NOVEL : Isteriku ¼ , Suamiku CEO RM15
PENULIS : ANIS ARINA AQILAH BINTI ROSLEE
BAB 1 : MAMAT PINK RM15
Hujan
. Hujan membasahi seluruh daerah Kota Kinabalu sekaligus membasahi bangunan
konkrit sebesar alam ini . Sudah berjam-jam Fazura Izwani duduk termangu
menunggu keputusan yang jelas di kerusi besi yang ada di dalam ruangan menunggu
ini . Kebas sungguh kakinya kerana duduk sahaja . Sesekali ada juga dia
mengerling jam tangannya .
Lainlah
seperti mereka yang acap kali lalu lalang di hadapan mata Fazura Izwani , sudah
terang lagi bersuluh keputusannya . Ada yang menangis kegembiraan , ada yang
menangis kesedihan dan ada yang melambaikan tangan diiringi dengan senyuman
yang tawar tanda perpisahan juga ada yang berpelukkan keriangan sesama sahabat
dan kaum kerabat tanda pertemuan dan melepaskan kerinduan .
Fazura
Izwani melihat di papan pemberitahuan elektronik tersebut . Masih tertera
perkataaan “DELAY” . “Aduh , nampaknya lamalah aku kena duduk dan tunggu lagi
kalau macam ni !”rungut Fazura Izwani perlahan . TING TONG ! Kedengaran satu
bunyi loceng yang bergema di seluruh ruangan bangunan itu memecahkan suasana .
Loceng
itu kedengaran seperti loceng yang ingin membuat pengumuman . Setiap individu yang berada di
ruangan menunggu itu memberikan perhatian termasuk Izwani . Fazura Izwani
memasang telinganya mengambil perhatian akan pengumuman yang bakal diumumkan
sebentar lagi . Selang beberapa saat setelah itu , kedengaran suara pegawai
bertugas menggeletek kesunyian .
“Minta
perhatian kepada para penumpang pesawat MH871 , penerbangan ke Johor Baru telah
ditangguhkan sehingga esok tepat pukul 5:30 pagi atas sebab yang tertentu .
Pihak Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan ini.Terima kasih .”
Ujar
pengumuman itu lalu diulang sekali lagi dalam Bahasa Inggeris . Usai sahaja
terdengar pengumuman itu , lantas Fazura Izwani meninggalkan ruangan menunggu
lalu terus menuju ke pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah
. Misinya , untuk keluar dari bangunan konkrit tersebut .
Dengan
senyuman tertera di bibir dan langkah yang lemah longlai , Fazura Izwani
menarik bagasinya dengan penuh kecewa . “Hmm , nampaknya aku kenalah balik ke
rumah ! Alamak , aku tak bawak kereta pula ! Tadi Pak Hamid yang hantar aku .
Apa harus aku buat ? Takkan nak call Pak
Hamid pula ? Menyusahkan dia nanti . Kalau aku naik bas , kena tunggu bas penuh
dengan penumpang pulak . Lambatlah sampai rumah nanti . Hmm , hah ! Baik aku cari teksi ! Ya , aku
mesti cari teksi !” monolog Fazura Izwani sendiri berikhtiar ataupun lebih
selesa digelar sebagai Wani .
Lantas
Wani memperbesar langkahnya menuju ke ruangan parkir teksi yang terletak betul-betul di hadapan pintu utama Lapangan
Terbang tersebut . Dia mengerling ke kiri dan ke kanan mencari perut teksi yang
belum berisi . Itu dia ! Fazura Izwani menjadikan teksi yang berwarna merah
putih berjenama Alza itu sebagai sasarannya .
Dia
membuka langkahnya dengan besar lalu mengerling ke kiri dan ke kanan sekali
lagi memerhatikan bahawa tiada siapa yang ingin menyasarkan teksi tersebut . Kelihatan
seorang lelaki juga berlari keanak-anakkan ke arah teksi yang sama disasarkan
Izwani . Lelaki itu seperti perasan akan tingkah laku Izwani yang menyasarkan
teksi itu .
Fazura
Izwani berlari dengan sepenuh hati sambil mengheret bagasinya bagi memintas
lelaki tersebut masuk ke dalam teksi yang telah disasarkannya . Lelaki itu juga
melakukan perkara yang sama . “Aku sampai dulu !” ujar fazura Izwani dan lelaki
itu serentak separuh menjerit . Mereka saling berpandangan antara satu sama
lain dalam keadaan yang tercungap-cungap mencari oksigen . Pemandu teksi itu
terkejut dan kepalanya terhantuk di bumbung teksi manakala surat khabar yang
dipegangnya kemas tadi berselerak habis
di dalam teksi .
“Uncle
, saya sampai dulu !” ujar lelaki itu . “Saya dulu sampai lah ! Uncle saya dulu
kan ?” bidas Fazura Izwani mempertahankan haknya untuk menaiki teksi itu .
Pemandu Teksi yang sudah berusia separuh abad itu menggaru kepalanya yang tidak
terasa gatal melihat perilaku Izwani dan lelaki itu yang sedikit
kebudak-budakkan . “Cik pendek , saya yang sampai dululah !” ujar lelaki itu
tidak mahu mengalah .
“Amboi
amboi amboi . Excuse me , hello ?! Oi
Mamat pink ! Ikut suka hati kau ja nak panggil aku pendek ? Kau ingat kau tu
jantan sangat ? Dah la pakai baju warna pink , seluar hawai , beg sandang ,
hahahahaha !” balas Izwani sambil tertawa dengan kuat setelah ‘bahankan’ lelaki
tersebut . Merah padam muka lelaki itu lantas dia membuka pintu teksi lalu
duduk di bahagian hadapan .
Dia berpeluk tubuh
dan memuncungkan bibirnya . Izwani juga melakukan perkara yang sama iaitu masuk
ke dalam teksi tersebut . Pemandu teksi itu bingung kehairanan melihat gelagat
mereka lalu berkata “Takpa , biar pak cik hantar kamu berdua ya.” Lantas si
Mamat Pink bersuara “ Hantar saya dulu Uncle ! jangan dengar cakap minah Ketot
ni !” . Telinga Fazura Izwani berdesing digelar Minah Ketot ! “Hoi , sotong
kurita , kau cakap apa tadi ? Uncle hantar saya dulu !”balasnya dengan muka
yang merah padam .
“Sudah
sudah sudah ! Pening kepala pak cik dibuatnya ! Kamu nak pergi mana ?” tanya
pak cik itu kepada si Mamat Pink . “Sutera Harbour , uncle .” jawabnya ringkas
. “ Kamu pula ?” tanya uncle teksi kepada Izwani . “Sierra Villa .” jawab
Izwani .
“Baiklah
kalau macam tu . Uncle akan hantar si kumbang baru uncle hantar si bunga .” Fazura Izwani mengeluh panjang . Kelihatan
si Mamat pink tersenyum keriangan sambil membuat lagak kepuasan . Dia menoleh
ke belakang lalu menjelirkan lidahnya kepada Fazura Izwani tanda mengejek .
Fazura
Izwani memberikan jelingan yang tajam kepada si Mamat pink . Lalu , si Mamat
pink mengalihkan semula pandangannya ke hadapan . Izwani melemparkan
pandangannya ke luar jendela . Geram sungguh Fazura Izwani dengan Mamat Pink
itu . Tidak lama kemudian , berderum laju teksi itu meninggalkan perkarangan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu , Sabah .
Fikiran
Izwani bermain dengan seribu persoalan . Lelaki spesies apakah itu ? Buat sakit
hati ! Tapi , Siapa lelaki itu ? Kenapa dia minta hantar ke Sutera Harbour ? Oh , pasti pelancong . Lagaknya bukan seperti
orang setempat . Apa sajalah ! Yang jelas , dia menjengkelkan ! Dah lah pakai
baju warna pink . Sotong kurita a.k.a
Squidward ! Ujar Izwani bermonolog sendirir sambil memuncungkan bibirnya .
Lalu
diamatinya satu demi satu pemaandangan indah bumi kelahirannya iaitu bumi Sabah
di Bawah Bayu . Sebaik sahaja keluar dari perkarangan Lapangan Terbang Kota
KInabalu , hamparan lautan yang membiru menyapa dengan senyuman . Air lautnya
yang jernih , kebiruan turquoise dihiasi dengan cahaya ‘plankton’ dan protozoa
.
Landskap
system pengankutan jalan raya yang diselang-selikan dengan tumbuhan pepokok
berwarna-warni menarik minat Izwani meskipun sudah berkali-kali melalui jalan
tersebut . Rintik demi rintik mutiara yang gugur dari genangan awan menyapa
cermin teksi itu . Kesejukkan mula mengulit diri . Pelukan tubuh Izwani semakin
diperkemaskan .
Tidak lama kemudian
, teksi itu pun berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar dan tersergam
indah menandakan mereka telah pun sampai di Sutera Harbour . Whoaa , besarnya
tempat ni ! Teksi itu berhenti betul-betul di hadapan lobi Sutera Harbour .
Pintu teksi itu dibuka oleh seorang lelaki yang berbaju seragam hitam .
Kelihatan seperti bodyguard penampilan
lelaki itu .
“Berapa
uncle ?” tanya si Kurita . “RM15 sahaja.” Jawab uncle teksi . Kelihatan lelaki
itu menyeluk sakunya depan dan belakang . Lalu dia membuka zip begnya . Mukanya
sedikit gelisah . Lelaki yang berperwatakan bodyguard
itu menghampiri lelaki tersebut . “Kenapa tuan muda ?” tanya lelaki itu kepada
si Kurita .
“Tuan
muda ? Hah ?” monolog Izwani kebingungan . “Wallet
saya takda la .” ucap si Kurita . Lantas aku mengeluarkan dua not berwarna
merah dan menyerahkan kepada uncle teksi . “Tulah , Encik Pink , lain kali
jangan nak sombong . Takpa hari ni saya belanja.” Ujar Izwani sambil berlagak
nakal . Puas juga hati Izwani dapat mengenakan lelaki tersebut .
Muka
si Mamat Pink merah padam . “Cik Muda mana Tuan muda ?” tanya bodyguard itu sekali lagi . “Flight dia malam baru sampai .” jawab si
Mamat Pink . “Thanks Ketot , Thanks Uncle .” ujar Si Kurita sambil tunduk .
Uncle teksi menaikkan semula cermin keretanya lalu bergerak semula . Izwani
tersenyum puas . “Tadi kau kenakan aku kan ? Baru kau rasa !” ucap Wani
perlahan .
Setelah
selesai , teksi itu terus meluncur laju di jalan raya apabila hujan mulai reda .
Fazura Izwani melemparkan pandangannya ke luar tingkap . “Maaf cik , boleh pak
cik tanya ?” ujar uncle teksi membuka bicara . “Boleh , apa dia uncle ?” jawab
Izwani . “Cik duduk dengan siapa di Sierra Villa ?” tanya pak cik itu sekali
lagi ,
“Saya
duduk dengan adik kedua saya . Kenapa uncle ?” tanya Izwani semula . “Setahu
pak cik , kerabat Dato’ dan Datin sahaja yang duduk di kawasan tu . Maaflah kalau pak cik berkata
begitu .” jawab Uncle teksi . Izwani berkata , “Eh , takpa pak cik . Ya , mak
dengan ayah saya Dato dan Datin . Saya tinggal kat sana pun sebab nak cuba cari
pengalaman . Saya tak nak kerja dekat syarikat ayah , saya nak kerja macam
orang biasa . Kerja kat kedai dan banyak lagi lah . Saya tinggal kat sana pun
sebab adik kedua saya paksa . Adik saya yang ketiga dengan yang bongsu pula
tinggal serumah dekat Pavvy Hills .” jawab Izwani panjang lebar .
Uncle
teksi itu cuma menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan daripada Fazura
Izwani sambil meneruskan pemanduannya . Tidak lama kemudian , mereka tiba di
kawasan Sierra Villa . “Lot berapa Cik ?” tanya uncle teksi itu . “Lot 17 Uncle
.” ujar Fazura Izwani . Perlahan-lahan teksi itu menyusuri lorong demi lorong
ke Lot 17 . Sesampai sahaja di hadapan Lot 17 , teksi itu berhenti menandakan
sudah sampai .
“Berapa
bayarannya uncle ?” tanya Izwani . “RM20” jawab uncle teksi ringkas . Izwani
menyerahkan not bernilai RM50 . “Uncle takda duit kecil cik .” jawab Pak cik
teksi . “Uncle simpanlah baki duit tu Uncle buat beli minyak teksi ni . Terima
kasih uncle . Saya masuk dulu . Assalammualaikum .” jawab Izwani ringkas .
“Tapi
nak … “ belum sempat pun Uncle itu menghabiskan ayatnya . Fazura Izwani berlari
meninggalkan teksi sambil mengheret bagasinya lalu mengucapkan “byee uncle !!!”
. Mulut pemandu teksi itu terlopong melihat gelagat Izwani yang berlari sambil
mengheret bagasinya . Dia menggelengkan
kepalanya sambil tertawa kecil .
Pemandu
teksi itu memerhatikan kawasan sekeliling rumah Izwani . Laman yang luas , 3
gelanggang permainan di setiap tepi rumah , Parking Lot kereta 2 tingkat ibarat
di Mall , 2 buah kereta Porsche yang berwarna hitam dan Kelabu serta sebuah Mini
Cooper dan Alphard parking di tempat parkir itu . “Bertuah ibu bapa kamu dapat
anak macam kamu .” Ucap pakcik teksi itu lalu meinggalkan perkarangan rumah
Izwani .
Izwani
meneruskan langkahnya hingga ke hadapan pintu utama . “Assalammualaikum .”
Izwani memberi salam . “Waalaikummussalam.” Tidak lama kemudian , salam Fazura
Izwani dijawab dan kedengaran bunyi kuakkan pintu . “Eh , Cik Izwani , bukannya
Cik Izwani ada flight ke JB ?” tanya Mak Mah yang merupakan penjaga
Izwani di rumah itu .
“Flight delay la Mak Mah . Nanti saya nak
call Tisya suruh batalkan tiket tu .
Malas lah nak jalan . Haa , lagi satu . Mak Mah tak perlulah panggil saya “Cik
Izwani , panggil Wani ja lah Mak Mah . Sekali lagi kalau Mak Mah panggil Wani
‘cik’ , Wani bawak Mak Mah naik rollercoaster
nak ?”bebel Wani . “Eh tak nak , baiklah Cik Wani . eh , Wani .” ucap Mak
Mah sambil menggelengkan kepalanya dan kelihatan sedikit panic apabila Izwani
menyebut semula soal rollercoaster .
Wani
tersenyum melihat gelagat Mak Mah yang terus gelisah setelah mendengar
perkataan rollercoaster .Masih segar
di ingatan Fazura Izwani tatkala Wani mengajak Mak Mah naik rollercoaster di Genting Highland hari
tu . Pucat sungguh muka Mak Mah , tak terkata dibuatnya . Bak kata Mak Mah
“Jantung Mak Mah tertinggal kat atas . Sumpah Mak Mah tak nak naik lagi benda
ni.” Sambil mengusap dadanya .
“Oh
ya , Wawa mana Mak Mah ?” tanya Izwani sebaik sahaja memerhati keadaan
sekeliling yang tidak kelihatan Syazwa di sana . “Wawa pergi rumah Cik Syazwani
dengan Cik Nafyssa . Dia pergi jemput adik-adiknya ke sini .” terang Mak Mah .
Lantas
Izwani mengangguk lalu berkata “Baiklah
kalau macam tu Mak Mah . Wani nak turun bawah dulu , Wani nak rehat .” Mak Mah
menganggukkkan kepalnya tanda faham . Izwani menarik bagasiya menuju ke sebuah
penjuru yang terletaknya lif di sana . Dia menekan beberapa buah punat lalu
pintu lif itu terbuka dengan sendirinya .
Izwani
lenyap di dalam perut lif . Bayangnya tidak lagi kelihatan setelah lif itu
turun ke ground floor . Maklumlah ,
rumah Wani terdapat 4 tingkat . Biliknya berada di tingkat bawah tanah .
Tingkat bawah tanah itu merupakan mini
house buat Izwani .
Di
tingkat bawah tanah itu merupakan ruangan khas Izwani , ada ruang tamu yang
lengkap dengan perabotnya , walk-in-closet
sepanjang 100m , mini cinema , mini
pool dan bilik kerja serta bilk tidur Izwani dan juga terdapat mini kitchen untuk Izwani .
Dia
menarik bagasinya lalu meletakkan di sofa ruang tamunya itu lalu merebahkan
badannya . Dicapainya tas tangannya lalu menekan punat-punat kecil pada telefon
bimbitnya dan mencapai nombor telefon Tisya iaitu secretary nya . Lalu dia menekan butang call .
Tutt Tutt !
Bunyi menandakan talian telah pun disambungkan . “Hello Cik Muda . Ada apa yang
Tisya boleh bantu ?” ujar Tisya sebaik sahaja panggilan itu diangkat . “Selamat
petang Tisya , maaf mengganggu . Boleh tolong batalkan tiket saya ke JB tu ?”
tanya Izwani . “Sure can .” jawab Tisya . “Thanks.” Ujar Izwani .
Tidak
lama kemudian , talian pun diputuskan . Izwani memandang ke atas . Kepalanya
sedikit berat . Matanya mula tertutup sedikit demi sedikit . Genggamannya pada
telefon mulai lemah dan tiba-tiba dunia menjadi gelap apabila Izwani mulai lena
dibuai mimpi .
JJJJJJJJJJ
“Along
biar betul ?! Papa tahu tak pasal ni ? Along ni , cubalah berfikiran rasional
sikit !”ucap Syazwani kepada Izwani dengan mulutnya yang penuh dengan aiskrim .
Izwani masih lagi diam . Syazwani dan Syazwa saling berpandangan . Nysa Nafyssa
tidak bersama mereka kali ini kerana sibuk menguruskan Acoustic Show anak-anak
muridnya .
“Along
jawablah !” ujar Mayza Syazwa yang merupakan anak kedua dalam adik beradik
Fazura Izwani sambil menggoncangkan bahu Izwani yang masih kelu belum
memberikan sebarang jawapan kepad adik-adiknya . Fazura Izwani menarik nafas
sedalam-dalamnya lalu dihembuskan nafasnya perlahan-lahan . “Along pasti !”
jawab Izwani ringkas dan mentuturkan sebutir demi sebutir jawapannya yang
membuatkan semua adik-beradiknya terlopong .
“What
?!” ujar adik-beradiknya serentak separuh menjerit mendenar jawapan Fazura
Izwani sebentar tadi . “You know what
girls , Along dah bosan nak kerja dekat syarikat ayah tu . Boring la . Along pun nak juga mencuba
dari bawah.” Jawab Wani .
“Mencuba
tu tak salah , tapi yang salahnya , kenapa Along nak jadi secretary ?! Why Along Why ? Give me a reason !” kata Syazwa yang
kelihatan seperti tidak percaya dengan keputusan kakak sulungnya itu yang ingin
meninggalkan kerjaya sebagai CEO syarikat dan ingin mencuba pekerjaan yang di
luar jangkaan adik-beradiknya iaitu setiausaha . “Sebab Along dah bosan
berpangkat !” jawab Izwani dengan nada yang sedikit tinggi . Adik beradiknya
yang lain semuanya senyap setelah mendengar jawapan Izwani yang ringkas tapi
menusuk jantung . “Its depend on you la Along.” Kata Syazwani mengalah bagi
mengelakkan perbalahan di antara mereka . Kedengaran keluhan panjang dalam
kalangan adik beradik Izwani .
“Tapi
Cik Izwani , macamana kalau Dato’ Sufian tahu pasal ni ?” tanya Tisya ringkas kepada
Izwani . Mereka saling berpandangan memikirkan jawapan . “Don’t worry . I’ll tell papa about this .” jawab Fazura Izwani
ringkas sambil menghulurkan senyuman manisnya kepada Tisya . Adik beradiknya
kebingungan dengan keputusan muktamadnya . Izwani diam seribu bahasa , begitu
juga dengan adik-adiknya yang masih lagi bingung dengan keputusannya . Dia menyuapkan aiskrim ke
dalam mulutnya .
Keputusan
yang diambil oleh Izwani untuk menjadi seorang setiausaha di sebuah syarikat
yang digelar Farhan’s Holding . Bagi Wani , dia sudah bosan menjadi CEO di
syarikat perkapalan ayahnya . Dia hendak bermula dari bawah , bermula sebagai
seorang setiausaha .
BAB 2 : SECRETARY SI KETAT
Kedengaran
bunyi-bunyian yang indah dan merdu dari luar rumah . Bayu yang menuruni
membasahi setiap hidupan dibumi mengulit manja pagi ini . Cip Cip Cip ! Bunyi
kicauan burung yang memecahkan keheningan pagi menjadi mukaddimah hari ini .
Kringg
! Kringg ! Deringan jam loceng Fazura Izwani berdering menjerit membangunkan
Wani . Kaki Izwani sedikit terusik lalu tangannya mematikan jam loceng itu
. Usai sahaja jam loceng itu dimatikan
olehnya , dia mengerdipkan matanya beberapa kali untuk melihat keadaan
sekelilingnya dengan jelas .
Tok
! Tok ! Tok ! Pintu bilik Fazura Izwani diketuk . “Masuk.” Ujar Izwani dengan
sepenuh tenaga yang dia ada pada pagi itu . “Selamat pagi Cik Izwani , Cik
perlu bersiap segera untuk ke Farhan Holdings .” ujar kelibat seseorang di muka
pintu . Izwani mengangkat sedikit kepalanya lalu menggosok matanya . “oh , kamu
Tisya . Alright . Tolong start engine kereta saya . Kejap lagi
saya turun .” kata Izwani ringkas .
Tisya
mengangguk lalu beredar dari bilik Izwani . Lantas Wani duduk di atas katilnya
sebentar lalu turun dari sana dan mencapai tuala mandinya yang disangkutnya di
hadapan meja soleknya . Lantas dia menyegarkan dirinya .
Sesudah
sahaja dia menyegarkan dirinya dia mengenakan seluar sleck berwarna hitam dan
kemeja putih panjang lengan serta mengenakan tudung bawal labuh menutup dada .
Lalu , Izwani berjalan menuju ke walk-in-closet
miliknya . Dia membuka pintu yang pertama .
Kelihatan
beratus kasut yang tersusun rapi mengikut jenis , jenama dan ton warna . Dia
mencapai kasut gothic berwarna hitam tidak bertumit yang kebiasaannya digunakan
untuk bekerja dalam pejabat lalu Izwani berjalan lagi ke dalam walk-in-closet miliknya dan membuka
pintu kedua . Kelihatan berpuluh-puluh beg dan tas tangan yang disusun juga
mengikut warna , saiz dan jenama . Lantas dia mencapai beg galas berwarna hitam
putih yang bersaiz sederhana dan berjenama Lacoste dan digalasnya dibahunya .
Izwani
berjalan ke dalam lagi dan membuka pintu yang ketiga . Bilik ketiga pula
terdapat barisan-barisan tergantung seperti rak buku tetapi disusun gadget seperti Iphone , Samsung , Sony , Blackberry , Nokia dan sebagainya dan
Izwani menuju ke satu sudut dan mencapai telefon Nokia 3310 . Telefon yang dia
rasa menepati ciri-ciri seseorang yang bermula dari bawah .
Akhirnya
, Izwani berpatah balik ke pintu keluar walk-in-closet
miliknya itu . Fuh , itu baru walk-in-closet
,tapi sudah kelihatan macam butik dan kedai telefon ! maklumlah , anak
orang kaya . Wani bergerak menuju ke satu dinding yang kelihatan seperti
terowong dan dia menghidupkan lampu di jalan itu.
Perlahan-lahan
Wani menyusuri jalan itu dan di sebelah kiri dan kanan dalam terowong itu ,
tergantung gambar-gambar milik Izwani bersama adik beradiknya juga kedua ibu
bapanya dan rakan-rakan sekolahnya pada suatu ketika dahulu . Senyuman terukir
di bibir Wani tatkala dia melalui terowong tersebut . Terowong yang penuh
dengan memori . Akhirnya dia tiba di tempat parkir kereta . Kelihatan Tisya
sedang duduk di tempat penumpang di dalam kereta milik Fazura Izwani . Izwani
segera membuka pintu kereta dan menyusur keluar dari perkarangan rumahnya .
Tisya
hanya mendiamkan diri sejak tadi . “Latisya , nanti kamu bawa balik kereta saya
ke syarikat ya . Tengahari kamu jemput saya di Farhan Holdings , boleh ?”tanya
Wani membuka bicara . “Baiklah Cik Wani .”jawab Latisya dan tersenyum
ringkas dan Izwani focus pada
pemanduannya semula .
Perjalanan
itu sunyi tanpa sebarang bicara . Hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang
bergema di dalam kereta itu . “Do I have
any appointment today ?” tanya Izwani lagi bagi memecahkan kesunyian .
Tisya menjawab “Yes you have . Dalam
pukul 2 petang hingga 3 petang Cik Wani perlu ke Marrybrown Café , kena lunch dengan client untuk kontrak shipping
. Pukul 4 hingga 6 , Cik Wani dan Cik Nafyssa ada project , as always both of you guys do every evening , pukul 8
malam hingga 10 malam , Cik Wani dan adik-adik ada majlis rasmi di Sutera
Harbour , Majlis Perkapalan 1 Sabah .”
“Alright , only that right ? So means that , awak
kena ambil saya dekat pejabat nanti tepat pada masanya , dan jangan lupa
bawakan ‘blazer’ dan briefcase saya .
Oh ya one more , nanti jangan lupa belikan saya aiskrim tau .” ujar Wani
tersenyum manja . Latisya hanya menganggukkan kepalanya tanda faham .
Sedar
tidak sedar , mereka telah pun sampai di hadapan Farhan Holdings Sdn Bhd . “Drive safely.” Ucap Wani kepada Tisya
sambil keluar dari kereta . Tisya pindah ke tempat duduk pemandu . Wani
melambaikan tangan sambil berjalan ke arah pintu utama Farhan Holdings dan
menarik nafas panjang . Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di bawah
seorang tuan . Pengalaman pertama lah katakan .
Kelihatan
seorang perempuan yang rupanya seperti sebaya dengan Izwani melambai ke arah
Wani sambil memegang fail berwarna biru di tangan kanannya dan beg bimbit di
tangan kirinya . Izwani mendapatkan perempuan itu . “Fazura Izwani kan ?” ucap
perempuan itu membuka bicara lalu menghulurkan tangan kepada Wani . Izwani
menyambut tangan perempuan itu sambil berkata “Ya , saya .”
“Saya
Qisya , saya partner awak dalam jadi secretary ni , kita berdua syif pagi .”
kata Qisya . Muka Izwani sedikit berkerut . Qisya tertawa melihat muka Izwani
seperti digigit semut . “Jom saya terangkan sambil kita naik ke atas.” Ajak
Qisya . Izwani mengangggukkan kepalanya lalu mengikut langkah Qisya dan
kelihatan sedikit teruja tentang ‘syif pagi’ yang disebut oleh Qisya sebentar tadi
.
“Sebenarnya
dekat Syarikat Farhan Holdings ni ada 4 orang secretary . Saya yang pertama
mengawal bahagian contract , dan
Aalia dan Neavi tu Syif petang , diorang kawal bahagian Client and Evening Reminder dan makan dan minum Encik Mikhail ,
awak pula bahagian Morning Reminder .”
Jelas Qisya dengan teliti .
“Encik
Mikhail ?” tanya Wani pendek . “Oh lupa pula , Encik Mikhail ataupun Tengku
Mikhail merupakan anak kepada Encik Farhan . Dia merupakan CEO syarikat ni .
Dia tu orangnya baik tetapi tegas , cerewet dan suka menyakat pulak tu.” Tutur
Qisya perlahan .
“Ehem
! Apa dia Qisya ? Ulang sekali lagi ?” kedengaran suara garau yang berdehem di
belakang mereka . Izwani dan Qisya menoleh ke belakang . “Eh , Tengu Mikhail ! Errr
.. Takda apalah . Cik Mikhail se .. segak . Tu .. Tu ja ” kata Qisya sedikit
gagap kerana gelabah apabila Tengku Mikhail betul-betul berada di belakangnya .
Izwani sedikit tunduk . Dia langsung tidak memandang Tengku Mikhail “Awak kutuk
saya eh ? Oh ya , mana secretary baru
tu ?” ujar suara garau itu .
“Ni
dia !” kata Qisya sambil mencuit bahu Izwani . Izwani mengangkat mukanya lalu
memandang ke arah suara garau itu . Mulut Izwani terlopong . Dahi Tengku
Mikhail juga sedikit berkerut setelah melihat Izwani . “Ketot ! Mamat Pink !”
ucap Tengku Mikhail dan Wani serentak sambil menuding jari sesama sendiri .
Qisya
yang tadinya berdiri di tengah terlopong . “Hoi ketot kau buat apa kat sini ?”
ujar Tengku Mikhail separuh menjerit . “Err , Tengku , dialah new secretary yang Qisya maksudkan tu .”
jawab Qisya terketar-ketar . “Excuse me ,
hello ! My name is Wani okay . I’m your new secretary . If you don’t want ,
nevermind , I can step out from this office by myself .” ujar Wani dengan
beraninya .
“No and never ! I’ll never let you go before
you start your work . Remember this one Wani alias Ketot , you started the game
yesterday , and I’ll finish it !” ujar Tengku Mikhail sambil menunjukkan
telunjuk kepada Izwani lalu dia berlalu pergi meninggalkan senyuman sinisnya
kepada Wani . Izwani mengajuk semula reaksi muka dan ayat Tengku Mikhail
sebentar tadi . Tengku Mikhail berlalu pergi meninggalkan Izwani dan Qisya .
Qisya
hanya tertawa . “Jom la naik !” ajak Izwani dengan mukanya yang kusut . “By the
way , macamana Wani kenal Tengku Mikhail and
why did he called you ‘Ketot’ ?” kata Qisya sedikit tertawa . “Nanti Wani
cerita .” jawab Wani ringkas dan mukanya kelihatan ‘kusut’ . Mereka menaiki
anak tangga itu satu persatu menuju ke tingkat 3 . Malas rasanya hendak naik
lif . “Amalkan gaya hidup sihat , dapat jugak kurangkan kalori dalam badan ni .
nanti tak pasal-pasal kena penyakit jantung .” monolog Izwani positif .
JJJJJJJJJJ
“Seriously ? Sutera Harbour tu milik Tengku
Mikhail jugak ?” tanya Izwani kepada Qisya . Qisya mengangguk . Izwani
tergelak besar . “Kenapa ni ?” tanya Qisya sedikit kehairanan . “Kesiannya .
Ada Syarikat ni dan Sutera Harbour , besar pulak tu , tapi RM15 takda .” ucap
Wani lalu menyambung semula ketawanya . Qisya juga turut tertawa setelah
mengamati semula cerita Izwani berkenaan RM15 dan Tengku Mikhail .
Tiba-tiba
, bilik rehat khas untuk secretary itu
terbuka . Kelihatan dua orang perempuan sedang masuk ke dalam bilik itu .
Izwani menghulurkan tangan dan senyuman mesra tanda ingin berkenalan tetapi
tidak disambut malahan dia diberikan jelingan . Qisya mengalih perhatian Wani .
“Jom pulang Wani .” Wani mengangguk dan mengatur langkah menuruti jejak Qisya .
Kecewa juga Izwani dilayan sebegitu pada hari pertama dia bekerja .
“Siapa dua orang
tadi tu ?” tanya Wani . “Doranglah syif petang dan dorang tu tak disukai ramai
. Tengoklah perangai dorang , berlagak diva .” jelas Qisya . Izwani hanya menganggukkan
kepalanya . “Qisya , awak free tak
petang ni ? Kalau free bolehlah join saya jalan sekejap.” Tanya Wani . “Maaflah
Wani , saya kena teman mak saya ke hospital petang ni .” jawab Qisya . Wani
hanya melemparkan senyuman tanda mengerti .
Mereka meneruskan
perjalanan dan menuju ke lif . Qisya menekan punat di tepi lif . Kring ! Kring
! Telefon Wani berdering . Dia memeriksa poket seluarnya . “Fuh , nasib baik
telefon Nokia 3310 yang berdering . Mampus aku kalau gadget aku yang berdering . Terbongkarlah rahsia aku .” monolog
Wani lalu dia mengangkat panggilan itu tanpa rasa ragu apabila melihat nama
Latisya tertera di skrin .
“Cik Izwani , saya
tunggu di hadapan Farhan Holidings ni .” jelas kedengaran suara Tisya membuka
bicara . “On the way Tisya . Wait for me
.” jawab Wani dan panggilan pun diputuskan . “Siapa Tisya ?” tanya Qisya .
“Err , kawan Wani.”jawab Wani . Qisya hanya menganggukkan kepala . “Nama dia
macam nama sepupu Qisya jugak . Err , Wani saya kena gerak dulu , abang saya
dah tunggu tu.” Kata Qisya sambil menudingkan jari ke arah sebuah kereta sebaik
sahaja mereka tiba di pintu utama syarikat itu .
“Okay
Qisya . Jumpa esok . Assalammualaikum .” kata Wani . Qisya menjawab salam Wani
sambil berlari keanak-anakkan menuruni anak tangga . Wani juga menuruni anak
tangga dan dia menoleh ke kiri dan ke kanan . Oh , tu dia ! monolog Wani sebaik
sahaja terlihat keretanya lantas dia memperbesarkan langkahnya sambil
memperkemaskan penampilannya lalu berjalan menuju ke arah keretanya .
“You drive.” Ucap Wani sebaik sahaja
membuka pintu kereta . Tisya tersenyum lalu menyerahkan Aiskrim Cornetto kepada
Izwani yang dipesannya pagi tadi . Izwani tersenyum keriangan . “So , how was the day as a secretary , Miss
Fazura Izwani ?” tanya Tisya seperti mengusik .
“Not bad . New experience . You know what
Tisya , Mamat pink yng Wani cerita kat Tisya yang kat airport tu rupanya CEO syarikat ni . Boleh pulak dia panggil Wani
‘Ketot’ tadi . Geram pulak hati Wani .” cerita Wani kepada Tisya sambil
memuncungkan bibirnya . Tisya hanya tergelak melihat Fazura Izwani . “Aduhai ,
Cik Wani Cik Wani .” kata Tisya sambil tersenyum lalu menggelengkan kepalanya .
“Latisya Arissa , how many times do I have
to tell you? No need to call me ‘Cik Wani’ just call me Wani . I just feel so
uncomfortable when you call me ‘Cik’” ujar wani sambil menyuapkan aiskrim
ke dalam mulutnya . “Alright , Wa .. Wa..
Wani .” kata Tisya yang agak sedikit gagap memanggil Izwani tanpa
memanggilnya ‘Cik’ . “Good girl.” Ucap
Wani lalu menyuapkan lagi aiskrim ke dalam mulutnya .
Kereta
itu laju meluncur di atas jalan raya menuju ke sebuah Kompleks membeli-belah
yang terkenal di seluruh Sabah , iaitu , 1 Borneo Grand Hypermall . Izwani
menghabiskan aiskrimnya manakala Tisya pula focus kepada pemanduannya .
“Handsome jugak si Mamat Pink berkot pagi
tadi . Pakai necktie pulak tu ”
Monolog Wani sendiri sambil tersipu-sipu . “Fazura Izwani ? Cik Wani , are you okay ?” tanya Tisya yang
menyedari Izwani tersenyum dan tersipu-sipu sejak tadi . Wani kelihatan sedikit
kebingungan dan gelisah kerana Tisya perasan akan kelakuannya .
“Malunya akuuuuuu
!” jerit Izwani dalam hati . “Once again
Latisya . Last warning , call me Wani .” kata Wani menuka topic . “Okay Cik
Wani , eh eh Wani .” kata Tisya sedkit tergagap . Wani tersenyum kerana dapat
mengenakan Tisya balik .
JJJJJJJJJJ
“Baiklah Tuan ,
kalau macam tu , esok petang Tuan boleh datang ke pejabat saya untuk
tandatangan kontrak.” Ujar Izwani sambil tersenyum dan berjalan beriringan
dengan seorang client syarikat
ayahnya daripada Johor . “Baiklah , esok saya jumpa kamu . Saya pergi dulu .”
ujar Klien Izwani . Dia menganggukkan kepalanya . Tisya yang berada di
sebelahnya memberi reminder kepada
Wani “Pukul 4 hingga 6 petang Wani kena jumpa Cik Nafyssa di tingkat 3 ,
sekarang ni free , so , where should we
go now ?”
“KFC of Course ! Lets go Tisya . Hungry tahap
gaban ! I’m coming cheesy wedges !”
ujar Wani sambil berlari keanak-anakkan menuju ke arah KFC . Tisya hanya
mengekori dari belakang . Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat sikap CEO
nya itu yang bersifat peramah dan tidak mementingkan pangkatnya serta
kebudak-budakkan .
Latisya menunggu
Izwani di meja luar KFC . “Jom !” ujar Izwani . Mulut Latisya terlopong . Dia
melihat semula ke dalam 2 plastik besar KFC itu . “Apa yang Wani beli ni ?”
tanya Tisya . “4 Family Set , 16 kotak Cheesy wedges 8 Milo pink , 6 big set
French Fries , 5 Big Set kentang putar . Tu ja.” Jawab Izwani selamba . “What
?!” respon Tisya separuh menjerit .
“Jom jalan pi
tempat Nafyssa .” ujar Wani sambil mengorak langah menaiki eskelator ke tingkat
3 . Setibanya sahaja di hadapan studio milik Nafyssa dia terus masuk dan
meletakkan semua makanan itu di atas meja lalu memanggil kedua-dua pekerja di
studio Nafyssa . “Mana Nysa ?” tanya Wani kepada salah seorang pekerja Nafyssa
. “Cik Nafyssa ada student dia kat
dalam .” Wani hanya menganggukkan kepalanya .
“Setiap orang ambil
1 family set , 2 kotak cheesy wedges , 1
drinks , 1 big set French fries , 1 big
set kentang putar .”arah Izwani . “Whoa banyaknya Cik Wani . Thank you Cik
Wani.” Ujar kedua-dua pekerja Nysa dan Tisya serentak . “Welcome . Baca doa
sebelum makan tu .” balas Wani . Mereka hanya tersenyum .
Mereka pun makan
bersama-sama dan tidak lama kemudian , Nysa Nafyssa keluar bersama pelajarnya
dari dalam bilik khas . Dia juga turut menjamu selera . Nysa Nafyssa merupakan
anak bongsu dalam adik-beradik Fazura Izwani . Dia merupakan seorang guru
tadika di waktu pagi , guru Bahasa di sekolah menengah pada waktu petang , guru
Muzik pada hujung minggu dan merupakan ‘artis’ yang busking di Mall bersama
Izwani setiap petang .
Penat tidak penat ,
itulah minatnya . Jam telah pun mencecah angka 4 petang . Lalu Nafyssa dan
Izwani pun memulakan rutin mereka iaitu busking bersama-sama di South Atrium sehinggalah pukul 6 petang
. Seperti biasa , ramai yang akan berkumpul melihat persembahan mereka sehingga
mereka sudah menjadi seperti artis , ada yang hendak bergambar dengan mereka
malahan meminta autograph dari mereka
.
Pukul 6 telah pun
tiba , ada dua jam lagi untuk dua beradik ini mempersiapkan diri mereka sebelum
majlis rasmi bermula . Sebentar lagi , pasti Pak Hamid , iaitu driver kepada ayah Fazura Izwani akan
menjemput mereka sekeluarga untuk ke Majlis Rasmi di Sutera Harbour .
Tisya dan Izwani
bertolak pulang ke rumah Izwani . Kali ini , Izwani yang memandu keretanya .
Seperti kebiasaannya , meter kelajuan Izwani pasti tidak lepas dari 100km/j .
Tisya menjeling ke arah meter kelajuan kereta itu , ianya telah mencecah
120km/j . “Wani , perlahan boleh ?” tanya Tisya yang sedikit menggigil .
Perlahan-lahan
meternya turun ke 100km/j . Tisya
menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu menghembuskannya . Setelah beberapa
puluh minit , mereka pun tiba di rumah Fazura Izwani . “Lets go !” ujar Wani
lalu keluar dari keretanya dengan segera dan mengunci keretanya sebaik sahaja
Tisya juga keluar dari keretanya.
Mereka masuk ke
dalam bilik Izwani melalui terowong yang diikutinya pagi tadi . Terowong itu
bersambung dengan lot parkir kereta di tingkat bawah tanah rumahnya . Izwani
segera meletakkan beg galasnya dan briefcase
miliknya di sofa ruang tamu di mini house
nya . Lantas dia menyegarkan dirinya dan begitu juga dengan Tisya yang
biliknya dibuat khas di sebelah bilik Izwani .
Malam itu , Izwani
mengenakan dress labuh berwarna Hitam
pada skirtnya dan putih pada bajunya . Jenis kain dress labuh nya itu kain satine
, dan begitu jug dengan shawl satine hitam
yang dikenakannya . Izwani masuk ke dalam walk-in-closet
milliknya lalu mengambil gadget Iphone
6 dan Samsung Galaxy Mega miliknya dan dimasukkannya ke dalam tas tangan
Prada miliknya yang berwarna hitam . Dia menuju ke walk-in-closet seterusnya untuk mengambil heels nya yang berwarna hitam putih .
Malam ini tema
Izwani adalah black and white .Latisya
keluar dari biliknya dan kelihatan sunngguh anggun dengan dress hitam yang
dikenakannya . Izwani tersenyum lebar melihat Latisya . “Jom naik , kejap lagi
papa dengan mama mesti dah sampai .”
ujar Izwani kepada Latisya . Latisya hanya menurut kata Izwani .
Mereka menaiki anak
tangga untuk naik ke tingkat 3 rumah itu perlahan-lahan . Setibanya sahaja
mereka di tingkat 3 , kelihatan Mak Mah sedang menatang minuman ke ruang tamu
utama untuk Izwani dan Latisya minum sementara menunggu ketibaan Dato Sufian .
“Amboi , cantik
sungguh anak gadis berdua ni , pergilah minum , Mak Mah dah sediakan di atas
meja ruang tamu utama tu .” ujar Mak Mah sebaik sahaja terlihat Izwani dan
Latisya . Usai sahaja mendengar kata mak Mah , Izwani dan Latisya menuju ke
ruang tamu utama . Dengan cermat sekali , mereka menghirup jus oren yang fresh diperah oleh Mak Mah .
Pin ! Pin ! Tidak
lama kemudian , kedengaran bunyi hon kereta dari arah luar rumah . Mayza Syazwa
turun dari tingkat atas membawa heels nya
. “ Tu papa dah sampai , jom gerak !” kata Mayza Syazwa . Wani dan Tisya pun
bergerak ke luar rumah . “Mak Mah , kitorang gerak dulu !” jerit Wani kepada
Mak Mah yang berada di dapur kering . “Baiklah , hati-hati .” jerit Mak Mah
membalas .
JJJJJJJJJJ
“Adik cantiklah
pakai dress macam ni , tak lah Nampak
macam jantan sangat .” ujar Noraini Syazwani yang merupakaan kakak ketiga kepada
Nafyssa . Nafyssa memberikan jelingan yang tajam kepada Syazwani laalu mereka
semua menghirup miuman yang berada di tangan mereka .
“Sebenarnya ni event apa papa sampai beria-ia suruh
kitorang semua datang malam ni ?” tanya Syazwani kepada ayahnya . Dato Sufian
menjawab “Shipping partnership” . “Oohh”
jawab mereka semua serentak sambil menganggukkan kepala . Izwani menoleh ke
kiri dan ke kanan . Tiba-tiba , pandangannya terhenti dan tertumpu pada satu
susuk tubuh yang amat dikenalinya .
“Kenapa ni ?” tanya
Latisya . “Tengku Mikhail !” jawab Wani ringkas sambil menudingkan jarinya pada
seorang lelaki . Wani pergi meninggalkan keluarganya dengan alasan hendak ke
tandas . “Aku harus pergi , Tengku Mikhail tak boleh tahu ataupun nampak aku ada
kat sini . Tapi kalau aku pergi lama sangat , mesti mama dengan papa syak
sesuatu dekat aku ! Aduh apa patut aku lakukan ? Hah , aku ada satu idea !”
ujar Wani bermonolog sendiri sambil berjalan mundar mandir di sekitar lobi
Sutera Harbour .
“Fazura Izwani !”
tegur satu suara yang memang amat dikenalinya . Izwani berpaling ke belakang .
“Ah , sudah ! mampus aku macam ni !” gerutu Izwani di dalam hatinya . “ Ya , sa
.. sa .. saya Tengku Mikhail . Ke .. Ke .. kenapa ?” jawab Izwani
tergagap-gagap . “Kamu buat apa kat sini ?” tanya Tengku Mikhail dengan suara
yang ganas .
“Saa .. Sa .. Saya
…” ucap Wani terketar-ketar . “Izwani !” belum sempat pun IZwani menghabiskan
ayatnya , satu suara kedengaran memanggil namanya sekaligus menyelamatkannya
dari Tengku Mikhail . Mereka berdua memandang ke hadapan . Latisya berlari ke
arah mereka berdua . “Fuh , selamat !” ucap Izwani dalam hati . “Maaf Encik ,
saya perlu bawa Izwani . Saya minta dia ambil saya dekat hotel ni untuk teman
saya keluar , ada apa-apa ke Encik ?” kata Latisya kepada Tengku Mikhail .
“Nope , takda apa . Awak boleh bawak
Izwani keluar .” kata Tengku Mikhail sambil menggelengkan kepalanya . Latisya membawa Izwani ke tempat parkir
kereta . Tengku Mikhail melihat mereka berlalu pergi . Dalam perjalanan mereka
ke tempat parkir kereta , Izwani berbisik kepada Latisya , bertanya , “Kita nak
ke mana ?” Lalu Latisya menjawab “Pulang ke rumah , kat sini Wani tak selamat .
Saya dah call teksi . Saya juga dah bagitahu dekat Dato Sufian dengan Datin
Masnah yang Wani rasa tak sihat .”
Wani menganggukkan
kepalanya tanda faham akan penerangan Latisya dan tidak lama kemudian , berhenti
sebuah teksi di hadapan mereka . Lalu , mereka berdua pun menaiki teksi itu dan
Latisya memberitahu lokasi yang hendak dituju . Izwani menyandar di kusyen
teksi . Wajah Tengku Mikhail bermain-main di kepalanya .
Mengapa dia ada di sana ? Tahulah
dia anak kepada CEO Sutera Harbour tapi kenapa perlu dia ada dalam majlis Shipping Partnership ? Mampus aku kalau
Tengku Mikhail tahu aku adalah salah seorang CEO muda yang menjalankan
Syariikat perkapalan .
Tidak lama kemudian
, teksi itu pun tiba ke destinasi yang hendak dituju , rumah Izwani . Latisya
menguruskan pasal tambang teksi dan Izwani berlalu pergi memasuki rumahnya lalu
menuju ke biliknya , dia merehatkan dirinya . Hari ini dirinya sudah cukup
penat , penat melakukan banyak urusan dan aktiviti .
Perlahan-lahan dia
membaringkan dirinya di atas katil lalu mencapai patung Spongebob miliknya dan memeluknya . Wajah Tengku Mikhail dan situasi
di Sutera Harbour menghantui fikirannya
. Astaghfirullahalazim . Istighfar
Wani panjang . Entah apa yang merasuknya malam ini . “Baik aku tidur , esok nak
kerja .” ujar Izwani .
JJJJJJJJJJ
“Izwani buatkan
saya air !” jerit Tengku Mikhail dari dalam biliknya . Izwani yang tadinya
menghadap buku catatan akur dan berdiri menuju ke dapur buat air . Dicapainya coffee dan gula dari bekas khas lalu
memasukkannya ke dalam mug mengikut
sukatan yang betul lalu membancuhnya . Seetelaah selesai , Izwani pun menuju ke
bilik Tengku Mikhail . Tok ! Tok ! Tok ! Pintu bilik diketuk .
“Masuk .” ujar
Tengku Mikhail . Izwani menatang minuman yang dibancuhnya tadi dengan
berhati-hati lalu diletakkannya di atas meja Tengku Mikhail . Lalu , dia
beredar berpusing ke beelakang sebaik sahaja minuman itu diletakkan . Tengku
Mikhail mencapai mug yang Izwani
letakkan sebentar tadi . Air itu diminumnya dengan rakusnya . “Sedap juga air
si Ketot ni buat .” kata Tengku Mikhail dalam hati .
Belum sempat Fazura Izwani memegang tombol
pintu .. “Izwani !” namanya dipanggil semula . “Apa lagilah yang mamat ni nak
?” tanya Izwani dalam hati . “Ya Tengku Mikhail ada apa ?” tanya Izwani sambil
memberikan senyuman paksa kepada Tengku Mikhail .
“Awak
ni reti buat air ke tidak ? Air awak ni manis sangat lah . Suruh Mak Jah buat
air lain . Tak ingin saya minum air awak ni .” kata Tengku Mikhail . Izwani
bergerak semula menuju ke meja Tengku Mikhail untuk mendapatkan mug semula . Dia berlaalu pergi . “Eleh
, kata tak sedap tapi habis jugak air aku kau minum . Kau tunggu , siap kau
lepas ni !” omel Izwani sambil menuju ke tempat buat air tadi .
“Kau
kata air aku manis ya . Ambik kau !” bebel Izwani lagi sambil memasukkan 3 sudu
garam ke dalam mug dan dicampurnya
dengan coffee lalu dibancuhnya .
Izwani kembali semula ke bilik Tengku Mikhail lalu menyerahkan air itu dan dia
terus berlari ke luar sebaik sahaja Tengku Mikhail mula menghirup air yang
dibuatnya .
“Izwani !!!!” jerit
Tengku Mikhail dengan kuat sehingga boleh didengari di seluruh bangunan . “Syif
saya dah habis Tengku Mikhail . Bye !” ujar Fazura Izwani nakal lalu mencapai
tas kerjanya dan berlari menuju ke arah lif . Izwani ketawa terbahak-bahak .
“Padan muka ! Lain kali kau bebel lagi ya ” gerutu Izwani . Lalu berlari keluar
meninggalkan Farhan Holding’s .
JJJJJJJJJJ
JJJJJJJJJJ
“Fazura Izwani ,
sila masuk ke dalam bilik saya sekarang !” kata Tengku Mikhail separuh menjerit
. “Ish ! ada-ada ja lah Mamat pink ni , itu tak kena ni tak kena !”bebel Izwani sambil mengambil buku catatan
dan pen . Qisya yang duduk di hadapannya ketawa melihat telatah Izwani . “yes
Tengku Mikhail ?” ujar izwani sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam
pejabat Tengku Mikhail .
“Saya nak awak ubah
bilik saya ! After lunch saya nak
tengok semua beres . Saya bosan dengan kedudukan bilik ni !” kata Tengku
Mikhail membetulkan kotnya lalu beredar dari bilik itu . “Baik Tengku Mikhail.”
Jawab Izwani dengan senyuman manisnya tanda idea baru muncul lagi . “Apahal dia
senyum macam tu kat aku ?” gerutu Tengku Mikhail apabila terlihat senyuman
Izwani yang menggugat jantungnya .
Tengku Mikhail
berlalu pergi . Sebaik sahaja kelibat Tengku Mikhail tidak kelihatan , Izwani
mengeluarkan gadget nya lalu
menelefon Tisya . “Hello Miss Izwani ?” jawab Tisya . “Tisya , belikan sticker favourite saya then hantar ke sini . Cepat tau .” arah
Izwani . “Kebetulan saya ada di depan Farhan Holdings and ada beli sticker khas Wani , kejap lagi saya
naik.” Kata Tisya . “Okay .”kata Wani bersemangat lalu panggilan pun diputuskan
.
Tidak lama kemudin
, pintu bilik Tengku Mikhail diketuk dan kedengaran bunyi kuakkan pintu . “Cik
Izwani , ni sticker tu.” Kata Tisya
yang muncul di di daun pintu . “Shhhhh , janganlah cakap kuat sangat nanti
orang dengar macamana ?” kata Izwani sambil menyambut bungkusan di tangan Tisya
. “Sorry , gotta go Wani . Take care .”
ujar Tisya sambil melambaikan tangannya pada Wani . “Mesti Cik Wani ada idea
nakal . Ish ish ish .” fikir Tisya dalam hati .
Setelah beberapa
jam Tengku Mikhail keluar , akhirnya , masa makan tengahari telah pun tamat dan
menandakan syif Izwani dan Qisya telah pun tamat . Izwani dan Qisya
masing-masing mengemas barang mereka . Kelihatan Tengku Mikhail berjalan menuju
masuk ke dalam pejabatnya . Izwani dan Qisya saling berpandangan .
Perlahan-lahaan mereka berjalan terhenjut-henjut meninggalkan meja kerja mereka
.
“Fazura Izwani!!!”
jerit Tengku Mikhail . Izwani dan Qisya lari menuju ke lif . Tengku Mikhail
mengejar mereka tetapi Izwani dan Qisya berjaya meloloskan diri dalam perut lif
. Izwani dan Qisya tercungap-cungap mencuri nafas . Mereka berdua ketawa
berdeka-dekah dalam lif . “Apa yang kau buat kat bilik Tengku Mikhail sampai
dia geram macam tu ?” tanya Qisya . “Aku tampat stickeer hello kitty kat dinding ngan meja dia . Hahahahaha .” ujar
Izwani bersama gelak besarnya . Qisya juga tertawa sama .
BAB 3 : SEMUANYA PECAH !
Minggu
ini merupakan minggu terakhir Izwani bekerja dengan Farhan Holdings .
Kontraknya bakal tamat hujung minggu ini . Sudah cukup penat Izwani ‘didera’
oleh majikannya , Tengku Mikhail . Disuruh buat air , manis lah , pahit lah ,
komen Tengku Mikhail pada Izwani .
“Fazura
Izwani , come in .” ujar Tengku
Mikhail melalui intercom . Izwani mempersiapkan dirinya lalu membawa buku catatan
sambil berjalan menuju masuk ke dalam bilik Tengku Mikhail . “Yes , sir ?” tanya Izwani sebaik sahaja
berada di muka pintu .
Tengku
Mikhail membuat isyarat tangan yang menunjukkan bahawa menyuruh Izwani duduk di
kerusi berhadapan dengannya . Izwani menelan liur . Mahu tidak mahu , kena juga
dia turutkan perintah majikannya itu . Lalu dia berjalan selangkah demi
selangkah . “Mesti nak bebel aku ni . Tapi apahal muka dia macam marah je ?”
fikir Wani sejenak .
“Cepatlah
sikit jalan tu , terkepit-kepit , terkepit-kepit !” kata Tengku Mikhail separuh
menjerit . Bahu Izwani sedikit terhenjut . Dia menundukkan kepalanya sambil
membetulkan cermin matanya . Cermin mata yang hanya sebagai hiasan lalu membetulkan
pakaiannya sebelum duduk berhadapaan dengan Tengku Mikhail .
Pakaian
seragamnya iaitu seluar sleck , berbaju kemeja putih lengan panjang dan
bertudung hitam labuh sempurna . Kini , dia sudah duduk berhadapan dengan
Tengku Mikhail . “Look at me .” ucap
Tengku Mikhail . Perlahan-lahan Izwani mengangkat mukanya melihat kea rah
Tengku Mikhail .
“You are fired !” jerkah Tengku Mikhail
sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah muka Izwani . Fazura Izwani
terlopong besar . “But , why ..”
tanya Izwani penuh dengan persoalan . Apa salah aku ? Aku pecah amanah ke ?
Memang taklah ! Aku buat apa ? Monolog Izwani sendirinya .
“Kura-kura
dalam perahu , tak tahu nak keluar sendiri , pura-pura tak tahu , masih tak
sedar diri !” sergah Tengku Mikhail . Izwani menggaru-garu kepalanya yang tidak
terasa gatal . Pantun jenis apa tu ? Nak kata pantun bukan jugak , pening aku
mamat ni . “Explain it .” jawab
Izwani dengan tenang .
“Explain
it kau kata ? Hei , perempuan ! Explain
this !” marah Tengku Mikhail lalu menghempaskan kertas yang berlambak ke
muka Izwani . Kelopak mata Izwani bergenang air mata . Tidak pernah dia
diperlakukan sebegitu rupa oleh sesiapa . Tengku Mikhail ialah orang pertama
yang melakukannya . Nasib baik belum pecah lagi matanya yang berkaca itu . Dia
mengejapkan akar tunjaang kekuatan dirinya . Perlahan-lahan dia mengambil
sekeping kertas yang bertaburan di atas lantai itu lalu melihatnya . Belum
pernah lagi ada orang yang menghempas kertas ke mukanya sehinggalah ke hari itu
.
Setelah
pandangannya yang kabur itu dialihkan ke kertas yang dipungutnya tadi , Izwani
terkejut . Terlopong besar mulutnya . Sebaik sahaja menyedari keadaan mulutnya
, dia lantas menutup mulutnya yang terlopong itu . Setitis demi setitis ,
mutiara jernih miliknya basah menimpa bumi . “Explain me , what ?!” jerit Tengku Mikhail . Badan Izwani terhenjut-henjut
menahan sendu . Dia mengelap air matanya lalu berdiri berhadapan dengan Tengku
Mikhail , nafasnya dihela panjang lalu ditariknya lagi dan berkata dengan
lantangnya “For your information Tengku
Mikhail , its not me ! Look at the date and time below ! Don’t you remember
that I’ve meeting with you at Langkawi ? 25th of May 2015 Tengku
Mikhail ! Teliti , siasat , analisis , berfikir , baru bertindak ! Bukan
bertindak seperti orang BODOH ! Think before you speak ! Senakal-nakal saya ,
saya masih ada maruah Tengku Mikhail bin Dato Farhan ! Saya masih ada harga
diri ! Saya bukan perempuan murahan ! You hurted me ! Control your ego please !
Assalammualaikum ! ” ucap Izwani lalu
berlalu pergi meninggalkan ruangan Tengku Mikhail .
Dia
kembali ke ruangannya semula dan mengemas peralatannya . SUdah dipecat , takkan
nak tinggal lagi ? Dengan amarahnya yang membuak-buak , ditahan dengan
beristiighfar panjang . Kelihatan , kedua-dua secretary syif petang itu terkekeh-kekeh ketawa melihat Izwani .
Tidak lama selepas itu , dengan segala kekuatan yang ada pada diri Qisya , dia
bertanyakan kepada Izwani mengapa dia menangis tetapi Izwani tidak menghiraukan
pertanyaan Qisya lantas Izwani berlalu pergi meninggalkan pejabat Farhan
Holdings .
Qisya
masuk ke pejabat Tengku Mikhail . Dia melihat akan Tengku Mikhail yang sedang
mengusap mukanya sambil beristighfar panjang . Qisya mencapai sekeping kertas
yang bertaburan di atas lantai itu . “Astaghfirullahalzim
. Apa semua ni Encik Mikhail ? Dari mana Tengku Mikhail dapat semua ni !
Fikirlah dulu sebelum tuduh Izwani macam ni ! Bukankah Izwani ada dengan Encik
Mikhail waktu ni ? Saya sendiri ada dalam pejabat ni waktu ni , Wani mana ada kat sini time ni ! Nauzubillah Ya Allah . Siapalah yang buat kerja ni ?”
Qisya
hanya beristighfar panjang sebaik sahaja terlihat gambar Fazura Izwani yang
berpelukan bersama staf lain di dalam pejabat . Sedangkan ketika itu , Fazura
Izwani berada bersama Tengku Mikhail di
Langkawi . Qisya keluar dari bilik Tengku Mikhail dan cuba menghubungi izwani
berkali-kali namun telefon bimbitnya dimatikan .
Fazura
Izwani mengalirkan air matanya sederas yang mungkin . Sudah boleh diperah sapu
tangan Tisya . Izwani menangis semahu-mahunya sepanjang perjalanan itu . “Where should we go now ?” tanya Tisya .
“1 Borneo .” jawab Izwani ringkas dengan nafas yang tersekat-sekat kerana
tangisannya .
Tisya
mengikut sahaja kehendak bosnya itu . Pasti Cik Wani nak ke Cool Café . Fikir
Tisya . Sudah menjadi kebiasaan buat Fazura Izwani , tiap kali ada masalah atau
sedang bersedih , pasti dia akan ke Cool Café untuk memakan aiskrim sebanyak
yang mungkin . Beberapa minit kemudian , mereka pun tiba di lot parkir bawah
tanah 1 Borneo .
Izwani
segera membuka tali pinggang keledar lantas mencapai tas tangannya lalu keluar
daripada kereta dan menuju ke pintu masuk . Tisya mengejar izwani yang
langkahnya semakin besar , risau dibuatnya . Tidak pernah lagi Tisya melihat
Fazura Izwani sebegini rupa . Lantas Tisya menghubungi adik beradik Izwani yang
lain sambil mengejar Izwani .
Seperti
dijangkakan , Izwani menuju ke Cool Café . Tisya menghampiri Wani lalu Wani
memesan aiskrim kepada pekerja Café itu , “Vanilla Choco Chip” bagi big cup 6
ya .” pesan Wani sambil cuba menguntumkan senyuman . Tisya memandang Wani . “Seriously ?” tanya Tisya meminta
kepastian . “Don’t ask me , stressed
eating !” jawab Izwani ringkas . Tisya hanya mendiamkan dirinya . Tidak
lama kemudian , pesanannya pun siap dan Izwani membayarnya .
Izwani
membuka semula langkahnya . Tisya hanya menurut di belakang . “What ? Gym ?!”
ucap Tisya separuh menjerit dan terlopong . Izwani berpusing ke belakang
merenung Tisya dengan tajam . Tisya menutup mulutnya dengan menggunakan
tangannya . Wani mengorak semula langkahnya .
“Apahal
Cik Izwani ni pergi Gym pulak . Kan dekat rumah dia dah ada gym . Jangan dia
buat benda tak elok sudah .” rungut Tisya . Dia mengorak semula langkahnya
mengekori Izwani . Kelihatan Izwani sedang menuju ke bahagian kaunter tempahan
. Tisya menurutnya di belakang .
Rupa-rupanya
Izwani minta bilik private . Dia menuju ke bilik private yang terletak di
hujung sana . Setibanya sahaja di hadapan pintu bilik itu , Izwani swipe kadnya untuk membuka pintu bilik
itu . Pintu bilik itu terbuka dan kelihatan satu beg tinju tergantung di
tengah-tengah bilik itu . Pintu bilik tertutup semula .
“Takkanlah
Cik Izwani nak ..” belum sempat pun Tisya menghabiskan ayatnya , Izwani sudah
berlari meluru ke arah beg tinju itu lalu menumbuknya sekuat hati dan
melepaskan segala kemarahannya dan yang terbuku di hatinya . “Tak guna punya
Tengku Mikhail ! You hurted me ! Aku benci kau ! Mamat Pink ! Sotong ! ” Dushhh
! Tumbukan dan jeritan yang serentak kedengaran bergema di seluruh bilik itu
dan selepas itu tiada lagi bunyi tumbukan dan tendangan .
Sudah
hampir 10 minit Izwani menumbuk beg tinju itu dan geramnya kini sudah terlepas
lantas dia duduk di sebelah Tisya dan memakan aiskrim yang dibelinya tadi .
Aiskrim miliknya yang berlumlah RM42 . “Ambillah satu.” Arah Izwani kepada
Tisya . Tisya hanya menurut kata Izwani . Dalam sekelip mata sahaja , sudah 3
Big cup habis diratah Izwani . Sedangkan aiskrim Tisya , separuh pun tak habis
lagi . Bak kata Izwani “stressed eating !” .
JJJJJJJJJJ
“Qisya
, Izwani ada call awak tak ?” tanya
Tengku Mikhail kepad Qisya . Qisya menggelengkan kepalanya tanda tiada . Sejak
kebelakangan ini , Tengku Mikhail dan Qisya cuba menghubungi Fzura Izwani
tetapi tidak dapat . Kalau dapat pun , panggilan mereka itu tidak dijawab
malahan dimatikan atau dibiarkan .
Tengku
Mikhail berasa bersalah akan sikapnya yang sudah keterlaluan terhadap Fazura
Izwani kerana melemparkan kertas ke muka Izwani dan menudhnya macam-macam tanpa
menyiasat semuanya dahulu . Setelah kejadian itu ,Izwani tidak pernah lagi
kelihatan . Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu dan berhubung dengan
Izwani .
Tengku
Mikhail juga tidak berapa terurus sejak kebelakangan ini . Wajah Izwani yang
mengalirkan air mata sering sahaja bermain-main di mandala fikirannya . Rasa
bersalah dan keji sering sahaja menghantui dirinya selama sebulan itu . Entah
hantu mana yang merasuknya pada hari itu dan menjadikannya lelaki dayus yang
berani pada perempuan .
“Tengku
Mikhail , meeting akan bermula dalam
masa setengah jam lagi .” ujar Qisya memberi peringatan kepada Tengku Mikhail .
Kini , Qisya yang menggantikan kerja Izwani sebagai morning reminder . Tengku Mikhail hanya menganggukkan kepalanya
tanda faham akan maksud Qisya . Dia mengusap mukanya beberapa kali dan mengeluh
panjang . Lantas dia mempersiapkan dirinya untuk bermesyuarat .
JJJJJJJJJJ
“Wani
dah siap ? Dalam 5 minit lagi , kita perlu bertolak ke pejabat . dalam setengah
jam lagi meeting akan bermula .” ujar
Tisya mengingatkkan Izwani yang sedang berada di dalam walk-in-closet . “Dah siap !
Jom gerak , Tisya you drive .” jawab
Izwani lalu keluar dari dalam walk-in-closet
dan menuju ke pintu utama . Briefcase
miliknya sudah tersedia di tangan .
Sebaik
sahaja Tisya menghidupkan enjin kereta , kereta itu meluncur laju meninggalkan
perkarangan rumahnya . Izwani menyuapkan sandwich
sardine ke dalam mulutnya . Tisya melihat Izwani . “Apa ?” tanya Izwani
selamba . “Nervous eating !” kata
Izwani dengan mulutnya yang penuh dengan makanan . “Cik Wani ni ada-ada ja lah
. Stressed eating . Nervous eating . hahaha
“ ujar Tisya sambil tergelak .
Perjalanan
itu sunyi . Manakan tidak , Izwani sibuk dengan sandwich nya . 15 minit kemudian mereka pun telah tiba di Syarikat
Perkapalan Izwani . “Selamat pagi Cik Wani . Semua client dah ada dalam bilik mesyuarat .” ujar secretary kedua Izwani . Dia membawa Izwani dan Tisya ke dalam
bilik mesyuarat .
Secretary kedua Izwani masuk dahulu dan
berkata kepada para tetamu , “Represent
to you , Miss Fazura Izwani binti Dato Sufian , CEO Of Sufian’s Shipping
Holdings Sdn Bhd .” dan mempersilakan Izwani serta Tisya masuk ke dalam
bilik mesyuarat . Dengan langkah kanan dan Bismillah
Izwani pun masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan senyuman dan cuba berlagak
tenang di dalam sebuah bilik yang penuh dengan klien ayahnya , Dato Sufian
.
Dia
mempersilakan semua client nya duduk
lalu dia pun duduk dan pandangannya terhenti pada satu wajah . Wajah yang
membuat tangannya berbalut kerana menumbuk beg tinju . Tengku Mikhail . Izwani
melarikan pandangannya .Tengku Mikhail juga kelihatan terkejut melihat Izwani .
Izwani yang dulunya menjadi secretary di
Syarikatnya dan kini duduk pula di kerusi CEO besar Syarikat Perkapalan seluruh
Sabah .
Izwani
cuba berlagak seperti biasa . Presentation
hari itu Izwani cuba jalankan tanpa ada sebarang gangguan . Dia cuma takut
jika fokusnya hilang kerana Tengku Mikhail . Hendak dikatakan perasaan cinta
bukan juga . Entah perasaan apakah itu ? Setelah beberapa jam berlalu ,
akhirnya mesyuarat itu telah pun tamat .
Izwani
segera keluar dari bilik mesyuarat sambil menarik tangan Tisya dan menuju ke tempat parkir kereta . “Let me drive .” ucap Izwani sambil
menghulurkan tangannya meminta kunci kereta . “Err , Wani , sebenarnya saya nak
ke tempat lain boleh ?” tanya Tisya . “Ke mana ?” tanya Wani samil menghidupkan
enjin kereta .
Izwani
mengerling ke kanannya untuk mengenakan tali pinggang keledar dan tidak sengaja
dia terlihat Tengku Mikhail yang berlari ke arah keretanya lantas Izwani menderum keluar laju
dari tempat parkir kereta . Tengku Mikhail hanya sempat mengetuk cermin kereta
Izwani lalu kereta Izwani berlalu pergi . “Where
is the place ?!” tanya Izwani kepada Tisya sedikit keras .
“Perdana Park .” jawab Tisya ringkas .
Izwani mendengus lalu menghentak tangannya pada sterring kereta . Bahu Tisya
sedikit terhenjut . Tidak pernah walaupun sekali Izwani berperangai sebegitu .
Nafasnya naik turun begitu cepat sekali , dadanya berombak menahan marah . “Sorry.” Tutur Wani ikhlas kepada Tisya
sebaik sahaja perasaannya mulai reda . Tisya hanya menguntumkan senyuman tanda
faham bahawa Wani tertekan kerana Tengku Mikhail muncul di hadapannya semula .
Kereta
itu menderum laju menuju ke taman Perdana . Mata Tisya sesekali menjeling ke
arah spedometer . 160km/j . Tisya beristighfar panjang . Izwani seperti perasan
akan kelakuan Tisya yang dari tadinya hanya menggenggam tali pinggang dengan
kuat sekali mula menurunkan kelajuan keretanya . “Sorry again .” ujar Wani sekali lagi .
Tidak
lama kemudian , mereka pun tiba di Taman
Perdana . Masing-masing turun dari kereta dan masuk ke dalam Taman Perdana .
Tisya sedang menjawab panggilan telefon . Mungkin itu panggilan dari sepupunya
, agak Izwani . Izwani berjalan-jalan di sepanjang tasik itu .
Taman
Perdana merupakan sebuah tasik yang mempunyai air pancut yang kelihatan seperti
menari-nari mengikut irama . Tenang sungguh hati Izwani melihat keadaan di
Taman Perdana . Kring ! Kring ! Kring ! Telinga Izwani tertumpu pada satu bunyi
.
Loceng
aiskrim ! Monolog Wani dalam hati . Dia menoleh ke belakang . Kelihatan seorang
pak cik yang sudah berusia sedang menolak troli aiskrim sambil membunyikan
locengnya . Izwani berjalan menuju ke tempat pak cik itu lalu dia memesan 3
aiskrim Cornetto . Seperti kebiasaannya , pasti Izwani akan makan aiskrim .
Maklumlah , hantu aiskrim .
Izwani
berjalan memerhatikan sekeliling . Kelihatan kanak-kanak berlari-lari di sekitar
sana sambil bermain layang-layang . Ada yang meniup buih sabun dan ada yang
duduk menunggu air pancut menari-nari . Izwani berjalan dan terus berjalan .
Kring ! Kring ! Kring ! Kring ! bunyi loceng aiskrim berdering lagi . Izwani
hanya membiarkan kerana ada 2 lagi aiskrim dalam genggamannya .
Kring ! Kring !
bunyi loceng aiskrim itu seperti mengekorinya . dia membiarkan lagi . Kring !
pantas izwani berpusing ke belakang . Mulutnya terlopong , aiskrim yang
digenggamnya tadi terlepas dari genggamannya . Dia menggosok-gosok matanya .
Betul ataupun tidak ? Mimpi atau realiti ?
Lelaki yang berdiri
di hadapannya itu bukan lagi pak cik penjual aiskrim yang menolak troli aiskrim
sejak tadi tetapi Tengku Mikhail . Izwani berpusing ke hadapan semulaa lalu
meneruskan langkahnya . “Wani , Wani ! Wait
!” kata Tengku Mikhail separuh menjerit yang kini sudah berada di hadapan
Izwani mendepakan tangannya menghalangn Izwani dari terus berjalan . Izwani tunduk
sedikit dan lalu di bawah depaan tangan Tengku Mikhai dan tidak menghiraukan
Tengku Mikhail lalu meneruskan perjalanannya . Maklumlah , Wani lagi rendah
dari Tengku Mikhail .
“Please , give me one chance .Give me 5 minutes
to say sorry .” sayup suara Tengku Mikhail meminta peluang lagi sekali pada
Izwani . Izwani menarik nafas panjang lalu menghentikan langkahnya . “5 minit
dari sekarang .” tegas Izwani .
“Look
, Fazura Izwani , I’m so sorry . I dunno what happen to me on that day . Please
forgive me , Izwani . Siang malam , rasa bersalah
menghantui diri saya . Saya tahu saya biadap , slap me Wani , slap me !” PANGGG ! Satu tamparan kuat singgah di
pipi Tengku Mikhail . Semua orang yang berada di sekeliling sana terdiam sebentar
. “Apahal kau tampar aku ?” tanya Tengku Mikhail sambil memegang pipi kanannya
yang terasa pedih itu . “Dah kau yang beria-ia suruh “Slap me Wani ! Slap Me.”
Ujar Izwani mengajuk lagak muka dan suara Tengku Mikhai . “Itu sebab kau baling
muka aku dengan kertas hari tu !” tambah Wani . PANGG ! Satu lagi tamparan
hinggap di pipi kanan Tengku Mikhail . “Itu sebab jatuhkan aiskrim saya !” kata
Wani .
“Kalau aku belikan
aiskrim baru untuk kau , kau maafkan aku tak ?” tanya Tengku Mikhail . Wani
mendongak memandang tengku Mikhail yang tinggi darinya . “Mestilah tapi dengan
satu syarat .” ujar Wani dengan senyuman nakal . “Apa dia ?” tanya Tengku
Mikhail teruja . “Aiskrim tu mesti Cornetto . Tak mau yang lain .” kata Wani sambil
menyilangkan tangannya dan memuncungkan bibirnya . “Wait.” kata Tengku Mikhail beria lalu pergi mendapatkan aiskrim
untuk memujuk hati Izwani .
Kelihatan seorang
lelaki sedang membawa ular peliharaannya bersiar-siar bersamanya di sekelilng
taman itu . Izwani yang begitu obses dengan ular mendekati lelaki itu lalu
meminta izinnya untuk meletakkan ular tersebut di tangannya . Dia menggantung
ular itu di leher Izwani . Izwani seronok bermain dengan ular tersebut .
Tidak lama kemudian
, Tengku Mikhail berlari semula mendapatkan Izwani bersama aiskrim Cornetto .
“Izwani .” panggi Tengku Mikhail yang berada di belakang Wani . Fazura Izwani
berputar menghadap tengku Mikhail bersama ular sawa batik di lehernya .
Tengku Mikhail
menjerit terperanjat dan ketakutan lalu terjatuh terjelupuk . Izwani mendekati
Tengku Mikhail . Tengku Mikhail cuba melarikan dirinya dengan aksi bertiarap .
“Why ?” tanya Izwani kehairanan . “Bring it away from me ! Now !” tegas
Tengku Mikhail . “Oh , takut ular eh ? Nah ular , nah ular !” usik Wani sambil
mendekatkan kepala ular ke pipi Tengku Mikhail .
Tengku Mikhail
menutup matanya dan rupanya berkerut sungguh . Izwani mengambi peluang itu
untuk mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar muka cuak Tengku
Mikhail . Izwani mengembalikan semula ular sawa batik itu kepada tuannya dan
berterima kasih . “Tengku Mikhail oi , sudahlah , ular tu dah takda .” ucap
Izwani sambil tertawa .
Tengku Mikhail
berdiri semula lalu membersihkan seluarnya dan membetulkan tali lehernya .
“Awak ni kan !” ucap Tengku Mikhail sambil meletakkan jari telunjuknya di hadapan
muka Izwani . Izwani ketawa berdekah-dekah . Tengku Mikhail menjuihkan bibirnya
menahan rasa malu .
Kring ! Kring !
Telefon Izwani berdering . Dia melihat pada skrin telefonnya . Tertera nama
Tisya . “Ya Tisya , kenapa ?” tanya Izwani sebaik sahaja mengangkat panggilan
daripada Tisya . “Wani , boleh tak kalau sepupu saya tinggal dengan saya buat
sementara waktu ni sebab mak dengan ayah dia ke oversea , lagipun dia perempuan
?” tanya Tisya . “Ya sure , jumpa
pukul 9 di pintu masuk .” ucap Wani sebelum meletakkan panggilan .
“Siapa tu ?” tanya
Mikhail . “Yang awak nak tahu kenapa ?” kata Wani . Tengku Mikhail mengangkat
bahunya . Izwani membuka sedikit demi sedikit pembungkus aiskrim Cornetto yang
dibeli oleh Tengku Mikhail sebentar tadi . Mereka bersiar-siar di sekeliling
Taman Perdana .
“By the way , may I ask you something ?”
tanya Tengku Mikhail kepada Izwani . Izwani mengangkat keningnya tanda mengiziknkan
sambil menyuapkan aiskrim ke dalaam mulutnya . “Straight to the point , are you CEO?” ringkas soalan Tengku Mikhail
. Izwani tersedak aiskrim . Izwani hanya mendiamkan diri . Tengku Mikhail
mengangkat bahunya dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri . Kalau
diteruskan pertanyaan itu , pasti akan berlaku lagi perbalahan .
Mereka berjalan dan terus berjalan tanpa sebarang bicara . Izwani menyuapkan aiskrimnya sehingga habis . “Izwani ?” panggil Mikhai lembut . Izwani berpusing ke belakang menghadap Mikhail yang dari tadinya berjalan di belakang Izwani . Fazura Izwani mengangkat keningnya lagak bertanya . “Boleh kita berkawan ?” tanya Mikhail . Mulut Izwani terlopong . Dia terdiam seribu bahasa .
Mereka berjalan dan terus berjalan tanpa sebarang bicara . Izwani menyuapkan aiskrimnya sehingga habis . “Izwani ?” panggil Mikhai lembut . Izwani berpusing ke belakang menghadap Mikhail yang dari tadinya berjalan di belakang Izwani . Fazura Izwani mengangkat keningnya lagak bertanya . “Boleh kita berkawan ?” tanya Mikhail . Mulut Izwani terlopong . Dia terdiam seribu bahasa .
“Hello , excuse me !” ujar Mikhail yand
sedar akan reaksi Izwani dari tadinya terlopong dn mengelamun sambil
melambaikan tangannya di hadapan muka Izwani . “Hahh ? Apa dia ?” ucap Izwani
terkejut sekaligus tersedar dari lamunannya . “Friend ?” tanya Mikhail sambil
menguntumkan senyuman . “Ya , sure ,
friend .” ujar Izwani janggal .
Izwani berjalan
sedikit laju dari Tengku Mikhail kerana terasa sedikit janggal . Tengku Mikhail
melompat keriangan kerana Izwani ingin berkawan dengannya sambil terjerit kecil
“Yahuu!” . Izwani berputar ke belakang sebaik sahaja terdengar jeritan kecil
Tengku Mikhail . Lantas Tengku Mikhail berlagak macho di hadapan Izwani . Izwani berputar semula ke hadapan sambil
tertawa kecil . “Dia ingat aku tak tahu ?” ucap Izwani kecil .
JJJJJJJJJJ
JJJJJJJJJJ
“Cik Wani !” jerit
satu suara . Fazura Izwani memandang sekeliling lantas dia terlihat kelibat
seorang perempuan yang melambainya . Dia mengamati rupa perempuan itu . “Oh
Tisya .” ucap Izwani . “Siapa tu ?” tanya Tengku Mikhail . “My secretary.” Jawab Izwani ringkas .
Tengku Mikhail kebingungan . “Jom jalan . saya akan terangkan lebih lanjut . Kalau awak nak dengar , esok jumpa
saya di One Borneo pukul 4 petang . Time tu ja saya free . Sekarang , saya nak balik .” Kata Izwani .
Izwani meninggalkan
Tengku Mikhail lalu menuju ke arah Tisya . “Wani ?” ujar satu suara . Izwani
berpaling ke kiri Tisya . “Qisya ?!” ujar Izwani kebingungan . “Eh Cik Wani dah
saling kenal dengan Qisya ?” tanya Tisya kebingungan .
“Cik
Wani ? tanya Qisya . “I’ll explain it
later .” kata Wani . Tengku Mikhail datang dari belakang . “Tengku Mikhail
?” kata Qisya . Tengku Mikhail menguntumkan senyuman . “Okaylah Mamat pink .
Aku nak balik dulu . Thank you ganti aiskrim aku . Bye !” ujar Wani tersenyum
sambil melambaikan tangan kepada Tengku Mikhail . Tengku Mikhail turut
tersenyum melihat gelagat Wani lalu membalas lambaian tangan Wani .
BAB 4 : INI MIMPI NGERI !
“Aduhai
, mana pulak si ketot ni ! Kemarin suruh aku jumpa dia kat One Borneo , tapi
dia tak sebut pula Atrium mana .”
bebel Tengku Mikhail sendiri yang dari tadinya kelihatan gelisah . “Pergi South Atrium lah .” kata Tengku Mikhail
lalu mebuka langkahnya ke tempat yang hendak ditujuinya .
“Wani
! Nisa ! Wani ! Nisa !” Kedengaran suara sorakan orang ramai menyebut dua nama
itu . Tengku Mikhail tertarik dengan sorakan itu . “Wani ? Maybe Fazura Izwani . I should go for it .” ujar Tengku Mikhail
sambil menuju ke arah orang ramai yang sedang berkumpul . “Excuse me.” Ujar Tengku Mikhail sambil meminta laluan untuk bergerak
ke hadapan .
Seperti
yang dijangkakan , memang Fazura Izwani . “Alright
, today , we gonna sing a song entitled Pertama Kali by Nuha . So , I hope you
guys enjoy it .” ujar Fazura Izwani yang berada di atas pentas mini itu
dengan adiknya Nysa Nafyssa yang duduk setiaa di belakangnyaa bersam gitar
elektriknya . “Wuuuuuu !!” kedengaran sorakan dan tepukan daripada para
penonton yang berada di sana .
“Excuse me . Wani ni siapa sebenarnya ?”
tanya Tengku Mikhail kepada seorang pemuda yang berada di sebelahnya . “ La ,
takkan tak tahu kot ? Ni Wani dan Nisa lah , popular kot . Part time performer . I’m their big fans . Go Wani , Go Nisa .” ujar lelaki itu sambil melambaikan
tangannya . Tengku Mikhail melonggarkan tali lehernya . Tengku Mikhail berlalu
pergi . Bunyi petikan gitar kedengaran . Selangkah demi selangkah Tengku
Mikhail pergi . “Pertama kali ku melihatmu ..” sebaik sahaja Izwani melontarkan
suaranya , Tengku Mikhail berpusing ke belakang .
Dia
tergamam . “What ?!” kata Tengku Mikhail terkejut . Dia menggelengkan
kepaalanya lalu duduk di Kenny’s Roger
Roaster Restaurant yang terletak tidak jauh dari pentas tempat Izwani
bernyanyi . Dia menikmati Nasi Ayam yang memang tip top di Malaysia . Sesekali , Tengku Mikhail menghirup Honey Dew yang berada di hadapannya .
Akhirnya
, setelah hampir 2 jam Tengku Mikhail duduk di Restoran itu , Izwani datnag ke
tempatnya . “Aku ingat kau dah balik ?” tanya Izwani membuka bicara . “Kau ni
kan ketot , punyalah lama aku tunggu kau , dah berjanggut aku kat sini kau tahu
tak ?” kata Tengku Mikhail . “Eh , sotong pun pandai berjanggut ?” ujar Izwani
. Tengku Mikhail mengetap bibirnya lalu beredar dari situ . “Merajuk la tu .”
agak Izwani .
“Eh
mana Si Ketot , dia tak nak pujuk aku ke ?” kata Tengku Mikhaail dalam hati
sebaik sahaja dia berlalu pergi dari restoran itu . Dia hendak berpusing ke
belakang , tapi , takut dikatakan perasan pula . “Arhhh , aku pusing je lah !”
kata Tengku Mikhail yang tidak berpuas hati . Fazura Izwani tidak kelihatan di
tempat duduknya tadi . “Dah agak dah , dia tak pujuk aku punyalah . Baik aku
balik !” lalu Tengku Mikhail berpusing semula ke hadapan . ZAP ! Dengan sekelip
mata Fazura Izwani berada di hadapannya . “Eh , mak datuk !” latah si Tengku
Mikhail terkejut .
“Oh
melatah . Hehehe ..” ujar Izwani dengan gelak nakal . “Kau ni kan ketot ,
muncul macam langsuir , tup tup dah ada depan mata ! Jatuh jantung aku tau ,
kau ingat ada jual kat Seven Eleven jantung
aku ni ?” omel Tengku Mikhail kepada Fazura Izwani yang dari tadi khusyuk mendengar
omelannya . Fazura Izwani mengelipkan matanya berkali-kali sambil merenung
Tengku Mikhail . “Apahal kau pandang aku macam tu ?” tanya Tengku Mikhail
kepada Fazura Izwani . “Kau merajuk eh ?” tanya Wani ringkas .
“Mana
ada , aku tak merajuk lah !” Tengku Mikhail membidas pernyataan Izwani . “Habis
tu kenapa kau pusing ? Kau nak aku pujuk ke ?” tanya Wani lagi . “Errr , 20 sen
aku tertinggal kat atas meja tu tadi .” kata Tengku Mikhail gelisah sambil
otaknya ligat mencari jawapan bernas , tapi jawapan soal 20 sen itu jugalah
yang keluar . Dia mengetap bibirnya . “Eh , apahal kau suruh aku datang sini ha
?” tanya Tengku Mikhail menukar topik . “Dah , jom ikut aku naik atas !” kata
Izwani lalu berjalan menuju ke eskelator . Tengku Mikhail hanya menurut Izwani
dari belakang .
Setelah
menaiki beberapa buah eskelator , akhirnya mereka telah tiba di tingkat 3 , di
hadapan kedai dan kelas muzik milik adik bongsunya , Nysa Nafyssa . “Jom masuk
!” pelawa Izwani . “Selamat petang Cik Wani .” ujar kedua-dua pekerja Nysa
sebaik sahaja Wani dan Tengku Mikhail melangkah masuk ke dalam kedai muzik Nysa
Nafyssa . Izwani menganggukkan kepalanya . Tengku Mikhai kelihatan sedikit
bingung .
“Duduk
.” arah Fazura Izwani kepada Tengku Mikhail untuk duduk di sofa yang berhadapan
dengannya sambil mempersilakannya . Tengku Mikhail hanya menuruti kata Fazura
Izwani . Tengku Mikhail memrhati keadaan sekeliling . Banyak jenis dan jenama
gitar serta ukulele yang tergantung di dinding kelas muzik itu . Drum ,
keyboard dan alat muzik lain juga turut berada dalam almari kaca .
“Jadi
, awak nak tahu siapa saya kan ?” tanya Fazura Izwani kepada Tengku Mikhail . “Explain it .” jawab Tengku Mikhail
ringkas . Izwani mengangkat bahunya lalu memulakan bicaranya yang berjela-jela
. Dia menceritakan kepada Tengku Mikhail bahawa dia hanya seorang ‘performer’ iaitu orang yang selalu
membuat persembahan busking dan acoustic . Tengku Mikhail mendengar
dengan teliti sambil bermain-main dengan kaca mata hitamnya . Akhirnya , Fazura
Izwani diam tanda sudah habis ceritanya itu .
“Well , that’s all . Nice to meet you !” ujar
Tengku Mikhail sambil memakai semula kaca mata hitamnya lalu mengeluarkan kunci
keretanya dan berlalu pergi . Fazura Izwani hanya memerhati . “Ish ,
berlagaknya !” ujar Fazura Izwani geram . “Siapa tu kak ?” tanya Nysa Nafyssa lalu
menyerahkan secawan Milo kepada Izwani . “Itulah sotong darat . Geram akak
dibuatnya !” kata Fazura Izwani lalu meneguk air dari cawan yang dipegangnya
itu .
JJJJJJJJJJ
“Izwani
, Syazwa , Syazwani , Nysa , malam ni , papa nak kamu semua berkumpul dekat
rumah papa . Ada sesuatu yang papa nak bagitahu.” Ujar Dato Sufian kepada
anak-anak perempuannya ketika mereka makan bersama-sama di rumah Dato Sufian .
Anak-anak perempuan Dato sufian mengangguk tanda faham . Mereka meneruskan lagi suapan
juadah ke dalam mulut mereka . Setelah selesai , masing-masing bergerak menuju
ke tempat kerja masing-masing . Fazura Izwani kembali semula ke pejabatnya .
TING
! Satu bunyi yang menandakan notifycation
Whatsapp berbunyi sekaligus menandakan ada mesej baru masuk . Dia menekan
punat-punat kecil di telefonnya untuk membuka Whatsapp sambil memandu . Dia membuka group Whatsapp Dato Sufian’s daughter . “Apahal ni kak ?” ujar
Syazwani dalam perbualan itu . “Entahlah . Macam ada sesuatu yang istimewa lah
malam ni . Tapi apa ?” tanya Syazwa pula . “Kak Wani nak dikahwinkan kot .
hahahaha” jawab Nysa . Muka Izwani
berkerut . “What ?! Aku nak dikahwinkan ? Please la .” kata Wani sendiri
lalu meneruskan pemanduannya dan meletakkan telefon bimbitnya semula .
JJJJJJJJJJ
“Akak
cepatlah ! Nanti kita lambat !” jerit Syazwa dari tingkat 3 rumah kepada Izwani yang berada di tingkat bawah
tanah . “Aku dah siap ni , nak gerak ke parking
lot , cepatlah gerak dik !” jerit Izwani semula . Kedengaran bunyi derapan
kaki yang begitu laju . Kelihatan Syazwa berlari dari tingkat 3 dengan tas
tangannya juga kasut tingginya di tangan .
Izwani sudah pun berjaya menembusi terowong untuk ke parking lot . Dia menuju kea rah mini cooper milik Syazwa yang berwarna
hitam putih itu .
KLIK
! Kedengaran bunyi penggera kereta yang menandakan kereta telah dibuka . Izwani
duduk di tempat penumpang lantas Syazwa masuk ke dalam kereta dan menghidupkan
enjin . Tidak lama kemudian , kereta itu menderum laju keluar dari perkarangan
rumah mereka . Perjalanan itu sepi tanpa sebarang bicara . Syazwa menumpukan
pada pemanduannya . Setelah beberapa puluh minit pemanduan , akhirnya mereka
tiba di rumah ayah mereka , Dato Sufian .
Kereta
Mayza Syazwa diambil alih oleh bodyguard ayahnya
untuk diletak di tempat parkir kereta Dato Sufian . Izwani dan Syazwa bergerak
ke hadapan pintu rumah ayah mereka . Kelihatan Syazwani dan Nysa Nafyssa sudah
tercegat di sana . “Jom masuk .” ajak Nafyssa sebaik sahaja Izwani dan Syazwa
berada dengan mereka . Ting Tong ! Syazwani menekan loceng rumah dan pintu
dibuka oleh orang gaji ayahnya . “Dato Sufian dan tetamu lain sedang menunggu
di pantai belakang .” ujar salah seorang pembantu rumah itu .
Empat
adik beradik itu mengangguk lalu menuju ke tempat yang dimaklumkan . “Tetamu
lain ? Siapa agaknya ? Papa tak bagitahu pun ada tetamu lain ?” tanya Syazwani
. Nysa Nafyssa mengangkat bahu . “Mungkin rombongan meminang nak pinang kak
Wani kot ?” usik Syazwa . Muka Izwani semakin kusut . Mulutnya dimuncungkan .
Hatinya semakin gelisah . Apa semua ini ? Tetamu mana ? Kenapa papa tak
bagitahu yang malam ni ada tetamu ? Banyak pertanyaan yang bermain di mandala
fikiran Wani . Tidak lama kemudian mereka pun tiba di pantai belakang rumah .
Maklumlah , ayahnya tinggal di perumahan Sutera Harbour .
“Assalammualaikum
, ma , pa .” ujar Wani dan adik-adiknya serentak sambil bersalaman dengan ayah
dan ibu mereka . “Duduklah .” ujar Dato’ Sufian menjemput anak-anak
perempuannya duduk . “Wani , Syazwa , Syazwani , Nysa , ni papa nak kenalkan besftfriend papa dan mama , Dato Farhan
dan Datin Aalia .” kata Dato Sufian sambil memperkenalkan kawannya yang berada
di hadapan mereka kepada anak-anaknya . “Apa khabar Dato , Datin ?” ujar mereka
berempat sambil menguntumkan senyuman .
“Baik
. Tak payahlah panggil Dato , Datin . Panggil Auntie dengan uncle ja .
Malam ni kami tak datang berdua , tapi bertiga , entah pergi mana pula si Kimi
ni pergi .” kata Datin Aalia sambil memandang sekeliling . “Kimi tu anak
perempuan eh ?” tanya Nafyssa selamba . Dato Farhan dan isterinya tergelak
besar . “Anak lelaki , namanya Hakimi .” jawab Dato Farhan ringkas . Mereka
sambung ketawa lagi . Wani menghirup air yang berada di hadapannya .
Tidak
lama kemudian , kelihatan kelibat seorang lelaki yang sedang tunduk berjalan ke
arah meja yang mereka duduki itu . “Kimi ke tandas tadi .” ujar lelaki itu
ringkas . Tumpuan Izwani masih pada air yang dihirupnya , dia tidak melihat
sama sekali kelibat yang berada di hadapannya . Sebaik sahaja dia meletakkan
cawannya semula , lantas dia memandang ke hadapannya . “Mamat Pink !” ujar Wani
separuh menjerit lalu berdiri . “Ketot ?!” ujar Tengku Mikhail yang menunjukkan
reaksi yang sama .
“Ma
, dia ni lah yang saya selalu cerita dekat mama .” ujar Izwani dan Tengku
Mikhail serentak mengadu pada ibu mereka . “What ? Kau cerita pasal aku ?” lagi
sekali ayat dan tutur kata mereka serentak . “Hey , come on la .” ujar Tengku Mikhail . Izwani menggenggam buku
limanya . Ehem ! Kedengaran suara berdehem lalu Wani dan Mikhail memandang
sekeliling . Mereka duduk semula sambil menyilangkan tangan . Wani memuncungkan
bibirnya , Mikhail pula menaikkan kakinya kanannya ke lutut kiri . Semua ahli keluarga Wani dan Mikhail saling berpandangan .
Setelah
keadaan sedikit tenang , Dato Sufian pun bersuara , “Mikhail , Wani ,
sebenarnya papa dan Dato Sufian ada hajat nak di beritahu , itulah sebab papa
minta kamu semua berkumpul hari ini .” Izwani memalingkan kepalanya mengambil
perhatian , Mikhail juga sama . “Apa dia papa ?” tanya Syazwa . “Papa nak kakak
kamu dengan Mikhail bersatu .” ujar Dato Sufian . “Bersatu dalam apa ?” Tanya
Mikhail . “Dalam syarikat dan juga hidup kamu .” terang Dato Farhan . “ What
?!” ujar Wani dan Mikhail serentak . “No way !” ujar Wani dan Mikhail serentak
. “No matter how , both of you kena kahwin !” kata Datin Aalia . “Why ?!” tanya
Mikhail . “Sebab ni janji arwah atok dan nenek kamu dulu !” ujar Dato sufian
dengan nada yang sedikit tinggi . “I need
a time . Huh !” kata Wani lalu pergi dari situ . Mikhail juga sama .
Kedua
buah keluarga itu saling berpandangan . Wani menuju ke jalan raya besar sambil
berleter sendirian . “Kenapa harus aku ?!” kata Wani sendiri . Dia melintasi
jalan raya besar tanpa melihat ke kiri dan kanan . “Aku tak nak kahwin dengan
dia !” kata Wani lagi lalu meneruskan perjalanannya menyeberangi jalan tanpa
melihat ke hadapan . Dengan muka yang begitu kusut , Wani berjalan dengan
tunduk tanpa melihat sekeliling . PIN PINNNN ! Satu hon panjang kedengaran ,
Wani menoleh ke kirinya , ZAPPP ! Awan , jalan raya , awan dan jalan raya .
Dirinya terguling-guling di jalan raya . Jantungnya berdegup kencang . BUPP !
Dahinya terhantuk kuat pada bahu jalan . Matanya mula kabur , tubuhnya terasa
lemah dan semuanya menjadi hitam .
JJJJJJJJJJ
“Cik
bangun ! Cik bangun cik .”kedengaran suara yang menyuruh Wani bangun . Matanya
terkebil-kebil . “Dia dah sedar misi , boleh panggil lelaki yang ada di luar tu
masuk .” ujar suara garau itu . Wani melihat sekeliling , “Saya di mana ?”
tanya Wani . “Kamu ada di hospital , tadi kamu mengalami kemalangan , hampir
dilanggar lori , dan lelaki yang ada di luar tu yang menyelamatkan kamu , nasib
baik dia sempat menolak kamu ke bahu jalan .” ujar seorang lelaki yang berkot
putih . “Doktor , ni dia lelaki tu .” ujar misi yang memakai baju berwarna
serba biru . “Jangan buat dia tertekan , dia perlukan rehat yang secukupnya .”
ujar doktor itu lalu menepuk bahu seorang lelaki . Wani memfokuskan
penglihatannya yang masih kabur.
“Ketot
, kau ni kan ! Lain kali hati-hati lah jalan tu , kan dah luka !” ujar lelaki
itu . Wani melihat lagi . Tengku Mikhail ! Monolog Wani . “Kau risau ?” tanya
Wani . “Ehh , mana ada !” Tengku Mikhail menafikan . “Habis tu , kenapa kau
marah aku sebab aku tak hati-hati ?” tanya Wani lagi . “Sebab .. sebab .. Haa ,
sebab kau dah calarkan kasut aku . Kau tahu tak penat aku tolak belakang kau
tadi ! Aku nak tarik kau , tapi kau berat , sebab tu aku tolak kau , kau kan
berat jadi senanglah nak bergolek macam ayam golek . Hahahahaha” ujar Tengku
Mikhail tertawa selepas menghabiskan ayatnya . Izwani mengetap bibirnya . “Kau
tunggu balasan dari aku nanti .” monolog Wani . “Anyway , thanks for saving my life .”ujar Wani ringkas . Tengku Mikhail mengangkat bahunya .
JJJJJJJJJJ
“Tengku
Mikhail , ada bungkusan !” ujar pekerja Tengku Mikhail sambil membawa sebuah
bungkusan ke meja Tengku Mikhail . “Letak kat sana .” ujar Tengku Mikhail .
Setelah meletakkan bungkusan itu di atas meja Tengku Mikhail , lantas dia
berlalu pergi dari bilik Tengku Mikhail . Tengku Mikhail mengambil kad di atas
bungkusan itu . “Terima kasih sebab selamatkan saya semalam , Wanie J”
ujar nota yang tertulis dalam kad itu . Tengku Mikhail tersenyum lantas dia
membuka pembalut hadiah itu . “Arghhhhhhh !!” jerit Tengku Mikhail yang
ketakutan lalu jatuh terjelupuk ke atas lantai dari kerusinya . Mana tidaknya
dia terkejut . Sebaik sahaja dia membuka kotak hadiah , kelihatan ular mainan
di dalamnya . Lebih-lebih lagi , Tengku Mikhail takut dengan ular . “Hahahahahahaha
!” kedengaran gelak besar dari suara seorang perempuan lalu Mikhail berdiri
dari jatuhnya dan membetulkan tali lehernya . Kelihatan Fazura Izwani yang
tergelak sehingga terduduk di atas lantai sambil memegang telefonnya . Rupanya
, Izwani merakam muka cuak Mikhail . Muka Mikhail merah padam .
“Apa
kau buat kat sini ?” tanya Mikhail menahan malu . “Ayah kau suruh kita ke butik
ni .” kata Wani sambil menyerahkan sekeping kad kepada Mikhail sambil menahan
ketawanya . “Stop it Wani !” tegas
tengku Mikhail . Wani menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya . Matanya
membulat menahan gelak . Tengku Mikhail
meneliti kad yang diberikan oleh Izwani lalu dia berlalu pergi . “Oi kau nak ke
mana tu ?” kata Wani separuh menjerit . “Butik ! Lambat aku tinggal !” jerit
Tengku Mikhail sambil berlari menuju ke lif . “Tunggu !!” jerit Wani lalu
berlari pergi meendapatkan Tengku Mikhail . Sesampai sahaja Wani di hadapan lif
, pintu lif hampir tertutup . “Kejap !” ujar Wani yang menahan pintu lif
daripada tertutup yang kemudiannya terbuka semula lalu Izwani menerobosi perut
lif .
Dia
menyilangkan tangannya lalu memuncungkan bibirnya . “Kau dah kenapa ?” tanya
Tengku Mikhail . “Apahal aku kena kahwin dengan kau ? Dah la tinggalkan aku
sesuka hati lari macam tu saja , kau ingat aku Usain Bolt verrsi wanita yang boleh lari pecut nak kejar lif ?
Kalau aku ultraman tak apalah , boleh
jugak aku terbang ke butik terus , tinggalkan kau ja kat sini , biar ular tu
gigit kau !” bebel Wani dengan mukanya yang masam mencuka . Tengku Mikhail
tertawa . “Amboi Cik Adik , jangan nak berangan sangatlah jadi ultraman bagai , kau tak padan jadi ultraman .” kata Tengku Mikhail . Ting ! Satu
bunyi yang menandakan mereka telah sampai ke tingkat bawah .
Mikhail
dan Izwani melangkah keluar dari lif . Wani melontarkan pertanyaannya , “Habis
tu aku sesuai jadi apa ?” tanya Wani kebudak-budakkan . Tengku Mikhail
tersenyum lalu menjawab “ Kalau kau , aku tengok sesuai jadi cicak kubing je la
. Hahaha .” terhambur ketawa Tengku Mikhail . Izwani memuncungkan bibirnya lalu
mendiamkan dirinya dan menurut sahaja Tengku Mikhail . Mereka menaiki kereta
Dato Farhan . Dato Farhan yang menghantar pemandunya untuk memastikan bahawa
Izwani dan Mikhail pergi ke butik yang diarahkannya itu . Sepanjang perjalanan
ke butik yang hendak dituju , sepi tanpa sebarang bicara , manakan tidak ,
Izwani sibuk dengan merajuknya , Mikhail pula hanya membiarkan saja . “Dah
sampai tuan .” ujar pemandu Dato Sufian memberitahu .
Tengku
Mikhail keluar dari kereta . Izwani dibiarkannya lalu Wani menurunkan cermin
kereta . “Bukalah pintu , bakal suami apa macam tu ?” kata Wani dari dalam
keretaa . “Kau ingat kau Cinderella ? Tolong sikit .” kata Mikhail tersengih
lalu masuk ke dalam butik . Wani mendengus lalu keluar dengan sendirinya dari
kereta . Sebaik sahaja dia memasuki butik lantas dia berdiri di sebelah Tengku
Mikhail yang berada di hadapan kaunter . “Yes
sir , Can I help you ?” tanya pekerja yang berada di kaunter utama . “Ni
bakal isteri saya , kami berdua nak ambil tempahan atas nama Dato Farhan .”
kata Mikhail ringkas . Wani menoleh ke arah Mikhail sebaik sahaaja dia menyebut
perkataan ‘isteri’. Pekerja itu membawa Wani dan Tengku Mikhail ke tingkat atas
butik . Di sana , Mikhail dan Izwani diambil ukuran badan . Rupa-rupanya Dato
Farahan mengarahkan mereka ke sana butik itulah yang dipertanggungjawabkan atas
pakaian pada hari perkahwinan mereka berdua nanti .
Setelah
selesai urusan mereka di butik , lalu mereka pun masuk ke dalam kereta semula .
“Kita nak ke mana tuan ?” tanya pemandu Dato Sufian . “Kita pergi makanlah ,
saya lapar .” kata tengku Mikhail memberi arahan . “Marrybrown !” sampuk Wani dari belakang . “No ! Kenny Roger Roaster
!” kata Tengku Mikhail . “ Marrybrown !” kata
Izwani menegaskan . “Kau ni kan , macam-macamlah . Baik makan kat kedai mamak
kalau macam ni !” ujar Tengku Mikhail . “Alright
set ! Kedai mamak !” kata Wani sambil tersenyum . “Whatt ?! Urghhh ! No way”
geram Tengku Mikhail dibuatnya lantas Tengku Mikhail menyilangkan tangannya .
“Kau tak nak makan kau punya hal , pak cik kita ke warung mamak berdekatan .”
arah Wani . Mikhail berdiam diri sahaja .
JJJJJJJJJJ
“Kau
tak nak makan ?” tanya Wani berlagak manja . Tengku Mikhail melarikan
pandangannya . “Sedap tau .” kata Wani sambil menyuapkan mee goreng mamak ke
dalam mulutnya . KROIHH ! Perut Tengku
Mikhail berbunyi menandakan dia lapar . “Tak , aku kenyang .”ujar Mikhail lalu
melarikan pandangannya . “Nyummmm !” Izwani bersuara lagi untuk membuat Tengku
Mikhail cemburu . “Sedap sangatkah mee tu ?” tanya Mikhail tertarik . “Kau nak
rasa ?” tanya Wani . Tengku Mikhail menganggukkan kepalanya . Izwani
menghulurkan tangannya ingin menyuap mee tersebut ke dalam mulut Tengku Mikhail
. Tengku Mikhail terlopong .