea rah Dayang , dia sedang memeluk Ain yang matanya sedang merah menitiskan air mata .

                        Disebabkan aku terlalu pendek dan hanya berketinggian 152cm , aku menjengketkan kakiku untuk melihat ke arah Uztazah Ain . Dia juga turut menitiskan air mata . Aku menoleh ke kanan ku , Alaina juga turut menittiskan air mata . Dengan automatiknya , hatiku sebak , air mata memenuhi birai mataku namun aku menahan air mataku daripada gugur . Aku menahan nafasku agar air mataku tidak gugur .

                        “korang pergilah .” ucap Uztazah Ain sambil menitiskan air mata . Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari meja Uztazah Ain , begitu juga dengan mereka . Aku berpaling ke belakang mencari Lily , deras mengalir air matanya . Aku tidak dapat menahan , sesekali aku mengesat air mataku yang jatuh mengalir . Entah mengapa , tapi aku tidak mahu orang melihat aku menangis .

                        Mungkin hatiku sudah menjadi keras , kerana itulah aku tidak mahu menangis dan menahan tangisanku . Tiap kali aku hendak menangis , pasti akan aku tahan tangisanku . Begitu juga dengan kali ini , aku menahan tangisanku . Uztazah tak dapat datang pun sebab buat benda baik monologkku menyedapkan hatiku agar aku tidak menangis .

                        Kami pun keluar dari bilik guru . Rakan-rakanku duduk di bangku di luar bilik guru menyambung tangisan mereka . Aku mengalhkan pandanganku ke jalan raya . Aku terlihat sebuah kereta putih terbalik . bagitu juga dengan Alaina . “Itu kereta terbalik.” Ucap Alaina yang sedang menangis sambil tertawa . Aku juga turut tersenyum .

                        Setelah beberapa ketika kami berada di luar bilik guru , kami pun mengambil keputusan untuk naik ke kelas . Masuk sahaja kami ke kelas , Elvylisa memanggilku lalu menyerahkan nota-nota khas yang aku suruh mereka buat untuk Uztazah Ain sebagai kenangan akhir . Aku pun mengambil nota itu dari dia .

                        Seperti kebiasaannya , orang lain mengabdikan kenangan di dalam gambar . Tapi pada kali ini , aku mendapat idea untuk menulis sebuah novel yang di dalamnya berkenaan kelas 3 Saidina Umar dan kami menulis nota-nota kecil yang berisikan ucapan kami kepada Uztazah Ain . Cukuplah hari ini sahaja kami melihat Uztazah Ain menangis . Selama 3 tahun aku bekerja di bawahnya , tidak pernah aku melihat Uztazah Ain menangis .

 

                                                                        JJJJJ

                        “Anis , Cikgu Waheda masuk kelas ?” tanya Azrizal . Aku menggelengkan kepalaku menandakan tidak . Mereka menganggukkan kepala tanda faham . Semasa ketiadaan Cikgu Waheda , banyak kejadian-kejadian yang lucu terjadi .

                        “Elly , bagi saya Elly !” Jerit Jean dari hujung beranda . “Corane ! Ambil Corane !” Jerit Elly kepada Jean . “Halang si Elly , halang dia !” jerit Dayang . Aku , Fatin dan Azera menoleh . “Astaga , apa kamu main  ni ?” ucap Azera .

                        Aku melihat Elly berlari terhinjut-hinjut . Apahal dengan Elly ni ? Aku melihat ke arah tapak kakinya . Ya Tuhan ! Rupanya mereka bermain bola sepak dengan menggunakan penutup botol .

                        “Aaaaaaaaaaaaaaaaaa!” kedengaran bunyi jeritan dari kelas sebelah . Fatin berlari ke arah kami , lalu dia berkata “Si Veron pakai Pinafore !” kami semua berlari ke kelas sebelah , aku melihat sekeliling . Aku terlihat Veron sedang duduk bersembunyi . Aku tergelak besar . Astaghfirullah ketawaku pecah kali ini .

                        Aku tergelak sampai terduduk di lantai kelas . Fatin juga sama , dia tergelak sambil menunjukku , “ Hahaha , c Qilah ketawa punya main kuat .” ucapnya kepadaku . Sejujurnya , aku tidak dapat menahan ketawaku , sebab itu ketawaku memecah suasana .

                        “Sudahlah . Jangan terlampau ketawa . Nanti menangis lagi .” ucap Dayang menasihati kami untuk tidak tertawa lagi . Masing-masing cuba untuk mengawal ketawa . Dayang , Ain , Safirah , Sarmina , dan Corane bermain di pintu kelas .

                        Tidak lama kemudian , Sarmina diam dari permainan itu . Aku memerhatikan gerak gerinya . Dia mengambil polisterine hijau yang diletak di daun tingkap . Dia mengambil polisterine itu lalu menghempuknya di kepala Dayang .

                        “Sarmina !!” jerit Dayang sambil mengejar Sarmina . Safirah , Ain dan Lily juga bermain perkara yang sama . Aku hanya tertawa mellihat gelagat mereka . KRING ! Loceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu sekolah . Kami pun menuruni anak tangga bersama-sama . Sedang seronok aku berjalan , PRAK ! Kepalaku dihempuk dengan polisterine . Aku berpusing ke belakang . Kelihatan Sarmina sedang tertawa . “Saaaar .” ucapku . Dia tertawa . tak pasal-pasal aku pun kena hempuk . Ish ish ish .. -_-

                                                                        JJJJJ

                        “Dayang pukul Dayang pukul !” ucap Lily . “Lily , lari ! Jangan di sana !” Lily melarikan diri dari sana . Kelihatan Fatin dan Safirah berada di luar kelas . Ain pula sedang berlari mengelilingi kelas manakala Sarmina dan Elly berada di hadapan kelas . Aku sedang menikmati Kek Coklatku dan kek Cheese ku di meja Dayang .

                        PRANG ! PANG ! PANG ! Riuh kelas jadinya . Aku ketawa sampai terpukul meja . Lawak sungguh melihat gelagat mereka . Hampir tertelan sudu kepunyaan Dayang dibuatnya .

                        “Elly , di sebelahmu ! Tunduk !” ucap Dayang memberi arahan . Elly pun tunduk dengan segeranya . PANG ! Pukulan yang kuat mengena tepat pada sasarannya . Lalu jatuh buku Dayang di lantai kelas . Setelah lebih 5 minit mereka bergelut dengan keadaan itu , akhirnya Dayang dengan ketinggian 167cm menjadi heroin bagi kami pada hari ini . “Mana penyangat tu Qilah ?” tanya Dayang kepadaku . Aku berkata “Sudah lari.” Sungguh lucu melihat mereka berlari bagai nak berperang apabila melihat penyangat yang terbang di sekeliling mereka . Mereka sedang bergelut , aku pula seronok makan . Tak patut Anis , tak patut !

                                                                        JJJJJ

 

 

 

BAB 12 : TIADA LAGI !

                        Hari ini merupakan hari terakhir kami bersama Uztazah Ain dan hari terakhir juga sekelas bersama . 2012 hingga 2014 , 3 tahun yang agak singkat bagiku . Rasanya macam baru semalam aku di Tingkatan 1 .

                        Tahun depan belum tahu lagi jika kami sekelas . Banyak kenangan yang tercipta bersama sepanjangan 3 tahun berlalu . Kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan .

                        Tahun depan , tiada lagi Uztazah Ain . Pasti kami akan merindui gelagatnya yang saiko dan comel itu , pasti tiada lagi juadah dari Kelantan tiap kali hari raya , Pasti tiada lagi hadiah hari jadi untuk mereka semua kecuali aku dan Elly . Mengapa tiada untuk kami ? Kerana birthday Elly ketika cuti sekolah iaitu 30.11 dan begitu juga dengan aku 31.12 .

                        Pasti aku akan merindui suasana kelas seperti kelas kami . Kami semua sudah menjadi seperti adik-beradik . Seandainya seorang ada masalah , pasti yang lain akan berusaha membantu .

                        Seperti pada hari itu , Elly hendak menyimpan duit belanjanya , lalu dia pun menagih 10 sen daripada setiap seorang . Mereka semua menghulurkan 10 sen kepada Elly , dan ada juga yang menghulurkan lebih .

                        Satu hal membuatkan kami tidak kering gusi apabila tiba waktu rehat , tiap kali Ain dan Dayang serta rakan-rakan lain ke kantin , mereka pasti akan memanggil nama satu sama lain dengan berteriak . Sungguh akan aku rindui saat-saat manis bersama mereka . Kami adalah keluarga ! 32 orang adik beradik dan seorang ‘kakak’ iaitu Uztazah Ain .

 

 

                                    JJWe Love You Until Jannah UztazahJJ

 

 

 

Hasil Karya :

Anis Arina Aqilah Binti Roslee