21/07/14

Demi Cinta


            “Saya boleh bagitahu tapi janji jangan beritahu orang lain ?” janji tau ?” ucapnya kepadaku sambil tersenyum . Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda setuju . “Sebenarnya , saya ni anak Dato’ That why saya tak banyak kawan . Lelaki yang asyik ekori saya tu adalah pengawal peribadi saya .” ucap Adi .

            Aku tergamam seketika . Mindaku mengeluarkan beribu persoalan . Mengapa dia rahsiakannya ? Adi anak Dato’? Mengapa sebelum ni dia kata dia anak petani ? Mengapa dia membohongiku ? Mengapa ? Mengapa dan mengapa ?

            Tatkala itu aku tersedar . Siapalah aku untuk bersahabat dengannya ? Samakah tarafku dengannya ? Sudah tentu tidak ! Lantaskah aku menegurnya ? Dia siapa dan aku siapa ? Dia berkedudukan tinggi dari aku . Ya , aku perlu pergi ! Aku bukan setaraf dengan dia . Aku hanya orang bawahan , dia atasanku . Aku harus pergi ! Pergi adalah keputusan muktamadku .

            Lantas aku menggalas beg sandangku lalu pergi dari situ tanpa memandangnya . Mengapa ? Kerana aku segan . Aku tidak layak duduk semeja dengannya . “Arissa ! Arissa !” jerit Adi . Aku membesarkan langkahku . Jangan toleh Arissa ! Jangan sesekali !

            Aku membesarkan lagi langkahku . Setibanya sahaja aku di tempat parkir kereta , aku bergegas kea rah tempat adnya teksi . Aku menaiki salah sebuah teksi yang ada di sana dan meminta untukku dihantar ke kawasan rumahku , Taman Villa De Sutra .

            Dalam perjalananku , telefonku berdering . Aku menoleh ke skrin dan melihat nama Adi terpapar . Aku membiarkan . Telefonku berering sekali lagi . Nama Adi terpapar lagi . Aku endahkannya . Bukan aku tak nak jawab , tapi aku segan . Tidak lama kemudian , kereta itu berhenti . Aku membayar tambang kepada pemandu teksi tersebut lalu keluar dari teksi dan menuju ke rumahku .

            Aku menekan loceng rumah dan tidak lama kemudian , Mak Jah , pembantu rumahku membuka pintu rumah . “Cik Muda dah balik ? Biar Mak Jah bawakan beg Cik Muda .” kata Mak Jah sambil menghulurkan tangannya . “Tak apalah Mak Jah . Tak usahlah panggil saya Cik Muda . Mak Jah rehatlah . Saya nak buat air kejap” ucapku kepada Mak Jah .

            “Biar Mak Jah yang buatkan , Cik Muda duduklah dulu.” Kata Mak Jah sambil membawaku ke sofa . Aku akur dengan Mak Jah . Uncle Fauzi iaitu pengawal peribadiku datang berdiri di hadapanku lalu berkata “Cik Muda , Dato’ Haikal mengarahkan saya untuk beritahu Cik Muda bahawa mala mini aka nada makan malam dengan keluarga Dato’ Haris di Sutera Harbour . Dato’ meminta agar Cik Muda bersiap sedia .”

            Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda mengerti . Beberapa minit kemudian , Mak Jah dating dengan membawa Jus Oren . Aku menikmati jus itu .

            Hatiku tidak tenang bila memikirkan bahawa Adi juga anak Dato’ . Ya , memang aku adalah anak Dato’ . Aku berasa gembira kerana selama ini Adi melayan aku seperti orang biasa kerana aku menganggap Adi adalah seperti orang lain . Tapi , dia juga anak Dato’ ., seperti aku .

            Pantaslah aku rasa serba tak kena kerana ada lelaki yang selalu mengekori dan perhatikan aku dan Adi . Masalahnya sekarang , bagaimana aku nak bagitahu Adi yang aku juga adalah anak Dato’ ? Sebelum ini , aku mengatakan bahawa aku adalah anak tukang jahit .

            Ya , aku boleh buat ! Aku boleh buat ! Tapi , mengapa aku rasa lain ketika Adi memberitahuku yang dia anak Dato ‘ sedangkan aku juga begitu ? Aku Ellena Arissa . Ellena Arissa binti Dato’ Haikal , anak perempuan kepada pengerusi syarikat besar . Aku takut sekiranya aku kehilangan rakanku Adi dan Zarisya .

            Zarisya ! Adakah Zarisya tahu tentang semua ini ? “Cik Muda ?” Aku tersentak . Lamunanku terhenti seketika tatkala terasa ada sentuhan di bahuku . Aku menoleh . “ Kenapa dengan Cik Muda ? Muka asyik berkerut dari tadi . Ada apa-apa masalah ?” Kata Mak Jah sambil menyentuh bahuku . Ku menggelengkan kepalaku sambil mengutumkan senyuman .

            “Saya pergi bersiap dulu Mak Jah .” ucapku kepada Mak Jah . Banyak persoalan yang bermain di mindaku . Aku mencapai telefonku lalu menekan punat-punat kecil untuk menelefon Zarisya bagi merungkai persoalan tersebut .

            “Hello , Assalamualaikum .” ucap Zarisya . “Waalaikumussalam . Ha , Zarisya ! Aku nak Tanya sikit kat kau ni . Kau memang dah tahu kan yang ...” aku memperlahankan suaraku . Betulkah Zarisya dah tahu ? Kalau dia ntak tahu ? Terbongkarlah semua . “Yang Adi anak Dato’ ?” jawab Zarisya . Aku terdiam . “Arissa , aku dah lama tahu dah , Cuma Adi tak nak kau tahu . Sorry eh aku tak bagitahu kat kau .” sambung Zarisya lagi . “Nevermind . Aku nak gerak . Assalamualaikum.” Ucapku perlahan kepada Zarisya .

            Kenapa Adi dan Zarisya cuba rahsiakan semua ini ? Apakah Zarisya juga tahu siapa aku ? Adakah dia tahu bahawa akua juga adalah anak Dato’ ? Apa yang patut aku lakukan ? “Cik Muda ? Dah bersiap ke belum?” kata Mak Jah dari dapur . Lamunanku terhenti sekali lagi . “Sekejap Mak Jah.” Ucapku sambil bergegas ke bilik .

            Aku berjalan ke arah lif lalu menekan buatng yang terdapat di dinding lalu pintu lif itu terbuka . Aku pun memasuki lif tersebut . Tidak lama selepas itu , aku pun sampai ditingkat 4 rumah . Aku berjalan menuju ke bilikku . Aku membuka pintu bilikku .

            Merah jambu . Warna tema untuk bilikku . Ramai yang menganggap merah jambu adalah warna yang terlalu lembut . Namun demikian , warna merah jambu bukanlah sekadar warna ianya satu sifat , kelembutan . Aku menyegarkan diriku . Setelah itu , aku mengenakan baju berlengan panjang berwarna krim dan mengenakan skirt hitam labuh serta bertudung bawal hitam .

            Tok ! Tok ! Tok ! pintu bilikku diketuk . “Masuk” ucapku . kedengaran bunyi kuakkan pintu . “Cik Muda sudah siap ?” ujar suara itu . Aku menoleh . “Eh , Mak Jah . Dah siap dah Mak Jah” ucapku sebaik sahaja terlihat kelibat Mak Jah . “Amboi , cantik sungguh anak tunggal Dato’ Haikal ni .” usik Mak Jah . Aku tersengih . “Dah , jom . Dato’ dah tunggu kat bawah tu dengan Datin .” ujar Mak Jah . Aku menganggukkan kepalaku lalu menuruti langkah Mak Jah .

            Setibanya saha aku di tingkat bawah , ibu berkata “Wah , cantik sungguh anak ibu.” . Aku tersipu . “Dah , jom kita jalan . Nanti jalan sesak pula .” kata ayah . Aku dan ibu pun menuruti langkah ayah . Kami menaiki kereta Alphard berwarna hitam . Dalam perjalanan , aku memeriksa telefonku . 6 missed call daripada Adi terpapar di skrin . Aku membiarkan .

            Aku membukakan bicaraku “Ayah , Dato’ Haris ni siapa ?” tanyaku kepada ayah . Ayah pun menjawab “ Dato Haris ni merupakan kawan ayah sejak kecil . Selain tu , dia juga penegerusi sebuah syarikat perkapalan macam ayah . Kami juga merupakan rakan kongsi.” Aku menganggukkan kepalaku tanda mengerti .

            “Dia juga ada seorang anak lelaki yang seumur dengan kamu tau . Dah tu tampan lagi .” kata ibu mencelah . Aku menguntumkan senyuman kepada ibu lalu berkata “Pandai ibu usik Arissa.” Ibu dan ayah tergelak . Tidak lama kemudian , kereta itu pun berhenti . “Kita sudah sampai , Dato .” ucap pemandu ayah .

            Kami pun turun dari kereta lalu berjalan beriringan ke dalam Ballroom 1 . Setibanya sahaja di hadapan Ballroom , kami diiringi oleh beberapa orang petugas dan membawa kami ke tempat duduk khas yang tertulis nama ayah . Wah , mewahnya ! Mesti Dato’ Haris orangnya sangat kaya ? Kelihatan begitu ramai jemputan . Memakai tuksedo dengan rapi , bertemakan warna hitam dan putih . Makan malam apakah ini ?

            Aku menoleh ke sekelilingku . Aku terlihat satu kelibat yang menarik perhatianku . Susuk tubuh itu amat kukenali . Dari cara pemakaiannya , itu adalah ...
 
Bersambung ...